Bila suami nak jumpa dengan keluarga saya di pantai timur saya sedikit malu. Kampung saya ialah sarang pen4gih dan semua adik beradik lelaki saya pen4gih. Lepas kahwin suami dah jarang bawa anak kami balik kampung..
#Foto sekadar hiasan. Hai, assalamualaikum semua. Kenalkan saya Suraya, berumur 39 tahun berasal dari pantai timur dan sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Saya berkahwin pada usia 23 tahun dan bekerja sebagai golongan profesional dalam golongan M40.
Saya berasal dari golongan B40 dan suami saya pula dari keluarga T20. Begini ceritanya. Bukan nak berbangga cuma saya macam sedikit bersetuju dengan Profesor yang meninggikan suara kepada pelajar dan menyebut tentang “tak boleh duduk dengan B40”.
Saya sedikit setuju kerana saya dilahirkan dalam keluarga miskin adik beradik 7 orang. Ayah dan ibu pen0reh getah. Saya merupakan anak bongsu dari tujuh beradik. Kakak sulung saya tidak bekerja dan hanya berharap pada pendapatan suaminya yang berniaga dan juga pem4buk k3tum.
Nombor 2 hingga 6 semua lelaki tapi semua tidak bekerja walaupun dah tua. Dahulu mereka pernah bekerja tapi disebabkan oleh masalah sosiaI yang dicipta sendiri iaitu hisap d4dah, hisap g4nja, berjvdi, pem4buk k3tum dan kaki perempuan.
Abang saya nombor 2, 5 dan 6 pernah berkahwin itu pun kerana telah mengandungkan perempuan murahan. Manakala abang nombor 3 dan 4 masih bujang tetapi sama juga pen4gih d4dah. Keluarga suami saya dari golongan profesional dan anak Datuk.
Alhamdulillah suami menerima saya apa adanya. Mungkin kerana gaya saya di Universiti meyakinkan dan setelah bekerjaya sangat profesional. Tetapi apabila bakal suami saya pada masa itu hendak berjumpa dengan keluarga saya di pantai timur saya sedikit malu.
Saya tidak kisah kalau dia tidak mahu berkahwin dengan saya. Saya cuma malu kalau dia memandang ibu dan ayah saya adalah ibu bapa yang gagal. Alhamdulillah pertama kali berjumpa di rumah keluarga saya yang usang dan hanya ada 2 bilik.
Basuh baju dan pinggan pun di bilik air tetapi suami saya menerima baik dan kami berkahwin. Pada masa itu saya baru berkerja sekarang rumah ibu bapa dah dibesarkan. Walaubagaimanapun itu lah yang seperti profesor UITM bising “dia tak boleh duduk dengan B40”. Memang betul sama sekali.
Adik beradik saya tidak mahu berubah. Tidak mahu berusaha tetapi mahu semua bantuan dan rezeki datang melayang di depan pintu. Sementelah saya belajar di universiti dengan membuat pendapatan sampingan buat assignment orang sehingga saya bekerja dan ada 3 orang anak.
Saya tiada orang gaji dan bangun pagi untuk ke kerja pada jam 4.30 pagi. Bila pulang ke kampung bersama suami, mereka tidur sepanjang hari dan tidak pergi kerja. Hanya mahu makan di kedai dan memilih. Tak sedar diri sedangkan tiada pendapatan dan men4gih semua benda h4ram.
Bila ibu saya buat lauk telur hari hari mereka marah kerana lauk tidak sedap. Sekarang anak sulung saya dah berusia 13 tahun. Suami saya mula menjarakkan masa balik ke rumah ibu bapa saya kerana contoh yang ada tidak baik mereka seperti,
Tidak berpuasa, tidak solat, bermain jvdi daun terup bersama rakan – rakan yang tidak berkerja, hisap g4nja di tempat terbuka dan dilihat oleh anak – anak saya. Tambahan pula anak – anak mereka ketinggalan dalam sekolah, ada yang tak habis sekolah kerana sikap ibu bapa mereka yang langsung tidak peduli tentang pendidikan.
Saya pernah membawa 2 orang anak saud4ra menetap dan bersekolah dengan saya tetapi per4ngai mereka sangat memaIukan hisap vape di kawasan sekolah, curi – curi bawa motorsikal dan mencuri duit suami saya. Kemudian saya berbincang untuk pulangkan mereka di bawah jagaan ibu dan ayah mereka kerana dikhuatiri meningkat remaja per4ngai mereka akan lebih liar dan saya akan dipersalahkan memberi kemewahan.
Duit KWSP icitra i-lestari isinar mereka dihabiskan dengan berjvdi dan men4gih benda terlarang. Saya pernah memberi bantuan kereta dan motor kepada mereka untuk pergi bekerja. MaIangnya semua harta benda rosak dalam masa 5 bulan dan tiada kerja yang melekat.
Sekarang saya hanya mampu berdoa supaya anak – anak saud4ra saya tidak mew4risi per4ngai teruk mereka. Saya harap ini bukan peny4kit keturunan cuma persekitaran yang tidak sihat. Boleh dik4takan asal kampung saya ialah lubuk sarang pen4gih d4dah dan masalah sosiaI.
Peny4kit ini seakan diw4risi turun temurun. Tapi saya berpegang bukan Allah yang beri rezeki mereka begitu tetapi mereka yang tidak mahu mengubah diri dan bangsa mereka. Buat pengetahuan pembaca, suami saya sem4kin jarang pulang ke kampung halaman saya kerana risau minda anak saya melihat perkara salah di sisi undang – undang tetapi perlu normal bila berada di kampung mereka.
Kadang – kadang saya jadi depr3si bila mahu membantu mereka tetapi tak pernah berubah. Apabila bulan puasa atau hari raya aidilfitri tiba, semua orang bersiap menyambut raya tetapi mereka hanya tidur di pagi raya tiada sambutan perayaaan.
Saya sangat malu dengan suami dan keluarganya dan akhirnya dari sikap mereka macam tu ik4tan persaud4ran jadi sem4kin jauh antara anak saya dan sepupu mereka. Semoga suatu hari nanti minda dan sikap mereka akan terbuka dan kembali kepada suruhan Allah. Diharapkan juga kemiskinan mereka tidak diw4riskan. – Suraya (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nazira Mylisa : Saya dari keluarga B40. Mak ayah Saya peneroka felda. Alhamdulillah 10 orang anak semua menjadi. 8 orang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, ada yang diploma, degree sampai master PhD pun ada.
Ini salah didikan dan pengaruh persekitaran. Seorang ayah main peranan penting nak bentuk keluarga. Selain kesed4ran diri sendiri nak berubah. Tiada kena mengena dengan level pendapatan
Atie Md Mansoor : Puan, ada beza b40 yang pemalas macam abang – abang puan yang men4gih dengan b40 yang setiap hari berk0rban demi keluarga. Jangna disamakan. Saya sendiri membesar dalam keadaan yang susah.
Bapa meninggaI masa saya darjah 2 dan ibu saya membesarkan kami dengan pelbagai cara. Kami tanam jagung, tanam sayur sendiri untuk meneruskan hidup. Masuk sekolah menengah kami berniaga di pasar malam, tamu minggu, ke tamu daerah lain, di sukan – sukan sekolah lain dan macam – macam lagi.
Saya dan kakak saya ada pendidikan yang tinggi dan kami sampai sekarang tak menyusahkan orang. So jangan terus sebut golongan b40 seolah – olah semua sama. Guna lah ayat “saya tak boleh duduk dengan orang pemalas dan takmau berusaha” ada yang akan sensitif macam saya sebab saya tahu struggIe macam mana. Tapi hidup kena sentiasa enjoy. Susah macam mana pun kena enjoy moment sekolah, moment menjual, moment sambung belajar, kerja dan kahwin.
Ann Fardan : Per4ngai.. akhlak dan gaya hidup serta tidak mengamalkan agama yang betol adalah isu keluarga kamu. Tiada kaitan dengan status B40 M40 waimah T20 sekalipun. Kita ini berada di kedudukan selesa sekarang bukan kerana kita semata – mata tapi kerana Allah. Kerana ada amanah dan tugas untuk membantu yang susah. Jangan ujub dengan diri sendiri Puan. Kita tidak tahu bila – bila nasib dan rezeki kita akan berubah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.