Masa anak ketiga meninggaI dunia, telah jatuh takIik kali ke-2 pada saya

Tahun pertama dan kedua suami belajar puasa. Saya dan anak – anak selalu kena marah kerana dia tak tahan dugaan lapar dan dahaga, dia jadi pemarah. Pernah dia telangkupkan pinggan yang berisi nasi ayam baru dimakan separuh atas meja.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca di ruangan ini. Dua tiga hari ini, hangat tentang isu suami tak solat. Ada macam – macam pendapat dan pandangan. Terpulanglah nak ikut pendapat yang mana.

Saya di sini juga nak menceritakan mengenai kisah suami saya yang tak solat. Sudahlah tak solat, tak puasa, tak tahu mengaji, men4gih d4dah pulak. Itu kisah saya 7 tahun yang lalu. Sebenarnya saya berkahwin dengan suami saya dah 17 tahun, bermula 2004 hingga 2021.

Kami berdua merupakan kakitangan kerajaan. Ada 2 orang anak. Sama macam confessor sebelum ni jugak, saya tak tahu suami saya ni tak solat masa bercinta dulu, sebab dia selalu bertanyakan dah solat ke belum. Rasa macam caring sangat bab agama ni.

Sedangkan.. Hurmmm… Krik krik je.. Betul la kata orang, bila kita dah duduk serumah, tidur sekatil, baru kita tau per4ngai sebenar dia macam mana. Seperti yang saya bagitau kat atas tadi, tak solat, tak puasa, tak tahu mengaji dan men4gih d4dah.

Yang paling saya tak boleh terima masa tu, seluruh keluarganya macam tu. Mak dia iaitu mertua saya pun tak solat dan tak puasa, kakak – kakak, ipar duai, anak – anak saud4ra dia semuanya tak solat dan tak puasa. Yang lelaki pulak tambah lagi satu, men4gih d4dah.

Saya masa tu.. Ya Allah.. Family apa aku masuk ni.. Sebab family saya sangat menitikberatkan solat, puasa dan mengaji. Tanyalah mana – mana isteri pen4gih d4dah pun, tak ada yang hidup bahagia. Begitu juga saya. Air mata teman sejati masa tu.

Sampailah mak mertua saya meningg4I (ayah mertua dah lama meningg4I, sebelum kahwin dengan saya lagi), suami saya masih men4gih lagi. Sengas4ranya hanya Allah yang tahu. Leb4m sana sini, berg4duh setiap kali dia ambil d4dah.

Pernah dia curi duit gaji saya dalam akaun, dia ambil kad ATM saya tanpa saya sedar. Lepas tu, terus saya tukar nombor pin, tak bagitau dah kat dia nombor pin saya. Akhirnya setelah puas berg4duh, tumbvk, sep4k ter4jang, dia minta kepada saya untuk dicarikan tempat berubat ket4gihan d4dah.

Agaknya dah tak sanggup lagi nak berg4duh. Kami berg4duh kaw kaw. Sebenarnya, dah 2 kali takIik jatuh disebabkan dia bertakIik jika dia mengambil d4dah lagi, jatuh taIak atas saya. Dan kami telah rujuk ke pejabat agama. Dan dia tak sanggup kehilangan saya dan anak – anak, jadi dia sanggup pergi berubat kat Kuala Kangsar, Perak dengan bayaran sebanyak RM2000. Masa tu tahun 2012.

Setelah balik dari sana, ada la dalam setahun dia jadi baik, solat, belajar puasa, tak hisap d4dah. Tapi bab mengaji dia tak nak. Lepas pada itu, dia kembali men4gih d4dah kembali. Masa ni, dia kata kalau dia hisap d4dah lagi, jatuh taIak.

Rupanya dia hisap lagi d4dah. Bila hisap d4dah, solatnya memang tidak, puasa jauh sekali, mengaji jangan ditanya. Ya Allah.. Dugaan sungguh. Dengan anak saya yang ketiga meningg4I, nak hadap per4ngai suami. Jatuhlah taIak kedua ke atas saya.

Ya.. Mungkin ada yang kata, saya b0doh kerana menerima dia untuk rujuk kembali buat kali kedua. Setiap hari dari mula – mula saya tau dia tak solat, dia hisap d4dah, dia tak puasa, saya tak pernah putvs berdoa semoga dia insaf suatu hari nanti.

Semoga Allah lembutkan hatinya untuk menjalankan tanggungjawabnya. Tanpa henti saya berdoa. Setiap solat 5 waktu wajib lah berdoa, solat hajat dan tahajud, tidak pernah lupa doa ini. Setelah 10 tahun saya berkahwin dengan dia dan berdoa, bulan 8 tahun 2014, alhamdulillah dengan izin Allah, telah dibukakan pintu hatinya untuk solat, belajar puasa dan yang paling nikmat, dia berhenti hisap d4dah.

Dia tinggalkan semua kawan – kawan d4dahnya. Bukan mudah, tapi Insya-Allah boleh. Doa senj4ta paling ampuh untuk seorang mukmin. Sekarang, tahun ke 17 perkahwinan kami, dia sedang belajar mengaji. Katanya, malu kepada anak – anak yang meningkat remaja.

Anak – anak boleh mengaji, ayah tak pandai mengaji. Saya dan anak yang menjadi guru mengajinya. Sesungguhnya saya bersyukur, Allah mengabulkan dia saya setelah 10 tahun lebih saya berdoa tanpa henti. Saya bagi semangat untuk dia dan akhirnya Allah lembutkan hati dia.

Paling struggIe tahun pertama dan kedua dia belajar puasa. Saya dan anak – anak selalu kena marah kerana dia tak tahan dugaan lapar dan dahaga, dia jadi pemarah. Pernah dia telangkupkan pinggan yang berisi nasi ayam baru dimakan separuh atas meja.

Alhamdulillah Allah kurniakan kesabaran pada saya dan anak – anak untuk menghadapinya. Tahun demi tahun, dia sem4kin bersemangat untuk puasa dan berterawih. Tapi dia masih tak boleh jadi imam, kerana bacaannya masih banyak yang salah.

Anak lelaki saya yang jadi imam, ayahnya makmum. Ini kisah Masa PKP 1.0 2020. Maaflah andai cerita saya berterabur. Selagi mampu bersabar, bersabar dan berdoalah tanpa henti. Saya juga pernah pergi ke pejabat agama untuk buat fasakh.

Tetapi prosesnya amat lama. Tak jadi saya teruskan fasakh. Jadi saya hanya berdoa. Saya buat istiqarah, sama ada perIukah saya memilih penceraian atau kekal dalam perkahwinan yang bagi saya sangat menyiksakan. Bukan sekali dua istiqarah, lebih 20 kali sepanjang 10 tahun berada dalam ner4ka dia.

Solat hajat dan tahajud yang berpanjangan, doa tanpa henti. Terima kasih kerana sudi baca. Sekiranya berterabur, maaf kan saya, saya tak pandai mengarang sebab saya bukan orang bahasa. – Kereta Merah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cikgu Maryy : Tahniah Puan.. Perceraian bukan jalan penyelesaian… Allah takdirkan tt berj0doh dengan suami agar tt boleh memimpin tangan suami ke syurga. Dengan rahmat Allah, didoakan tt dulu akan ke syurganya. Berkat sabarnya memimpin pemimpin keluarga. Aminn

Hujan Rain : Satu kesilapan yang menjadi contoh kepada wanita – wanita di sana untuk berkahwin atau terus berkahwin dengan lelaki – lelaki yang tidak solat, tidak berpuasa dan mengerjakan rukun – rukun islam yang lain. Isteri – isteri akan berkata bersabarlah lah 20 tahun lagi bertaubat lah dia dan mengerjakan solat.

Ain Aripin : Tahniah TT, j0doh aturan Allah itu sangat Indah. Puan berjaya bersabar dan berjaya membimbing suami menjadi insan yang lebih baik. Benar hanya DOA lah senj4ta paling terampuh untuk mengubah sesuatu yang kita ingini.

Bila ujian datang check kembali hubungan kita dengan Allah. Jaga solat 5 waktu, Sunat Tahajjud, Istiharah, Taubat dan Hajat sangatlah powerful. Pemangkin untuk kita bangkit perbaiki diri dan usaha untuk tempuhi ujian itu. Semoga kalian terus bahagia diberi rahmat dimurahkan rezeki dari Allah s.w.t.

Aqilah Mohd : “Sebenarnya, dah 2 kali takIik jatuh disebabkan dia bertakIik jika dia mengambil d4dah lagi, jatuh taIak atas saya. Dan kami telah rujuk ke pejabat agama. Dan dia tak sanggup kehilangan saya dan anak – anak, jadi dia sanggup pergi berubat kat Kuala Kangsar, Perak dengan bayaran sebanyak RM2000. Masa tu tahun 2012.”

Nampaknya suami tt sayang kat tt sebab tu sanggup berusaha nak berubah, cuma tak terdaya masa awal tu sebab d4dahkan memang payah orang nak berubah..

Wardah Wakeel : MashaAllah puan. Memang sangat memberi inspirasi. TAPI, kalau berlaku pada keluarga saya lebih – lebih lagi ANAK PEREMPUAN saya, tak tergamak saya nak nasihat untuk bertahan bertahun – tahun dengan seorang pen4gih.

Kalau betul lepas 10 tahun boleh berubah tu takpe, kalau tak sempat berubah dah dibvnvhnya anak saya waktu tengah high? Atau dibuat benda yang tak elok pada cucu saya waktu tak waras tu? Menangis air mata d4rah pun tiada guna.

Pada saya, tak berbaloi. Risik0 jauh lagi tinggi dari possibility bahagia. Kisah puan ni mungkin satu dari seribu kisah bersuamikan pen4gih yang agak happy ending. Moga dijauhkan dari saya dan keturunan, dari orang – orang yang tidak solat. Solat tidak menjadikan kita ahli syurga, hanya melayakkan kita bergeIar h4mba Allah saja.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.