Tiba-tiba suami call menangis minta maaf dan ampun. Sampai je rumah dia tunjuk video bukti, jantung mcm nak pecah

Kami ok je dan suami cakap nak tengok game bola. Lepas sejam tu tiba – tiba dia WhatsApp dan call saya dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, dia cakap dia da salah langkah dan buat silap besar. Masa dalam telefon dia tak cerita lagi…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum warga FB.. Terima kasih admin sebab sudi post confession saya… Saya ada beberapa luahan dan amat memerIukan pendapat dari semua pembaca yang budiman. Saya mengenali suami ketika belajar, masa tu dia sudah pun ada teman wanita begitu juga dengan saya.

Kami berkawan baik dan dia selalu bercerita mengenai masalah yang dilalui, antaranya berkenaan kekasihnya, kawan dan study. Disebabkan perwatakannya yang peramah, mudah untuk dia bergaul dengan semua orang walaupun baru kenal tak kisah lelaki atau perempuan.

Saya punyalah selesa berkawan dengan dia, sampailah terkahwin dengan kawan baik sendiri. Tak apa ketika tu masing – masing dah single ye. Perkahwinan kami menginjak usia 8 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Semasa awal perkahwinan dia pernah kant0i buat pertama kali mesej dengan perempuan lain, apa yang saya baca mesej tu bukan la ke arah s3x tapi lebih kepada nak berkawan.

Kali kedua kant0i sebab saya check dari WhatsApp web, dia ajak perempuan tu lunch tapi tak jadi. Katanya kenal sebab nak beli barang. Dia jugak pernah kant0i chat dalam apps Omi. Semua yang kant0i ni lepas dari tu memang takde continues chat dan bukan chat pasal s3x.

Yang Omi ni dia dah uninstall kemudian dia install balik ye. Saya da malas nak g4duh, saya download Omi, letak pic cun sikit, haa saya add dia jugak biar dia tau saya pun boleh buat, terus dia uninstall dan tak install Omi dah.

Ada la beberapa orang kawan perempuan dan adik angkat yang dia chat tapi bukan selalu hanya komen wassap status je tapi semua dia akan bercerita dengan saya dan diorang dah berkahwin. Saya pun ada check jugak phone dia tapi takdela tiap hari atau minggu.

Boleh dik4takan masa zaman muda dia memang macam kasanova sikit. Tak dinafikan dia memang baik, jaga solat, bertanggungjawab, adab dengan family dan saud4ra mara memang tip top, dia suka bersedekah, cepat kesian dengan orang sampai pernah kena tipu.

Dia ada dua beradik je, jadi dia memang sentiasa mengutamakan mak dia. Family besar saya semua suka dan selesa dengan dia. Kat kampung saya semua orang dah kenal dia sebab dia ramah dan rajin menolong kalau ada kenduri.

Suatu hari ni dia balik kerja, saya pula di rumah mak ayah saya. Jarak rumah yang kami duduk dan rumah mak ayah saya dekat je. Dia call cakap lambat datang rumah mak sebab nak tengok bola, betul memang ada game club bola yang dia minat.

Lepas sejam tu tiba – tiba dia WhatsApp dan call saya dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, dia cakap dia da salah langkah dan buat silap besar. Masa dalam telefon dia tak cerita lagi. Bila dia dah sampai rumah mak saya, kitorang pun bincang dekat bilik.

Dia cakap dia kena sc4m, dia b0doh pergi layan padahal tadi kawan dia ada cakap yang nombor tu sc4mmer. Nombor tu nombor Indonesia. Dia ada dua phone satu personal, satu lagi company bagi. Jadi dia contact dengan sc4mmer ni guna nombor company which is nombor tu sebelum ni ada orang lain pakai.

Bila dia dah habis cakap, dia suruh tengok WhatsApp sc4mmer tu dengan dia. Ya Allah macam nak pecah jantung ni, memang tak terkata, tau – tau da nangis je. Lepas dia dah pancing borak kat wassap, dia mintak nama facebook.

Kemudian sc4mmer tu ajak phone s3x yang si suami pun apa lagi sama naik. Perempuan tu memang siap bukak baju ye dan lagi menyedihkan bila suami sendiri pun tunjukkan kemaluan dia dan pegang kemaluan dia. Ya Allah luluh hati ni.. tak tau nak cakap apa.

Masa ni suami memang mintak maaf siap menangis, dia cakap dia malu dengan saya dan saya hanya boleh menangis dengan istighfar je. Saya tak tau la dia cerita kat saya sebab betul – betul dia nak jujur dengan saya atau dia takut saya tau dari sc4mmer tu.

Ok macam mana saya tau apa diorang buat, lepas dah sedap video call sc4mmer tu hantar video which is video tu dia dah screen record masa tengah sedap tadi. Kat video memang nampak muka suami, conversation dan apa dia buat tapi muka perempuan tu dia dah cover siap – siap just nampak sikit hujung hujung je.

Then sc4mmer ni mintak RM3000 kalau tak dia nak viralkan video ni dekat friendlist facebook. Dia stalk facebook saya jugak, dia cakap nak bagi tau isteri kalau tak bagi duit. Masa ni si suami dah terduduk. Suami terus block facebook sc4mmer tu and deactivate facebook dia.

Saya ada cari dekat facebook and google pasal s3x sc4m ni. Rupanye ramai yang dah terkena dari single sampai la ke bapak orang. Ada yang sampai bercerai. Ada jugak yang dah habis puluh ribu bayar dekat sc4mmer ni. Dah berhari – hari saya nangis je, kalau teringat auto nangis.

Saya tak boleh nak tengok muka dia, rasa jijik rasa geli. Jadi sekarang saya tak tau nak buat apa. Hati saya sedih sangat. Bila saya balik rumah kami, saya terus nangis bila nampak karpet, sofa, tv macam terbayang je kat mata ni apa yang dia buat tu.

Dia tukar karpet rumah tapi entahlah saya tetap tak boleh lupa. Lepas jadi tu saya bercakap bila perlu je dengan dia. Saya ada tanya dia kalau dia dekat tempat saya dia akan ceraikan saya tak. Dia cakap tak sebab pikirkan saya dan anak – anak tapi yela kan sekarang bukan salah saya bolehlah dia cakap macam tu.

Saya tertanya – tanya Allah datangkan ujian ni untuk duga saya ke, uji rumah tangga saya ke atau Allah nak tunjuk siapa suami saya? Cerai tu jalan terbaik ke? Patut ke saya maafkan dan bagi dia peluang? Kalau saya terus tak layan dia, dia akan bosan dan cari orang lain ke atau dia akan ceraikan saya ke?

Saya serius tak tau apa jalan terbaik. Saya takut nak dengar kata hati saya sebab hati ni berbolak balik. Saya doa Allah bagi petunjuk untuk buat keputvsan. Sejak kes ni asyik lalu je doa untuk hati yang sedih, quotes supaya jangan terIampau bersedih la. Saya harap pembaca dapat bagi pendapat dan jalan yang terbaik. – Zizi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rizal Rodzuan : Masalahnya bukan 1st time dia buat per4ngai camni tapi dah selalu, cuma yang terkini lebih b0doh. Kalau ko maafkan, ada kemungkinan dia teruskan sikap suka berkawan dengan perempuan kat omi .

So ko fikir la mana terbaik, aku cadangkan ko cakap boleh maafkan dengan syarat tukar nama semua aset kat ko, bagi ko kad Bank dia. Dan kalau buat lagi jatuh taIak. Kalau dia enggan buat macam tu, ko faham – faham la.

Rima Zafira : Bagi peluang sis.. Insyaallah suami sis betul – betul insaf dah tu. Cuma ugvt dia minta dia betul – betul berubah dan beri lebih perhatian kepada keluarga. Kalau dia gagal, cakap kat dia sis takkan teragak – agak tinggalkan dia. Apa – apapun sis lebih tau samada berbaloi atau tidak nak selamatkan rumah tangga ni lepas apa yang dia buat sepanjang 8 tahun perkahwinan sis.

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin : Majoriti lelaki banyak flirt di media sosiaI walau dah berpasangan apa status pun la. Bagi mereka biasa perkara ni bukan curang depan – depan, tu mereka kata. Layan – layan camtu je. Mereka tak sedar itu sangat mengguris hati pasangan. Flirt chat – chat pun pasangan dah terguris, apatah lagi lebih dari tu. Kebanyakan buat benda ni dah jadi habit. Bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?