Apa perasaan kau bila balik rumah mak, nampak spender ko tengah bersidai di ampaian. Entah bila masa aku balik? Adik ipar aku main pakai je tanpa izin aku. Aku perati jer dia angkat spender tu lipat, ambil. Tu spender aku la!
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku nak kongsi cerita tentang adik ipar aku yang panjang tangan. Bila ditegur dia meroyan. Niat bercerita supaya bangsa jenis yang macam ni kalau dah jadi habit ambil barang orang jangan nak play v1ctim sangat. Konon dia m4ngsa.
Aku sorang je anak perempuan. Hujung minggu je baru aku balik rumah keluarga. Bilik kami sorang satu la kan. Jadi adik lelaki aku ni yang kahwin dulu. Hampir setahun. Aku dua beradik je. Cerita dia macam ni, isteri adik aku ni, dia ni panjang tangan.
Konsep mudah. Kalau bukan barang kau, bukan harta milik kau jangan sesekali ambil tanpa izin tuan punya. Paling aku geram, kau buat muka tak bersalah bila pakai barang orang tanpa izin tu dah dikira mencuri. Kalau sekali dua aku boleh tolak ansur lagi la kan tapi melampau laa kan kalau dah selalu sangat dan buat muka tak bersalah.
Aku lock pintu bilik aku pun pandai dia buka guna card ke apa aku tak pasti. Apa perasaan korang bila baju blouse, baju kurung, tudung waima tshirt basahan kau pun dia sebat? Boleh je kalau betullah balik rumah mak mentua tak bawa baju ke apa, tunjuk sikit courtesy kau boleh jer whatsapp aku minta izin aku.
Bukan setakat pakaian dia kebas, barang peribadi aku pun dia selongkar. Sebab aku tahu aku susun barang aku macam mana dan bila ada orang kitai barang aku. Skincare, make up semua dia bedal buat harta sendiri. Aku punya jam tangan.
Apa perasaan kau balik rumah mak, nampak spender ko bersidai di ampaian ntah bila masa aku balik? Akukah yang hilang ingatan. Dia main pakai je tanpa izin aku. Aku perati jer dia angkat spender tu lipat, ambil. Tu spender aku la b0do!
Mesti ada yang tak percaya tapi itulaa hakik4tnya bila ko ada habit mencuri. Aku tegur, pun tak mengaku. Buat muka slumber!!! Serius aku rimas. Aku tegur elok kot. Tak jalan juga. Sampai adik aku terasa hati dengan aku dah tak mesra macam dulu sebabkan berbinikan pencuri.
Aku confront budak ni, aku cakap jer terus terang. Aku tak suka orang usik barang aku tanpa izin. Kalau nak, minta bukan main sauk jer. Aku cakap kat mak. Mak tenangkan aku. Mak kata mungkin dia tak sengaja kot. Aku faham mak tak nak keruhkan lagi keadaan tu.
Tapi aku tetap dengan pendirian aku, salah tetap salah. Kalau balik takde baju basahan, ko amek je baju basahan aku bukan amek beg sauk sekali baju berjalan aku, jeans aku. Sebabkan aku bengang, aku install cctv dalam bilik sendiri, kitchen dengan pintu bilik mak aku. Nah, memang tertangkap lah kau ini kali.
Aku tunjuk kat adik aku. Terdiam dia. Aku cakap jer terus terang akak tak tahu apa bini kau cakap masa akak tegur dia, pakai jam tangan akak, ambil minyak wangi, barang kosmetik aku letak dalam bag??? Sampai kau tak nak bertegur dengan kakak kau sendiri.
Aku suruh adik bawa bini kesayangan dia pi jumpa kaunselor. Dah macam peny4kit lak aku tengok. Bukan barang aku jer yang hilang, mak aku pun ada hilang barang. Pinggan mangkuk, barang letrik pun dia sauk slumber wawa masuk dalam bonet kete dia.
Pompuan tu siap update status ye tuan – tuan dan puan – puan. Barang berapa sen pun nak berkira. Whaattt!? Kalau barang berapa sen yang kau hadap sangat tu belilah sendiri. Masalahnya kau mencuri barang aku, buat macam harta sendiri.
Aku sekolahkan adik aku, cukupkan makan pakai bini kau. Aku kalau ke mana – mana belikan bini dia buah tangan. Hadiah birthday pun aku bagi tau. Apa lagi dia nak??? Seposen pun kau ambik kalau pemilik tak halalkan, ko dah dikira mencuri!!!
Jadi nasihat aku kalau nak kahwin selidik lah latar belakang betul – betul. Faham, nak kenal pasangan bila dah hidup bersama baru kau kenal sendiri pasangan kau macam mana. Ini per4ngai nauzubillah minzalik. Jangan nak nasihatkan aku halalkan je apa yang dia dah ambil tu.
Bila aku balik rumah mak, aku nak pakai baju basahan aku dah takde, tinggal yang berlubang sana sini, bila aku nak berjalan pun baju aku takde. Pencuci muka aku takde dah satu hal kena keluar beli baru. Benda simple je, kalau bukan barang kau tak payah nak ambil. Pakai ajelaa apa yang kau ada. – Nora (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Yuyue Mashu : Orang yang habit dia mencuri ni, dia takkan rasa diri dia salah apatah lagi rasa bersalah. Sebab habit. Dia buat jadi macam hobi. Orang macam ni dia nampak je depan mata, dia terus saukk. Even sebutir kerongsang pun dia akan saukkk termasuk duit 20sen pun haha. Sebab pernah ada housemate macam ni tapi semua housemates lain notice je habit dia dan confront terus depan – depan tapi katanya pinjam je bukan ambik.
Jamilah Jaafar : Lawak pulak rasanya. Kalau dia adik ipar aku mesti dia tak leh curi spender. Sebab spender aku banyak X dan L. Baju pun serupa. Mesti korang sama saiz. So satu cara ialah membesarkan saiz supaya dia takleh pakai. Kahkahkah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.