Suami curang dgn janda anak 8. Gigi palsu suami aku buang dlm tandas, berus gigi dia aku buat cuci tandas

Gigi palsunya pun aku buang ke dalam lubang tandas, dan berus giginya aku gunakan untuk mencuci tandas. Biar dia nampak hodoh tanpa gigi. Baju – baju yang dia pakai semasa dating dengan betina itu, aku buang, dan tinggallah beberapa helai sahaja pakaiannya. Biar dia nampak tak terurus!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. perkenalkan nama aku Mika dan suami aku, Syah. Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah secebis dari kisah hidup kami dalam alam berumahtangga dan semoga kisah ini menjadi iktibar dan teladan bagi semua.

Untuk pengetahuan semua, aku bekerja makan gaji manakala Syah pula bekerja sendiri. Kehidupan kami adalah dalam kategori selesa dan senang. Kami bukan pasangan sempurna, namun kami usaha untuk melengkapi satu sama lain dengan menonjolkan kelebihan dan menutupi kekurangan masing – masing dengan menerima satu sama lain seadanya.

Tipulah jika aku katakan rumahtangga kami sentiasa aman bahagia. Ibarat laut, ada pasang surutnya. Jika ada sesuatu ketidakpuasan hati, aku lebih suka diam, bertenang dan fikir positif. Aku bukan jenis yang suka memperbesar – besar akan sesuatu isu dengan menyer4ng suami aku memb4bi buta.

Lebih – lebih lagi isu remeh. Sebab itu, rumahtangga kami masih bertahan sehingga kini. Sudah bernikah hampir 20 tahun, tentu sahaja kami dihujani dengan isu anak. Namun, syukur kedua – dua beIah keluarga tidak mempermasalahkan hal ini.

Cuma masyarakat luar yang seakan tidak senang dengan kehidupan kami. Ye lah tiada anak, tapi hidup senang. Tentu sahaja pertanyaan meny4kitkan hati akan sering terbit dari mulut longkang mereka. Kata orang, life begin at 40.

Pada mulanya, aku tidak ambil peduli akan pepatah ini apabila melihat sikap Syah yang sama dari awal perkahwinan sehingga usianya menginjak 44 tahun. Kami meneruskan kehidupan kami seperti biasa. Namun, lama – kelamaan aku mula merasakan ada sedikit perubahan dalam diri Syah.

Banyak yang berubah… aku hidup dengannya, bukan sehari tetapi 20 tahun. Jadi setiap perubahannya, aku perasan. Namun, aku abaikan kerana setiap kali aku bertanya, ada sahaja jawapannya. Aku pernah memberi amaran kepada Syah, jika dia didapati curang, aku tidak teragak – agak untuk bercerai dengannya kerana prinsip aku, aku tidak suka berkongsi suami dengan orang lain.

Hari demi hari, aku merasakan Syah sem4kin berubah. Kami selalu bertengkar walaupun hal remeh, terutama apabila kami naik kereta bersama. Kami seakan panas. Tapi seperti biasa, aku buat tak endah kerana aku tidak suka memanjangkan perkara.

Kalau keluar ke mana – mana pun hanya sekejap sahaja. Aku perasan, jiwa dia tiada dengan aku. Sekali lagi, apabila ditanya, dia menafikan segalanya. Allah nak tunjuk. Itulah yang berlaku pada tahun lepas. Semasa aku sedang mengemas rumah, aku terjumpa gambarnya bersama wanita lain di dalam almari.

Gambar dia merangkul bahu wanita tersebut dan bertulis ‘Happy Birthday Tunangku’. Gambar itu berbalut sapu tangan. Aku menelefon Syah, dan aku minta dia balik segera. Oh.. Syah keluar sebentar, alasannya nak jumpa kawan yang aku kenal.

Aku flashback, paperbag berisi gambar dan hadiah ini berada dalam almari dari bulan 3 hadiah harijadi Syah dan aku jumpa pada bulan 6. Jika aku kemas almari ini awal – awal, aku tentu dapat membanteras masalah ini segera.. b0dohnya aku.

Aku menangis, kenapa perkara ini terjadi juga? Patutlah selama ini hati aku rasa tak sedap. Ingat, gerak hati seorang isteri jangan diabai! Ini kesilapan aku. Apabila Syah pulang ke rumah, dia mengatakan bahawa dia terkena buatan betina itu.

Dia tidak boleh lari dari betina itu. Sepanjang masa, dia hanya nampak betina itu. Syah menangis, kali pertama aku lihat dia menangis. Katanya, dia sudah memutuskan hubungan dengan betina itu. Aku pandang Syah dan renung dia.

Patutlah selama ini aku tengok rupa Syah macam orang b0doh, seperti lembu dicucuk hidung. Wajahnya tak jernih. Adakalanya, wajahnya menjadi hitam. Bukan aku sahaja yang perasan tetapi ramai lagi yang perasan.

Aku tarik nafas dan bertenang. Aku cuba dengar penjelasan dia lagi.. katanya dia bersyukur, akhirnya aku tahu. Selama ini dia cuba bagitahu aku, tapi lidahnya kelu. Dia selalu nampak betina itu, memandang t4jam kepadanya. Betina itu ada di mana – mana.

Aku tak tahu nak cakap apa. Antara percaya dengan tidak. Syah orang yang menjaga solat, sebab itu aku berbeIah bahagi untuk percaya sama ada dia terkena buatan orang atau tidak. Tapi dalam masa yang sama aku, aku macam percaya sebab banyak hal aneh berlaku pada aku dan rumah aku.

Hati aku remuk dan h4ncur bila Syah mengakui hubungan mereka sudah jauh. Orang yang aku percaya, orang yang aku hormat dan orang yang aku cinta iaitu suami aku sanggup melakukan perkara terkutuk di belakang aku.

Mereka melakukan z1na dan yang b0dohnya mereka melakukan di dalam semak. Aku terkedu. B0dohnya laki aku ni. Dia bukan miskin, kenapa tidak melakukan z1na di hotel? Kenapa dia nak buat z1na di dalam semak? Tak takutkah dia orang nampak dan rakam perbuatan terkutuk itu dan siarkan di internet? B0dohnya mereka..

Para pembaca, jika anda nampak ada pasangan mencurigakan masuk semak, sediakan handphone dan rakamlah perbuatan terkutuk mereka. Jika mereka pasangan berkahwin, mereka akan melakukan hubungan itu di rumah!

Aku flashback lagi, patutlah bila bersama Syah, tutt dia tak naik. Sudah lama hal ini berlaku. Aku fikirkan, dia sudah m4ti pucuk. Rupanya, bukan. Tidur malam aku juga pernah didatangi dengan ‘menatang’ yang hanya memandang marah kepada aku.

Selain itu rumah kami selalu diganggu dengan bunyi guli. Bilik tidur pula sentiasa didatangi lalat. Aku siap menyediakan ridsect, khas untuk spray pada lalat. Apabila lalat tersebut m4ti, akan datang lalat lain pula. Mungkin ini lalat perisik. Perkara ini masih berlaku hingga sekarang!

Syah juga mula suka buat perkara yang aku tak suka. Dia jadi tak suka mandi, dan Syah tahu aku benci tidur dalam keadaan kotor dan busuk. Tapi itulah yang Syah buat. Jadi, dia tidur dihujung katil timur dan aku dihujung katil barat.

Syah juga suka tidur lewat dan bertiktok. Dia juga mula menjaga badan, dengan alasan perutnya sem4kin b0roi. Bila difikirkan, semua yang dibuat itu bukan Syah yang aku kenal. Drastik sangat perubahannya. Aku keliru dan banyak bermonolog dalam hati.

Sedih, kecewa, hati h4ncur.. Selama ini, aku amat menjaga diri kerana aku adalah isteri orang. Hidup aku, pagi hingga petang bekerja. Pulang kerja, aku melakukan tugasan rumah. Begitu juga waktu cuti, masa aku banyak dihabiskan di rumah.

Aku tidak keluar berfoya – foya dengan rakan dan jika ingin ke mana – mana aku akan minta izin dari Syah. Sampai hati Syah buat aku begini. Syah sudah rosakkan kepercayaan aku kepadanya. Syah ada bagitahu aku yang dia terkena buatan daripada betina itu.

Betina itu ada saaka dan dia adalah anak kepada b0moh di kampungnya. Bagaimana Syah tau? Betina itu yang cerita sendiri kepada Syah. Selepas mendengar penjelasan Syah, aku terus menelefon ustaz dan minta ustaz datang ke rumah aku.

Aku tak ambil mudah akan hal ini. Syah yang kata dirinya diguna – guna, biar dia tanggung kata – katanya itu. Tak lupa juga, aku panggil ibu Syah untuk hadir bersama. Oh ya, sebelum itu aku sudah memaklumkan hal ini kepada ibu Syah.

Ustaz merukyah aku dan Syah serta rumah kami. Dan yang peliknya, ustaz banyak mengubati aku dan bukannya Syah! Aku ada bertanya kepada Syah berkenaan betina itu. Aku mahu bertemu dengannya. Syah tak bagi, dia kata dia takut dengan betina itu.

Betina itu mampu buat apa sahaja dengan ilmunya. Jadi aku menyiasat sendiri dengan mengambil gambar betina itu. Aku tunjukkan kepada ramai orang dan akhirnya aku tahu, rumahnya tidak jauh dari rumah aku, hanya di kampung sebeIah.

Betina itu berumur 50 tahun dan adalah janda anak 8. Pernah berkahwin sebanyak 5 kali dan perkahwinan yang terakhir dia juga menggunakan ilmu tak betul. Ini adalah maklumat daripada keluarga bekas suami betina itu.

Aku bertanya kepada ramai orang berkenaan betina itu dan dalam masa yang sama aku mengecohkan keadaan dengan menceritakan kepada semua orang bahawa betina jalang itu telah menganggu rumahtangga aku. Aku minta mereka berhati – hati agar rumahtangga mereka pula tidak diganggu oleh betina itu.

Aku selidik dan siasat siapa betina itu. Di mana dia tinggal. Apa kend3raan yang dipakai dan nombor plat. Siapa sahabat – sahabatnya. Siapa anak – anaknya dan bersekolah di mana. Semua aku tahu. Tapi, aku bukan jenis yang meny3rang.

Aku simpan dan hanya menyerahkan kepada Yang Maha Kuasa untuk membaIasnya. Aku cakap kepada Syah, awak tak takut ke berhubungan badan dengan betina itu? Dah pernah berkahwin sebanyak 5 kali. Bekas suami pun pen4gih d4dah.

Dah main dengan ramai jantan, halal dan h4ram. Awak tak takut peny4kit Aiids? Siiflis? Hepaatitis? Kalau saya terkena peny4kit – peny4kit ini, awaklah puncanya. Ingat tu. Aku bagi amaran kepada Syah. Aku ada meminta cerai daripada Syah, tapi Syah tak mahu melepaskan aku.

Katanya, dia akan bvnvh diri jika berpisah dari aku. Aku hanya ber’heh’ sahaja.. hati aku h4ncur. Namun, kami meneruskan kehidupan seperti biasa, Cuma sudah kurang mesra. Aku banyak menyibukkan diri dengan kerja dan pulang lewat.

Setiap ada peluang, aku akan memerli Syah. Biar dia h4ncur. Sebenarnya, panjang lagi cerita aku ini. Banyak yang aku skip. Syah yang sudah berhenti mer0kok 14 tahun yang lepas, kembali mer0kok. Sem4kin tegar, sehari 1 kotak r0kok.

Dia kata, dia pernah cuba ambil d4dah semasa kami berpisah seketika ekoran daripada kes ini. Ketika itu, aku hantar Syah ke rumah ibunya selama 3 hari. Aku pula ke rumah adik aku. Aku minta dia bermuhasabah diri di sana.

Gigi palsunya pun aku buang ke dalam lubang tandas, dan berus giginya aku gunakan untuk mencuci tandas. Biar dia nampak hodoh tanpa gigi. Syah tiada harta, rumah, kereta, tanah.. semuanya atas nama aku. Motor sahaja atas namanya, itupun aku yang hadiahkan.

Syah kemudiannya, membeli kereta atas namanya sendiri. Mungkin dia baru tersedar yang dia tiada apa – apa. Baju – baju yang dia pakai semasa dating dengan betina itu, aku buang, dan tinggallah beberapa helai sahaja pakaiannya.

Aku tidak lagi membeli pakaian baru untuknya. Biarlah Syah nampak tak terurus, dan biar aku pula yang nampak menawan. Selama ini, aku yang menjaga imej Syah agar dia nampak segak di hadapan khalayak. Sekarang tidak lagi.

Aku dah malas untuk peduli soal imej dan pakaiannya. Aku pernah bagi kata dua kepada Syah, jika dia tidak mahu bercerai maka dia kena terima dengan diri aku yang sekarang. Aku menjadi seorang pengongkong, suka memerli dia, kedekut, dan kuat curiga.

Semua sikap itu aku tuju hanya untuk Syah! Sekarang, aku selalu ke tempat kerja Syah untuk memantau Syah. Apabila terjumpa rakan – rakan Syah, aku akan melemparkan senyum manis dan beramah mesra dengan mereka. Biar Syah s4kit hati.

Aku masih disihiir. Sihiir pemisah barangkali. Jika aku berehat di dalam bilik, akan ada seekor lalat datang memantau. Jadi, aku dan Syah mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu. Aku juga sudah berubat moden dan tradisional, hasilnya tetap sama.

Sudah beberapa bulan aku tidak ‘bersama’ dengan Syah kerana di bawah aku berbau busuk seperti bau b4ngkai. D4rah tidak berhenti keluar dan aku penat memakai pad. Aku sudah membuat pemeriksaan doktor di hospitaI kerajaan dan hasilnya, bawah aku normal.

Aku juga sudah berubat dengan ramai ustaz, sembuh seketika. Dua tiga hari kemudian, d4rah keluar lagi. Lengan aku pula sentiasa s4kit seperti dicucuk dengan jarum. Sekarang, aku hanya berusaha sendiri dengan mengamalkan yasin 7 mubin, doa – doa, solat, mengaji dan lain – lain.

Doakan aku wahai pembaca sekalian semoga aku lekas sembuh. Pengajaran di sini, aku mohon kepada para pembaca jika anda perasan pasangan anda berubah, cepat – cepatlah bertindak. Cegah Sebelum Paarah. Terima kasih kerana membaca.. – Mika (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Siti Sifir : Berpindah lah Puan, jauh dari perempuan itu. Dan habiskan masa suami isteri dengan berjemaah di masjid. Habis solat ngeteh sama – sama. Jika ada rezeki lebih, buat umrah dulu. Minta perlindungan dari Allah.

Lepas tu, ada duit.. jimat – jimat suami isteri, pergi backpackers. Anak takde lagi, kasih sayang ada lagi.. keliling dunia, harap kasih sayang m4kin kuat, lalat – lalat pun tak sempat datang dah. Umur dah 40++ ni, saki baki hidup tak lama mana pun.

Ann Fardan : Mungkin dengan ‘melepaskan’ suami puan adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan Puan dari terus disihiir berada dalam perkahwinan tapi hati tidak redha. Mend3ra dan tidak mampu horm4ti suami sebenarnya lebih berd0sa dari melepaskan.

Tambahan pula dengan ‘peny4kit’ yang dihantar oleh penyih1r, mengapa Puan perlu menanggung d0sa suami dan dalam masa yang sama rugi menjadi Isteri yang berd0sa. Kadangkala melepaskan itu lebih baik. Sayangi diri Puan dahulu. Mungkin fungsi suami sudah tamat setelah 20 tahun berbakti. Hidup ini keras dan adakalanya kita kena ‘k3jam’ untuk mencari pengakhiran yang terbaik di sisi Allah buat kita.

Mimi Lana : Ruqyah yang terbaik adalah dari diri sendiri. Sebab rawat sana sini, in the end inner strength kita yang akan Iawan. Nak build up strength adalah dengan qiamullail. Kalau suami tt pun nak taubat, ajak dia qiam sekali. Dan time siang boleh istighfar sebanyak yang boleh. Nak pulih dari sihiir ni memang tak mudah dan amik masa yang lama. So, harap tt boleh tabah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.