Aku merajuk dengan suami, terus balik rumah bawa anak. Suami call banyak kali suruh buka pintu. Aku pelik muka dia pucat

Suami nampak aku merajuk dengan muka masam berdiri hujung koridor. Dia cuba datang dekat nak pujuk, aku terus lari turun tangga tingkat bawah. Masa tengah lari kejar aku tu suami aku pelik, mana anak kami??

#Foto sekadar hiasan. Hi.. Salam guys, terima kasih admin siarkan kisah aku ni. Aku tinggal di Selayang, rumah sewa flat tingkat 15. Belakang rumah aku bukit, jadi pagi – pagi memang hijau je. Dah lama aku sewa kat situ, dah la murah bayar sewa bulan – bulan.

Selama 5 tahun aku tinggal dekat rumah ni, dia usik sikit – sikit je.. tu normal la kot bunyi guli, dia main bunyi tarik perabot, bunyi tarik meja semasa suami aku balik keje lambat. Biasanya aku buat tak tahu je bunyi – bunyi ni.

Suatu malam tu aku masuk tidur awal, suami aku, dia jenis tidur lambat, kadang – kadang dia tengok bola, tengok wrestling atau main game. Jadi malam tu dia tidur pukuI 3 pagi. Suami aku tidur kat tilam bawah, luas sikit dia kata sebab atas katil anak aku tidur buas macam 10 orang dah, sempit.

Tiba – tiba dia bangun mencari cari aku punya handphone. Dia buka handphone aku, jadi cahaya dari handphone aku tu buat aku terjaga. Aku ni kalau tidur pun, aku akan cepat terjaga kalau ada bunyi – bunyi bising atau bunyi apa – apa pergerakan.

Kiranya anak terjaga ke, suami terjaga tengah malam ke, mata aku autom4tik akan buka sendiri tengok situasi yang berlaku. Jadi aku tanya la dia, “cari apa dalam handphne tu,”  dia tanya aku pulak, “mana video surah yassin, buka yassin jap.”

Aku pelik je mikir kenapa dia suruh bukak surah yassin ni. Aku pun cari – cari aikk..mana apps al quran yang aku install hari tu.. Takde la pulak. Aku tanya dia, “Kenapa? takut ke? Kena kacau ke?” Dia cuma baIas hmm hmm je.

Aku malas nak tanya banyak – banyak malam – malam buta macam tu. Aku kata takpe, esok cerita ok, dia kata ok, aku buka je laa youtube bacaan al quran ni. Aku suruh dia tidur atas katil je, senang aku nak protect dia dan anak aku.

Jadi aku tidur, tangan kanan aku pegang suami aku.. tangan kiri aku pegang anak aku tengah tidur. Esok pagi pukuI 6 pagi, bangun solat, mandi siap nak pergi kerja aku tanya dia ape jadi semalam. Dia cerita pukuI 2 pagi, dia pergi laa area ruangan tepi dapur rumah sebab nak hisap r0kok, ruangan tu biasa aku buat ampaian baju sebenarnya sebab dia ada ruangan terbuka.

Ruangan tu bertentangan dengan koridor depan rumah aku. Sambil hisap r0kok dan main game dia ternampak satu kelibat melintas depan dia kat koridor tu. Tapi sekali lalu je la, masa tu bulu roma dia dah meremang, jadi dia ambil keputuusan buang r0kok, pergi ruang tamu sambung tengok bola.

Masa kat ruang tamu dia kata rasa diperhatikan je. Mula – mula dia buat tak layan, malas nak layan katanya tapi m4kin lama m4kin seram sejuk je rasa. Jadi dia fikir nak tidur je la. Dia tidur mengiring menghadap aku, masa tu la benda tu kacau dia.

Suami aku kena tindih tapi dia meIawan. Dia nampak objek yang kacau dia tu tengah berdiri di tengah tengah antara aku dengan dia. Tapi dia menghadap suami aku laa.. nampak warna putih kekuningan macam kain buruk juga.

Suami aku tetap meIawan, sem4kin dia Iawan makhluk tu tundukkan diri dia sikit demi sikit (tunduk macam kite tengah rukuk tu)  Suami aku m4kin Iawan mata dengan dia tapi tak mengalah. Dia marah, dia lagi tundukkan separuh badan dia menghadap suami aku.

Muka nasib baik la tak nampak, kabur – kabur je.. Kebetulan masa tu anak aku tidur dia ngigau rengek – rengek, jadi aku bunyikan suara aku haisy, ‘tidur’ sambil tepuk anak aku, dan aku pusingkan badan aku ke arah suami aku dan tersentuh dia.

Masa tu dia dah boleh gerak dah, bende tu takde dah. Suami aku suruh bukak ayat quran tu sebab dia kata penat, nak tidur sebenarnya malas dah benda – benda kacau ni. Aku yang dengar cerita dia pagi – pagi tu terus bertukar muram, seramnyaa.

Tapi sempat bebel pula, orang suruh tidur awal tak nak.. Malam – malam duk bertenggek hisap r0kok situ sape suruh. Aku ingat dia insaf la nak tido awal. Tapi hampeh, jenis tak takut dia ni. Hati batu juga, dia kata ann0ying je semalam sebab dah la penat ni nak tidur, kacau pulak masa tidur dia.

Sebab dia tak insaf, benda tu usik lagi dia tapi cara lain pula. Tapi 2 bulan kemudian laa. Flat ni kitorang duduk ni dekat – dekat  dengan keluarga mak mentua aku. Adik – adik ipar aku pun sewa area yang sama, tingkat yang sama.

Waktu malam minggu tu aku pergi rumah mak mertua aku, lepas tu aku merajuk dengan suami aku, jadi aku balik rumah aku pukuI 10 malam. Aku dah tidur dah dengan anak aku, sedap – sedap tidur tiba – tiba suami aku call.

Aku pada masa itu sedang merajuk, jadi aku malas nak angkat panggiIan dia. Tapi dia call 2 – 3 kali, dan aku yang tak sampai hati terus angkat panggiIan. Aku bertanya, “kenapa? Ngantok ni.” Dia bertanya, “awak kat mana?”

Aku pula nak marah tanya aku soalan yang remeh, “rumah laa, mana lagi, orang dah tido dari tadi lagi ni.” Dia diam, dia suruh aku buka pintu, dan aku terus pergi buka pintu. Lepas tu aku tengok muka dia pucat semacam waktu tengok aku .

Aku cakap, “dah kenapa ni?” Dia tanya anak kami mana? Aku jawab la dah tidur sekali dalam bilik. Dia tanya lagi, “dah lama ke awak dalam rumah? Betul tak keluar pergi mana – mana ke?” Aku dah cuak. Dah kenapa tanya aku soalan macam ni. Dia terus buka cerita..

Masa dia duduk depan pintu rumah kami sambil main phone, kebetulan depan rumah aku ada sofa lama, jadi boleh la duduk – duduk lepak dekt situ. Biasa ramai yang melepak kat luar, sebab masa tu baru pukuI 12.00 tengah malam, kira awal lagi, kepada yang biasa tidur lewat.

Malam tu dia kata semua dah masuk rumah dah dan dia pula nak masuk juga. Tiba – tiba di hujung koridor, dia nampak aku dekat sana sambil pandang dia dengan muka marah merajuk. Suami aku tengok, dia fikir itu dalah aku, dia pun bangun dan terus pergi ke arah situ tapi makhluk yang menjelma sama dengan aku tu lari ke tangga hujung koridor pergi ke bawah.

Suami aku jalan laju sikit nak kejar la konon katanya. Dia pikir aku merajuk dengan dia sambil main lari – lari kot. Dia kata dalam hati nak pergi mana isteri aku ni, berani pula dia main pergi lari bawah tingkat 14 tu. Tapi sampai tengah jalan suami aku berhenti, dia terfikir, mana anak?

Kenapa tak bawa sekali, must4hil isteri aku tinggalkan anak sorang – sorang pula. Masa tu la dia teringat nak call aku. Masa tu aku cakap aku kat rumah tengah tidur, dia confius, aikkkk… Lepas tu suruh aku bukak pintu tu. Aku yang dengar cerita tu pun seram sejuk.

Apa tak seramnya s3tan menyamar jadi aku, dia pakai baju tshirt dan siap bertudung yang aku kerap pakai tu pulak. Suami aku kata sebijik muka aku, tudung adijuma yang aku selalu pakai, tshirt pink lengan panjang aku slalu pakai.

Nasib laa dia tak ikut betul – betul. Apa – apa pun yang penting sentiasa berfikiran w4ras sebelum buat apa – apa keputuusan. Jangan merajuk lebih – lebih. Selalu ingat Allah dan jangan lupa solat. Sekian cerita aku..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.