Suami asyik cakap nak ceraikan aku, siap hantar balik rumah mak. 100 hari lepas habis pantang aku nekad failkan cerai. Aku bawak anak kecik pergi mahkamah. Sampai mahkamah, peguam bisik dekat aku yang suami tak nak cerai! Boleh cerai kalau setuju nafkah anak hanya RM150!
#Foto sekadar hiasan. Bismillah. Hai semua! Terima kasih admin kalau berkenan dengan post ni dan terima kasih dekat pembaca juga. Luahan ni bukan niat nak aibkan atau apa. Tapi mana yang baik tu kita simpan dan buruk tu kita buang jauh jauh.
Sebagai pengajaran dan pengalaman nak kongsi dengan saudari – saudari yang pernah bergelar isteri atau masih isteri. Sebenarnya aku adalah ibu tunggal kepada seorang anak perempuan yang cantik. hehe. It’s so fresh news but then perkara ni dah lama berlaku dan aku kira kategori orang yang sabar jugaklah walauapun aku taw ada gak yang salahkan aku sebab perempuan lurus macam tu (tadah aje apa yang ex husband kau buat)
7 bulan yang lalu, aku telah selamat melahirkan anak aku. Kalau cerita part aku mengandung dengan perut boncet tu ke hulu hilir sorang diri memang tragik giIa. Malah masa hari terakhir aku berhenti sebab disuruh ‘resign’, aku sorang – sorang turun naik tangga office tu angkatlah apa – apa barang yang patut.
Bekas suami aku suruh berhenti supaya aku dapat jaga kesihatan sebab masa tu memang aku selalu cuti sebab bIeeding tak henti macam period tuh dan risiko keguguran tinggi. Tambahan pula, dia suruh jaga anak nanti bila lahir, duduk rumah jela, gaji dia pun besar apa. YE PASTI !
Lagipun aku memang takde komitment pinjaman, takda pinjaman besar nak dibayar bulan – bulan, takat pinjaman MARA sebulan seratus macam tu je la. Kalau cerita detail sump4h mesti ada keyboard yang basah nanti.
Masa tu memang aku masih isteri dia walaupun dia cakap aku bukan isetri dia. Cakap aku ‘derh4ka’ macam – macam lagi lah tohmahan daripada dia. Aku sendiri tak tahu apa perempuan tu buat sampai dia sanggup tak mengaku aku isteri dia.
Apatah lagi anak dalam perut ni dia langsung tak ambil peduli. Ada satu masa tu memang kant0ilah pasal dia memang ada skandaI dengan perempuan tu. Jadi dia dah buat keputvsan memang tak nak teruskan hidup dengan aku lagi.
Katanya dah takda hati lagi dengan aku. Hmmm.. senang je kan hidup ni, kau dah dapat, kau cakap taknak hidup bersamalah, takda hati lah bla bla. Sampai aku sendiri tanya dengan dia, kenapa buat aku macam ni? Habis anak dalam perut ni macam mana?
Dan dengan selamba dan muka tak bersalah dia jawab yang dia taw apa dia buat. Dia akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang AYAH. Haish MARYAM! kau nangislah macamana hodoh ke apa muka kau buat memang sikit pun dia tak layan!
Sebab masa tu dalam kereta, aku menangis tak henti. Sepanjang perjalanan tu rasa luluh hati, b3ngang, geram tapi dia sama je buat muka b0doh je tanpa setitik simpati pon dengan keadaan aku yang sedang mengandung.
Sampailah aku balik kampung sebab dia suruh balik kampung duduk dengan mak ayah aku. Ye memang dia suruh aku balik kampung, siap cakap dengan aku mana barang – barang aku, dia nak tolong angkat kan. ZaIim kan!
Tapi ibu mertua cakap dia mengadu yang aku tinggalkan dia kat rumah sewa tu, “kesian anak dia,” kata ibunya. Aku keluar rumah tanpa izin dia (katanya) SEDIH lahai rasanya, terbeIah – beIah hati ni sebab dapat taw suami tu duduk menipu sokmo.
Entah apa dia menipu yang lain – lain dekat family dia pun aku tak tahu. Sepanjang aku mengandung boleh dik4takan 90% semua tentang ‘aku dan kandungan aku’ semua aku buat sendiri. Daripada part checkup kIinik 3 bulan – 9 bulan, warded hospitaI sampai cari makanan mengidam semua aku buat dan cari sendiri.
Bayangkan pengalaman tu, fuh berganda – ganda sangatlah berharga. Dan aku sendiri pernah rasa sampai nak bunvh diri taw, terjun kereta, keIar tangan ke apa – apa lah. Kalau tak kuat iman ni memang aku pernah terfikir nak gugurkan kandungan (SubhaAllah) memang menduga sungguh. Dengan dugaan yang tak pernah putvs.
Yang terbaru nie, lepas je aku habis pantang 100 hari rasa dah recover em0si dan kesihatan aku. Aku dah bersedia untuk fail perceraian dekat mahkamah syariah. KERANA walaupun dia cakap dia tak nak lagi hidup dengan aku, takda hati dengan aku, dan suruh aku balik kampung semua tu tak jatuh taIak pun. Aku masih isteri dia.
Sayangnya sebab aku dah berhenti kerja dan takda sumber kewangan. Jadi atas belas kasihan mak aku, buat lah pinjaman PAMA untuk failkan kes kat mahkamah..
22.6. Malam sebelum tuh memang tak boleh tidur, macam macam aku fikir. Pagi tu hari cerah je, aku pun dalam perjalanan ke mahkamah syariah dengan atok saud4ra, ibu dan aku bawa sekali anak aku yang sorang ni. Dengan niat nak suruh baby teman aku.
Aku memang nekad yang aku memang tak mau dah menangis, aku nak jadi kuat. Duduk tunggu bicara, daftar kes bla bla, aku nampak dia duduk kat kerusi hujung duk hadap HP dia sokmo. Alahai macam dia selalu buat dekat rumah masa duduk serumah dulu.
Sampai ketika peguam aku panggil nak masuk dewan bicara, dia bisik dekat telinga aku cakap, ‘suami awak tak nak ceraikan awak’.. OMG ! What, dia insaf ke?! Tapi kalau awak nak cerai juga kena terima syarat dia
1. gugur mutaah
2. tiada nafkah iddah
3. anak RM150
Macam nak gugur jantung aku masa tu. Rasa marah, geram, tak puas hati semua ada. Tapi lebih kepada tak puas hati, tak adil kan? Mana taknya dulu kau yang beriya – iya nak berpisah akhirnya cakap tuntutan lepas cerai tak mahu bagi, nafkah anak RM150. Perghhh.. ni bapaku bukan bapaku!
Ini memang ZAL1M ! Taraf fir4un punya zaIim. Gaji punya besaq, hampeh betol. Masa aku pregnant dulu kau sikit pun tak ambil kisah, ulang alik kIinik semua aku buat sendiri, duit minyak ubat semualah! Kalau dikira aku ni dah baik dah tak pergi ser4ng perempuan tuh masa dia duk menggatal goda laki orang.
Tak payah nak acah – acah artis sangat ler! Kau tahukan aku pregnant, kau pun kalau ada rezeki nanti akan mengandung juga. Kenapa ek takda sensitiviti, sampai nak ani4ya aku, sekarang giliran anak aku pulak. Yang ‘suami’ ni pula tak sedar diri dah jadi ayah pun masih nak pentingkan diri.
Dulu masa susah sapa yang bantu semua deposit rumah sewa topap bayarkan. Set bilik tidur aku belanja tilam katil almari. Deposit beli rumah pun aku ikhtiarkan cari. Pinjam sana sini. Ya, memang aku tak puas hati. Hmm aku cuba hadam selumat – lumatnya apa segala bagai yang kau buat pada aku dan anak aku.
Dan aku tahu, bekas suami sedar yang aku memang tak puashati Dia cakap dekat kawan – kawan dia yang aku giIa mer0yan. Sedih taw, dah la masa mengandung takda ambil berat, sampai part anak dah lahir pun masih macam tu juga.
Kalau aku tengok anak aku memang aku sebak, sedih, kesian pun ya! Dia kecik lagikan tak tahu apa – apa langsung. Malah masa menaip sekarang pun rasa nak jatuh air mata aku teringat semua yang aku lalui dan terfikir fikir apa yang anak aku bakal lalui untuk membesar dengan aku.
Aku sangatlah banyak berk0rban untuk anak aku. S4kit bersalin tuh memang s4kit, tapi lagi s4kit hati aku hidup bersama manusia yang tak ada hati perut. Memang aku pernah sayang dia sebab dia suami aku tapi korang nilai sendiri. Patut ke aku teruskan hidup dengan dia?
Sabar sabar sabar jelah! Aku pun terp4ksa terima syarat dia dengan p4ksa rela sebab aku dah tak mampu nak hadap siang malam dengan per4ngai dia yang zaIim ni. Babak sedih masa hakim tanya setujukah kamu ‘mutaah digugurkan dan nafkah anak RM150’.
Aku tunduk diam tanda protes, sampai peguam aku sikukan aku ni suruh kata setuju. Bila duduk peguam cakap, “awak sabar ya… ” Sayunye hati, selama mana aku jadi isteri dia makan minum pakai semua aku tak pernah berkira. Aku bantu dia.
Sanggup dia ani4ya aku sampai macam ni. Dia lebih pentingkan diri, mengutamakan perempuan tu lebih daripada aku, malah lebih daripada anak dia sendiri. Dalam dewan masa tu memang tak dapat tahan hati ni teresak – esak, rasa nak aku peIuk je sesiapa yang ada masa tu.
Aku pernah dengar kes cerai berai ni, tapikan ayahnya masih ada hati perut taw. Selepas berpisah si ayah yang bekerja tukang kebun bulanan gaji Rm900 masih memberi nafkah anak dia RM250 dan masih ada hati nak ziarah tengok anak, tanya khabar.
Kalau bekas suami aku ni, hampeh ke laut! Nafkah pun mampu RM150, nak mesej call tanya khabar anak lagi lah tak ada kredit. Lupa pulak dia dan gf dia dah block fb, wassap call daripada aku. Tapi takpe, nampak sangat kau memang malas nak ambil tahu pasal anak kau, kan!
Dia bagitahu dekat peguam dia yang dia takda duit sebab tu dia mampu bagi anak RM150, dan nafkah iddah RM200. Tu aku tak kira yang part nafkah tertunggak lagi, tempat tinggal makan minum. Tipu tak mampu!! Gaji dia besar kot, lebih berganda ganda daripada gaji aku, dia bekerja dalam bidang professional.
Kau kerja peguam, arkitek, doktor takkan gaji kau takat RM1800 sebulan, pastinya gaji dia 4-5k ok! Katanya dia tak nak hidup bersama aku ni sebab aku demand. Habis duit dia sebab aku nak semua benda mahal, makan mahal.
Walhal selama aku kahwin dengan dia pun aku bantu dia juga, makan pakai malah baju raya sehelai pun dia tak pernah belanja aku untuk raya. Aku yang belanja dia adalah! Lagipun aku pregnant kan, salah ke nak layan tekak isteri kau ni!
Peliknya kalau teman wanita dia belanja sokmo tak pernah berkira pun. Makan minum semua nak sponser, siap hantar ambil lagi ke hulu hilir. Dan.. dan.. bekas suami aku ni pun bukan kaki bola, tak taw pape pun pasal bola, pemain bola ke tapi sejak dah dating ni galak dengan perempuan tu asyik tengok bola kat stadium.
Part ni memang aku speechless! Tapi cukup lah! Alhamdulillah.. tak lama lepas turun mahkamah aku dapat kerja, sama bidang macam kerja sebelum ni juga. Syukur sangat.. Dapat aku mulakan hidup baru dan InsyaAllah aku akan ikhtiarkan cara untuk tuntut hak anak aku.
Sekarang bermulalah kehidupan aku sebagai ibu tunggal. Berita terbaru, aku dapat tahu dia akhirnya bertunang dengan perempuan itu. Aku dah meluat nak dengar kisah cinta dia tuh. Iyelah aku baru je bersalin baby 7 bulan dan aku masih dalam iddah.
Dengan gembiranya aku lihat wajah family dia hantar rombongan meminang tu. Memang s4kit hati tapi aku dah kuat lebih kuat daripada dulu masa mengandung dan pantang. Jadi harap harapnya dia takda lah datang rumah nak tengok anak dengan bawa tunang ke isteri baru dia tu.
Dulu pernah sekali dia datang jenguk anak katanya, aku buat aqiqah anak aku dia datang dengan perempuan tulah.. SYUKUR sabar itu tak pernah jauh daripada aku, cuma turun naik macam lift tuh. Sebab aku pasti and tahu, ‘ perempuan baik untuk lelaki baik ‘ Ameeen.. – maryam
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.