Setiap bulan mak jadi ceti kutip duit anak2 sampai 4k sebulan. 1 hari kant0i mak mengumpat kak long

Pernah sekali Kak Long pakai handbag jenama LV dan emak nak handbag yang sama. Terbuntang biji mata kami adik beradik bila mak selamber je minta dengan Kak Long. Masa tu aku nampak muka Kak Long agak terk3jut dan Kak long kata..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Ini kali pertama aku menulis di dalam ruangan ni. Anda boleh panggil aku Kak Cik. Aku merupakan anak keempat dari enam adik beradik. Semua adik beradik aku telah berkahwin kecuali anak yang kelima dan keenam.

Sedikit luahan berkenaan Emak dan Along aku yang amat kami sayangi. Ayah aku bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan dan emak merupakan seorang suri rumah. Dengan gaji ayah yang tak sampai dua ribu, hidup kami memang serba sederhana.

Makan apa yang ada, dan pakai sekadar yang cukup. Along merupakan idola kami adik beradik. Along melanjutkan pelajaran menggunakan biasiswa sepenuhnya dan selebihnya Along bekerja part time pada malam dan hujung minggu.

Meskipun begitu Along tetap cemerlang dalam pelajarannya. Selepas tamat latihan industri, Along terus diserap masuk ke syarik4t tersebut dan ditawarkan gaji yang tinggi. Ini kerana prestasi Along dan disiplin yang sangat memuaskan.

Semenjak itu kehidupan kami berubah kerana Along memberikan sejumlah wang yang agak banyak kepada emak dan ayah. Bukan sahaja wang malah perbelanjaan Angah dan Uda juga banyak ditanggung oleh Along. Kami dapat merasa kereta pertama keluarga juga melalui Along.

Along memang kebanggaan keluarga kami. Keluarga kami sem4kin stabil setelah Angah dan Uda juga bekerja. Wang perbelanjaan dari mereka memang sangat cukup menampung keseluruhan perbelanjaan kami sekeluarga.

Rezeki emak dan ayah kerana anak – anak mereka semuanya berjaya. Ayah juga dah berani berhenti kerja dan duduk berehat di rumah. Tidak lama selepas itu Along pun berkahwin dan Along beruntung kerana isterinya menerima keluarga kami seadanya.

Isteri Along yang kami panggil Kak Long juga bekerja dalam golongan profesional dan berasal dari anak orang berada. Ayahnya mengusahakan ladang ternakan haiwan dan merupakan seorang kontraktor. Kak Long juga merupakan anak tunggal di dalam keluarganya.

Kak Long pandai mengambil hati keluarga kami terutamanya emak. Apa sahaja kemahuan emak, pasti Kak Long turuti. Bukan sahaja Along yang memberi duit belanja, malah Kak Long juga turut menghulur wang bulanan kepada emak dan ayah.

Keluarga kami turut dipandang tinggi oleh orang kampung dan keluarga terdekat. Mana taknya, anak pengawal keselamatan semuanya berjaya ke menara gading dan mempunyai pekerjaan yang baik. Malah rumah kami dulu yang separa batu dan papan juga telah bertukar menjadi rumah batu sepenuhnya lengkap dengan perhiasan dalaman yang cantik.

Mereka juga telah menghadiahkan ayah sebuah kereta untuk ayah ulang alik ke pekan. Walaupun bukan kereta mewah, tetapi cukup untuk ayah. Rezeki Along, dia ditawarkan untuk bekerja dengan bapa mertuanya. Bermula dari mengusahakan ladang, dan kemudian sem4kin berjinak – jinak dengan kontraktor kerana ayah mertua Along dah mula s4kit dan sering dimasukkan ke hospitaI.

Kak Long masih bekerja di dalam bidangnya dan aku boleh katakan dia agak keras kepala dalam hal pekerjaan. Berkali – kali dipujuk, dia enggan bekerja dengan ayahnya sendiri. Bukan minat merupakan alasan utama kerana dia berusaha keras semenjak sekolah untuk mencapai cita – citanya.

Tidak lama selepas itu, Angah dan Uda juga turut berkahwin. Selepas berkahwin, komitmen mereka bertambah dan wang bulanan yang mereka berikan untuk emak dan abah juga sem4kin berkurang. Suami Angah bekerja biasa dan suami Uda pula baru membina kerjaya.

Ayah tidak kisah kerana duit dari Along sangat mencukupi lagi pun perbelanjaan belajar aku dan dua lagi adik juga ditanggung oleh Along. Ketika itu aku ditahun akhir Ijazah dan adik di bawah aku baru di tahun pertama. Adik yang terakhir pula di peringkat matrikulasi.

Ayah kata bila anak – anak menghulur duit pada dia, dia anggap itu adalah ihsan anak – anak. Jika tidak, dia boleh sahaja terus bekerja. Tetapi dia bersyukur kerana apa yang diberikan oleh anak – anak lebih dari cukup. Ayah boleh siap boleh menyimpan lagi.

Ayah kata dia tidak menetapkan penanda aras untuk anak – anak tidak kisah dari segi kewangan, pekerjaan atau pelajaran. Aku sedih bila ayah berkata begitu dan aku juga bercita – cita untuk menjadi seperti Along. Kemurahan hati mereka suami isteri memang tidak dapat kami sangkal.

Kak Long juga memang seorang yang sangat pemurah kerana katanya, ibu dan abahnya ada segalanya. Apa yang Kak Long ada, mereka ada lebih dari tu dan sebab tu Kak Long suka menghulur hadiah tak kisah dari segi wang ringgit atau barangan kepada emak dan ayah.

Bila ayah berfikiran begitu aku ingatkan emak pun sama tetapi tidak. Emak jadi terlalu manja dan bila duit yang diberikan Angah dan Uda berkurangan, emak mula membandingkan dan mengungkit. Aku nampak perbezaan layanan emak pada mereka mula berubah.

Setiap bulan emak akan mengingatkan mereka tentang duit yang perlu mereka berikan kepada emak. Per4ngai emak sem4kin menjadi – jadi semenjak Along sem4kin berjaya. Aku tahu Along okey je tapi entah aku malu dengan Kak Long.

Setiap bulan ada sahaja benda yang mak inginkan. Contohnya ada satu bulan tu mak obses dengan kasut. Aku ingat dia mintak dekat Angah dengan Uda je, rupanya dekat Kak Long pun dia mintak cuma berbeza brand dan harga.

Macam mana aku tau? Sebab masa tu aku tengah tunggu panggiIan kerja, tiba – tiba berderet parcel sampai. Bila aku tanya emak, emak kata kakak – kakak belanja tapi rupanya tak. Emak yang mintak ya. Lepas aku dapat kerja, aku tipu gaji aku dekat emak sebab aku ada komitmen lain yang nak diselesaikan.

Pertama tentunya PTPTN dan kedua aku ada hutang dengan Kak Long waktu belajar dulu. Masa tu aku tak dapat asrama dan jarak dari rumah sewa ke kolej agak jauh. Jadi Kak Long belikan aku motor. Walaupun dia tak mintak bayar balik, aku memang dah berazam nak bayar semula sebab pada aku cukup – cukuplah apa yang mereka dah buat selama ni.

Dan last sekali sebab aku nak kahwin dan aku tak nak sesiapa sponsor barang – barang kahwin aku. Jadi aku terp4ksa tipu emak. Tu pun emak sibuk suruh aku cari kerja lain sebab katanya gaji aku rendah. Bila aku totalkan balik jumlah yang emak dapat, hampir 4 ribu sebulan pendapatan emak dari anak – anak. Tapi masih tak cukup katanya.

Itu pasal duit, pasal barang pula macam – macam kehendak dia dan kalau boleh semua benda dia nak sama macam Kak Long. Handbag Kak Long yang bernilai ribuan ringgit juga emak nak. Pernah sekali Kak Long pakai handbag jenama L**** V****** dan emak nak handbag yang sama.

Terbuntang biji mata kami adik beradik bila mak selamber je minta dengan Kak Long. Masa tu aku nampak muka Kak Long agak terk3jut dan akhirnya Kak Long kata tu hadiah dari ibunya. Sama juga ketika kami menghadiri kenduri tahliI arw4h ayah Kak Long, emak bersungguh memuji periuk ibu Kak Long yang mempunyai warna menarik dan boleh diletakkan terus di meja makan.

Sekali dua ibu Kak Long senyum sahaja, dah berulang kali emak sebut akhirnya ibu Kak Long kata nanti dia mintak anaknya belikan emak satu periuk yang sama. Dan per4ngai emak berterusan sehingga PKP menjelma. Ketika itu syarik4t Along jatuh teruk kerana semua kerja – kerja tergendala.

Banyak projek tertangguh kerana aktiviti pembinaan tidak dapat diteruskan. Dan ketika itu juga harga emas jatuh mend4dak. Bayangkan dengan kegawatan dan keserabutan Along, mak merengek – rengek minta gelang baru pada Along.

Permintaan pertama Along tunaikan, hampir 10 ribu melayang. Beberapa bulan selepas itu emak minta lagi dan kali ni dari Angah. Angah mengeluh dan mengadu kepada Kak Long, dan Kak Long yang memberikan duit kepada Angah.

Sungguh aku kata, tak tau nak letak mana muka kami. Adik beradik aku juga ada group whatsapp berasingan dari emak dan ayah. Dalam tu semua ada kecuali emak, ayah dan Along laki bini. Dalam group tu banyak kami share macam mana nak selesaikan sebarang masalah tanpa libatkan Along sebab dah rasa terlalu terhutang budi.

Emak juga dah macam dalam cerita Ahmad Albab tu, setiap kali birthday, anniversary atau hari ibu pasti dia minta sambutan yang meriah. Hadiah tak payah cakaplah, dah mula ada penanda aras. Pernah sekali kami kutip duit adik beradik untuk belikan emak robot vacuum, sekali emak buat muka bad mood masa birthday dia.

Rupa – rupanya dia tak puas hati hadiah ada satu je. Kak Long yang sememangnya sentiasa peka, menghantar hadiah selang beberapa hari selepas itu. Dan lepas tu mak okey dengan Kak Long je, kami adik beradik memang dia b0ikot.

Menantu lelaki emak termasuk laki aku sendiri dah meluat dengan per4ngai emak. Laki aku kadang – kadang rimas bila emak meminta benda yang tak perlu atau benda yang dia dah ada. Katanya rumah emak dah macam mall, semua ada.

Dapur semak sebab banyak sangat barang, kuali berpuluh – puluh. Haih entahlah. Setahun yang lalu Kak Long berhenti kerja. Dia terp4ksa akur membantu Along semenjak ayahnya meninggaI dunia. Kak Long banyak fokus kepada anak – anak dan rumah sahaja, tentang hal syarik4t dia hanya membantu serba sedikit.

Dan disebabkan Kak Long je yang tak kerja, emak mula mencari silap Kak Long. Dia bangga kerana anak – anaknya yang perempuan berdikari dan masih bekerja. Satu hari tu, mak mengumpat Kak Long dekat jiran depan rumah.

Emak kata Kak Long beriya bagi duit bulan – bulan, tapi sebenarnya duit Along. Yelah sebab Kak Long dah tak kerja. Barang – barang Kak Long juga menjadi pertikaian kerana alasan emak Kak Long dah tak ada pendapatan.

Perkara tersebut sampai ke telinga ayah dari suami makcik tersebut. Apa lagi ayah meng4muk bukan kepalang. Keluar segala amarah yang selama ni ayah simpan dan pendam. Perkara tersebut juga sampai ke telinga Kak Long.

Emak menangis – nangis menelefon Along supaya membawa pulang Kak Long kerana rasa bersalah. Mereka pulang dan Kak Long memaafkan emak tetapi layanan Kak Long pada keluarga kami sudah berlainan. Dah tak ada manisnya, nampak dia dah tawar hati.

Bila kami mengadu tentang emak boros dan sebagainya, Kak Long senyum sahaja. Kalau di dalam whatsapp ayat yang sama dia ulang, sabarlah sabarlah dan sabarlah. Kalau dulu Kak Long selalu kata layankan je. Berapa lama je lagi kita nak layan per4ngai emak tu. Emak dah tua.

Hari tu ketika adik di bawah aku nak berkahwin, Kak Long diam je. Dia hanya kata kalau ada nak minta tolong apa – apa, bagitahulah. Dah tak ada Kak Long yang nak offer semua benda. Kalau nak dia tolong, pergi dekat dia.

Untuk dia saja – saja offer, mungkin dah tak ada dalam kamus hidup dia. Along pula masih memberi layanan yang sama, tetapi akur sahaja dengan kedinginan isterinya. Ayat Along hari tu pada emak, “emak duduk depan cermin, fikir balik mana datang kekayaan saya ni. Kalau tak kahwin dengan dia, saya masih senang tapi bukan kaya.”

Emak masih sama. Masih menjadi ceti yang sentiasa meminta wang tepat pada masanya pada kami tetapi dalam masa yang sama emak sedang berusaha mengambil hati Kak Long. Sejujurnya, aku rindu Kak Long. Nasihat dia dan segala kata positif dari dia kepada kami tentang emak. Aku rindu Kak Long yang dulu. Aku minta kalian doakan ya semoga emak berubah dan Kak Long menjadi lembut hati. – Kak Cik (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Syamilah Rosli : Sedihnya kak long dah tawar hati. Niat di hati nak bahagiakn mentua, tapi gitu pulak jadi dia. Rase mak tt masa awal – awal kawen agak susah, jadi apa kemahuan dia simpan dalam hati tapi bila anak – anak dah besar, ada kerja, dapat pulak anak menntu terlebih baik hati, jadi masa tu lah segala kemahuan dia dari dulu sampai sekarang dia nak turuti. Harap mak tt sedar kesilapan dia.

Cikpuann Einz Mursid : Saya merasai apa yang kak long tt hadap. Nak marah mak mertua dah tua terlepas kata kita dik4ta kurang ajar. Berkali – kali kak long berbuat baik tapi masih mertuanya tetap tidak bersyukur dan bila menantu susah dik4takan makan duit suami dan tiada kerjaya.

Kak long menjarakkn diri untuk menjaga hatinya supaya tidak terus dis4kiti dan hilang terus rasa hormat pada mertua. Jadi mertua harusla sentiasa ada rasa bersyukur dan ada rasa malu jika tiada ni la padahnya.

Nur Aini Binti Zainudin : Saya selalu berdoa kalau diizinkan bermenantu, biarlah saya jadi mentua yang baik. Senang hati menantu cucu nak dekat. Saya pun taknak bebankan anak – anak. Membesarkan diorang bukan pelaburan, tapi tanggungjawab.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.