Suami aku kerja bagus, berduit tapi duduk rumah PPRT pun tak mampu bayar RM124 sebulan. Rumah asyik kena kunci je. Anak kedua pula meninggaI masa 5 tahun sebab suami aku tinggal dia dalam kereta. Anak perempuan sulung aku mengandung anak luar nikah masa umur 18 tahun. Banyak kan dugaan aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. Cukuplah kenal aku sebagai Wanita Besi. Nak tau kenapa, bacalah cerita aku sampai habis. Aku kahwin umur 23, dapat anak pertama umur 24 dan anak bongsu aku lahir masa aku umur 33. Sekarang anak sulung aku 26 tahun dan anak bongsu 17 tahun.
DUGAAN. Tajuk aku. Masa aku kandung anak kedua, rumah aku (rumah setinggan) terbakar. Masa tu anak sulung aku belum setahun pun. Masa anak kedua aku 5 tahun, dia meninggaI sebab kepala dia tersepit dekat tingkap power window kereta sebab ayah dia tinggalkan dia dan adik dia masa tu umur 2 tahun.
Dorang main loncat – loncat dalam tu sampai si adik terpijak power window sampai abang dia tersepit. Ayah dia kat luar kereta tu je sebab bagi barang pada orang. Masa ni aku dah anak 3 orang. No satu dan dua anak lelaki dan no 3 anak perempuan.
Lepas rumah aku terbakar tu, aku dapat PPRT, tapi entah berapa kali kena kunci sebab tak bayar sewa, atau nak cakap tak mampu nak bayar sewa yang RM124 sebulan tu. Aku tak tau apa yang silap. Laki aku berduit orangnya, kerja bagus, tapi kaki jvdi.
Gaji aku masa tu ciput je. Mana nak bayar duit pengasuh, mana nak bayar hutang kedai runcit kat tingkat bawah, mana tambang lagi nak pergi kerja, susu, pampers, baju anak – anak semua atas bahu aku. Tapi aku bersyukur sebab semua tu cukup – cukup je setiap bulan bagi aku walau nak makan aku berhutang lagi barang kat kedai runcit bawah tu.
Aku ni spesis yang sangat – sangat subur. Aku makan pil perancang pun lekat, aku pergi cucuk pun lekat, sampai pancut luar pun lekat jugak. Ni kejadian masa anak ke-6 si bongsu. Bila aku bagitahu laki aku, dia kata aku main dengan jantan lain.
Perghhhh.. macam aku ada masa nak skandal bila masa aku memang sepenuhnya dengan anak – anak. Aku tak boleh lambat balik kerja sebab nanti ada cas tambahan. Aku jugak yang kena bayar. Kami ada beli rumah, tapi maIangnya kena lelong sebab macam biasalah, laki aku tak bayar.
Kereta pun kena tarik sebab tak bayar. What a waste. Aku tak tahu menahu langsung macam mana dia bayar atau dia memang tak bayar langsung ke. No idea. Sebab dalam otak aku hanya tekak anak – anak saja. Laki aku start buat hal, main betina, hisap d4dah.
Ya Allah.. bila aku cerita pada abang – abang dan kakak dia, semua kata aku buat cerita. Sampai la abang dia yang sorang ni, seorang polis, siasat pasal adik dia ni. Baru semua percaya cakap aku. Masa ni aku dah mengandung anak ke-6.
Tapi laki aku tak berubah pun walau abang – abang dia kata akan perhatikan dia. Masa ni laki aku kena berhenti kerja sebab kes d4dah la dan aku yang report kat majikan dia. Masa aku bersalinkan anak ke 6, aku mintak doktor ik4t peranakan aku.
Bertekak – tekak dengan doctor tu sebab katanya aku masih muda (masa tu aku 33) katanya lagi kalau aku bercerai dan kahwin lain mesti suami aku nak anak dengan aku, tapi masa tu otak aku tak pikir pasal tu pun. Yang aku tau aku kena ik4t kalau tak 2 tahun lagi aku akan beranak lagi.
Doktor akhirnya akur sebab kebetulan baby dah overdue 9 hari masa tu dan dia dah ber4k dalam kandungan, jadi aku kena czer. Lepas tu aku nekad carik rumah kat negeri kelahiran mak abah aku sebab aku fikir kalau apa – apa jadi sekurang – kurangnya aku ada mak abah dan abang – abang aku kat situ.
Masa ni laki aku dapat kerja kat kuantan, kerja dengan abang ipar dia. Dia buat hal lagi, main betina, guna duit company sebab company abang ipar dia kot. Dia suruh aku berhenti kerja sebab aku tak dapat transfer ke branch masa tu.
Kononnya membazir duit sebab aku kena ulang alik KL. Bukan guna duit dia pun. Bayangkan masa tu dia tak nak hantar aku pegi stesen bas pun, apa lagi hantar aku pergi KL sana padahal masa tu abang ipar dia dah tukarkan dia ke KL jugak sebab nak mudahkan aku pergi balik kerja dengan dia, tapi..?
Akhirnya duit tabung haji dan duit asb aku habis sebab tambang ni, memang macam tak berbaloi. Aku cuba cari kerja kat tempat aku tinggal dan tempat yang aku dapat tu tak boleh bagi seperti gaji aku masa tu. Masa tu aku pinjam 2 along yang berlesen.
Kad bank aku dorang pegang tapi masih tak selesaikan masalah. Sekali, rumah tak berbayar. Entah berapa kali surat bank datang, berapa kali aku keluarkan EPF untuk settledkan semua. I got fed up with him. Aku failkan cerai selepas si bongsu umur 13 tahun.
Masa tu aku rasa anak – anak dah cukup dewasa. Bayangkan masa yang sulung dapat masuk Universiti pun aku naik komuter hantar dia padahal ayah dia tak pergi mana pun. Aku tak reti bawak kereta da takde lesen pun masa ni.
Umur aku 45 baru aku dapat lesen dan beli kereta. Anak perempuan aku yang pertama mengandung anak luar nikah masa umur 18. Kau rasa..? Tapi aku tak buang dia, aku jaga dia sampai dia bersalin, malah cucu aku tu menjadi kesayangan kami sekeluarga.
Hebat ke aku? Aku tebalkan je muka bila orang cakap pasal anak perempuan aku. Pada aku, dia jadi macam tu sebab aku bukan ibu yang baik. Jadi aku t3bus kesalahan aku dengan menerima kesalahan dia sebagai kifarah.
Lepas aku bercerai aku kahwin lagi selepas 2 tahun menjanda. Aku jadi isteri kedua. Ini pilihan aku sendiri. FYI aku kahwin di Malaysia berwalikan abang kedua aku sebab masa ni abah dah meninggaI. Suami aku ni memohon di mahkamah untuk kahwin 2 dan selepas menyetujui beberapa syarat dari isteri pertama.
Tahun kedua jadi isteri, suami aku mula acuh tak acuh dengan aku. Aku str3ss. Banyak sangat pantang larang tok nenek dia yang aku kena ikut. Aku jenis dah terbiasa buat semua sendiri, dan kadang – kadang aku lupa nak minta kebenaran dia atau bagitau dia untuk ke sana sini.. dia tak suka.
Dia mula dingin dengan aku sampai kadang – kadang aku rasa sentuhan dia pun tak ikhlas. Aku malas nak s4kit otak untuk benda – benda yang boleh mendatangkan aku peny4kit. Jadi aku sentiasa mengadu pada Yang Satu.
Aku ajar diri aku untuk sentiasa sedar diri yang aku ni hanya dihujung kuku dia je, bila – bila dia boleh jentik buang aku. Kesed4ran ni buat aku tenang sikit. Tiap kali dia balik rumah aku, aku layan dia macam yang dia nak, sebolehnya aku elak dari bertengkar dan aku mengalah walaupun aku rasa dia yang salah.. sebab aku sayang perhubungan ini dan aku sayang dia.
Walaupun aku macam bertepuk sebeIah tangan, pada aku selagi dia masih bagi aku nafkah, dia tak naik tangan, aku okay je. Yang penting pada aku adalah doa. S3tan yang meny3tan tu berdoa supaya panjang umur supaya boleh sesatkan anak Adam pun Allah makbulkan, apatah lagi doa kita yang solat ni kan.
In shaa Allah, pasti Allah akan kabulkan. Cepat atau lambat je. Pada umur aku 50 aku dapat beli rumah harga setengah juta untuk kami sekeluarga. Aku bersyukur ya amat. Aku yakin dengan kesabaran dan ketabahan aku lah yang membuat aku dapat tersenyum sekarang ni.
Tapi tak bermakna tiada lagi dugaan untuk aku. Jadi pada sesiapa yang diduga tu, teruskan bersabar sebab janji Allah itu benar. Akan ada kemanisan di hujung tiap kesabaran. Sebenarnya banyak lagi aku nak kongsikan, tapi aku takut korang bosan baca, jadi aku stop kat sini. Korang rasa sesuai tak gelaran Wanita Besi tu kat aku? Ciaoo.. – Wanita Besi (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sakinah Safiyya Hisyam : Betullah hidup kita ni, kita boleh pilih memilih tapi takde satu benda pun dalam dunia ni dalam kawalan kita. Kalau kita tengok hidup orang lain terduga, tak payah kita berkalau – kalau. Setiap kejadian berlaku dengan keizinan Allah jua.
Mungkin kalau akak ni tak stay bersabar dengan suami sampai 6x melahirkan, tak adalah rezeki dia melimpah macam hari ni.. dapat beli rumah harga 1/2 juta. Kita pun taktau apa kekangan kakak ini untuk buat pilihan yang terlihat lebih baik pada masa dia menempuh dugaan berat tu.. Alhamdulillah ala kulli hal.. setiap manusia akan diuji.. setiap kesulitan ada kemudahan.. ambik sajaIah pengajaran dari kisah ni.
Miera Wahab : Bukan besi kot kak tapi bendul, sampai 6 kali beranakkan anak lelaki tak guna. Sorry kak, tapi entahlah, saya tak boleh hadam pemikiran akak macam mana sampai sanggup bertahan bertahun tahun dengan lelaki tak guna macam tu.
Lepas dah cerai dengan lelaki tak guna ehhh masuk pulak mulut buaya lain, sampai rasa diri di hujung kuku suami je. Kita wanita ni kena ada HARGA DIRI kak. Kita hanya perlu berada di tempat yang ada orang hargai kita.
Suami pertama tak hargai, suami kedua pun acuh tak acuh, apa fungsi institusi perkahwinan akak tu? Lebih baik jadi ibu tunggal habiskan sisa hidup dengan anak cucu je.
Siti Zubaidah : Ya wanita besi, mungkin pada orang lain tidak sebab kasut kita tak sama. Tak ada siapa pon dalam dunia nie mahukan suami yang tak berguna, yang mintak untuk disia – siakan. Mungkin certain orang penceraian ialah solusi untuk setiap masalah, tapi tidak untuk seorang wanita besi seperti puan sebab mungkin cerita yang puan tulis ini cuma 50% dari apa yang puan lalui. Goodluck, semoga nikm4ti hari tua dengan tenang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.