
Saya kahwin dengan suami atas dasar ingin selamatkan suami, kerana suami bersedudukan dengan perempuan selama 3 tahun dan mendapat 2 orang anak luar nikah. Niat saya di situ hanya ingin menyelamatkan.. Ya saya seorang yang sangat dungu.
#Foto sekadar hiasan. Hi, saya sekarang duduk depan almari. Melayan s4kitnya murung. Untuk pengetahuan korang, saya dah kahwin dengan suami selama 12 tahun, dan selama 12 tahun jugalah saya dicurangi. Mungkin saya yang b0doh kerana sentiasa mempercayai suami akan berubah.
Saya kahwin dengan suami atas dasar ingin selamatkan suami, kerana suami bersedudukan dengan perempuan selama 3 tahun dan mendapat 2 orang anak luar nikah. Dia mengadu tidak mencintai saya kerana terIanjur ketika m4buk.
Dia juga mempunyai seorang anak luar nikah lagi bersama perempuan lain. Niat saya di situ hanya ingin menyelamatkan.. Ya saya seorang yang sangat dungu. Selepas beberapa lama kemudian, saya mengandung anak pertama, dan di situlah suami curang dengan “wanita cinta pertamanya”.
Buat pengetahuan korang, sampai sekarang saya menjaga dua orang anak luar nikahnya. Sangat tragis, ya saya sangat dungu. Episod curang berulang kali berlaku, dan berulang kalilah dia berjanji ingin berubah. Sampai satu tahap, saya mengandung dan saya telah jatuh murung.
Kemurungan saya tahap kritikal dan sangat berg4ntung dengan ubat. Oh ya, sebelum jatuh murung, saya kerap ker4sukan dan sesak d4da. Sana sini saya berubat konon ada gangguan benda halus. Rupanya saya ced3ra dari sudut em0si.
Bila saya s4kit, dia tidak ambil peduli. Sampai tahap mahu warded, saya dibiarkan bertiarap merangkak mencari baju sendiri. Sementara dia baring atas katil sambil bermain henpon. Saya menangis dia keluar rumah. Saya selalu mengadu bahawa saya s4kit, namun seolah – olah tiada kesan dengan dia, sering dicurangi, sementara saya yang menjaga anak – anak kecil.
Saya seorang suri rumah dan mahir dalam berniaga online, saya sentiasa support dan tiada langsung simpanan kerana semata – mata bantu suami. Pada bulan September 2021, dia nikah lain, masa tu saya mengandung 4 bulan.
Kerana ketahanan mentaI saya yang terlalu rapuh, saya pergi ke KL dan menjaga anak – anak sendirian, saya tinggal dengan adik yang bersuami belum ada anak. Dari mula perkahwinan mereka, saya tidak pernah setuju, dan dia berulang kali bercakap akan tinggalkan perempuan yang baru dia kahwini.
Kerana kesihatan saya tidak mengizinkan untuk bermadu. Dan suami saya tahu, saya boleh memohon fasakh kerana pengani4yaan yang dilakukan kepada saya. Perempuan tu seorang janda anak 3, dan sudah 2 kali berkahwin. Suami saya suami yang ketiga.
Banyak lagi cerita yang menyedihkan.. Sampai saat ini, sudah setahun berlalu, saya hidup bermadu. Keadaan saya tidak pulih, dan sangat berg4ntung dengan ubat. Sudah 5 tahun saya s4kit dan dalam rawatan. Sedangkan orang normal pun makan hati, apa lagi saya, saya sering menced3rakan diri kerana kemurungan saya sangat s4kit, sampai tak tertanggung.
Seperti yang anda ketahui, pes4kit deppr3ssion sentiasa dan setiap saat merasakan kemurungan di dalam hati. Saya boleh bergelak ketawa, bercakap normal. Namun saya menanggung s4kit kemurungan. Susah untuk saya jelaskan bagaimana s4kitnya kemurungan.
Sekarang, anak bongsu saya sudah berumur 10 bulan, dan saya ingin menuntut fasakh. Namun, suami suruh saya tidak memikirkan pekara ni, dan fokus kepada jualan. Sungguh hairan, bagaimana dia boleh suruh seorang pes4kit deppr3ssion untuk tidak memikirkan keadaan saya yang bermadu.
Tambahan lagi, dia ada buka perniagaan di kedai milik suami saya. Suami saya sekarang mempunyai tanah kawasan bandar. Baru saja keluar geran, kerana arw4h bapa suami lama mendirikan warung di situ. Geran itu atas nama suami.
Sangat meny4kitkan, perempuan itu berniaga atas tanah yang saya pernah berjual dengan suami, menggunakan modal mak saya. Dengan alasan kemampuan ekonomi, suami suruh saya terima. Tapi saya s4kit??? Macam mana nak terima???
Sekarang dia umpama malaik4t, jaga solat dan menjaga saya dengan baik. Dan saya tahu itu hanya trick untuk saya terima hidup bermadu. Dia mengetahui saya tengah kumpul dokumen untuk tuntutan fasakh. Saya tahu, tuntutan fasakh, mengambil masa yang lama, apa lagi saya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk upah peguam.
Duit saya sentiasa masuk, dan sentiasa keluar, semata – mata tolong dia untuk bina kedai atas tanah yang baru sahaja berjaya di pohon. Pilu hati saya, entah kenapa saya sukar melangkah pergi, sedangkan saya tahu dia seorang yang nars1stik.
Saya tidak kuat dari segi kewangan, dan tiada rumah lain untuk saya pergi. Tolonglah… Bagi saya cadangan dan kata – kata semangat untuk saya keluar dari perkahwinan yang saya tidak mampu lalui. – Si Murung (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sun Goldenhope : Kalau dia pegang kad bank, tt jangan minta, memang dia takkan bagi, lagipun jika tt minta, dia tentu boleh mengagak apa yang akan tt lakukan, dan akan menghalang tt. Jadi semasa dia sedang busy, cepat pergi ke bank, cakap kad hilang (tak payah buat laporan polis, bank pun tak minta laporan polis, cuma dia tanya macam mana boleh hilang, pandai – pandai tt la nak goreng, nak hidupkan!.. bank pun tak tanya banyak), buat kad baru, dan tukar password. Dia tak boleh buat dan tuntut apa – apa sebab akaun tu atas nama tt. Jadi bangun dan kuatkan diri.
Fatin Amirah : Awak murung sebab awak stay. Awak tahu punca. Cuma awak sejenis yang lembab dan slow. Maaf cakap direct. Awak memang lembab. Sebab awak bukan di fasa yang masih mencari punca “kenapa”, “mengapa”, bla bla.
Awak memang dah tahu punca. Solution pun awak dah tahu sebenarnya. Cuma sebab sejenis yang lembap. So meleret la jadi bertahun – tahun dan condition pun m4kin memburuk. Saya berani cakap bab lembab ni. Sebab saya pernah di fasa down (masalah berkait em0si / perasaan), dan saya lambat – lambat ambil tindakan.
So memang drag bertahun – tahun lah anx1ety tu. Padahalnya, kalau la saya buat terus benda yang saya buat sekarang ni beberapa tahun lalu. Saya patut dah stabil macam sekarang untuk 2 tahun lepas. So harap awak faham maksud saya. Kita yang tentukan jangka masa proses healing kita. Bukan orang lain.
Ari Kael : Apa yang u buat sekarang ni tt? U mengani4ya diri sendiri dan anak. Dah tau suami tu macam tu, kenapa nak bermurung, nak meny4kitkan hati dan diri sendiri untuk orang yang tak layak dihargai? Kenapa masih nak memb0dohkan diri sendiri dengan biarkan laki buat tt macam tu?
Tt masih ada akal fikiran yang w4ras, tau mana salah mana betul, kenapa taknak gunakan akal tu? Hanya ada dua pilihan. Either u in or u out. In meaning terus terusan meratap nasib dibuIi suami, out meaning, bangun and stand firm, no more helping your husband.
No more money for your husband. Anak dia 2 ketol tu hantar rumah madu. Jaga anak sendiri je sudah. Start simpan duit di asb or tabung haji. Supaya suami tak boleh curi kad atm tt. Start looking out for yourself and your kid. It’s your choice tt.. choose wisely.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.