Suami kaya T20 tapi kedekut. Sanggup suruh aku duduk rumah flat. Ayam drumstick 2 ketul kongsi 6 beranak

Aku ni daripada keluarga M40. Suami daripada T20. Mak aku sendiri terk3jut bila tahu suami nak kami duduk di flat. Aku pun tak terbayang hidup di flat sebab seumur hidup tak pernah duduk flat. Kau bayang ye, ayam 2 ketul kecik, suami aku tergamak minta kongsi 6 beranak.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku geram kenapa perempuan susah nak kerja, kena dapat keizinan suami dulu lepas tu pekerjaan limited sebab kau kena jaga aur4t dan batas pergaulan. Suami pulak nak isteri jadi suri rumah, jaga anak – anak.

Aku rasa dikongkong. Lepas tu tak habis – habis wanita ni asyik salah je, asyik kena masuk ner4ka ja. Dapat suami ok takpa lah jugak, dapat suami jenis hareyy, wanita jugaklah yang kena sabar dan redha. Kalau tak, masuk ner4ka.

Penat tau jadi perempuan. Lepas kahwin, suami aku pun sama per4ngai, nak suruh aku berhenti kerja ikut dia. Masa aku dah tak kerja, aku dapat rasakan aku ni surirumah, tapi ibarat jadi beban suami. Suami selalu cakap tak ada duit.

Aku diam je lah. Aku pun tak pernah minta nafkah pun. Apa suami sediakan aku terima. Cuma aku tak nak duduk flat masa awal kahwin. Aku ni daripada keluarga M40. Suami daripada T20. Tapi kedekut tu peny4kit azali satu keluarga dia.

Mak aku sendiri terk3jut bila tahu suami nak kami duduk di flat. Aku pun tak terbayang hidup di flat sebab seumur hidup tak pernah duduk flat. Aku bukan nak h1na ke nak kutuk ke apa. Aku tak biasa dan aku tak sanggup nak duduk dalam kawasan dan suasana yang sempit dengan penduduk padat.

Suami aku beralah akhirnya, terp4ksa sewa teres, tu pun asyik cakap takde duit takde duit. Aku rasa kalau sehari tu sebut takde duit, tak sah. Aku pun taktau apa dalam pemikiran dia, sebab keluarga dia T20, tapi semuanya jenis berkira terutamanya bab makanan.

Aku ni keluarga M40 tapi pernah jugak jadi B40 dulu. Miskin – miskin keluarga aku, tak pernah lagi lah kitorang kelaparan. Semua jenis makanan dapat makan, alhamdulillah. Tapi suami aku walaupun keluarga T20, tapi masing – masing kedekut.

Kat rumah mertua selalu tak ada makanan. Masing – masing liat nak keluarkan duit dan belanja. Rupanya suami aku bagitau sebelum ni hidup mereka pernah jatuh tiba – tiba, jadi miskin, tak ada makanan, menyebabkan mereka ni jadi bersungguh – sungguh nak ada harta.

Mertua aku rumah sewanya banyak, tapi tu lah. Mulut sendiri nak makan pun berkira. Aku tak berapa faham konsep hidup mereka. Suami aku pun sama. Asyik merungut takde duit. Satu hari tu, aku tazkirah suami, lepas tu selang berapa hari aku tazkirah lagi.

Aku cakap, abang, cuba tengok abang selalu cakap tak ada duit. Nanti Allah bagi abang betul – betul tak ada duit, baru abang tahu. Abang kerja beriya, cari duit macam – macam. Kereta abang rosak berapa kali dah. Sekali rosak, 5 – 6 ratus nak pakai duit.

Abang tak pelik ke, duit abang habis macam tu je. Masa tu aku tau suami aku tak pernah bagi duit kat mak ayah dia. Katanya mak ayah dia dah kaya, tak perlu duit. Aku cakap, abang bagiIah duit kat mak ayah. Berapa abang mampu. RM10, RM50, berapa pun takpe.

Supaya hidup abang dan hidup kita berkat. Nafkah saya takpe lah, selama ni saya tak pernah minta pun. Asal rumah, api air setel ok dah. (Sampai sekarang 13 tahun kahwin aku tak pernah minta nafkah). Lepas aku dapat anak pertama, masa ni suami aku dah ada s4kit – s4kit.

Suami pun dah start bagi duit bulan – bulan kat mak ayah dia. Untuk aku memang tak ada lah sampai sekarang. Aku cakap kat suami, abang, sekarang ada tak kereta abang tiba – tiba rosak macam dulu. Suami aku kan kedekut, semua perbelanjaan dia rekod.

Pastu dia cakap kat aku, sebenarnya abang dah sedar. Bila abang tengok balik rekod perbelanjaan, tak logik langsung sebab perbelanjaan melebihi income. Tiap – tiap bulan benda ni berlaku. Kadang – kadang belanja lebih RM1000 daripada gaji. Mana ntah datang duit tu.

Dulu abang selalu risau tiap kali hujung bulan. Sekarang tak risau dah. Ada la tu rezeki dari Allah. Abang pun dah ubah, semua yang abang belanjakan untuk sayang dan anak, abang niat sedekah. Tak lama lepas tu aku dapat kerja tetap.

Sampai sekarang lah aku kerja. Pernah juga cuti tanpa gaji jaga anak – anak. Suami aku ni satu lagi, suka ikut nasihat sifu hartanah. Aku geram juga. Kau bayang lah benda tu teori je. Sifu hartanah mana cerita habis. Lagi banyak rumah sewa kau, lagi banyak kau kena sedia kos luar jangka dan hidden cost.

Contohnya masa transition rumah sewa tu takde penghuni, rumah rosak dan sebagainya. Dan akibatnya, kau kena catu perbelanjaan anak dan isteri. Lepas tu kalaulah kau m4ti, kau ingat autom4tik jadi harta pusaka yang boleh difaraid ke.

Bini kau juga yang kena tanggung berbulan – bulan kos yang kau tak nampak, contohnya loan rumah, kereta dan lain – lain. Lagi banyak rumah sewa, lagi serabut bini kau. Tu belum drama family berebut harta. Rumah sewa suami aku ada 2 ja.

Tak banyak, tapi dah menyusahkan aku anak beranak. Kau bayang ye, ayam 2 ketul kecik, suami aku tergamak minta share 6 beranak. Belanja rumah kena catu bila bulan tak cukup duit. Selama aku hidup lah, mak aku tak pernah bagi makan macam tu.

Sedih aku tau tak. Nasib lah aku kerja. Ada juga duit untuk aku belanja. Aku kerja pun bukan nak kejar pangkat ke gaji. Dah sekian lama, aku kubvrkan cita – cita aku. Aku rasa cukup sekadar untuk aku surv1ve andai suami tak ada nanti.

Aku pun tak suka g4duh – g4duh dengan sesiapa. Ye lah, kita tak tahu keluarga beIah suami macam mana dengan kita nanti andai suami pergi dulu. Setakat ni yang aku tengok semua ahli keluarganya jenis kedekut dan berkira.

Khabar aku anak beranak pun tak pernah tanya. Jadi aku taknak lepas suami tak ada, timbul drama orang yang tak berkenaan tiba – tiba muncul minta harta. Jadi aku cari harta aku sendiri. Ada lah satu rumah aku beli sendiri.

Tapi kedekutnya suami aku, langsung dia tak fikir langsung kalau esok – esok dia takda, macam mana aku dan anak – anak. Tak ada langsung plan nak letak nama aku ka, nama anak – anak ka, kat hartanah dia. Tak macam arw4h ayah aku.

Rupanya ajaran mertua aku, harta tu harta sendiri. Bukan harta berkongsi walaupun dah kahwin sekali pun. Kecik hati? Memang kecik hati. Anak aku dah besar. Kahwin dah berbelas tahun. Tapi ibaratnya aku ni masih lagi menumpang dengan suami.

Tapi aku tak kisah, aku ada rumah aku dah yang aku beli sendiri. Agaknya suami aku macam confessor sebelum ni lah. Kalau bercerai ke, tak nak langsung bagi kat isteri, sebab ye lah dia yang kerja keras. Aku ni kan ibarat tak bantu apa – apa. Tu yang suami aku fikir.

Tapi tak kah suami fikir, masa aku jadi surirumah, berapa upah yang sepatutnya aku dapat. Jaga anak lagi, basuh baju, kemas rumah, memasak, melahir lagi. Bukan kerja 8 – 5, tapi 24/7. Kau bayang lah dalam Quran kata, menyusu anak pun kena bagi upah.

Tapi dia tak nampak semua tu. Sebab suami aku macam confessor lah, dia nampak angka, nampak duit. Aku ni tak menyumbang duit. Aku malas nak bagitahu apa peng0rbanan dan sumbangan aku. Benda ni hukvm syariah tak pandang enteng pun. Sebab tu adanya harta sepencarian.

Lepas dah kahwin, baru aku rasa penat juga jadi orang lelaki. Aku tengok suami aku lah yang penat. Sebab apa? Kena kerja. Pastu aku pulak lepas dah tengok suami aku masih lagi camtu, keluarga dia pun camtu, aku pun dah start jadi pemalas.

Kerja rumah ka, hal anak – anak ka, aku buat ala kadar. Akhirnya, suami aku terp4ksa juga uruskan. Mungkin melebihi usaha aku. Jadi suami aku dah start rasa penat. Kesian dia. Suami aku bab kerjaya, banyak plan dan target dia.

Bila tengok kerjaya aku macam stuck, dia baru sedar kot. Dia enroll aku kursus – kursus. Aku join je lah dah dia bayarkan, tapi takde lah aku work hard sangat. Sekarang baru dia nak tengok aku berjaya. Setelah aku ni ketinggalan daripada dia.

Dia jugak yang tinggalkan. Nak aku jadi suri rumah, jaga anak – anak. Dia lupa peng0rbanan aku jaga anak – anak masa dia nak berjaya dulu. Yang tu buat aku tekad sekarang, aku belajar, busy itu ini. Aku dah tak beriya hal rumah, hal dia.

Dulu aku lupakan cita – cita aku untuk dia. Sekarang aku buat tak heran semua benda. Baru lah dia terhegeh – hegeh nak sumbangkan bayar yuran kursus – kursus. Penat dia jugak sebab kena urus rumah dan anak – anak.

Jadi aku rasa begitulah lelaki. Rasa nak dia yang hebat. Aku pun taktau lah kot suami aku sama macam confessor. Rasa isteri ni sampai sekarang menyusahkan dia. Aku cakap kat suami tiap kali masa berg4duh. Anything happens in future, aku takkan tuntut apa – apa bahagian aku daripada dia.

Kalau dia nak balik mahar, aku sedia pulangkan balik. Aku boleh cari duit, cari harta aku sendiri. Cuma kalau dia ada niatlah nak lepaskan aku, lepaskan aku masa sekarang. Jangan tunggu 20 – 30 tahun lagi. Jangan tunggu tua. Ani4ya aku.

Ani4ya masa muda aku. D0sa dia tu jawab je lah depan Allah nanti. Sampai sekarang walau aku kecik hati, tawar hati. Takde pulak dia lepaskan aku, atau aku lepaskan dia. Entahlah bila dah berbelas tahun kahwin, kau macam go with the flow.

Cuma tekad aku supaya dia letak nama pada hartanah dia, at least nama anak – anak, kalau pun tak nak letak nama aku. Aku bagi deadline kat dia. After this, dia masih tak buat, aku cau cin cau. Aku tak nak hidup dalam keadaan dia rasa atau aku rasa tak percaya satu sama lain. Aku nak move on.

Hidup ni kena ingat, bukan harta saja. Ambil dunia sekadarnya secukupnya saja. Bagi aku, takyah lah kejar beriya. Banyak benda lain patutnya kita kejar. Tapi tu lah, aku tahu apa confessor ni nak dalam hidup dia. Cuma dia terIampau obsess.

Doakan aku dan suami ya. Deadline nak dekat dah ni. Aku nampak effort suami aku masih suam – suam kuku. Doakan yang baik – baik. – Jane (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Abu Ubaidah : Sedikit tips murah rezki:

1) Jangan berkira dengan anak isteri. Dahulukn nafkah untuk isteri dan anak, yang lain letak no.2. Harta / duit di tengan tu bukan milik kita tapi apa yang kita bagi tu la milik kita di akhir4t. Amanah kena jaga, InshaAllah akan murah rezeki.

2) Jaga solat, Allah memiliki semua tapi kita tak mau mengadap sebab tu la rezeki sempit. Sentiasa beringat Allah boleh bagi dan boleh tarik nikmat bila – bila masa

3) Tanggungjwb pada ibu ayah, tak semestinya kita kena bagi duit pada orang tua dan kita fikir kira langsai semua dengan duit. Kadang – kadang ibu ayah ada je duit sendiri tak harap duit anak – anak pun. Perhatian pada ibu ayah tu penting, bagi perhatian dan bantu apa yang perlu dan sekadar mampu.

Amra Ohana : Pasal T20 kedekut ni betul. Ada sorang aku kenal gaji 50k sbulan tapi punya berkira bab makan. Benda ni sebab mentality kot dan cara dbesarkan. Rasa makanan ni tak nampak apa.Tapi barang – barang boleh pulak beli.

Tapi bab makan sangat kedekut. Aku dah jumpa bukan sorang, tapi a few, gaji puluh – puluh k, tak cukup jugak sebab nafsu ni takkan pernah puas. Sebab tu aku cakap dekat confessor sebelum ni. Kalau dia tak didik untuk rasa syukur.

Mesti la sampai bila – bila pon takkan cukup. Sebab aku dah jumpa a few macam tu. Gaji puluh – puluh k. Tapi still rasa tak cukup. Salah satu sebab kerak besar. Kalau ikut nafsu sampai bebila tak puas.

Amanina Alias : Sedihnya makan kena catu. Walaupun dari keluarga b40 tp tak pernah rasa susah, makan mewah sangat. Masa kecik dulu kadang – kadang makan 2 ketul peha besar untuk sekali makan. Syukur sangat dengan kehidupan dulu dan sekarang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.