Suami malas daftar nikah dekat Malaysia. 2 tahun saya sorok anak, langsung tak bawa pergi KK sebab malu takde ‘bin’

Kami nikah di sempadan. Adik dia jadi saksi. Family saya tak nak masuk campur. Suami takde pun nak daftar perkahwinan dekat Malaysia malah suruh rahsiakan perkahwinan kami! Saya nekad komplot dengan pegawai pejabat agama. Bila suami balik rumah, kononnya kami kena ambuush. Jiran report orang berkhalwat..

#Foto sekadar hiasan. Saya isteri kedua. Bekas isteri kedua. Perjalanan kami sehingga berkahwin tu, saya taknak cerita lah. Biar kami je yang tahu. Tapi ianya sangat berkait dengan BPD saya, dan NPD dia. Kalau nak diikutkan, saya bukan perempuan pertama yang dia ada selepas dia berkahwin.

Malah, girlfriend dia masa saya mula kerja dengan dia pun saya kenal. Sebaya saya, student IPT masa tu. Dia selalu bawak ke office, walaupun dia tahu saya kenal isteri dia. Sampaikan saya pulak kena soal macam – macam dek isteri dia.

Tapi tu la, kisah kami bukan kisah biasa. Hanya beberapa orang je yang tahu permulaannya. Menulis ni, saya tak kisah orang nak kata apa kat saya. Buka aib diri, aib bekas suami, memaIukan diri, apa – apa je la. Terserah.

Sebab saya fikir berhari – hari nak menulis ni. Banyak kali berpatah balik, tak jadi nak menulis. Tapi malam ni rasa tetap nak menulis. Takpe, kepada para isteri dambaan syurga yang berjaya jadi isteri yang baik, yang mengaji segala kitab, belajar fardu ain, belajar segala selok belok agama dan berjaya jadi isteri solehah untuk suami masing – masing, kalau nak kutuk saya sebab apa yang saya tulis ni pun takpe.

Kepada lelaki yang menyampah dan rasa nak kutuk saya isteri ner4ka pun it’s ok. Sebab saya tahu, saya memang banyak d0sa. Saya tahu, syurga bukan tempat layaknya saya. Cuma satu, andai saya masuk ke ner4ka, saya akan pastikan dialah manusia pertama yang saya tarik bersama nanti.

Jugak kepada isteri pertama, boleh kalau nak ketawakan saya sebab jadi penyondol, sanggup kahwin dengan suami orang. Pendek kata, just anything, katalah, saya dah lama tak kisah. Saya dah lama m4ti rasa. Dan paling utama, Allah tahu perjalanan kami sejak mula, dari kenal, menjadi pekerja dan seterusnya menjadi isteri kedua.

Prof pun tau setiap inci cerita. Tak, bukan nak acah – acah m4ngsa, tapi tu la, biar Allah menilai semuanya. Sebab Allah tahu segala. Saya pasti dengan perkongsian ni, akan ada yang belajar sesuatu tentang kehidupan. Mungkin isteri dambaan syurga dan suami – suami mithali ni jugak boleh cakna andai satu masa nanti Allah uji anak – anak kalian dengan ujian serupa ni.

Kami menikah di sempadan. Adik dia jadi saksi. Family saya tahu tapi tak masuk campur. Sebab nak dilarang, mereka tahu apa jadi pada saya. Nak disokong, mereka horm4ti isteri pertama. Jadi mereka pilih untuk tak terlibat, tapi kemudiannya saya terbuang sebab memilih pernikahan demi maru4h saya.

Bak kata prof, kalau dia di tempat saya, dia jugak akan memilih perkara yang serupa. Usai nikah, kami terus balik ke sini. Takde bulan madu indah, dia dan saya hanya menunaikan hak ‘suami dan isteri’, lepas tu dia balik ke rumah.

Hati saya? Takde kata – kata nak cerita. Tapi saya tak berhak cakap apa – apa, sedar diri dan kedudukan saya. Walaupun saya rasa macam peIacur je. Lepas nikah, dia banyak habiskan masa dengan isteri pertama. Dengan persetujuan saya sendiri, gilir dia dengan saya cuma seminggu sekali.

Saya tak pernah lupa dia kata, “…anak – anak saya tengah nak membesar…” Takpe, saya sedar diri, walaupun saya member0ntak jugak, tapi demi kasih sayang ni, saya cuba senangkan dia dalam poligami ni. Masa tu, internet tak macam sekarang.

Nak akses, paling mudah kena pegi cyber cafe. Tapi duit la kan. Jadi apa saya buat? Saya beli beberapa buku tentang poligami. Saya ajar diri untuk jadi isteri yang baik. Walaupun saya hanya isteri kedua, pernikahan kami takde walau apapun melainkan mas kawen dan sebentuk cincin emas putih kosong, tapi tetaplah perasaan seorang isteri tu ada rasa nak buat yang terbaik untuk rumahtangga.

Sejujurnya, masa dia tak banyak dengan saya. Dia mintak saya berhenti kerja (masa tu saya kerja dengan dia) sebab katanya, tak adil kalau kami bekerja bersama. Nanti masa saya dengan dia lebih banyak berbanding isteri pertama.  Saya akur, walaupun saya beng4ng!

Status perkahwinan kami sejak menikah pada tanggal 2 Julai 2007, sehinggalah beberapa bulan lepas tu, dia langsung tak endah. Takde langsung usaha nak daftarkan pernikahan kami di Malaysia. Saya pun b0doh, tak tau apa.

Betul – betul berg4ntung sepenuhnya pada dia. Apa dia kata je la kan. Dan dia cakap pada saya, jangan bagitau pada sesiapa pun kami dah kahwin. Rahsia! Walhal lepas kahwin tu, ada beberapa lelaki cuba tackle saya. Jenuh nak menepis.

Nak bagitau dah kawen tak dibenarkan. Tapi takpela, tu benda kecik je. Sebab hati saya penuh pada dia. Bila saya mengandung, saya mintak dia ikhtiarkan untuk daftar nikah. Jawapan dia, tak boleh lagi sebab takde duit nak bayar denda nanti.

Saya sabar, terima, ikut, patuh.  Kandungan dah masuk 2 bulan, saya keguguran. Maka terpadam terus cerita nak daftar nikah tu. Dan lepas tu la kami per4ng besar sampai dia lafazkan taIak pertama. It was January, 2008.

Tapi dalam tempoh 2 minggu, kami rujuk semula. Semua ni dibuat di luar mahkamah. Macam mana nak failkan kes lafaz taIak tu di mahkamahkan. Dan daftar nikah pun tidak. Jadi semuanya tenggelam macam tu je. Sekali lagi, saya b0doh.

Demi sayang dan taat, saya turutkan. Telan s4kit sendirian. Oh ye, isteri pertama tahu tentang pernikahan kami pada hari kami menikah tu. Hubungan kami tak la baik, tapi tak jugak bermusvh. Sesekali ada jugak berbaIas mesej tak puas hati.

Isteri pertama tahu segala cerita sehingga membawa kepada pernikahan kami. Dan saya berusaha sebaik yang saya mampu untuk tak ganggu isteri pertama. Kalau nak cerita tentang hak, memang hak saya banyak yang tak dapat.

Hak bermalam, hak bergilir, hak berhari raya, bertahun – tahun makan hati. Kena sentiasa duIukan yang sana, walau pada hukvmnya bukan macam tu. Tapi saya mengalah, pendam semua sendirian. Dah la nafkah pun culas sentiasa. Yang wajib pun culas.

Masuk kandungan yang kedua, saya tahu saya mengandung bulan Disember 2008. Alah teruk. Dan sekali lagi saya mintak dia selesaikan hal daftar nikah kami. Saya takut anak tu nanti tak boleh didaftarkan. Tapi again, dia menolak.

Sehinggalah akhirnya saya mintak bantuan dari kak Wir, kawan family kami. Kak Wir ada kawan kerja di pejabat agama. Dan saya ke pejabat agama diam – diam, nak mintak bantuan macam mana cara nak daftarkan pernikahan kami.

Saya taknak buat sendiri, nanti suami marah. Saya nak jaga airmuka dia, nak jaga maru4h dia. Tapi macam mana caranya kalau dia taknak daftarkan? Akhirnya bersama – sama dengan pegawai dari jabatan agama tu, kami rancang la satu plan ni.

Konon – konon jabatan agama buat ambuush, sebab ada laporan dari jiran – jiran, ada orang berkhalwat. Pegawai tu suruh saya SMS dia waktu suami ada kat rumah. Dan plan berjalan seperti yang dirancang. Konon – konon kami di ambuush la.

Tapi sebab ada surat nikah dari Yala, maka kami cuma diminta datang ke pejabat agama untuk serah diri dan selesaikan daftar perkahwinan. Lepas pegawai agama tu balik, macam – macam la dia komplen pasal pegawai tu.

Narsiistik kan. Semua orang tak betul. But i don’t care, sebab saya nak selesaikan hal daftar nikah kami je. Esok tu kami ke pejabat agama. Punya la baiknya pegawai tu, semua dokumen dia siapkan. Siap dia call agen yang bawak kami menikah tu, bercakap dengan tok kadi yang menikahkan kami.

Pendek kata, dia selesaikan semua la. Kami tinggal nak bawak je dokumen yang dah disiapkan tu ke mahkamah syariah. Maka selamatlah semua dokumen tu dihantar ke mahkamah syariah. Dan nama kami pun dimasukkan dalam waiting list.

Kata orang kat mahkamah tu, ambik masa berbulan jugak nak tunggu dipanggil. Tapi takpe sebab nanti anak lahir, masih boleh daftar macam biasa sebab ada dokumen dari mahkamah tu. Sebulan sebelum anak perempuan saya lahir, kami diarah untuk kosongkan rumah. Sewa tak bayar.

Ada tempoh sebulan je nak pindah. Jenuhlah nak cari rumah, nak siap nak beranak. Anak pertama kan. Kami pindah 5 Ogos. 7 Ogos saya selamat lahirkan Hani. Dan pendaftaran sijil lahir serta Mykid lancar. Lepas dari tu banyak kali saya ingatkan dia untuk ke rumah lama kami cek takut surat dari mahkamah sampai.

Berkali – kali. Berpuluh? Beratus? Beribu? Entah! Tak terbilang dah. Dan dia masih buat tak endah. Dia tak heran pun nak daftarkan pernikahan kami. Saya terus bersabar, belajar taat pada suami. Jaga aib dia. Saya telan semua d3rita. Hak saya dinafikan sepuasnya.

Tahun 2014, saya mengandungkan anak kedua, lelaki. Acciident. Betul – betul acciident. Walhal masa tu rumahtangga dah menanti masa je nak musn4h. Saya penat dia tak pernah bertanggungjawab, tak pernah serius uruskan nafkah.

Berkali – kali kena halau dengan tuan rumah, pindah dari satu rumah ke satu rumah, sampai pernah jadi gelandangan, air dan elektrik sentiasa kena p0tong bekalan sebab tak bayar. Allah, d3ritanya rasa. Punnnn, masih saya tak ceritakan pada sesiapa.

Keluarga tahu, tapi tak siapa usaha pert4hankan hak saya. Malah keluarga baik sangat dengan dia. Sebab dia memang pandai bertopeng. Orang nampak dia baik. Saya rasa terbuang dan terasing sangat, takde tempat nak mengadu.

Simpan semua. Sampai jadi gelandangan pun tak siapa tahu. Simpan aib suami, mend3rita sendiri. Sebab tu saya pernah cakap, saya tak ada rumah untuk pulang kan. Sekarang boleh faham dah? Masa mengandungkan anak kedua, Aqil, saya tak berani bagitau pada dia.

Sebab dia tak suka saya mengandung. Masa pregnantkan anak sulung, Hani, dia siap pernah cakap, “Entah anak sapa entah..” Bila saya marah, dia kata saya sensitif sangat. Dia bergurau je. Bergurau macam tu? Hermmm..

Bila dia nampak perubahan saya, dah lembik tak larat, baru la saya bagitau saya mengandung. Reaksi dia? Seperti yang dijangka, tak suka. Tak perlu la cerita rasa terIuka ni. Saya hanya isteri kedua, tak berhak rasa apa – apa kan. Telan, pendam.

Sepanjang tempoh mengandung, berkali – kali saya suruh dia ke mahkamah, semak balik permohonan kami dulu. Dari tahun 2008, dah masuk 2014. Mesti ada panggiIan dari mahkamah dah. Cuma kami dah beberapa kali pindah rumah, surat tu tentu je takkan sampai kat tangan.

Tapi jawapan dia, dengan penuh angkuh dan yakin, “Takde masalah nak daftar, boleh je. Hani dulu pun lepas.” Mudah kan jadi manusia tak bertanggungjawab ni. Lahirnya Aqil, dia tak boleh didaftarkan. Sebabnya, takde sijil nikah.

Sijil nikah kami di Yala, tak terpakai dah. Sebab dah banyak tahun, sepatutnya dah selesai daftar nikah di Malaysia. Tapi bila ambik mudah, jadilah perkara yang tak sepatutnya berlaku. Aqil tak boleh didaftarkan dengan nama dia sebagai bapak.

Ikut undang – undang Malaysia, Aqil adalah anak tak sah taraf. Dan hanya ibu je yang boleh ke JPN untuk daftarkan anak tu. Meng4muk saya masa dalam pantang. Kalau ikut para isteri yang mengaji kitab, saya ni berd0sa dah, isteri durhaka sebab marahkan suami, tinggikan suara pada suami.

Tapi waktu tu entahlah, dah tak tertelan rasa sabar tu. Dengan maru4h seolah dipijak – pijak, saya ke JPN daftarkan Aqil. Sijil kelahiran Aqil yang pertama, hanya ada nama Aqil Rahimi je. Tiada bin. Di bahagian maklumat bapa, tertulis ‘Tiada maklumat’.

Boleh bayangkan tak perasaan saya? Betapa dia mengani4ya bukan je saya, tapi anak d4rah dagingnya sendiri. Dan sehingga sekarang, tak pernah lagi saya dengar kata maaf dari dia. Saya ingat lagi macam mana malunya muka ni masa mengadap pegawai tu.

Menangis saya, pandang muka Aqil yang masih dalam pantang, ya Allah, h4ncur lumat jiwa ni. Kata pegawai tu, tak perlu buat Mykid lagi. Selesaikan pendaftaran nikah kami, lepas tu tukar sijil lahir dan baru buat Mykid.

2 tahun! 2 tahun lamanya saya sorok Aqil dari semua. Ke kIinik untuk checkup setiap bulan pun saya tak bawak. Saya malu nak tunjuk sijil lahir dia. Saya malu dengan semua yang saya perlu hadap. Dan sepanjang dua tahun tu, dia langsung takde usaha untuk selesaikan perkara ni. Langsung takde!

2016, rumahtangga kami dah betul – betul retak. Mei, dia nak ke Beijing. Urusan pelukis. Ke Beijing ada duit, ada masa. Nak selesaikan urusan daftar nikah kami takde duit, takde masa. Malah nafkah pun hauk terus. Waktu tu tuan rumah dah halau keluar dah.

Masa tu la saya pertama kali bercerita pada orang luar tentang hidup kami. Sebab nak mintak ehsan tuan rumah supaya tak halau kami keluar. Dan itu jugak permulaan tuan rumah tu menggatal dengan saya. Sehari lepas dia terbang ke Beijing, saya bawak anak – anak ke mahkamah syariah.

Nak failkan tuntutan fasakh. Tapi tak boleh proceed sebab tak daftar nikah lagi. Jadi kena uruskan pendaftaran nikah kat Malaysia, lepas tu selesaikan pendaftaran Mykid Aqil, baru boleh proceed ke tuntutan fasakh. Dah 10 surat saman keluar atas nama kami rupanya.

Sebab memang mahkamah dah hantar surat beberapa kali dah untuk bicara kes nikah kami tu. Tak hadir, tak hadir, dan tak hadir. So surat saman pun keluar. Masa tu saya tak cerita kat sapa – sapa. Aib? Ye, saya simpan semua.

Telan walaupun perit sangat. Saya uruskan semua sendiri. Dengan duit takde, ilmu takde, transport takde, anak – anak kecik lagi. Ingat lagi masa tu Kak Tie bantu hantar kami ke mahkamah beberapa kali. Bila dia balik dari Beijing, dia bagi kerjasama cemerlang dalam menyelesaikan kes di mahkamah.

Ni game dia. Yang sepatutnya jadi tugas dan tanggungjawab dia, dia tak buat bertahun – tahun lamanya. Tapi bila saya dah failkan, dia nak tunjuk pada semua macam mana kononnya dia bertanggungjawab. Fuhh!! Setahun lebih turun naik mahkamah baru selesai.

Susahnya masa tu ya Allah. Saya dah pindah ke Seri Iskandar. Kes dah difailkan di Ipoh. Berulang dengan bas angkut anak – anak. Dalam tempoh tu saya relapse berkali – kali, dan sudahnya ditahan di wad psikiaatri. Kes selesai selepas saya keluar wad.

Dan waktu tu segala – galanya dah berubah. Hak jagaan anak – anak jatuh ke tangan dia. Saya pes4kit mentaI kr0nik yang tidak punya support system langsung. None! Jadi saya terp4ksa tarik balik tuntutan fasakh saya. Dan Aqil pun hanya ada Mykid ketika usia dia dah cecah 3 tahun.

Sedih masa tengok kat sijil lahir yang baru tu, baru ada bin kat belakang nama dia. Dari 2016 ke 2022, saya gigih meneruskan rawatan. Bermacam cara, pelbagai usaha, merata – rata. 2020, saya ingat perbualan saya dengan prof tentang rumahtangga kami.

Waktu tu dia dah 2 tahun berpisah dengan isteri pertama. Dia canang pada girlfriend dia, sayalah penyebab mereka bercerai. Tapi cerita sebenar? Biarlah saya senyum je. Kata prof, why not cuba bagi peluang pada diri, pada dia.

Susah untuk saya. Luuka yang dia t0reh dalam hidup saya bukan sedikit. Entah macam mana nak terima dan sayang dia lagi, semua rasa dah m4ti. Dan dia sedikit pun tak berubah, terutama bab nafkah. Saya doa pada Allah, kalau panjang lagi jodoh kami ni, izinkanlah hati saya lembut terhadap dia.

Dan begitulah pada 2022, saya akhirnya decided untuk bagi peluang pada diri. Saya bina impian nak bina balik family kami. Demi anak – anak yang sayangkan dia, yang mengharapkan untuk ada keluarga lengkap, saya pelan –  pelan pujuk perasaan. Bukan mudah, tapi demi anak – anak, saya cuba.

Akhirnya saya dapat apa? Pengkhiaanatan! Berkali – kali saya cakap pada dia, kahwin la kalau nak kahwin lagi. Cuma carilah orang baik – baik. Tu je. Saya dah tak larat nak hadap hidup berkongsi yang penuh d3rita. Kalau nak berkongsi, biar bahagia bersama.

Tapi apa dia buat? Cari betina, yang tak tau la saya hubungan mereka di tahap apa. Tapi betina tu sampai sanggup la berhabis berbelas ribu demi ‘membeli’ dia. Dan dalam whatsapp, berbakul mengutuk saya. Depan baik, belakang mengata.

Begitulah sekali lagi segala kepercayaan saya, segala kesabaran saya, segala harapan saya direntapnya. Dan saya bertekad, biar itu kali yang terakhir. Tak mampu dah nak telan lagi. Cukup. Cukup dah! Saya sangka, fasakh yang kami akan tempuh di mahkamah.

Tak sangka rupanya perkahwinan kami terbubar lama dah, sebelum lahirnya Hani lagi. Kami dah bukan suami isteri sejak berbelas tahun dulu. Kosong terus rasa dunia. Kosong sekosong – kosongnya. Bukan sekejap perjalanan ni sejak 2007.

Rupanya kesabaran saya, perjuaangan saya, takde makna pun sebab perkahwinan tu takde. Dan sampai ke hari ni, masih penuh dengan rasa berd0sa tiap kali memandang wajah anak – anak ni. Masih mencari sisa – sisa kekuatan, memujuk hati untuk berdamai dengan takdir diri.

Kerana hakik4tnya, inilah perjanjian hidup yang telah Allah atur, dan saya sendiri bersetuju sebelum r0h ditiup ke rahim bonda. Saya tak kuat, masih sedang kutip diri dari sisa keh4ncuran ni. Saya tetap berdiri, demi anak – anak yang memeIukan saya.

Dan dia? Tanpa sepatah kata maaf, tanpa sedikit rasa berd0sa, dia sedang bergembira dengan skandal dia. Entah macam mana saya nak bagitau pada diri bahawa saya layak untuk bahagia dalam dunia ni. Luuka yang ada terlalu dalam.

Malah, perjuangan ni masih belum selesai. Saya perlu kuat berdiri untuk menuntut hak nasab anak – anak saya. Saya suka bercerita? Saya bukak aib? Saya calon ner4ka? It’s ok. Sebab Allah tahu semua. Dan… Sepanjang – panjang saya menulis malam ni, semua ni hanyalah secebis dari kisah d3rita yang saya lalui. Hanya secebis.

Tak mudah untuk bangkit. Tapi saya masih teguh berdiri kan? Nak kata apapun tak kisah. Di pihak saya, moga – moga ada ibrah buat yang lain. Don’t make a wrong decision in life. Please don’t! I still have to pay for the price of what i choosed 21 years ago. Samada sebab BPD atau bukan, tapi saya sedang membayar semuanya sekarang. Selamat malam.

Sambungan.. Pembetulan fakta.

1. Pernikahan kami di sempadan tu sah. Malah, kami dah pun daftarkan pernikahan tu pada tahun 2016 / 2017. Hakim dah semak semua dokumen, bukti, saksi. Alhamdulillah, takde masalah dengan pernikahan tu. Cuma lambat daftar je.

Perkahwinan tu terbubar sebab selepas beberapa bulan menikah, dia ada lafaz taIak. Dan kami rujuk semula dengan perbuatan dalam tempoh 2 minggu selepas taIak dilafaz. Rujuk hanya dengan perbuatan sahaja, tiada lafaz.

Dan sebab kami hidup bermazhabkan Syafie, menikah, solat, puasa dan segala amalan hidup selama ni mengikut mazhab Syafie, maka hukum cerai rujuk mesti mengikut Mazhab Syafie. Tak boleh ikut suka tukar mazhab demi memenuhi keperluan diri.

Atas sebab ni la hakim memutuskan lafaz taIak tu sah, dan perbuatan rujuk kami tak sah. Hakim pun tak la bermudah – mudah dalam meletakkan hukum. Kami kena lalui proses perbicaraan di mana semua details perlu diberitahu.

Hatta cerita dalam kain yang kita cukup malu nak bercerita dengan orang paling rapat dengan kita pun, bila dalam mahkamah, kena bagitau. So keputvsan hakim berdasarkan perkara sebenar yang berlaku. Itu fakta pertama.

2. Saya tak dapat peny4kit mentaI ni sebab perkahwinan. Tapi sebelum kenal dia saya memang dah s4kit. Usia 8 tahun saya dah mula dirawat oleh psikiaatris. Kisah rawatan ni panjang sangat kalau nak cerita. Malas hahaha.

Cuma apa yang saya boleh cakap, perkahwinan ni menambahkan beban s4kit yang ada. Dan dalam previous post saya, saya ada tulis dalam perenggan pertama, perkahwinan kami berkait dengan saya yang ada BPD, dan dia yang ada NPD. Yang ni kalau nak ulas, lain entry la. Panjang. Nak kena sentuh bab psik0logi, bab mentaI dis0rder, bab personality dis0rder. Banyak tu hahaha. So cukup saya cakap asasnya sahaja.

3. Kenapa kawen jugak walau dah tahu dia suami orang? Yang ni saya dah tulis awal – awal kat post tu, tak perlu saya ceritakan. Biar yang tahu je tahu. Saya memilih untuk simpan, sebab AIB! Dan takde keperluan untuk menjelaskan.

Maka saya berlapang d4da kalau orang nak judge apapun. Sebab saya faham, h4mba Allah yang baik, dia takkan judge, dia takkan bersangka – sangka. H4mba Allah yang baik akan sentiasa jaga hati, jari dan lidah mereka.

4. Dah did3ra, kenapa tak keluar awal – awal dari perkahwinan? Kenapa stay? Ada jugak yang kata, “Kalau aku, dah lama blah dah! Aku takkan stay! Perempuan kena jadi kuat!” Itulah, benda ni kalau nak cakap, banyak sudut kena sentuh sebenarnya.

Saya pun malas nak menaip sebab tengah bungkus telur masin ni hahaha. Tapi yang pertama saya nak pesan, kalau belum pernah terjadi dalam hidup kita, jangan angkuh berkata – kata. Dulu zaman saya anak d4ra, saya cakap sombong, “Aku tak hingin laki orang! Kalau laki aku nanti nak kawen lain, aku rela jadi janda!”

Hah gitu sombongnya hahaha. Asbab sombong tu, Allah uji. Terjebak dengan suami orang. Walau berusaha nak tolak, tapi skrip Allah ni tak sama dengan logik akal manusia tau. Berbeza sangat, sampaikan bila kita hadap tu, kita helpless giIa tak boleh nak buat apa.

Hati kita ni Allah pegang. Sebab tu tak boleh s0mbong. Belum jadi pada kita, jangan cakap apa – apa. Kalau Allah nak uji, tak terIawan kita dengan kekuatan Allah ni. Itulah yang berlaku dalam hidup saya. Serupa jugak dengan penceraian.

Siapa pernah jadi m4ngsa gaslighting, akan faham la kenapa begitu susahnya nak keluar dari perkahwinan tu. Otak dah dibasuh, keyakinan diri dah runtuh, kepercayaan tinggal zero. Hidup kita cuma ada dia. Dan bagi orang yang ada tr4uma sejak kecil, ada isu dengan tr4uma bonding jugak.

Sebab tu saya kata, benda ni tak semudah berkata – kata. Ianya complicated, banyak hal yang terlibat. So be kind ok? 5. Saya memang under treatment. On medications. Setiap bulan kami ada rawatan. Kami tu termasuk kedua anak – anak saya. Sorang ada diisleksiia + depr3ssion, yang bongsu ada ADHD, ODD dan emotional problem. Jadi setiap bulan saya pastikan kami 3 beranak jumpa doktor.

6. Perihal nasab anak – anak, kami belum masuk mahkamah lagi. Nanti lawyer akan failkan tuntutan ni. Kes akan dibicara sebagai perkahwinan syubhah, dan nasab anak – anak ni insyaAllah boleh dipert4hankan. Cuma mereka jatuh dalam kategori anak – anak w4ti syubhah.

Itupun syaratnya, saya dan bekas suami perlu bersumpah yang kami memang betul – betul tak tahu tentang rujuk yang tak sah tu, yang kami selama ni yakin bahawa perkahwinan kami masih sah. Proses mahkamah akan ambil masa yang panjang. Sebab perihal nasab sangat besar dalam Islam kan. Nak nak lagi saya ada anak perempuan. Cukupla kut pencerahan kat sini. -Nini Ruspawan

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.