Umur saya dah tua, dah jadi nenek pun tapi tetap jadi h4mba anak2. Pad kotor anak pun saya yang kutipkan

Bila balik cuti, masing – masing mengorder nak makan ini, nak makan itu. Tapi dari awal sampai akhir saya sorang yang sediakan. Menantu pun sama. Itu belum lagi saya kena basuh kain baju, spender dan bra anak menantu, menyidai, mengangkat dan melipatnya. Ada sorang anak perempuan saya anak manja suami…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Saya membesar dalam keluarga miskin namun ibu saya melatih saya membuat kerja – kerja rumah sejak kecil lagi. Saya tak lah pandai mana dalam pelajaran. Namun rezeki dari Allah kini dapatlah merasa kemewahan hidup sedikit di penghujung usia 50 hasil penat lelah bekerja dalam bidang professional.

Dikurniakan anak – anak yang cerdik pandai dan alhmadulillah, semua ada kerjaya yang baik. Apa yang nak saya luahkan di sini ialah perihal anak – anak saya yang malas. Selalu saya baca dalam group ini, menantu menceritakan kemalasan keluarga memtua.

Tapi yang berlaku pada saya, anak – anak saya sendiri yang sangat malas. Semasa mereka kecil lagi saya sudah mendidik mereka mengemas katil sendiri, menyusun kemas buku di meja belajar dan menyusun selipar di pintu masuk.

Namun apabila anak – anak telah masuk ke fasa remaja dan bersekolah menengah, nampaknya tabiat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sudah tidak diendahkan lagi. Macam saya katakan tadi, anak – anak saya cerdik dalam pelajaran.

Jadi banyak masa mereka dihabiskan untuk belajar sahaja siang dan malam. Ini menyebabkan saya kasihankan mereka. Jadi saya lah yang akan menyiapkan semua kerja rumah dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sahaja.

Walaupun saya juga berkerjaya. Saya tetap pastikan keperluan anak – anak terjaga. Hal ini berlarutan sampai mereka masuk universiti. Bila balik cuti semester, kerja mereka tidur dan membuat aktiviti kegemaran mereka di dalam bilik macam tengok movie.

Masa tu saya tak dapat masuk ke bilik mereka sebab pintu asyik berkunci sahaja. Pakaian kotor semua dilonggokkan sahaja di bilik air. Kalau bernasib baik, adalah yang dimasukkan ke dalam bakul baju. Dan apabila cuti berakhir, saya akan mengemas bilik mereka.

Bila saya masuk ke bilik, memang saya rasa marah sangat tapi ye lah anak dah besar – besar. Nanti kalau marah – marah, takut anak kecil hati pulak. Ada seorang anak saya yang memang tak boleh ditegur langsung kerana meruapakan anak kesayangan suami saya.

Sejak kecil kalau dimarah suami akan memenangkannya. Jadinya saya lah yang akan mengambil baju kotor, susun semula almari baju, buang segala macam sampah dan paling teruk pad anak gadis pon saya akan kutip. Sayu hati bercampur marah setiap kali berkemas.

Kini, anak – anak telah berkeluarga. Dah beranak pinak. Tapi mereka masih tak berubah. Masih anggap diri mereka kecil. Bila balik bercuti, masing – masing mudah je mengorder nak makan ini, nak makan itu. Tapi saya lah yang duduk di dapur menyiapkan semua untuk keluarga.

Dari pergi membeli lauk, membuat persiapan, memasak dan menghidang. Anak – anak masuk dapur hanya untuk makan sahaja. Ini termasuklah dengan per4ngai menantu. Dah lah tak menghulur dari segi kewangan, nak pula dilayan macam raja.

Mereka hanya tau dilayan tapi tak pernah mahu melayan saya. Jika saya berkunjung ke rumah mereka, sama juga yang berlaku. Saya jugak yang akan jadi tukang masaknya. Itu belum lagi saya kena membasuh kain baju, spender dan bra anak menantu, menyidai, mengangkat dan melipatnya.

Part jaga cucu – cucu bila anak – anak nak dating kononnya. Di rumah mereka tak dapat berduaan kata mereka. Saya lah yang memandikan dan menjaga cucu – cucu bila anak – anak rasa nak keluar berdua. Saya rasa sedih sangat.

Kalau mengadu kat suami selalu tak dilayan. Selalu dia diam jer buat – buat tak dengar. Suami memang tak akan support em0si saya sejak dulu lagi. Segala birthday atau anniversary ke dia buat tak tahu jer. Jadi saya tau di mana letaknya saya di mata suami dan anak – anak.

Saya kena telan je apa yang berlaku. Kadang – kadang tu terfikir jugak nak tinggal kat pondok untuk orang tua. Boleh belajar agama tapi masih boleh kawal diri lagi. Semua kesedihan saya tu saya tanggung seorang diri. Ada ke yang senasib dengan saya.

Lega rasanya bila dapat meluah. Tolong doakan anak – anak saya agar mereka sedar sebenarnya saya tak reda dengan semua ini. Buat ibu bapa di luar sana, jangan jadi macam saya. Dan tolong jangan kutuk keluarga saya. Saya cuma nak meluah sebab rasa diri keseorangan. – Emak gagal (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatmawati Ahmad : Mommy. Tinggalkanlah life ‘peng4bdian’ sebegitu. Dalam usia Mommy, carilah bahagia. Saya sokong Mommy ‘berpindah’ ke pondok. Usia kita tak lama. Carilah pahala dan hidayah ketika badan masih bertenaga. Anak – anak biarlah mereka hidup berdikari. Mereka tak akan m4ti.

Sitti Khadijah : Puan tak gagal pun. Anak – anak puan sekarang berjaya atas ihsan dan kasih sayang puan. Cuma mereka kurang kesed4ran tentang tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekarang dah tiba masanya untuk puan pentingkan diri.

Jangan harapkan anak dan suami untuk memahami. Diri kita sendiri kena cari bahagia dan hargai diri sendiri. Kalau puan rasa tinggal di pondok akan memberi ketenangan dan kebahagiaan, pergiIah ke sana. Usia puan bukan lagi fasa untuk memenatkan diri. Anak – anak tu, pandai – pandailah mereka urus dan jaga keluarga sendiri

Ann Fardan : Saya spesis emak singa. Dari usia 5 tahun anak saya telah dilatih dengan urusan rumah yang paling ringan sampai Alhamdulillah sekarang usia 14 tahun dia adalah anchor urusan domestik seperti cuci baju, jemur kain, lipat kain, cuci pinggan, cuci bilik air, vacuum rumah terutama bila saya sibuk.

Suami juga main peranan sama – sama bantu anak saya. Anak saya semua lelaki tapi mereka takde pilihan tetap kena berdikari dan saya selalu doktrin dia supaya jadi lelaki yang tak akan menyusahkan saya dan bakal isterinya kelak.

Niat saya kerana Allah supaya andai saya tiada kelak dia tetap menjadi kesayangan orang kerana ringan tuIang dan biasa buat kerja – kerja rumah. Saya selalu cakap soal pelajaran, gred A berderet dia tu adalah untuk masa depan dia tapi soal akhlak dan per4ngai dia sebagai lelaki yang bertanggungjawab adalah hak saya dan orang – orang di sekelilingnya.

Saya tak nak bela biawak akan datang, dia kena bersedia untuk bela dan jaga saya kelak. Semoga Allah makbulkan hajat saya dan anak – anak kita semua jadi lelaki dan wanita yang bertimbangrasa. Nasihat saya, puan kena belajar sayangi diri. Asal suami redha carilah bahagia puan walaupun di sekolah pondok sekalipun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.