Tanpa seurat benang, mak aku meng4muk dekat abah. Buat anak sampai 8 orang tapi menggatal dgn janda takde anak

Abah aku curang lagi, ini yang paling teruklah. Mak aku str3ss sebab baru lepas lahirkan adik bongsu aku, abah langsung tak uruskan hal hospitaI. Bila mak abah berg4duh aku yang selalu tengok. Sampai satu tahap mak aku tak pakai apa – apa, dia marah abah aku sebab buat anak banyak tapi nak kahwin lain dengan janda tak ada anak

#Foto sekadar hiasan. Aku berusia 25 tahun sekarang. Bukan tidak menerima keadaan semasa atau merungut, tetapi aku manusia biasa yang akan str3ss. Aku mempunyai 8 orang adik beradik, aku anak ketiga, yang sulung dan kedua lelaki, dan keempat lelaki, kelima perempuan, keenam lelaki, ketujuh dan kelapan perempuan.

Kami bukan dilahirkan dalam keluarga kaya, tetapi aku melihat usaha mak dan abah aku ketika muda berjaya membuatkan hidup kami senang dan mampu bercuti dalam negara bila cuti sekolah. Abah aku sering kata dia bagus sebab sejak aku kecik lagi dia suka sedekah, suka buat kenduri, suka panggil penceramah.

Waktu kecik aku ingatkan abah aku ni ikhlas tetapi bila dah boleh berfikir secara dewasa baru aku perasan yang sebenarnya abah aku hanya inginkan nama. Dia cuma nak orang ingat dia hebat baik dan pemurah. Mak aku pulak ada satu masalah suka cakap perkataan tidak suka ambik tahu hal orang lain.

Tetapi dia tahu berkenaan cerita orang lain? Dia akan bagitahu anak – anak dia dan kutuk belakang. Semuanya anak orang tak kena di mata dia. Untuk pengetahuan mak abah aku pembeli getah dan buka kedai runcit. Hidup aku agak sukar, duit yang banyak tu abah dengan mak aku selalu joli.

Alasan takkan dah tua baru nak joli, takkan cari duit banyak tapi hanya untuk anak – anak. Aku adik beradik selalu kena tinggal di rumah. Mak abah aku akan keluar pergi karoake, makan – makan dengan kawan balik sampai pukuI 2 – 3 pagi.

Kami di rumah pandai – pandai jaga diri sendiri. Selalunya abang aku diarahkan jaga kami. Tapi m4kin lama abang aku bila mak abah keluar dia pun akan keluar tinggalkan aku jaga adik – adik. Darjah 3 aku kena iron semua baju sekolah adik dan abang aku.

Bila merungut mak aku akan kata dia mengandung tak berkira pon. Sewaktu darjah 5 abah aku curang lagi, ini bukan kali pertama tapi ini yang paling teruklah. Mak aku dapat tahu pun sebab orang kampung bagitahu. Mak aku str3ss sebab baru lepas lahirkan adik bongsu aku.

Abah aku tak datang di hospitaI semua tok wan aku urus kan iaitu ayah kepada mak aku. Mak aku selalu naik tangan dekat aku sebab aku tak pandai. Kata – kata mak aku selalu gores hati aku. Mak aku cakap aku ni b0doh, beng0ng, pemalas.

Dia kata tengok anak orang lain pandai. Dia str3ss dengan abah aku tapi dia m4ki aku, dia m4ki pasal abah aku tetapi aku yang kena dengar. Abang aku pulak jarang di rumah. Selalu di rumah tok wan. Bila mak abah berg4duh aku yang selalu tengok.

Sampai satu tahap mak aku b0geI marah abah aku sebab buat anak banyak tapi nak kahwin lain dengan janda tak ada anak. Aku str3ss dan takut. Bila sekolah, aku tak dibenarkan pergi sukan sebab dik4takan buang masa, kena duduk rumah belajar aku bukan budak pandai.

Kerana itu aku terp4ksa study hard bukan study smart. Tetapi bila abang – abang aku dan adik lelaki aku tak pernah dip4ksa. Adik beradik lelaki aku pergi sekolah naik kereta, bawak sendiri ke sekolah, balik sekolah pukuI berapa pon boleh, keluar malam pon boleh, tak baca buku pon boleh, makan tak perlu basuh mak aku akan, “kata tinggal je nanti anum basuh.” Anum tu aku la tu. Dari kecik sampai besar. Aku diam ja.

Aku setiap hari bila balik sekolah akan sidai kain, sapu sampah, lipat kain, iron baju dan kena baca buku. Bila cuti bangun, sidai kain, basuh baju, sapu sampah, pergi tuisyen. Bila bangun lambat kena marah macam – macam.

Tapi bila anak lelaki?… Sampai abang aku kahwin pon mak abah aku belanja. Sebelum kahwin dia dihantar mengaji tapi tak habiskan. Masalah m4kin besar bila dia kahwin dapat isteri pemalas, tak bekerja, tak masak, tak basuh baju, tak sidai baju asyik di dalam bilik ja sampai abang aku balik keja tengah hari baru keluar makan dengan abang aku.

Baju abang dan kak ipar tu, aku dan adik perempuan aku yang basuh dan sidai. Mak aku cakap tak payah berkira. Depan orang mak mengata dan burukkan menantu dia. Depan menantu mak aku kata kak ipar aku tu bagus. Hummmm

WAKTU PKP.. semua balik rumah, aku belajar di USM pun terp4ksa balik. Nak ditakdirkan mak aku jatuh s4kit sebab k4nser, untuk maklumat waktu pkp adalah beberapa kali mak aku kena buat kem0terapi. Masa tu dekat rumah aku ada mak abah, ada dua orang menantu perempuan, ada sorang anak sed4ra.

Aku kena bangun awal sapu sampah, basuh pinggan, sidai kain, sebelum kelas online mula. Lepas tu nak sampai tengah hari kena masak tengah hari untuk satu keluarga. Maghrib sekali lagi masak. Malam je baru aku boleh buat assignment dengan rumah yang bising.

Waktu malam adik perempuan aku seorang lagi ambik turn kemas rumah sebelum tidur, tetapi bila aku bangun pagi tetap semak, entahlah h4ntu kot buat noh? Aku ni jenis tak mengadu sebab aku sekali orang tegur aku tak akan cakap dah.

Sekali aku mengadu mak aku marah aku diam ja la. Aku mengadu dekat adik perempuan aku ja la sebab dia pon rasa. Anak sed4ra tu sampai rapat dengan kami sebab makan pakai, nak tidur pun semua aku uruskan. Bil elektrik, bil air melambung mak abah aku bayar tapi merungut dekat aku sebab kos hospitaI lagi.

Masalahnya aku tak ada duit bila nak bagitahu anak – anak lain, mak abah kata, ‘jangan nanti kecik hati.’ Tapi aku yang kena bebel itu ini, alasan nak bagi kesed4ran dekat orang dengar. Wifi aku bayar guna ptptn sebab kelas online adik – adik aku guna jugak.

Astro aku bayar sebab mak aku nak tengok, dia s4kit terlantar tak boleh bangun. Dulu selalu bising sebab astro selalu bil tertunggak dan tergendala. Jadi aku malas nak dengar aku bayar diam – diam tiap bulan. Masalahnnya semua tengok tv tu.

Bila boleh balik USM aku nak balik tapi mak aku tak bagi sebab dia s4kit tak ada siapa nak bawak ke hospitaI. Abah aku setakat hantar ja. Selalu aku uruskan. Anak – anak yang lain dia tak nak. Aku ni bila balik hospitaI tengok rumah tak kemas, baju tak sidai, sampah, nasi tak masak aku nak kena masuk kelas online lagi.

Mak aku akan bising – bising. Tapi telinga aku ja dengar anak lain tak boleh dengar, takut kecik hati. Bila aku meIawan dik4takan derh4ka la, dah besar sangat pandai meIawan la. Sebab aku jenis tak tinggi suara dan tak suka berbaIah, semua aku ye kan ja. Sebab mak aku ni jenis cepat terasa.

Aku rasa dah tak nak hidup lah. Banyak kali dah. Mak aku bila s4kit lagi teruk per4ngai dia, cakap macam – macam. Bila adik beradik dan sed4ra dia datang dia cakap kami tak buat kerja asyik tinggal dia sorang la. Aku kan ada kelas online dan nak buat assignment, nak masak, nak kemas.

Baru ni mak aku suruh sambung master, aku ni str3ss nak duit sebab nak beli benda aku nak. Habis ja degree aku larikan diri kerja negeri lain. Tinggalkan mak aku dengan adik beradik aku secara tiba – tiba. Aku dah tak tahan.

Mak aku call cakap aku derh4ka la apa la. Aku Buntu. Em0si aku dah tak boleh tahan. Semua tak kena. Tapi anak lain boleh ja meIawan. Bila aku baru nak menjawab benda betol, contohnya abang aku tu dah ada bini dan anak, pinggan, baju, basuh la sendiri.

Mak aku kata aku berkira la, mak aku ok ja besarkan aku. Adik beradik lain tak pernah kena pukuI dan selalu menjawab. Tapi mak aku tak kisah pon. Bila kena dekat aku ja, semua tak kena. Aku bukan nak jadi anak derh4ka, tapi aku cuma nak tahu apa salah aku. Aku pernah tanya, kenapa adik lain tak kena pukuI? Mak aku jawab, sekarang aku besar, sihat, berjaya tak? Jangan banyak tanya. Hmmmm.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.