Ayah bagitahu ada orang nampak Farah dengan lelaki lain kat Cafe. Ibu terus meng4muk heret Farah dari kerusi dan haIau dia keluar. Aku pun nak tunjuk hebat kat ibu dan adik – adik bahawa pilihan aku nak kahwin dengan Nisa ni betul. Aku t4mpar dia 3 kali dan terus ceraikan Farah..
#Foto sekadar hiasan. Aku budak bijak. Sekolah tiap kali peperiksaan mesti aku bawa balik semua A dalam slip exam. Tapi, satu je kelemahan aku. Aku b0doh, tak pandai berdikari. Aku dari sekolah rendah sampai masuk universiti memang duduk dekat rumah je.
Tak pernah duduk asrama. Mak aku sayang sangat kat aku sebab aku lahir selepas keguguran anak kedua ni. Jadi kehadiran aku sedikit sebanyak mengubat Iuka dia yang sedih tu. Dari kecik waktu sekolah dulu, bangun ibu aku k3jut.
Makan ibu aku teman. Bekal ibu aku buat. Baju ibu aku gosok. Tie ibu aku pakaikan. Aku tak pernah beli makanan kat kantin. Sebab akan kena buIi. Aku budak nerd. Sampai tingkatan 5 aku kat sekolah. Macam tu lah hidup aku hari – hari.
Aku anak kedua. Abang sulung aku 2 tahun tua dari aku. Aku ade adik peremuan, tiga tahun muda pada aku dan yang bongsu 5 tahun lebih muda. Masa lepas SPM aku dapat sambung belajar kat UTP. Abah suruh pergi tapi ibu tak bagi.
Abah berkeras suruh aku pergi jugak sebab dia nak aku hidup belajar berdikari. Ibu tak bagi sebab dia kata rumah akan jadi lain bila aku tak ada. Akhirnya dengan result yang baik, aku sambung belajar dekat universiti swasta dan ambil medik kat Manipal.
Rumah aku dengan Manipal ambil masa satu jam. Ibu juga yang hantar dan ambil, kadang – kadang abah. Macam tu lah hidup aku sampai habis belajar. Aku dapat kerja dekat HospitaI Putrajaya. Tahun 2009. Adik perempuan aku SPM tak berapa baik bagus jadi di sambung dekat Kolej teknologi timur.
Ulang alik naik motor, kadang – kadang dia naik kereta. Dia selalu mengejek, mengata aku. ” Jadi doktor. Tapi b0doh! Nak beratur kat KFC pun tak reti!”. Aku selalu terkesan dengan kata – kata dia. Macam – macam dia kata kat aku.
Kat tempat kerja lain pula. Sorang doktor kat wad aku. Nama Dr Iskandar. Suka mengejek aku. “Siape plak hantar kau pagi buta ni?”. “Abah.” Aku jawab. “Kau ni menyusahkan. B0doh sangat. Kalau mak bapak kau m4ti tak datang kerja ke? Tengok doktor lain? Rilek je kerja pakai kereta macam – macam.”
Sehinggalah satu hari, abah balik kerja dan jumpa aku dalam bilik. Dia tanya. Nak kahwin tak. Terdiam. Lusanya, Dia bawa jumpa seorang gadis. Tinggi, bertudung bawal labuh. Pakai kereta Honda. Rupanya cikgu kaunseIing. Umur sama dengan aku.
Abah kenalkan kat IPD tempat dia kerja. Kenal kat situ. Dia peramah. Aku diam seribu bahasa. Nerd cara aku. Sikit – sikit tunduk. Sikit – sikit betulkan spec. Ibu dengan abah selalu g4duh sebab cara ibu layan anak berbeza – beza.
Abah tak suka. Kadang – kadang adik perempuan aku lebih suka lepak kat rumah kawan berbanding balik rumah. Sebab tak tahan, asyik berg4duh je. Lepas sebulan kenal dengan gadis tu, ibu tak tahu pasal ni. Ibu syak abah ada perempuan lain.
Dia kata, abah dah jemu dengan dia. Bila abah terangkan pasal cerita sebenar yang perempuan tu untuk aku. Dia berubah jadi baik, layan abah baik sebab ibu betul – betul takut abah kahwin lain. 4 bulan lepas tu aku kahwin dengan gadis pilihan abah, Nur Farah Atika nama dia.
Aku memang kek0k. Bayangkan malam pertama aku tidur bawah. Sebab malu, takut, seram. Abah cadang suruh sewa rumah. Aku pun sewa rumah. Tu pun Farah yang selesaikan semuanya. Aku tak reti. Bermulalah perjalanan hidup budak nerd macam aku ni selepas kahwin.
Tiap – tiap hari isteri aku dari Nilai akan hantar aku ke hospitaI Putrajaya. Lepas tu pergi mengajar. Bekal hari – hari memang mewah. Aku suka. Baru 3 minggu kahwin berat dah naik 2kg. Aku sebenarnya tak pernah solat. Belajar je kat sekolah dulu tapi satu rumah tak pernah solat.
Abah je. Ibu dan adik, abang tak pernah. Termasuk aku. Farah lah yang ajar aku solat dan bacaan satu persatu. Lepas solat maghrib kalau aku ada di rumah. Kami buat kuliah ringkas. Farah ceritakan kisah sufi. Kisah nabi dan macam – macam lagi.
Bila malam minggu. Kami tengok movie sama – sama dalam bilik depan laptop. Movie Farah pilih selalunya berat dalam mesej dan pengajaran. Farah selalu ajak aku basuh baju sama – sama, ajak aku memasak dengan dia. Aku tak reti semua tu tapi dia ajar.
Bila aku memang nampak sangat tak tahu buat, dia suruh aku duduk dan tengok je. Adik – adik aku sayang kat dia. Nak – nak lagi adik lelaki aku si Alif sebab Farah suka melayan dia. Ajar dia macam – macam bila buat homework. Adik perempuan aku Zarina pun sama.
Selalu call Farah balik rumah ibu sebab nak ajak tengok movie dan keluar jalan. Memang bamyak perubahan dalam rumah ibu sejak perkahwinan kami. Ibu dan abah pun tak pernah berg4duh lagi. Tapi itu lah, hanya dalam rumah tu yang berubah.
Aku tetap nerd dan b0doh lagi. Dekat tempat kerja kena buIi. Nurse mengutuk. Doktor mengata. Pes4kit bergosip. Aku dalam hati masih tertekan. Sampai aku kenal seorang nurse baru. Nisa namanya. Dia suka berbual dengan aku.
Sampai satu tahap. Aku layan. Niat aku hanya nak layan. Akhirnya dia hasut aku macam – macam. Pertama. Dia kata. Doctor tak pandai drive? Kenapa tak belajar? Aku kata isteri aku boleh hantar ambik. Dia kata isteri aku buat macam tu sebab nak control aku.
Second, dia tengok jam yang aku pakai jam yang jual kat Facebook. Waktu tu memang famous orang sibuk beli barang kat facebook. Aku kata isteri aku beli jam couple. Dia kata kerja macam aku takkan beli yang murah. Aku pun terbuka cerita kata aku bagi duit gaji aku.
Bini aku pegang untuk belanja rumah dan nafkah. Yang lebih gaji Farah suruh simpan dan menabung kat TH. Aku terbagitahu. Dia kata aku ni dah kena control sepenuhnya dengan Farah. Sampai duit pun Farah control. Aku pun b0doh.
Percaya kat dia. Kami pun bercinta. Dia ajar aku macam – macam, shopping baju, pergi buat muka, pergi salon buat rambut. Aku berubah sekelip mata je. Aku pergi ambil lesen kereta pun Farah tak tahu. Semua kerja si nurse tu.
Sampai satu hari, aku balik bawa kereta yang aku baru beli, kereta Honda Accord. Masa tu tengah top kereta tu. Aku dah berani keluar malam, pergi Shah Alam sebab nak dating dengan si nurse tu. Nafkah kat bini aku, aku bagi RM300 je.
Tu dah termasuk belanja rumah. Dating lebih kurang 4 bulan. Aku buat keputvsan nak kahwin. Satu family meng4muk bila dapat tahu. Aku kisah apa. Aku kahwin juga, masa nikah aku dengan si nurse tu. Farah Balik Terengganu. Aku buat tak tahu je.
Lepas kahwin, sementara nak dapat rumah sewa lain untuk si nurse tu. Aku letak dia serumah dengan Farah dulu. Macam biasa. Makan pagi petang siang malam. Farah yang sedia. Aku dengan Nisa hanya makan je. Aku sepanjang kahwin dengan Farah, aku tak pernah pun bersama dengan dia macam pasangan suami isteri yang lain.
Aku berubah jadi lelaki pun bila kenal Nisa. Aku rasa sangat nikmat hidup bila dengan Nisa. Aku bebas nak pergi mana. Buat apa. Aku mula salahkan ibu dan abah sebab jadikan aku nerd. Dekat tempat kerja aku dah pandai marah dan t3ngking – t3ngking staff.
Aku bocorkan rahsia Dr Iskandar ada skandaI dengan nurse non muslim. Serata wad tahu dia gataI, semua gara – gara aku. Sebab masa aku tengah tunggu Farah ambil aku beberapa bulan sebelum tu aku ternampak dia buat kerja tak senonoh kat dalam kereta.
PukuI 2 – 3 pagi macam tu. Video 13 saat kereta shaking aku tunjukkan kat orang. Masa fitnah tu tersebar, aku rasa puas hari. Lama kelamaan aku kahwin dan duduk asing dengan Farah. aku perasan sesuatu.
1) Duit dalam purse aku hilang selalu.
2) Aku tak pernah send sms kat ibu tapi macam mana boleh ada long c0nversation dalam fon aku.
3) Aku boleh kira dengan jari, berapa kali je makan kat umah.
4) Si nurse suka marah aku.
5) Si nurse suka bagi alasan bendera jepun.
6) Si nurse suka keluar free hair sedangkan sebelum kahwin, dia bertudung.
7) Si nurse tak suka balik rumah ibu. Aku hampir setahun tak balik rumah Farah. Hanya jumpa sekejap dekat rumah ibu. Senyum – senyum, bagi duit dan bIah.
Setahun 2 bulan lebih aku kahwin dengan si nurse. Rumah kami teruk terbakar walaupun tak 100% hangus tapi kena ren0vate. Jadi waktu tu kami tumpang rumah ibu. Duduk lah situ. Tak ada apa yang berlaku sampailah satu hari abah balik meng4muk.
Dia mengadu ada orang kat balai nampak yang Farah kat area IPD abah tengah makan dengan sorang lelaki melayu. Aku dengar pun sent4p. Aku call dia suh pergi umah ibu. Dia datang. Abah dan ibu desak tanya, akhirnya dia mengaku memang dia ade jumpa orang tu.
Muka dia tenang je. Abah ape lagi. Terus naik. Ibu plak dah naik h4ntu, dia heret Farah turun dari kerusi suh keluar. Dia m4ki macam – macam. Farah menangis teruk sebab s4kit. Adik lelaki aku je yang tahan ibu, yang lain semua tergamam.
Aku malam tu pun nak tunjuk hebat kat ibu dan adik – adik aku, bahawa pilihan aku nak kahwin dengan Nisa ni betul. Aku pun t4mpar dia 3 kali. Dia akhirnya bangun dan keluar dari rumah tu. Aku mesej dia. Cakap kat dia yang aku ceraikan dia taIak 1.
Sejak dari hari, aku dah tak dengar apa – apa pasal Farah, walaupun tentang keluarga mertua. Satu hari (selepas setahun kejadian), ibu ajak pergi Alamanda. Aku ambil wallet nak isi minyak, tengok ada RM400 TAPI kad bank semua takde.
Masa tu Nisa kata dia nak pergi reunion sekolah kat Sarawak. Rupaya semua kad – kad bank aku, dia yang ambil dan pegang. Dia balik 3 hari selepas tu. Aku s0und lah dia dan buat pertama kalinya aku marah dia.
Dia tersent4k dan marah aku balik. Ibu dengar kami berg4duh sebab kami ada kat rumah ibu waktu tu, cuti hujung minggu. Ibu memang s4kit hati bila anak kesayangan dia ni kena m4ki teruk dengan si menantu. ibu marahkan Nisa.
Nisa mula – mula diam, tapi kemudian dia baIas balik. “Aku nak anak kau ni ceraikan aku sekarang jugak! aku pun tak ingin! aku ingat kahwin dengan dia boleh hidup senang. Tapi habukkkk pun tak ada. Makan nak harap kat aku. Kemas rumah pun harap kat aku. Aku bukan orang gaji anak kau”
PANG! Kena t4mpar. Dia pun apa lagi. M4kin berasap marah. “Aku memang tak suka anak kau. Aku kahwin sebab nak duit dia je. Aku ingat doktor – doktor ni kaya. Tapi b0doh je banyak. Kalau tak sebab aku, kau tu jadi Iembab lagi lah! Kereta tak pandai. Nak bayar apa pun tak reti, semua tak boleh! Anak kau ni b0doh sama dengan kau!”
Ibu dah Iembik kaki dan terus rebah. Si nurse terus siap – siap dan keluar. Aku papah ibu duduk kat katil aku dan ibu sama -s ama nangis. Malam tu cerita pasal ni Nisa sampai kt abah. Abah cakap, padan lah dengan kamu sendiri Aidil. Cari nah4s.
Adik bongsu aku kata tiba – tiba. “Kak Farah ada dulu kau buang..” Aku jawab, “dia curang, perempuan ni sama je mana – mana”. Adik perempuan aku tiba – tiba meyampuk. “Kau mane tahu? Malam ibu dan angah beIasah dia tu ada tak tanya dia siapa lelaki tu? Semua duk ser4ng dia tak tanya pun betul ke tak. Lepas tu sibuk duk marah m4ki dia, pukuI dia.”
Semua diam.. Abang long aku yang tak pernah aku cerita kini masuk scene. Dia tiba – tiba confess. “Sehari selepas kejadian malam tu. Along called Farah, dia kena tahan wad, ibu. Hidung dia ced3ra. Ibu hent4k dia kat kerusi kuat sangat.
Along dengan Imah (kakak ipar) pergi tengok dia. Lembik, Ionglai dia ibu. Dia sendiri minta rahsiakan. Dia balik dari rumah kita tu terus drive sendiri pegi hospitaI. Tak boleh bayang along. Mane dengan hati s4kit.. badan s4kit..”
Adik perempuan aku plak tambah.. “Dah lama saya terasa hati dengan ibu. Ye, saya b0doh tak macam along angah dengan adik. Setiap kali hari terbuka mesti ibu tak pergi. Abah je pergi. Masa saya tingkatan 5 tu pertama kali ibu pergi.
Tu pun kebetulan adik nak tukar sekolah, ibu pun pergi sama. Saya SPM takde A. Ibu tak pernah tanya. Nak sambung mana, nak buat ape? Abah je yang tanya. Abah yang suruh ambil lesen. Belikan motor suruh pergi kolej. Ibu sibuk dengan angah.
Saya anak perempuan tunggal ni ibu tak pernah peduli. Mentang – mentang saya b0doh. Naik motor berejam pergi kelas. Nak ibu hantarkan? Akhirnya naik motor sendiri. Lepas angah kahwin dengan kak farah lah saya mula ubatkan hati.
Lama – lama saya maafkan juga ibu. Semua tu nasihat dan teguran dari kak farah. Ibu bayangkan, sebagai ibu, ibu tak pernah ajar saya sembahyang. Yang ajar saya kak farah, saya rasa terh1na. Saya ade ibu abah tapi macam anak yang yatim. Terpinggir dalam keluarga.”
Aku nak bangun. Tak tahan, sedih, serabut! Adik bongsu aku plak sambung. “Masa rumah angah terbakar, angah tak ckup duit nak ren0vate, bukan along yang pinjamkan duit. Tapi kak Farah yang bagi. Dia kata duit nafkah yang angah bagi dia tak guna. Jadi dia bagi along suh bagi kat angah. Adik tahu sebab adik ada mase dia bagi duit tu”
Aku terdiam. Rumah sunyi. Sorang demi sorang berlalu tinggalkan aku kat situ sendirian. Sebulan lepas tu aku cuba call adik Farah tapi tak dapat. Aku call mak dia pun tak dapat. Akhirnya aku call along aku tanya. Along kata tak payahlah buang masa, Farah tak ada kat Malaysia, dia sambung belajar luar ngara.
Tak payah cari dia. Aku pun terus depr3ssed. M0nyok pergi keje. Muka semb4b sebab banyak tak tidur malam dengan kerja banyak, makan tak lalu sebab sedih yang teramat. Satu petang tu, masa waktu melawat, wad penuh. Aku rehat kat pantri.
DR. Iskandar datang dekat aku. Dia tanya aku okay ke tak? Aku buat b0doh. Malas nak layan si b4bi hutan tu. Dia cakap, dia tahu kat mana Farah. TerbeIiak mata aku. Aku tanya, mana dia tahu. Iskandar cerita.. “Dua minggu sebelum kau nikah, dia datang wad ni. Aku ade kat pintu file mase tu.
Dia tegur aku. “Kenal Dr Aidil tak? aku kata kenal. Dia cakap maknanya dia tak salah wad lah. Dia tanya aku pasal kau sebab dia tu calon isteri kau. Aku bagitahulah kau ni rajin. Kerja tak pernah skip. Kau hormat orang tua. Nurse – nurse dan staff kat sini baik dengan kau walaupun kami selalu buIi kau.
Aku minta maap. Aku tahu aku banyak salah dengan kau. Sejak hari dia jumpa dengan aku kat sini. Aku jadi spy dia. Untuk jaga kau. Dia akan pesan tiap – tapi pagi suruh tengokkan kau. Pastikan kau makan bekal kau. Pastikan kau tak kene kacau dengan orang lain.
Sebab tu mane kau pegi aku suka ikut sebab aku tak nak orang lain kacau kau. Biar aku je. Lagi satu, aku terhutang budi dengan dia. Budak laki yang korang kata jumpa dengan dia tu sebenarnya adik aku. Dia ade masalah sikit. Aku minta bini kau nasihatkan dia, kaunseIing kan dia sebab dia ade masalah, adik aku gei.
Tapi tak sangka kau dengan dia berg4duh besar. Aku betul – betul minta maaf. Aku diam. Air mata aku laju je turun. Sampai pagi tadi, dia mesej aku tanye tentang kau. Sihat ke tak? Dah makan ke belum. Aku akan bagi alamat dia kat kau. Kau pergiIah cari dia.”
Malam tu dia send kat sms. Alamat Farah ade kat UK. Aku terk3jut, sampailah aku teringat balik. Memang dia tengah tunggu nak sambung master. Jauh rupanya Farah bawa diri sampai ke UK. Dia sambung master dalam jurusan kimia kat university of W4rwick.
Aku pergi sebulan selepas tu untuk cari dia. Dia tak berubah. Sama macam dlu. Aku intai dia dari jauh. Dia berjalan pegang buku. Aku rindu sangat dengan dia rasa macam time tu juga nak peIuk dia tapi aku mampu tengok je. Esoknya, aku gigihkan diri nak jumpa dan berdepan dengan dia.
Dia nampak tenang tengok aku tiba – tiba muncul. Dia terus berjalan macam aku ni tak ada. Aku jerit panggil nama dia, dia toIeh. Aku minta maaf banyak kat dia. Dia cuma cakap. Saya dah lama maafkan. Jangan risau.” Pastu dia jalan.
Aku tanya, nak gi mana? Dia jawab, dia nak balik.. Aku katalah, tapi kan awak dah maafkan saya. Dia jawab.. “Ya. Saya maafkan. Tapi saya tak kata saya terima awak balik. Balik lah malaysia. Jangan ganggu saya kat sini. Saya dah mula selesa dengan hidup saya tanpa awak.
Awak ajar saya untuk hidup tanpa awak. Jangan datang dalam hidup saya balik. balik lah. jalani hidup awak supaya lebih dekat dengan Allah. Supaya awak tak dizaIimi oleh manusia lagi. Balik lah.” Dia berlalu pergi.. Sampai saat ini. Dah beberapa tahun aku tak jumpa dia.
Aku dapat tahu dia dah pergi selamanya sebab denggi berd4rah. Dia meningg4I di Johor Baharu, negeri dia mencari rezeki lepas dia pulang dari UK. Aku masih ingat saat dia ajarkan aku solat, azan. Aku masih teringat kisah – kisah nabi dan sufi yang dia ceritakan.
Aku masih ingat masa kami berdua tonton movie malam – malam minggu sambil meniarap depan laptop. Dia tertidur tepi aku. Aku masih teringat sedap masakan dia untuk aku. Aku masih ingat dia salam tangan aku tiap kali pergi dan balik kerja.
Aku masih ingat dia mengaji kat dalam rumah kami bila nak dekat subuh. Aku masih ingat gurauan dia dengan adik – adik aku. Seluruh rumah kami gembira saat bersama dia. Hingga saat ini, dia masih segar dalam ingatan aku. Aku hanya berdoa dan berharap. Agar kasih aku dan dia kembali bertaut di syurgaNya. Sungguh, sayangiIah isterimu. Dia lah bid4dari untuk lelaki yang dihantar dahulu ke dunia. – aidil.
Komen Warganet :
Aein Hanan : First, terk3jut sebab selama ko hidup dari kecil sampai da keje jadi doc tapi tak pernah solat???? Lagi terk3jut bila ko kata mak ko pon tak solat. Astagfirullah.. tak tau nk cakap ape. Tu lah pentingnya agama.
Iman di d4da. Well.. kalau cite ni betol ko memang tak layak pon untuk dapat si farah tu. Bertaubatlah. Lagi d4hsyat bila mak ko sendiri pukuI dia.
Nur Syafa : Oversp0iled and 0verpr0tected. Bila kena ujian perempuan sikit, terduduk jadinya. Kalau cerita ni betul, aku nasihatkan ko jaga la mak ayah farah dan adik beradik dia baik – baik. Dorang marah kutuk ko pun, ko tahan je laa.
Ko layak terima semua tu. Doakan farah dan belajar untuk jadi lelaki sebenar. Kalau ni just cerita rekaan tv3 pukuI 7 (pasal dah banyak orang mengaku yang dia reka cerita post kat sini), nice story bro. Ada bakat ni. Lari sikit dari stere0type ”kerja syarik4t” dengan ”hero arr0gant tough”.
Lola Mel Zati : Sebab tu solat tu penting. Bila tak solat hidup memang tak tenang. Jagalah agama dan iman, ingat pada kem4tian dan hari pembaIasan. Insyallah semoga menjadi insan yang lebih baik.
Wan Mohd Faid : Geram pulak tengok orang yang tak habis – habis b4sh dia ni. Cakap macam dah tau masa depan dia tu takkan sama macam orang yang confess ni. Dia dah berubah kot. Nak bagi teladan kat orang lain supaya buka mata. Supaya kes dia ni tak berulang kat orang lain.
Ayesya Shuhaimy : Korang, dia pend0sa, kita pend0sa. Dia berani cerita kisah hitam dia, d0sa dia, buat pedoman kita, korang plak, h1na dia, c4ci dia, macam korang tuhan plak ye. Semoga Allah mengampuni d0sa – d0sa awak, d0sa- d0sa kita semua. Semua manusia ada sejarah hitam dia. Hidup kita semua, bukan sama sejarahnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.