Sejak ayah masuk wad, dia ganggu semua staff dan pes4kit. Mereka dengar bunyi mengilai dan ayah ketawa kuat

Ayah aku kena warded sampai sebulan. Doktor ni pun pelik, dia tak faham kenapa ayah aku tak boleh berjalan. Lepas sebulan ayah aku dibenarkan balik rumah, masa tu ayah cengkung sangat, dengan Iebam satu badan. Nurse akhirnya bagitahu sesuatu..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Hannah, mama aku berasal dari utara tanah air dan ayah aku berasal dari Pantai Timur. Aku ada 2 orang adik beradik, aku dan abang aku. Aku dah berkahwin dan ada keluarga sendiri dan sekarang menetap di negeri kelahiran suami di KL.

Abang aku pula masih belum berkahwin dan dia jaga mama dan ayah aku di kampung. Confession aku adalah berkisar tentang ayah aku. Ayah aku seorang yang panas baran, garang tapi semua orang hormat dan takut dengan dia.

Tapi dengan anak – anak dan isteri dia tak pernah naik tangan namun aku dan abang aku tak berapa rapat dengan ayah sebab dia seorang yang jarang nak bercakap dengan anak – anak. Mungkin sebab ayah garang sangat.

Ayah aku seorang bekas anggota polis dan jawatan akhir dia sebagai Asistant Superintenden Polis, memang boleh kata seorang yang berjaya dalam kerjaya. Dalam sibuk – sibuk tu, ayah aku seorang yang tak pernah tinggal solat dan Al-Quran sentiasa jadi peneman setia ayah aku, solat adalah benda yang ayah aku sangat – sangat titik beratkan dalam keluarga kami.

Di waktu muda, ayah aku di kelilingi ramai kawan, tak kira lelaki dan perempuan. Sehinggakan ayah aku pencen pun, orang sangat suka beri jawatan – jawatan di kampung, sehinggalah ayah aku diberi kepercayaan untuk jadi ketua kampung.

Namun, ada satu sisi gelap ayah aku yang semuanya terbongkar sikit demi sedikit apabila ayah aku mula jatuh s4kit. Sebelum aku ceritakan tentang sisi gelap ayah aku, aku nak ceritakan sedikit tentang keluarga ayah aku dulu, di mana kisah ni berkait rapat dengan penceritaan aku nanti.

Datuk aku, iaitu ayah kepada ayah aku seorang alim ulama, sangat alim dan warak kemudian berkahwin dengan nenek aku, iaitu ibu ayah aku. Nenek aku pun sama, sangat menitik beratkan solat dan bacaan Al-Quran sentiasa meniti di bibir.

Datuk aku meninggaI muda, iaitu sebelum mama aku kahwin dengan ayah aku. Aku masih ingat lagi, waktu nenek aku jatuh s4kit, terbongkar yang semasa nenek masih muda, dia ada amalkan banyak amalan yang bercanggah dengan agama.

Ketika itu, aku dah masuk sekolah menengah, jadi aku dah mula memahami. Susuk, ilmu penunduk, pemanis, banyak sangat yang diambil sampai ke tokong siam nenek aku pergi. Belum masuk s4ka lagi, itu pun ada. Terlalu banyak dan berlapis – lapis sehinggakan terp4ksa panggil ramai ustaz, dan b0moh sebab nak buang benda – benda tu amat susah.

Ada seorang ustaz ni sangat marah sehinggakan dia cakap, “yang kamu ambil ni bukan takat sy4itan, ibIis ni ibIis. Tau tak ibIis ni ketua sy4itan!” Semoga Allah ampunkan arw4h nenek aku. Waktu tu baru aku tahu rupanya keluarga ayah aku kecuali Datuk aku cukup suka menuntut ilmu salah.

Malah Mak Long dan Mak Ngah aku pun masing – masing ada pakai pemanis, susuk tu aku tak pasti. Tapi pemanis tu memang ada sebab diorang siap pujuk mama aku pakai pemanis untuk tak bagi suami lari katanya. Siap suruh ambil ilmu penunduk bagi anak – anak dengar cakap.

Namun, mama aku tak nak. Jadi boleh kata keluarga ayah aku memang amalkan benda – benda salah ni. Mama aku sebenarnya ada terdetik yang ayah aku ada ikut juga amalan – amalam keluarga dia, namun setiap kali mama aku tanya, ayah aku akan marah.

Jadi mama aku macam tak berani nak tanya lagi. Sehinggalah nenek aku menghembuskan nafas terakhir selepas s4kit lebih kurang 5 tahun. Waktu tu, mama aku cerita, “peninggalan” arw4h yang tak boleh dibuang itu diambil anak – anak dia.

Mama aku bagitau dia dah pesan pada ayah aku untuk jadikan ni pengajaran, kalau ada ambil bolehlah dibuang sekarang. Tapi macam biasa ayah aku tak mengaku, siap dia marah mama aku. Kehidupan keluarga aku berjalan macam biasa sampaila kami dah besar dan ayah dan mama aku masing – masing dah pencen.

Lepas pencen, ayah aku mula tunjukkan tanda – tanda tak sihat. Ayah aku mula batuk – batuk, lepas tu tangan terketar – ketar, lepas tu tiba – tiba tak boleh berjalan. Doktor sampai pelik sebab ayah aku takde peny4kit kr0nik.

Sedangkan p4rkins0n pun bukan walaupun mula – mula tu doktor diagnos sebagai p4rkins0n. Doktor siap buat MRI, dan CT scan tapi hasilnya, doktor cakap ayah aku sihat. Takde peny4kit kr0nik, malah d4rah tinggi pun takde, k3ncing manis pun takde, tapi ayah aku masih tak boleh berjalan.

Mula ayah aku s4kit yang mama dan abang aku nampak macam – macam dekat rumah. Bunyi mengilai, bayang – bayang orang berlari, bunyi ketuk sliding, lagiIah sampai mama aku terp4ksa panggil ustaz. Ustaz tu pagar rumah, dan bacakan ayat – ayat suci Al-Quran tapi Ustaz tu langsung takde cakap pasal ayah aku ada sesuatu ke apa.

Lepas ustaz ni pagar rumah, lepas tu dah takde bunyi bunyi tu lagi. Sampailah hari tu, masa tu belum C0vv11d, ayah aku masuk hospitaI sebab jatuh bilik air. Ayah aku kena warded sampai sebulan, alhamdulillah ayah aku ok, cuma tau – taula bila dah masuk hospitaI tu, doktor mesti akan check benda lain.

Doktor ni pun pelik, dia tak faham kenapa ayah aku tak boleh berjalan, dia ketuk – ketuk kaki ayah aku, dia cakap saraf masih ada, tapi kenapa tak boleh berjalan. Masuk hari kedua ayah aku warded, nurse – nurse dan pes4kit kat situ kena ganggu.

Ayah aku duduk wad yang ada empat orang, tapi dalam bilik tu ada ayah aku dan seorang pes4kit saja. Bunyi mengilailah, ayah aku gelak waktu tengah malam, banyak lagiIa. Kadang – kadang nampak mata ayah aku terbeliak pandang siling.

Tiap – tiap malam macam tu. Nurse tu bagitau mama aku jugak akhirnya, walaupun mula – mula tu dia macam teragak – agak nak cerita takut mama aku tak percaya. Lepas sebulan ayah aku dibenarkan balik rumah, masa tu ayah cengkung sangat, dengan Iebam satu badan.

Mama aku panggil ustaz lain, kali ni ustaz dari pusat perubatan terkenal. Kalau aku sebut mesti korang tau. Aku namakan ustaz ni, ustaz Don. Mama aku pun ceritala kat ustaz Don, ustaz Don nampak bersemangat, dia cakap InsyaAllah dia boleh tengok – tengokkan.

Ustaz Don datang rawat ayah dalam sebulan macam tu, dia ada datang rumah dua tiga kali. Tapi lepas sebulan tu dia tak nak datang rumah dah, dia mengelak – elak, siap bagi nama kawan dia yang lain. Tapi dia tak nak cakap sebab apa.

Abang dan mama aku pun contact kawan Ustaz Don yang ustaz Don rekemenkan. Hasil pun sama, ayah aku masih takde perubahan. Dan kawan Ustaz Don pun dah tak nak datang rumah, dia pun tak nak cakap kenapa, mengelak – elak.

Ayah aku m4kin lama m4kin teruk, kadang – kadang meracau. Walaupun begitu, abang dan mama masih bawa ayah aku jumpa doktor, di samping guna rawatan cara Islam. Sebab mama aku cakap di sudut hati dia, mama sebenarnya rasa macam ayah aku ni ada “sesuatu” tapi tak nak mengaku.

Sampailah baru – baru ni, abang aku jumpa sorang Ustaz, nama Ustaz ni Ustaz Ismail. Ustaz Ismail ada datang rumah dan tengok – tengokkan ayah. Lepas tu ustaz Ismail cakap masa ayah muda, ayah aku ada amalkan satu ilmu penunduk dari siam.

Ilmu ni gunanya untuk bagi orang sekeliling dengar cakap dia. Bila ayah aku dah berumur, dia dah tak nak benda tu, jadi dia biarkan benda tu, mungkin ayah aku takde buat ritual yang dipersetujui jadi benda ni meng4muk, sebab tu ayah aku s4kit, dan doktor tak dapat kesan.

Ustaz Ismail cakap ada tiga cara nak buang. Cara pertama pergi jumpa b0moh yang dia pergi amik which is must4hil. Cara kedua ayah kena buat solat taubat, taubat yang sebenar – benarnya selama tujuh hari berturut – turut.

Tapi ayah aku sekarang solat pun dia tak nak buat. Benda tu macam membuatkan ayah aku lupa bacaan dalam solat. Aku sedih sangat part ni sebab waktu ayah aku sihat dia tak pernah tinggal solat. Anak – anak kalau tak solat, memang dia b4ntai habis – habis, tapi pengakhirannya jadi begini.

Dan cara ketiga, ustaz Ismail cakap orang terdekat dia boleh buat selepas solat Zohor. Baca ayat kursi tiga kali, berdoa dan lepas tu mandikan ayah aku. Hanya cara itu saja yang dia nampak. Jadi mama aku cakap dia akan buat, kemudian lepas tu abang aku akan buat kalau tak nampak hasil juga.

Lepas hari ketiga, mama aku telefon bagitau ayah aku meracau teruk. Ayah aku cakap dia takut, lepas tu asyik halau – halau sesuatu. Bila mama aku tanya nampak apa, dia tak nak bagitau. Ayah aku suruh abang aku duduk depan dia, dan suruh mama aku pun sama duduk tepi dia sepanjang malam.

Jadi malam tu abang dan mama aku tak tidur malam meneman ayah aku. Sepanjang malam tu ayah aku cakap kepala dia s4kit, kaki dia s4kit, satu badan s4kit. S4kit sangat agaknya sampai dia ketuk – ketuk kepala, ketuk – ketuk d4da.

Aku dengar jadi sayu sangat. Bukan saja kesian kat ayah aku, kesian jugak kat abang dan mama aku. Baru – baru ni ayah aku cakap dia rindu cucu – cucu dia, dia mintak mama aku telefon buat video call. Dia tersenyum tengok anak – anak aku, lepas tu dia menangis.

Itula pertama kali aku tengok ayah aku menangis, sebab selama ni ayah aku terkenal dengan garang, tegas dan eg0. Aku ikut sekali menangis. Ayah aku tanya dia rindu aku dan cucu – cucu, bila nak balik jenguk dia. Aku dah beberapa tahun tak balik.

Hari tu disebabkan c00vv11d aku tak boleh nak balik. Nak balik pun polis tak bagi, katanya takde dokumen yang mengatakan ayah aku s4kit. Ayah aku s4kit misteri, macam mana aku nak tunjuk bukti pada polis. Keadaan ayah aku makin merosot, sekarang dia macam dah nyanyuk.

Dia tanya abang aku, kenapa tunang abang aku dah tak datang rumah, walhal abang aku dah lama putvs tunang dah dekat setahun. Lepas tu Ayah aku cakap dia rindu dengan kawan – kawan dia masa dia kerja dulu, dia nak balik ke Penang (dulu kami duduk Penang).

Lepas tu ayah aku menangis. Aku dengar ni rasa sedih dan perit saja rasa hati. Ayah aku makan kuat, tapi badan cengkung. Dalam hati aku sebenarnya takut, takut ayah aku pergi sebelum sempat dia buang benda – benda tu.

Sebab aku pernah tengok arw4h nenek aku pengakhirannya macam mana. Walaupun teruk macam mana pun ayah aku tu, aku sayang ayah aku. Mama aku cakap ayah aku sebenarnya ada bagi hint dia nak abang aku ambil alih benda – benda dia tu, tapi abang aku tak nak.

Ada juga aku terfikir macam mana kalau ilmu yang ayah aku ambil terlalu banyak, macam mana nak tolong ayah aku buang benda – benda tu, Allahh.. tak tahu aku nak cakap. Kenapala ayah aku boleh terfikir nak ambil ilmu – ilmu tu, masa muda memanglah seronok sebab orang ikut cakap dia, tapi pengakhirannya macam ni?

Lagipun ayah aku nampak mak dia masa n4zak dulu macam mana, kenapa takde jadikan benda ni pengajaran. Aku ada tanya mama aku kenapa ayah tak nak buang even dah jatuh s4kit. Mama aku cakap mungkin ayah aku tau kalau nak buang benda tu, dia akan s4kit, s4kit yang betul – betul s4kit, sebab tu ayah aku tak nak buang.

Sebab ada kes yang pengamal sampai meninggaI masa nak buang benda tu. Allah.. Aku tak kuat… Mungkin ada pembaca yang boleh bagi cadangan macam mana nak tolong ayah aku. – Hannah Johary (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Omar Mukhtar II : Saya ada pengalaman melihat situasi begini dari seorang sahabat baik saya. Tapi bersangkutan bab s4ka yang turun kepada maknya tanpa pengetahuan. S4ka tu diw4risi dari ayah kepada mak dia. Apabila sahabat saya ni mengetahui bahawa maknya sedang membawa s4ka keturunan w4risan turun temurun melalui beberapa petanda yang mak dia tunjukkan, sahabat saya terus berhubung dengan seorang ustaz yang pakar bab – bab saka ni.

Kebetulan ustaz tu memang sekampung dengan sahabat saya ini. Ustaz tu bagitau, nak buang s4ka mesti dengan kekuatan rohani dan jasmani tuan tubuh tu sendiri. Kena buat beberapa amalan. Kena berpuasa selama 7 hari berturut – turut. Baca yassin waktu dini hari selama 40 hari berturut – turut.

Buat solat taubat sebelum tidur selama 40 hari berturut – turut. Namun mak sahabat saya tidak mampu memandangkan dirinya tidak kuat lagi. Akhirnya ustaz kata, kalau tuan tubuh tidak mampu, maka w4ris – w4risnya lah yang wakilkannya.

Akhirnya sahabat saya sendiri melakukan semua amalan itu demi ibu tercinta. Setelah selesai 40 hari, ustaz datang semula dan rukyah air dalam baldi untuk sahabat saya mandikan mak dia. Lepas mandi, kain basahan yang mak dia pakai mesti dibuang ke sungai atau ditanam.

Selesai semua ritual itu, maka selesai lah jugak perawatan ke atas mak sahabat saya ini. Paling menarik yang buat saya terpegun, sahabat saya beritahu, sebaik – baik sahaja kain basahan itu selamat ditanam, maknya terdengar namanya dipanggil berulang kali sayup – sayup sehingga tak kedengaran lagi.

Lepas sebulan, sahabat saya memberitahu bahawa maknya sudah boleh tidur lena dan hilang terus rasa s4kit ditengkuk yang ditanggungnya sekian lama. Wallahu’alam.

Luth Hud : Assalamualaikum. Kena yakin dengan Allah. Walaupun Allah belum makbulkan doa dan ikhtiar, tetap kena bersangka baik dengan Allah yang Allah akan makbulkan. Semua tu ujian. Sebab apa Allah izinkan s4kit?

Untuk hapuskan d0sa. Ayah tak boleh solat kan? S4kit tu alternatif lain yang Allah bagi untuk ringankan beban d0sa / hapus d0sa. Memang kita yang tengok ni siksa. Tapi sentiasa yakin yang Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Perawat Islam yang betul – betul berlandaskan Tauhid, selain daripada mereka merawat, mereka akan ajar kita cara minta dekat Allah sendiri. Tak semestinya kena baca doa atau Ayat Quran yang rumit dan panjang. Kalau kita cuma mampu baca Ayat Kursi, Surah Al-Fatihah dan 3Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas), boleh baca semua tu, ulang baca banyak – banyak kali.

Surah Yasin jangan tinggal. Baca sentiasa. Baca tu wajib kena faham maksud. Sambil baca sambil faham terjemahan. Jangan baca kosong. Dan kita ada banyak zikir yang minta supaya Allah beri kemudahan, kesembuhan, penyelesaian, angkat musibah, dan sebagainya. Amalkan.

Selagi kita berharap dekat makhluk, selagi tu kita takkan tenang dalam hidup. Anggap ujian tu ladang pahala. Dan kena ingat, Allah ada kata yang Allah takkan menguji kita di luar kemampuan kita. Semoga Allah beri kesembuhan dan angkat ujian, aamiin. Dan semoga ujian confessor sekeluarga dapat mendekatkan lagi diri kalian kepadaNya. Insyaa Allah (dengan izinNya).

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.