Saya terpik4t dengannya sebab dia sangat hormat dengan ibunya. Tapi hubungan kami dapat tentangan dari ibu dan saud4ra mara. Masalahnya mereka membezakan daripada segi rupa, tahap pendidikan, gaji dan latar belakang keluarga.
#Foto sekdar hiasan. Assalamualaikum.. Saya terbuka hati nak kongsikan pengalaman saya dalam berumahtangga. Buat Pengetahuan semua saya ada Ijazah dan suami ada sijil sahaja. Kami berkenalan melalui chatting online.
Dan selepas sebulan baru berjumpa buat pertama kali, dah menang j0doh, kali pertama jumpa terus ada connection. Jatuh hati pandang pertama, dia juga begitu. Kami berkawan selama 3 tahun. Masa tu saya belajar lagi dan dia dah bekerja.
Saya terpik4t dengan suami kerana sikap tanggungjawabnya dan hubungan yang sangat baik dengan ibunya. Dia memang sangat – sangat sayang dan hormat akan ibunya. Hubungan kami mendapat tent4ngan daripada ibu dan saud4ra mara saya.
Ayah pula tak kisah. Masalahnya mereka membezakan daripada segi rupa, tahap pendidikan, gaji dan latar belakang keluarga. Suami pernah dikutuk teruk oleh saud4ra mara saya. Ibu pula termakan hasutan mereka..
Tapi saya kuatkan hati bahawa dialah j0doh saya dan kami pernah menangis bersama – sama berjanji tidak akan kahwin sekiranya j0doh kami tiada. Alhamdulillah kami rintangi semua haIangan walaupun persiapan perkahwinan banyak yang pahit.
Saya teruskan jua. Setelah berkahwin kami berpindah rumah dan menjalani hidup seperti biasa. Kami beli perabot sedikit demi sedikit. Kami berdua cepat panas dan selalu berg4duh tapi suami jenis cepat sejuk dan pandai memujuk.
Dugaan pertama adalah saya lambat mendapat anak. Walaupun tak berapa lama, macam – macam saud4ra dah cakap pada saya. ManduI, gemuk sebab tu tak boleh mengandung (masa tu saya berisi) dan macam – macam lagi.
Akhirnya saya mengandung dan mendapat zuriat pertama. Awal – awal memang perit juga tapi suami seorang yang bijak dan berusaha menaikkan taraf ekonomi keluarga. Macam – macam telah dibuat dan akhirnya suami membuka perniagaan.
Alhamdulillah berkat kesabaran suami berjaya dan perniagaannya maju. Walaupun tak mewah mana, cukup untuk kami melancong, ren0vate rumah, beri saya duit saku, belikan saya barang kemas, beri bantuan kepada Ibubapa dan saud4ra mara serta suami banyak menderma ke rumah kebajikan.
Hidup kami bahagia, kami ada 4 orang anak sekarang. Tipulah kalau tiada kr1sis dalam rumah tangga tapi kami dapat h4rungi bersama. Saud4ra dan ibu saya juga telah buka mata dan menerima suami sepenuhnya.
Berkahwinlah dengan lelaki yang bertanggungjawab, ada usaha untuk mantapkan diri, ada pegangan agama, hormat orang tua dan setia. Harta boleh dicari kemudian bersama – sama. Wang itu penting tapi kaya bukan kayu pengukur keharmonian rumah tangga.
Diharapkan dapat menjadi pedoman dan pegangan untuk semua. – Dejavu (bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.