Jadi tetamu satu malam, terp4ksa tidur dengan Nora. Malam tu Nora selongkar sampah makan tuIang

Nora bangun bagitahu nak kemaskan dapur yang penuh dengan bekas makanan. PukuI 3 pagi saya terjaga, Nora masih tak masuk bilik lagi. Dengan lampu dapur yang tertutup saya dengar bunyi Kruk… kruk… kruk… Nora sedang ratah sisa – sisa tuIang dalam tong sampah..

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kisah ni berlaku ketika saya menumpang tidur di rumah sewa kawan tunang saya. Saya namakan dia sebagai Alya untuk memudahkan saya bercerita.

Saya terp4ksa tumpang bermalam di rumah Alya kerana pada keesokan paginya saya ada sesi temuduga di sebuah syarik4t engineering. Selesai makan malam bersama. Tunang terus menghantar saya pulang ke rumah Alya. Apabila saya tiba, Alya dan beberapa orang temannya sedang makan malam.

“Jom makan sekali…” Laung Alya sambil memandang saya.

“Baru sudah.. Bismillah… Jemput makan…” Jawab saya ringkas terus berlalu ke bilik.

“Eh, maaf… Saya fikir bilik ni kosong…” Kelihatan seorang perempuan sebaya saya sedang berbaring menghadap dinding.

“Tak pa, Alya dah bagitau awak nak tumpang tidur sini…” Katanya tanpa memandang ke arah saya.

“Tak pa, kalau rasa mengganggu, saya boleh tidur di ruang tamu…” ujar saya sekadar mengambil bahasa kerana bimbang mengganggu privasi orang lain.

“Ok jer, bilik ni besar katil pun luas. Tak mengganggu pun…” Katanya lembut sambil berpaling memandang saya. Saya hanya tersenyum dan mencapai tuala untuk mandi. Memang sudah menjadi rutin harian saya untuk mandi sebelum tidur.

Keluar daripada bilik, masing – masing sudah berada dalam bilik sendiri. Saya terus ke dapur. Keadaan dapur yang agak berselerak itu mengganggu em0si saya. Pinggan mangkuk yang tidak bercuci itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa membuang sisa – sisa dan tuIang – tuIang ke dalam tong sampah.

Adat menumpang, saya cuba untuk membantu. Saya masukkan plastik – plastik yang bertaburan dalam sinki ke dalam tong sampah dan sisa – sisa makanan itu saya himpun dalam beg plastik.

“Eh tak yah susah – susah, nanti Nora buat..” Alya tiba – tiba berada di belakang saya.

“Lupa nak bagitau, bilik yang awak tidur tu bilik Nora. Nora tu kerja cleaner kat kilang kami kerja, jadi kami upah untuk kemas – kemas rumah juga… Dapatlah sikit dia duit lebih… ” Sambung Alya lagi.

Tak jadi saya nak tolong cuci pinggan mangkuk tersebut. Usai mandi saya berbaring di sebeIah Nora. Kelihatan Nora sedang leka membaca novel. Saya terus menarik selimut tidak mahu mengganggu dia, lagi pula esok saya mesti bangun awal untuk sesi temuduga.

“Awak tidur lah, saya nak kemas dapur.” Nora bangun daripada katil.

“Nak saya tolong ke?” Saya cuba menghulurkan pertolongan kerana memikirkan dapur sangat berselerak.

“Tak apa… Urrrmmm… Awak sangat baik… Tidur lah..” Nora menolak niat baik saya dengan lembut.

Saya melihat jam di meja. Tepat pukuI 3 pagi dan Nora masih belum kembali ke bilik. Tekak saya mula berasa haus dan saya bangun untuk mendapatkan air di dapur.

“Eh… Gelap…” Gerutu hati saya bila mendapati lampu dapur tidak dibuka.

Perlahan saya menyusur dalam gelap. Tiba – tiba terdengar seperti orang sedang mengunyah tuIang.

Kruk… kruk… kruk… kruk…

Sesekali ada suara seperti menelan makanan dengan rakusnya. Saya beranikan diri menghampiri arah bunyi tersebut untuk memastikan apa yang saya dengar itu. Allah… Kelihatan Nora sedang meratah sisa – sisa tuIang dan menjilat bekas – bekas makanan yang telah saya buang ke dalam tong sampah itu tadi satu persatu dengan rakusnya.

Saya menutup mulut saya kerana sudah mula berasa sangat loya. Lidah Nora yang panjang itu jelas kelihatan menyapu semua sisa – sisa di pinggan sehingga licin. Saya segera berlari ke bilik dan selubung diri dengan selimut. Tidak lama kemudian, Nora kembali ke bilik

“Bila dah dapat kerja, jangan menetap di sini… Jangan takut saya tak akan ganggu awak selagi awak tidak mengganggu ‘belaan’ saya mencari makan” Kata Nora sebelum lelap.

Saya menggigil menahan perasaan takut. Keesokan pagi, saya angkut semua barang – barang saya ke dalam kereta tunangan saya.

“Habis interview saya nak balik Pahang terus.” Kata saya sedikit mengarah… Tunang saya tanpa bertanya kenapa, terus bersetuju. Alhamdulillah saya tak dapat kerja tu, mungkin sewaktu interview tersebut perasaan saya bercampur baur.

Balik lah saya ke Pahang setelah menjadi tetamu satu malam di rumah Alya. Jadi sebelum saya akhiri kisah ini, ingin saya berpesan kepada para pembaca. Jangan tinggalkan sinki yang penuh dengan sisa makanan sebelum tidur.

Pastikan sampah dibuang keluar rumah dan pinggan mangkuk dicuci dengan sempurna kerana j1n suka menjilat sisa makanan kita. Cerita ni adalah kisah benar yang berlaku dan saya tak pernah bagitahu Alya tentang benda ni.

Jadi saya tak tahu samada Alya memang tahu atau tak tentang ‘belaan’ Nora. Tapi sekarang Alya pun dah kahwin dan beranak pinak. Tentang Nora, saya tak pasti..

Kredit : Mayang Sari

Komen Warganet :

Zainatul Zahara : Seram nya tapi betul saya alaminya. Sebelum saya buat rawatan mdd dapur asyik sepah sisa makanan memang selalu terbiar tak buang di tong sampah. Adik saya (boleh nampak) datang dari kampung kata di dapur dah ada yang huni siap tumpang lagi bilik tepi dapur.

Patut la asyik rasa meremang je di dapur. Alhamdulillah lepas dah dalam rawatan baru la saya boleh selesaikan tugas dapur tiap malam dah bersih semua. Sejak tu dah tak rasa meremang bila masuk dapur.

Erin Zulkifli : Betul awak.. saya akan pastikan sebelum tidur akan cuci pinggan mangkuk dan letak sampah di luar rumah. Kalau saya betul – betul tak larat atau s4kit saya akan kumpulkan dalam bekas dan ditutup rapat.

Selepas saya dengar ceramah ustaz kazim saya tak tinggal lagi pinggan kotor dalam sinki waktu malam, sebab tu bila malam suami saya masak atau makan tak cuci pinggan saya akan marah dan membebel dekat dia.

Shahrina Shaharaman : Tak tahulah ni cerita betul ke atau cerita yang direka sebagai bahan bacaan sahaja tapa saya baca sampai habis. Suka jalan cerita yang tak meleret tapi isi cerita yang nak disampaikan tu sangat padat dan mudah untuk saya faham seterusnya tarik minat saya nak baca sampai habis. Di hujungnya diselitkan dengan nasihat.. terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.