Setiap kali nak bercuti saya yang kena semua kemas barang sesempurna mungkin. Nak jadi cerita, saya tertinggal beg ubat dan kami pun masih dalam kawasan rumah. Saya tak sangka suami marah dan ambil beg campak ke belakang, hampir kena anak. Macam sampah suami buat saya..
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum mulakan kisah, saya ucapkan terima kasih kerana sudi siarkan luahan saya yang tak seberapa ni. Terlebih dahulu saya perkenalkan nama saya. Saya Zaleha (bukan nama sebenar), dah berumahtangga hampir 10 tahun.
Dikurniakan 3 orang anak yang sangat – sangat ‘behave’ nak dibanding per4ngai diorang dengan kanak – kanak seusia diorang, memang sangat – sangat behave. Bukan saya nak puji anak saya, tapi itulah hakik4tnya.
Yang saya nak ceritakan kat sini bukan pasal anak – anak, tapi pasal apa yang saya rasa hampir 10 tahun berumahtangga ni. Buat yang single, belum berkahwin, fikirlah banyak kali, bukan sekadar hampa tengok kawan – kawan dah kahwin, so hampa pun kena kahwin jugak… tak… tak.
Bila berkawan tu, pasangan hampa ada cakap yang dia ni ada per4ngai – per4ngai tertentu, jangan fikir “owhhh i can handle that… this…”, fikir dalam – dalam sebab hampa akan hidup dengan per4ngai tu untuk sepanjang hayat, andai jodoh panjang.
Macam saya, sebelum kahwin memang pasangan saya ada bagitau yang dia ni cepat marah, boleh kata pemarah jugak lah kan. Waktu berkawan tu, semua pun rasa indah kan? ayah saya kata ‘time’ tu kentut pun berbau wangi, jadinya samalah macam saya, saya rasa “alahhh setakat suka marah (pemarah), aku boleh handle punya, pujuk nanti ok lah..”
Untuk kes yang saya selalu baca kalau suami pemarah ni diorang romantik kan? Bila dah marah – marah diorang akan pujuk atau ngayat balik isteri, tapi nasib saya bukan macam tu, suami saya bila time dia marah, bila pujuk, dia boleh buat si isteri tu macam “sampah”.
Kenapa saya sebut macam tu, sebab kita ni sebagai isteri cuba nak pujuk sebab tahu, berg4duh lama, tak bercakap lama, berd0sa kita sebagai isteri, tapi suami saya, bila saya cuba nak pujuk, dia tolak, dia lepaskan tangan saya, pusing muka tak nak tengok, macam jijik sangatlah.
Bila dah lama dilayan begitu setiap kali berg4duh, saya layankan ajee.. pernah sekali tu, 2 minggu tak bersua muka walaupun dalam rumah yang sama. Hal apa yang berg4duh sampai teruk macam tu? Selalunya hal yang kecil saja, tertinggal kain tuala waktu travel, saya macam tak sehaluan nak decide makan di mana, hal anak – anak.
Macam yang saya sebutkan di atas, anak – anak saya berper4ngai baik, tapi biasalah budak – budak, bila excited nak bawak jalan – jalan, terlompat dalam kereta, bergurau lebih sikit dalam kereta. Haa mulalah si ayah nak moody, mula nak marah – marah, bila saya suarakan yang tak perlulah marah anak – anak, kat situlah punca kami pulak yang berg4duh, dan percutian tu akan berakhir dengan ugvtan ‘jom balik’.
Padahal yang sponsor percutian selalunya keluar daripada poket saya, baik penginapan, makan, beli beIah. Mulalah saya yang awalnya ikhlas, mula nak mengungkit (dalam hati je lah). Sejujurnya, saya tak kisah pun nak berbelanja bercuti untuk anak – anak seronok, tapi bila mood suami dah berubah, semua yang buat pun memang terasa kelat.
Pernah sekali tu, saya terlupa beg ubat, semua pun bila nak travel, saya perlu selesaikan sesempurna yang boleh. Tapi perempuan kan, mesti ada yang terlupa. Kebetulan masih berada berhampiran kawasan rumah, jadinya suami pusing balik ke rumah ambil beg ubat.
Waktu itu saya tak rasa apa – apa yang salah sebab sebelum ni pun ada terlupa, suami ok je pusing patah balik. Bila dah suami ambil beg tu, dia masuk kereta, dia baling beg tu ke seat belakang, mujur tak kena anak – anak.
Alamakkkk, salah lah ni. Salah saya terlupa bawak beg ubat tu. Macam ‘sampah’ kan dia perlakukan saya? Tapi setelah hampir 10 tahun ni, saya tak nak lagi berdiam diri, saya terus tanya suami, perlu ka buat macam tu? Dan saya pasti, pembaca pun boleh agakkan. Dan itulah punca kami berg4duh.
Ada beberapa kali jugak kami berg4duh selepas tetamu datang ke rumah. Orang kata tetamu bawa rezeki kan? Bagi saya, tetamu datang bawa punca kami berg4duh. Tapi tetamu tu mestilah ahli keluarga saya atau kenalan saya barulah boleh jadi punca kami berg4duh.
Kalau tetamu tu ahli keluarga suami, kenalan suami.. dia ok jerrrr. Bila tetamu datang terutama keluarga sayalah, anak – anak kakak saya, suami akan beli makanan semua sedia untuk tetamu, ok lah kan? Nampak baik ja kan?
Tapi bila dah tetamu saya dah sampai, budak – budak (anak sed4ra) saya bermain, keluar masuk rumah… haaa kat situlah muka kelat ja muka suami saya. Saya dah cuba tegur jangan main pelik – pelik sangat, tapi takkan lah saya nak tegur lebih – lebih, kecil hati kakak saya nanti.
Bila diorang dah balik, mula lah… tarik muka. Tak bercakap dengan saya. Dan bila ada sikit kesalahan saya waktu tu, akan jadilah perg4duhan 10 hari, 10 malam… cubalah pujuk macam mana pun tetap berg4duh mesti cukup haul 2 minggu.
Tapi kalau tetamu tu kenalan suami, macam hari tu kawan suami datang, anak – anak kawan suami tu siap masuk dalam bilik tidur kami, buat sepah sana sini, takde pulak dia nak tarik muka kat saya. Hurmmm… sabarlah duhai hati.
Sikap pemarah suami saya ni kadang – kadang saya rasa macam benda small matter pun dia boleh marah macam tu sekali, kalaulah satu hari nanti saya ada buat salah yang besar, silap – silap kena Iempang agaknya. Sepanjang berkahwin ni tak pernah lagiIah saya rasa dipujuk oleh suami, kadang – kadang tu bila merajuk pujuklah diri sendiri.
Bila berg4duh dalam tempoh yang lama tu, saya rasa, “Ya Allah kalau aku m4ti dalam keadaan berg4duh dengan suamiku, masuk ner4kakah aku ni Ya Allah… aku dah cuba pujuk, tapi dia tak mau”… Macam tu lah rintihan saya setiap kali berdoa.
Sekarang ni, saya tak nampak jalan saya masuk syurga sebagai isteri yang baik kepada suami, sebab saya dah mula rasa meluat dengan sikap pemarah dia. Dah rasa “cukuplah aku bersabar”. Selalu dengar ceramah ustazah – ustazah, “puan – puan… saat kita diuji dengan sikap suami, itulah tiket kita ke syurga, itulaj ujian kita”.
Tapi sampai bila nak sabar? Hal kecil pun boleh berhari – hari tak bercakap, salam ka pegang tangan ka langsung taknak. Saya ni sebenarnya apa pada suami saya? Besar sangatkah kesalahan yang saya buat. Masih lagi bersabar, kita tunggulah hingga hujung tahun ni, kalau sabar masih ada, adalah jodoh, kalau tak ada, mungkin setakat itu ja lah.
Saya pun nak rasa seronok hidup dengan anak – anak, kadang tu anak – anak jadi tempat saya luahkan rasa marah pada suami bila dilayan macam tu, sedangkan diorang tak bersalah. Saya pun str3ss bila selalu hadap macam ni.
Bayangkan hidup suami isteri sudah semestikan akan berg4duh sikit kan? Bayang berg4duh sikit, merajuk 10 hari, baru elok 4, 5 hari, berg4duh balik. Benda ni dah berlarutan hampir 10 tahun. Kalau pembaca di tempat saya, apa pembaca akan buat? – Zaleha (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Fatihah Shikh Zukurnai : T0xic sangat suami TT. Saya pernah kahwin dengan orang t0xic macam ni. Kalau kita ajak bincang, memang tak jadi bincang, bergaduhlah. Kalau dah berg4duh memang dia takkan balik rumah selagi saya tak pujuk. Bukan 1 hari, 2 hari.. sebulan pun pernah. Paling cepat seminggu lah. Mujur lah takde anak dengan lelaki macam ni. Sekarang alhamdulillah.. dah cerai dah pun, dan bahagia dengan rumahtangga baru.
Azlin Lee : Tak payah berat – berat kepala nak fikir syurga ner4ka semua. Tu semua Allah yang tentukan sebab dia maha mengetahui. Kalau dah suami macam ni sesapa pun takleh tahan. Kalau puan boleh bahagia dengan anak – anak teruskan.
Tak perlu nak hadap suami t0xic macam tu. Sebab terlalu berlembut kot maka dia naik lemak.. tepuk d4da tanya diri sendiri.. pilihan di tangan puan. Sebab puan yang hadap situasi serabut ni hari – hari.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.