Aku keluar dari kereta terus terkam dekat kawan aku, aku tolak dia tempat duduk sebeIah. Nak tak nak aku kena gerakkan kereta ni. Dalam keadaan kaki tengah lembik tu aku gagahkan jugak tekan pedal. Takut sangat, lemah habis tangan dan kaki, m4kin kecut bila “orang tua” tu bukak suara sambil berdehem sesekali ketawa kecil..
#Foto sekadar hiasan. Cerita aku bukanlah luahan masalah rumahtangga, tapi pengalaman yang bagi aku pengalaman yang tak boleh aku lupa. Sekali gus aku aku harap ada pengajaran dalam kisah aku ini untuk korang ambil kalau ada.
Okay direct tentang tajuk, aku dan kawan aku bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur pada lewat petang atas urusan kerja. Kami bertugas sebagai penjawat awam di tempat kerja yang sama, perjalanan diteruskan hinggalah sampai di lebuhraya pantai timur jam 2 pagi.
Sebelum masuk lebuh raya perjalanan semua okay, memang aku tak tidur dengan niat nak teman borak kawan aku. Lupa nak bagitau, yang memandu kereta kawan aku dan aku duduk sebeIah. Sedang asyik aku borak tentang macam – macam perkara, tiba – tiba kawan aku diam.
Aku bercerita pun dia tak respon hinggalah aku nampak muka dia dah berubah lain macam mata tak berkelip. Aku tanya dia “kau okay tak diamm je?” Hati dah rasa tak sedap hati, tapi aku perasan pergerakan kereta m4kin perlahan.
Hinggalah dia buka mulut, keluar suara garau macam orang tua, “jom kita pergi atas bukit sana”. Berder4u d4rah aku waktu tu boleh kata macam takde d4rah dah, kecut abes perut ni. Aku sorok ketakutan aku, kot – kot kawan aku ni nak kenakan aku, aku tengking kawan aku, “oi kau nak ngantuk biar aku lah yang bawak pulak!”
Tapi mujurlah kereta m4kin perlahan, kepala kawan aku ni tertunduk dekat stearing. Kereta berhenti tengah – tengah jalan dalam gelap. Aku kecut perut jangan cerita lah, aku bukan lah pemberani sangat. Tapi dah takde pilihan, nak lari cari orang pun tengah – tengah hutan, mana ada orang!
Aku keluar dari kereta terus terkam dekat kawan aku, aku tolak dia tempat duduk sebeIah. Nak tak nak aku kena gerakkan kereta ni, takkan nak tunggu sini tengah gelap tepi hutan?? Dalam keadaan kaki tengah lembik tu aku gagahkan jugak tekan pedal, dalam kepala aku fikir kena keluar dari LPT ke kawasan bandar cari kawasan yang ramai penduduk.
Tengah aku memandu kawan aku tu tegur, “kau nak bawak aku pergi mana, naik bukit beIah sana,” mata berlalak pandang aku, aku tengok sekali terus alih muka. Benda paling aku risau kalau kawan aku bertindak agresif pada aku yang sedang memandu.
Perjalanan nak keluar ke kawasan bandar kemaman nak dekat setengah jam jugak. Takut sangat – sangat lemah habis tangan dan kaki, m4kin kecut bila “orang tua” tu bukak suara sambil berdehem sesekali ketawa kecil.
Alhamdulillah akhirnya berjaya keluar ke kawasan penduduk, tapi jam 3 pagi mana ada orang, aku fikir nak pergi balai polis tapi tak jadi lepas jumpa stesen minyak. Sampai stesen minyak, cepat – cepat aku m4ti enjin berlari ke kaunter mintak tolong abang kaunter stesen minyak.
Aku cuba tanya dia ada tak kenal ustaz – ustaz yang boleh tengokkan orang kena sampuk. Syukur ayah saud4ra dia Ustaz yang pandai berubat dan syukur jugak ayah saud4ra dia tu angkat call jam 3 pagi, kalau tak aku dah tak tahu nak buat apa.
Dipermudahkan, Ustaz Hamid sudi datang ke stesen minyak tu ambik kami, terus di bawa ke rumah ustaz. Hati dah lega sangat – sangat ya Allah berbanding masa dekat surv1ve nak keluar dari LPT, Allahu. Tak cukup sampai dekat situ, sampai dekat laman rumah Ustaz, aku nampak dengan jelas seorang perempuan berbaju kebaya klasik, pegang payung kain macam payung raja – raja dan orang kahwin tu pandang tepat dekat aku.
Dia berdiri bawah pokok luar pagar, jam 3 pagi datang dari mana? Tengok sekali terus aih muka buat – buat tak nampak. Kawan aku m4kin bengis, “orang tua misteri” tak mau dibawa masuk rumah, mujurlah anak – anak Ustaz Hamid pun ada sekali bantu usung masuk rumah.
Pendek cerita, syukur kawan aku sedar tapi lemah badan. Kata Ustaz Hamid, biasalah mungkin ada terIanggar hak dia masa lalu mana – mana jalan, sebab itu lah sebelum perjalanan biar ada pendinding, sekurang – kurangnya baca lah ayat kursi.
Kata Ustaz Hamid, mujurlah masa kawan kena rasuk tu dia tak tekan minyak dan pulas stearing bagi terbabas kereta, kalau benda tu buat macam tu mungkin boleh jadi kemaIangan m4ut. Moralnya dekat sini buat pemandu kend3raan, jangan kita tinggal doa atau pendinding dengan ayat – ayat al quran sebelum mulakan perjalanan.
Tak must4hil kemaIangan maut yang dah berlaku di luar sana pun terjadi dari gangguan makhluk – makhluk ghaib jahat ini, sebagai orang islam jangan kita tinggalkan doa. Tak dinafikan sebelum perjalanan hari tu memang aku takde langsung ingat nak doa mintak perjalanan selamat.
Bila jadi peristiwa ni ianya begitu beri pengajaran pada aku. Sekarang memang doa keluar rumah dah tak tinggal, tawakal pada Allah. Sekurang – kurangnya andai kita ditakdirkan m4ti sekalipun di luar sana, kita m4ti dalam keadaan bertawakal kepadanya. – Dr Khairi (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Inai Merah : Ayah saya pernah mengalami tahun 2004/2005 tak salah. Bawa keta dari kl nak balik melaka tengah mlm. Sampai kat area highway area pedas / seremban ada kereta berpusing sebab nak mengelakkan motor eksiden.
Nasib ade keta 4wd cina berhenti tanya keadaan ayah saya dan ayah cite kat cina tu cakap ade moto laju p0tong dia terus terbabas depan keta ayah jadi ayah nak ngelak moto tu terus pusingkn stering. Cina tu cakap takde moto langsung yang lalu. Dia nampak keta ayah yang tiba – tiba berpusing. Nasib ayah saya takde apa – apa. Sejak tu ayah naik bas ekspress je kalau nak balik melaka.
Abu Mus’ab : Pernah juga mengalami pengalaman yang hampir sama. Member kerasukan semasa sedang memandu. Risau sangat kalau – kalau dia pusing stering tak tentu hala. Mungkin terlibat kemaIangan.
Nauzubillahiminzalik. Mujur ada member yang sama – sama dalam kereta tu pandai ikhtiar sikit baca apa – apa yang patut. Aduh tr4uma bila fikir balik dahlah selekoh tinggi kejadian pun nak masuk maghrib waktu tu.
Poca Hontaz : Pernah dari Melaka nak pergi Muar je kot, lepas Maghrib gerak. Ada orang geletek kat pinggang kanan, tergelak dan cakap “Jangan lah”. Lepas tu baru terfikir, eh aku sorang je. Lepas tu, diam sekejap, dia macam tekan tempat sandar dari belakang. Macam budak – budak suka letak kaki kat situ tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.