“Kurniaan atas kerja keras mumy selama nie…” – Didie Alias
Penyanyi popular, Stacy Anam, 34, bersyukur kerana namanya tersenarai sebagai penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin ke-71.
Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy berkata, dia dapat tahu namanya tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu daripada rakan artis, Marsha Milan.
“Alhamdulillah, pastinya saya berasa terharu dan bersyukur bila dapat tahu nama turut tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu.
Bila dapat tahu berita gembira ini saya bertanya kepada diri, layakkah saya menerima anugerah berkenaan? Pada masa sama, saya gembira kerana bakat seni dihargai,” katanya.
Mengenai ADK lagi, kata anak kelahiran Penampang, Sabah itu, anugerah itu turut menyuntik semangat padanya untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat terutama di negeri kelahirannya itu.
“Saya pernah terbabit dalam konsert amal untuk Malim Gunung ketika gempa bumi paling besar di Kota Kinabalu yang turut mengorbankan ramai nyawa ketika itu.
“Kalau dulu, saya hanya pergi menyanyi dan buat persembahan sahaja tapi bila tersenarai sebagai penerima ADK itu, saya berasa sudah menjadi orang yang penting seperti mendapat jawatan baru untuk menyalurkan sumbangan sebagai anak seni kepada masyarakat di luar sana.”
“Bila dapat anugerah ADK itu, saya berasa mahu kembali semula ke Sabah.
“Saya kini menetap di Semenanjung Malaysia bersama suami dan anak-anak. Namun, bila kembali ke Sabah selama dua minggu ketika cuti sekolah, baru-baru ini, perasaannya sangat berbeza sama sekali.
“Saya berasa jiwa ada di kampung halaman. Impian saya untuk kembali semula ke Sabah dan memberi sumbangan serta berbakti kepada masyarakat,” katanya.
Selain Stacy dan Didie Alias, Marsha, barisan artis lain yang tersenarai antara 274 individu penerima ADK ialah Velvet Aduk, Elica Paujin dan Rosario Bianis.
Didie Alias melalui hantarannya dia Instagram, meluahkan rasa syukur atas usaha kerja keras beliau selama ini. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada semua individu yang terlibat..