Saya perasan suami saya suka keluar setiap malam jumaat. Satu malam saya ekori suami saya ke sebuah kawasan perumahan di puchong. Saya track ios dia, bila saya sampai di situ saya nampak suami saya sedang ‘ajar’ seorang lelaki di depan anak dan isterinya. Saya terus keluar dari kereta, berhadapan suami.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi kisah hidup saya dengan pembaca semua. Saya sekarang dalam proses penceraian bersama suami saya. Perkahwinan kami akan menginjak ke tahun ke-8 dan kami dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata.
Saya berkenalan dengan suami saya pada zaman university, dia sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan baik. Keluarga suami saya memiliki syarik4t Kontraktor, suami saya turut bekerja dengan keluarganya selepas habis belajar.
Alhamdullilah sepanjang 8 tahun ni tak pernah ada yang kurang dari suami saya, cukup lengkap semuanya dari segi nafkah zahir batiin, keperluan rumah dan juga keperluan anak – anak. Walaupun saya membesar di PPR, suami saya terima saya seadanya.
Saya tidak perlu bekerja kerana suami saya cukupkan semua keperluan. Cerita bermula awal tahun ni. Sepanjang perkahwinan, saya mempercayai suami saya, dia bukan seorang yang akan curang. Boleh dik4takan saya kenal semua kawan suami saya, mereka semua kelihatan baik dan kebanyakan mereka adalah rakan perniagaan.
Biasalah kerja kontraktor selalunya agak sibuk. Cuma satu hari ni, saya tergerak untuk memeriksa computer suami saya. Hari tu saya rasa resah sangat, tuhan seolah – oleh gerakkan hati saya untuk selongkar satu rumah.
Ketika membelek – belek computer suami saya, saya terjumpa satu hidden folder. Di dalam folder tersebut penuh maklumat seperti ic, slip gaji, no account, no kad bank, alamat rumah, no telefon, no telefon mak ayah, adik beradik dari individu yang berbeza. Ramai sangat.
Pada mulanya saya cuba bersangka baik, mungkin ini maklumat pekerja suami saya tapi kenapa slip gaji semua dari syarik4t lain – lain, bukan dari syarik4t suami saya? Saya godek file tu dan saya terjumpa satu folder yang buat d4rah saya berd3rau, dalam folder tu penuh video orang dipukuI, poster wanted.
Saya takut sangat. Selama ni saya rasa diIindungi tapi hari itu saya rasa seperti tak kenal suami saya. Saya mengesyaki suami saya terlibat dalam g4ngsterism dan peras ugvt. Saya tak mahu tuduh melulu. Suatu hari suami saya pergi bermain golf di kota kinabalu, saya beranikan diri untuk pergi ke office suami saya,
Saya mintak setiausaha suami saya semua financial statement, saya geledah office suami saya dan terjumpa peti besi yang penuh dengan duit dan kad bank. Saya p4ksa setiausaha suami saya untuk ceritakan apa yang berlaku, baru saya dapat tahu rupanya suami saya Ah Long,
Kad bank dalam peti besi tu milik m4ngsa dan setiap bulan pekerja dia akan mengambil kad bank itu dan keluarkan duit. Duit itu diletakkan di dalam peti besi. Allahu, saya menangis sekuat – kuatnya di dalam kereta. Saya takut.
Saya tak sangka suami saya yang selalu bersedekah ke masjid, yang jaga saya dan anak – anak dengan penuh kasih sayang, yang hormat ibu bapa jadi begini. Selama ni apa yang saya makan duit h4ram, anak – anak saya membesar dengan duit ni.
H4ncur hati saya. Saya suruh setiausaha suami saya rahsiakan yang saya ke office pada hari itu. Saya bertekad untuk dedahkan perbuatan suami saya. Ini jen4yah, apa yang suami saya buat mengkhi4nati kepercayaan saya keluarga dan anak – anak. Saya takut. Saya takut sangat.
Saya perasan suami saya suka keluar setiap malam jumaat. Setiap malam saya cuba ekori suami saya, hinggalah satu malam saya ekori suami saya ke sebuah kawasan perumahan di Puchong. Saya track ios suami saya, bila saya sampai di situ saya nampak suami saya sedang ‘ajar’ seorang lelaki di depan anak dan isterinya, saya terus keluar dari kereta dan berhadapan suami saya.
Suami saya dan konco – konconya terk3jut. Saya mintak suami saya ceraikan saya. Saya pulang ke rumah, ambil anak dari orang gaji saya dan terus ke rumah mak ayah saya. Saya tinggal dengan mak ayah saya hingga sekarang.
Saya ada semua bukti perbuatan suami saya, tapi saya tak bawa ke polis, cukup sekadar suami saya ceraikan saya. Saya masih lagi sayang dekat dia. Dia tidak pernah pun kasar atau tinggi suara dekat saya, cukup kasih sayang dia tapi ia tetap tak menghalalkan perbuatan h4ram ini. Doakan saya. – Alia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Edha Yadira : Respect dengan puan! Bukan tindakan yang mudah untuk berpisah dengan suami yang cukup nafkah, layanan pun terbaik, penyayang. Kalau orang lain mungkin ambil masa atau tutup mata saja, asalkan ‘bahagia’. Allah bersama puan, semoga puan dipermudahkan segala urusan.
Faz Li Dya Midd : Bukan semua sanggup berk0rban tinggalkan pasangan yang dicintai dan hidup selesa demi pendapatan halal. Bab duit / rezeki ramai yang masih berdolak dalik, selagi boleh pusing tetap cuba halalkan yang h4ram. Tahniah sis sebab kuat untuk keluar daripada zon selesa. Cerita betul ke tak malas pikir. Tapi prinsip halal h4ram pendapatan tu perlu ditegaskan.
Raiha Mindakon : Semoga puan dan anak – anak kuat. Saya harap ex husband puan tak buat yang bukan – bukan terhadap puan sekeluarga. Risau je kalau dah biasa g3ngster ni ada d3ndam kesumat kalau dia tak dapat apa yang dia nak. At the same time puan berdoa lah dia berubah dan bertaubat. Lagipun ex tu ayah kepada anak – anak puan.
Lisa Yaacob : Allahu, berat ujian buat Puan. Semoga ALLAH memberikan jalan keluar dan penyelesaian yang terbaik buat Puan sekeluarga. Semoga bekas suami Puan sedar, insaf dan bertaubat atas segala perbuatannya, dan keluar dari kancah jen4yah tersebut.
Semoga semuanya diIindungi, dunia dan akhir4t. Peringatan buat semua, susah macam mana sekali pun, jangan pernah sekali – kali terlibat dengan pinjaman ah l0ng.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.