Bilik bawah ini dijadikan bilik baju dan bilik solat. Ada tandas di antara bilik ni dan dapur, kami selalu ambil wuduk di situ. Suatu hari, aku ambil wuduk di situ dan ternampak kelibat budak lalu di depan tandas dan masuk ke dalam bilik bawah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca. Aku nak kongsi sikit kisah yang pernah berlaku pada keluarga aku dulu. Ketika tu aku Darjah 2, ayah aku dipindahkan ke Selangor, jadi kami sekeluarga pun ikut berpindah sekali.
Dah kena pindah tu, mestilah kena cari rumah sewakan, jadi ayah aku berjaya mencari sebuah rumah teres dua tingkat yang disewakan. Waktu tu kira agak murah la sewa yang ditawarkan untuk rumah dua tingkat, sebab tu ayah terus setuju je.
Malam pertama kami di rumah baru, mak aku bermimpi ada seorang perempuan cina sedang menangis di tepi keranda sambil membakar kertas sembahyang. Keesokan harinya, tuan rumah datang melawat kami. Mak aku terk3jut sebab dia lah perempuan yang mak aku mimpikan semalam.
Rupa – rupanya suaminya telah meninggaI di rumah itu, dan menurut kepercayaan orang cina, rumah itu tidak bertuah setelah ada kem4tian. Suaminya pula mew4riskan rumah itu kepada 2 orang anaknya yang masih kecil, jadi dia tidak boleh menjual rumah itu.
Jadi hanya boleh disewakan kepada orang lain dan hasil sewa rumah tu dia gunakan pula untuk membayar rumah sewa yang dia duduki selepas berpindah. Tetapi masalah yang dia hadapi adalah penyewa rumah tu sering berpindah atau lari, tiada penyewa yang mahu tinggal selepas 3 bulan.
Kata jiran sebeIah, ada benda yang menganggu mereka. Sejak berpindah ke rumah itu, adik aku sering mengigau seperti menjerit, bercakap, berjalan dalam tidur, berpusing atas katil 360 darjah seperti kayuh basikal. Pernah sekali, dia sedang tidur di bilik dan tiba – tiba bangun dan mula naik tangga.
Kemudian cuba memanjat balkoni tangga untuk terjun dari tingkat atas. Nasib baik abang aku perasan dan menarik dia sebelum dia sempat terjun. Kejadian ini berlaku banyak kali. Rumah ini ada 4 bilik, satu bilik kecil di tingkat bawah, 3 bilik tidur di tingkat atas.
Bilik bawah ini dijadikan bilik baju dan bilik solat. Ada tandas di antara bilik ni dan dapur, kami selalu ambil wuduk di situ. Suatu hari, aku ambil wuduk di situ dan ternampak kelibat budak lalu di depan tandas dan masuk ke dalam bilik bawah.
Mula – mula aku ingatkan mungkin salah seorang adik aku yang lalu, tetapi selepas selesai mandi, aku lihat adik – adik aku semuanya berada di ruang tamu. Tiada siapa pun dalam bilik bawah. Ruang tamu kami pula mengadap dapur.
Pernah sekali, aku sedang menonton tv dan terpandang dapur. Ada tangan berwarna hitam sedang melambai aku dari dapur. Masalahnya, tangan itu melambai dari atas peti ais yang terletak betul-betul sebelah pintu dapur. Seperti biasa, aku buat tidak tahu saja.
Malam seterusnya aku masuk ke dapur untuk minum air. Usai minum, aku berpaling ke arah pintu dapur dan ternampak lembaga budak kecil berwarna hitam sedang bertenggek atas peti ais. Cepat – cepat aku keluar dan sambung menonton tv.
Sebenarnya kami dah biasa nampak kelibat budak kecil berwarna hitam naik turun tangga, masuk bilik, lari depan pintu, menjenguk kami dari balkoni tangga dan sebagainya. Setakat bunyi guli, perabut bergerak dan bende berlari atas bumbung itu adalah perkara yang sangat biasa.
Di ruang tamu ada sebuah lukisan minyak yang sangat besar, bertemakan hutan, air terjun dan 2 ekor rusa. Kami tak dapat tanggalkan sebab telah dilekat kuat pada dinding. Abang aku pernah beritahu yang pada waktu malam, lukisan itu akan hidup.
Air terjun dalam lukisan itu akan mengalir dan pokok – pokok bergoyang ditiup angin. Kadang – kadang, dia nampak mata rusa itu bergerak mengekori orang. Di rumah ini jugaklah aku pernah bermimpi seram sehingga tr4uma.
Untuk pengetahuan korang, ayah aku ada hadiahkan aku anak patung berbaju dress pada aku. Biasalah kan, budak kecik umur macam tu memang suka la patung siap dress lagi, Mula – mula suka lah, tapi malam tu aku mimpi anak patung itu hidup mengejar aku.
Dia nak ambil badan aku sebab dia pun nak hidup. Puas aku lari dalam mimpi tu. Pada satu tahap, dia ambil pis4u dari dapur dan nak tik4m aku. Ya, dalam mimpi tu anak patung itu kejar aku dalam rumah, dari tingkat bawah dia kejar ke atas dan ikut masuk bilik tidur.
Esoknya aku buang patung itu dalam stor. Lepas itu aku langsung tak suka semua anak patung berbentuk manusia, termasuk barbie. Tandas di bilik master bedroom adalah tempat yang paling seram dalam rumah itu. Cuma ayah saja yang berani menggunakan tandas itu.
Ini pelik kerana walaupun tandas itu besar dan cerah dengan cahaya matahari, kami selalu rasa ada seseorang memerhati kami dalam tandas itu. Kami semua berpendapat yang suami tuan rumah meninggaI di situ. Kami bertahan selama 5 tahun di rumah itu.
Mak selalu minta berpindah tetapi ayah suruh bersabar kerana rumah lain mahal sangat sewanya. Tuan rumah tak pernah naik kan sewa kerana kami sahaja yang mahu tinggal di rumah itu walaupon diganggu. Ayah ikhtiar baca yassin setiap minggu, tapi kami masih nampak bayang – bayang budak hitam. Setelah 5 tahun ayah dipindahkan ke Kedah. Kami semua rasa lega kerana dapat meninggaIkan rumah itu.
Komen Warganet :
Aurora Rie : Mak aku tak pernah belikan patung – patung mainan terutama patung perempuan yang bertocang dua plus mata yang boleh kelip – kelip tu. Dengan bulu mata panjang tu. Nampak memang comel. Pernah satu hari tu, aku jalan kaki pegi kedai, nampak tong sampah dan kat tepi tong tu ada beg.
Dalam beg baju tu ada mainan patung perempuan mata kelip – kelip bertocang dua. Biasa laa budak – budakkan. Aku bawak laa balik. Mak aku tak bagi bawak masuk, aku degil jugak sebab tak pernah ada mainan camtu. Bila malam nak tido, aku dudukkan patung tu kat tepi aku.
Lepas lampu da m4ti kan, aku pon tido pusing mengadap patung tu tadi, nampak macam mata dia berkelip – kelip laju. Hahaa..terus aku ambik patung tu n campak ke bawah. Esok pagi – pagi aku bangon, nak cari balik patung tu.
Tengok – tengok kat bawah katil semua da takde. Rupenya mak aku da buang masa lori sampah lalu.. Pastu mak cakap, “main laa dengan patung camtu, kang malam – malam dia hidup baru tahu”.. Aku diam je. Sampai sekarang aku seram kalau tengok patung tu kalau lalu kat toys shop.
Nampak memang comel sebab tu laa aku ni macam jantan sikit per4ngai. Mana taknya, mak aku belikan aku mainan lori laa, kete control la, topeng power rangers wane pink laa, lego la, pedang la… hahaha…esok kalau aku da ada anak perempuan pon, aku takkan belikan diorang patung – patung camtu.
1st patung yang mak aku belikan bear putih dengan topi n siap bunga sekali, hadiah konvo aku. Mak aku pon da takde lagi kat dunia ni. Al-Fatihah untuk mak aku. Ok.. da lari pulak rasa. Dari seram kepada sedih.. huhu.. ok bye..
Saya Fadilah : Suami saya jual soft toy bundle. Kadang – kadang dapat macam – macam jenis patung. Kebanyakan soft toys yang nak niage tu sume simpan kat umah atas. Umah kampung tingkat atas rumah papan, tingkat bawah batu.
So kadang – kadang memang ade dengar bunyi pelik – pelik kat atas umah. Ade tu patung kucing tiba – tiba mengiau walau tak diusik atau pun tekan suis. Ade jugak patung yang mak mertua tanam sebab cakap kat patung tu ade benda. Tapi setakat ni gangguan yang biasa je. Mungkin sebab mak mertua istiqamah bace yasin setiap pagi dan malam. Dan setiap hari ade ajar budak mengaji kat umah. So makhluk tu tak kacau sangat kot.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.