Wah…cantik macam bidadari! Artis artis ini hadir untuk sumbangan kepada tabung Yayasan Nurjiwa sebanyak!!

Tahun lalu, telah menyumbangkan RM300,000, dan tahun ini jumlah itu meningkat kepada…

Rasanya produk Inayah Beauty sudah tidak asing lagi dikalangan artis dan selebriti di Malaysia. Ramai selebriti yang menjadi testimoni keberkesanan produk untuk menguruskan badan.

Melihat kepada hasil dan keberkesanannya, maka tak hairanlah ramai pengguna yang menggunakan produk ini. Dengan itu, atas sebab keprihatinan yang tinggi oleh pihak Inayah Beauty, mereka telah menyumbangkan sejumlah wang RM500 000 kepada Yayasan Nurjiwa.

Seperti yang kita sedia maklum, Yayasan Nurjiwa ialah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006[1] oleh penyanyi Malaysia, Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa dengan matlamat untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Bukan sahaja di dalam Malaysia malah negara luar salah satunya, Pal3stin. Jadi sumbangan yang dihulurkan adalah kepada penduduk Pal3stin yang sedang bergolak.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Inayah Beauty telah pun menyumbang RM300 000 kepada Yaaysan Nurjiwa atas sebab yang sama. Selepas setahun, menurut ketua pegawai eksekutif Inayah Beauty, mereka membuat sekali lagi sumbangan kepada yayasan tersebut.

Alhamdulillah, semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

Antara artis artis popular yang menjadi duta kepada produk Inayah Beauty adalah, Abby Abadi, Puteri Sarah, Nora Danish dan yang terbaru nampaknya, mereka ingin malamar Fattah Amin pula. Wah! makin laku la produk ni nanti!

Majlis Penyerahan sebahagian pendapatan Inayah Beauty kepada Yayasan Nurjiwa utk Pal3stine. Berbesar hati dapat menjadi sebahagian dari Keluarga Inayah Beauty. Sayang Semua Lillahi Taala. Semua ikatan & kasih sayang ini kekal hingga ke SyurgaNYA.. Aminnnnnn

Selain dari itu, laman sosial Instagram milik Yayasan Nurjiwa turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Inayah Beauty.

‘Alhamdulillah, hari ini genap setahun kerjasama antara Inayah Beauty dan Yayasan Nurjiwa dalam menyokong usaha bantuan kemanusiaan ke Pal3stin. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Inayah Beauty atas komitmen yang luar biasa dalam membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di sana.

Tahun lalu, Inayah Beauty telah menyumbangkan RM300,000, dan tahun ini jumlah itu meningkat kepada RM500,000. Ini adalah satu sumbangan yang sangat bermakna dan memberi impak besar kepada misi kami. Terima kasih juga kepada duta-duta Inayah, sahabat-sahabat selebriti, Nora Danish, Fasha Sandha, serta Abby Abadi yang turut hadir memeriahkan majlis hari ini.

Sokongan dan keprihatinan yang berterusan ini tidak mungkin dapat dibalas dengan kata-kata. Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati oleh Allah dan membawa manfaat yang besar kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, semoga kerjasama ini terus utuh dan memberi sinar harapan kepada mereka di Palestin. Terima kasih sekali lagi kepada Inayah Beauty dan semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini.’