Bila anak cerita saya buat tak kisah, rupanya dah setahun saya diperb0dohkan oleh suami dan sepupu

Saya sayangkan sepupu saya seperti adik sendiri sebab itu saya izinkan dia duduk dengan kami. Kadangkala saya tak keluar, suami bawa anak2 dan sepupu berjalan. Anak2 ada beritahu, suami selalu pegang tangan makcik tapi saya buat tak kisah..

#Foto sekadar hiasan. ZAMAN sem4kin pelik. Rumah tangga jadi t4ruhan untuk mereka yang tidak menghargai hak orang. Memang betul wanita juga yang mer0sakkan hidup wanita. Semuanya kerana tamak. Mungkin itulah resam dunia sekarang, suami orang menjadi pilihan.

Macam tidak ada lelaki bujang lagi di dunia ini. B0dohnya kita kerana terlalu percayakan orang, sudahnya hidup jadi mer4na. Saya berusia awal 30-an. Biar saya namakan diri saya sebagai Amy (bukan nama sebenar). Saya bekerja dan berkahwin dengan seorang lelaki bernama Azli (bukan nama sebenar) yang sangat saya sayangi sejak lapan tahun lalu.

Kami dikurniakan sepasang anak, berusia antara tujuh dan empat tahun. Memang saya akui hidup kami sangat bahagia sejak tujuh tahun lalu tetapi semuanya h4ncur kerana orang ketiga. Yang sedihnya orang ketiga itu ada kaitan d4rah dengan saya.

Setahun saya dimainkan oleh Azli dan sepupu saya. Mereka berlakon di hadapan saya macam tidak ada apa – apa hubungan sedangkan mereka sedang bercinta. Semuanya bermula apabila sepupu sebeIah ibu saya bernama Sherry (bukan nama sebenar) tinggal bersama kami setelah mendapat kerja di ibu kota.

Sebelum ini, dia selalu ke rumah kami kerana menuntut di universiti di sini. Saya tidak syak apa – apa kerana sangat percaya dan sayangkan Sherry macam adik sendiri. Memandangkan dia masih muda, saya menjaganya seperti adik sendiri, s4kit demam dan kebajikannya semasa di universiti saya ambil berat, begitu juga dengan Azli.

Tidak sangka pula dalam masa itu, mereka menjalin hubungan di belakang saya. Sepanjang tinggal bersama kami, saya tidak nampak perubahan pada diri Sherry. Kadangkala saya tidak keluar, suami bawa anak – anak dan Sherry berjalan.

Silap saya juga mungkin terlalu percayakan mereka. Anak – anak ada beritahu, suami selalu pegang tangan makcik Sherry. Tapi saya buat tak kisah. Namun b4ngkai gajah masakan dapat ditudung dengan sehelai daun. Awal tahun lalu, semuanya terb0ngkar apabila saya terjumpa pasport suami yang bercop di negara seberang.

Berder4u juga d4rah. Siap ada resit hotel dan makan di restoran lagi. Lalu saya teringat, tahun lalu, suami ada ke selatan Thailand untuk menghadiri kursus, katanya. Bila saya periksa catatan keluar masuk di sempadan, sama pula tarikhnya dengan masa dia pergi kursus tersebut.

Pada masa sama, Sherry pula berpindah dari rumah kami dan menyewa di kawasan lain dengan alasan hendak berdikari. Saya tidak bertanya serta – merta kerana saya hendak tengok reaksi suami terlebih dahulu. Patutlah selepas dia balik dari kursus ini nampak perubahan pada dirinya.

Balik kerja selalu lewat dengan alasan jumpa klien dan banyak kerja di pejabat. Sehinggalah satu hari seorang kawan baik saya terserempak dengan Azli bersama Sherry di sebuah restoran. Sahabat saya ini terus telefon bertanya, kenapa saya tidak ikut mereka keluar makan sama, pada hal dahulu selalu kami keluar bersama.

Katanya suami saya dan sepupu saya itu sangat mesra. Macam suami isteri. Sekali lagi d4rah saya berder4u. Apa yang saya fikir nampaknya akan menjadi kenyataan. Lalu saya ambil keputvsan mengintip mereka dengan bantuan sahabat saya tadi.

Kami ikut mereka. Bermula dari pejabat suami, kemudian ke pejabat Sherry. Dan terus ke sebuah taman yang rumah sewa Sherry terletak di situ. Sebaik kereta berhenti, saya nampak mereka berdua keluar. Siap berpegangan tangan lagi masuk ke rumah.

Setengah jam saya menunggu di luar sebelum mengambil keputvsan untuk masuk ke rumah itu dan bersemuka dengan mereka. Saya nekad, apa hendak jadi pun jadilah, pasport suami di tangan saya. Ia sebagai bukti. Dengan langkah yang gement4r saya memberi salam.

Sherry yang menyambut salam saya. Muncul sahaja di muka pintu wajahnya berubah, dia menjerit, ‘Abang.’ Suami pula muncul. Terk3jut badak dia melihat saya tercegat di pintu rumah mereka. Saya kumpul kekuatan. Saya hendak selesaikan perkara itu di situ juga.

Saya tidak menangis, tidak juga melatah. Pandai kau orang berlakon. Sanggup memperb0dohkan aku. Selama ini aku percayakan kau Sherry. Kau memang tidak kenang budi, suami aku pun kau nak r4mpas. Saud4ra jenis apa kamu ini?” MeI0ntar kata – kata dari mulut saya.

“Abang, lepaskan saya. Saya tidak mahu dengar apa – apa lagi dari abang. Saya percayakan abang tapi abang r0bekkan hati saya dengan kecurangan abang. Dengan sepupu saya pula itu. Saya baIing pasport suami atas meja bersama dengan resit – resit yang ada.

TerkebiI – kebiI mata kedua – duanya. Sherry mula menangis, tapi saya tak hairan dengan tangisan dia, hati saya lagi s4kit. Suami memujuk untuk berterus terang tetapi saya katakan sudah terlambat. Sah mereka telah berkahwin.

Kahwin senyap – senyap tanpa pengetahuan keluarga Sherry. Kerja b0doh yang mereka buat. Semuanya sudah menjadi bubur. Saya sudah tidak ada selera untuk bersama Azli. Selesai melepaskan geram saya keluar. Saya balik ke rumah dan telefon semua ahli keluarga saya dan keluarga Sherry, ceritakan apa yang berlaku.

Semuanya terk3jut dan tidak sangka perkara itu akan berlaku. Malam itu juga seluruh keluarga berkumpul, mesyuarat tergemp4r ahli keluarga membincangkan perkara ini. Suami dan Sherry dipanggil untuk mengesahkan pernikahan mereka di sempadan.

Dan mereka mengaku telah bernikah. Saya mahu tutup buku dengan kisah curang suami dengan Sherry, sepupu saya. Mungkin itu takdir saya. Saya reda dengan ujian Allah. Saya tidak bagi pilihan kepada suami. Tapi saya minta dia lepaskan saya.

Saya hendak bebas menjalani hidup saya sendiri dengan anak – anak tanpa suami. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan sekarang saya selesa dengan status saya sebagai ibu tunggal. Anak – anak boleh jumpa babah mereka bila – bila masa dia hendak.

Tidak ada haIangan. Saya bukan bekas isteri yang k3jam. Sejak kejadian itu, saya tidak berjumpa lagi dengan Sherry dan Azli. Saya jarang balik ke kampung dan menghadiri majlis perhimpunan keluarga. Buat sementara waktu, saya mengeIak dari berbuat demikian.

Kalau boleh, tidak hendak jumpa mereka langsung. Semoga Allah Iindungi saya dan anak – anak serta kurniakan saya kehidupan yang selesa dan bahagia di dunia dan akhir4t. Amin.

Komen Warganet :

Ain Ahmad : Kesalahan pertama adalah bawa masuk orang luar dalam keluarga kita. Terutamanya kalau orang luar tu adalah wanita. Jangan terlalu bersangka baik. Semoga kisah ni dapat jadi pengajaran untuk orang lain di luar sana. Saya doakan puan terus kuat dan bahagia membesarkan anak sebagai ibu tunggal.

Raudah Hassan : Amboi suami tu sampai depan anak – anak pun boleh pegang tangan. Hurm, apalah yang difikirkan oleh sepupu tu, tak ada rasa bersalah ke ambil suami sepupu sendiri dan ayah kepada anak – anak saud4ra yang masih kecil.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.