Keluarga aku hidup harmoni je, tapi satu masalah yang aku hadapi adalah keluarga aku sangat pengotor

Aku tak tahu la macam mana pengot0rnya keluarga aku ni. Kalau dalam tandas tu memang tak payah cakap la. Kembang tekak bila nak cerita. Setiap kali diorang masak, sampah dibuang macam tu je. Itu belum lagi isi-isi ikan mak aku buang je atas lantai bagi kucing makan…

#Foto sekadar hiasan. Kebersihan tempat tinggal adalah perkara yang sangat dituntut, ia bukan sahaja penting untuk memastikan keselesaan keluarga tetapi jika untuk mengelak jangkitan dari segala jenis virus atau bakteria yang menghuni tempat yang kotor.

Namun tidak dinafikan terdapat segelintir orang yang begitu kebal untuk duduk di tempat yang kotor. Apa pun alasan, ia bukanlah tiket untuk kita berada dalam persekitaran yang tidak sihat. Hi semua dan salam sejahtera. Terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni.

Untuk pengenalan, aku Zi, berumur awal 20-an dan masih menuntut di IPTA di utara tanah air. Aku mintak maaf kalau ada yang rasa tajuk confession aku agak meIampau. Tapi, tujuan aku buat confession ni sebab aku nak minta pandangan dari semua pembaca, apa yang patut aku buat sebab aku str3ss sangat dengan keadaan familly aku.

So family aku, terdiri daripada mak, ayah, kakak, adik dan aku. Family aku harmoni, alhamdulillah cuma satu yang masalahnya. Family aku pengot0r. Kenapa aku cakap macam tu? Ini sebab dia..

1 .Bilik air. Aku mulakan dengan bilik air. Bilik air rumah aku okay belum sampai tahap berlumut. CUMA masalah dia masing masing kalau pakai toilet tak reti nak jirus betul – betul. Belum kira yang jenis buang air dekat lantai.

Terbiar sepi tak jirus betul – betul. Bau hancing sampai keluar. Aku kadang kadang terjumpa sisa – sisa t4hi dekat mangkuk tandas. Geli weh geliiii. Aku tak faham la apa yang susah sangat nak jirus air lepas guna tandas. Pernah sekali, aku tak tahan nak terkucil.

Dalam aku terkocoh kocoh nak guna tandas tu, elok je kaki kiri aku masuk toilet, aku rasa benda berlendir dekat kaki aku. Kembang tekak aku weh. Terbantut niat. Rupanya aku terpijak air liur berIendir.. *sigh*

2. Dapur. Okay kalau tengok keadaan dapur pulak, obviously memang nampak bersepah kalau semua yang lain pakai dapur. Lepas pakai dapur, SEMUA TINGGAL. Kadang tu kalau lepas masak, bekas garam tu tak bertutup.

Haritu aku tegur dah siapa masak bekas garam tak tutup. Aku ingat dah tutup, sampai esoknya okay bekas garam tu tak tutup. Kadang minyak tumpah tu semua. Bekas gula MEMANG akan ada semut yang masuk sebab lepas pakai dorang tak reti nak tutup rapat.

Aku str3ss sangat sangat sebab dah berbuih mulut aku bising pasal benda ni kat family aku. Tapi itulah masing masing buat tak tahu je. Minyak minyak yang merecik kena dinding tu pulak, kalau dorang kemas tu kira bertuah la hidup aku.

Tapi biasanya tak. Kuah kuah ke minyak yang merecik dan tumpah atas dapur dan dinding tu semua biasanya masa balik cuti sem akulah yang kemas. This is why aku tak suka kalau orang lain masuk dapur kecuali aku. Huhu

3. Ruang tamu. Rumah aku ni semua dah besar besar tau. Tapi keadaan rumah aku ni macam ada kanak kanak tadika 5 orang! Masing masing makan mulut boc0r. Kadang kadang tu selamber je buang sisa makanan macam keropok ke kuih ke dekat lantai.

Campak barang barang merata macam tak wujud bilik dalam rumah aku ni. Haih. balik rumah, bukak tudung terus letak merata. Mak aku sendiri kadang telekung tu kalau lepas balik masjid, mana mana je dia letak. Pernah aku jumpa telekung mak aku pakai bawak pergi masjid dekat dapur. Hm

4. Bilik tidur / rak baju. Haa yang ini bilik semua orang bersep4h kecuali bilik aku. Bukan nak perasan. Tapi ini hakik4t. Bilik mak aku sendiri baju berlonggok. Baju dia kalau aku dah lipat, nanti masuk bilik dia, berterabur jugak. Believe me.

Rak baju mak aku tu kalau kau bukak laci dia, kau akan jumpa baju yang di sumbat sumbat. Same goes to bilik kakak dan adik aku. Harini kemas, belum sampai 24 jam dah bersepah. So basically keadaan rumah aku ni bersepah dan aku sangat tak selesa.

Aku selesa lepak dalam bilik aku je sebab situ je yang aku rasa tenang. Aku tak tahulah benda ni adalah normal untuk orang lain atau aku sebenarnya yang tak normal untuk keadaan rumah aku ni. Tapi aku sangat sangat sangat str3ss.

Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Kalau ada yang kata berkiranya aku, kenapa tidak aku yang kemas rumah? Jawapan aku, aku dah PENAT! Pernah sekali family aku tak ade kat rumah for few days. Seharian aku kemas rumah luar dalam.

Balik je dorang, tak sampai 12 jam dah bersepah macam aku tak pernah kemas. Aku rasa sia sia sangat aku kemas rumah. Haih. Aku bukanlah orang yang pembersih tahap ocd, cuma aku nak rumah ni kemas dan teratur je. Benda macam ni buat aku jadi menyampah nak balik rumah.

Aku rimas tengok keadaan rumah aku. Belum kira mak aku siang ikan camp4k perut ikan bagi kucing makan dekat lantai dapur merata rata lepastu biar kena hurung lalat. Selipar dalam rumah bawak keluar pastu bawak masuk dalam rumah balik.

Bila aku bising, jawapan yang aku dapat, “Alah bawak kat luar luar tu je pun bukan kot0r apa.” haih, aku sampai ragu ragu kalau nak solat sebab aku rasa najis kat rumah aku ni merata rata. Aku dah penat sangat nak kemas rumah ni. Tolong lah bagi pandangan, cadangan dan saranan apa yang patut aku buat. Kalau pada kalian aku yang salah, kritiklah aku. In shaa Allah aku terima dengan hati terbuka. – zi

Komen Warganet :

Kalau saya yang sedang mengalami benda ni, saya akan belajar rajin-rajin, cari kerja yang bagus-bagus, kumpul duit, dan pindah keluar rumah. Memang susah, tapi lagi susah kalau tiap-tiap hari kena menghadap benda yang boleh mengganggu em0si kita.

Silap hari bulan, dis3rang k4nser pula sebab tahap str3ss terlalu tinggi (Mohon perbetulkan jika fakta mengatakan yang sebaliknya). Jangan salah anggap pula. Maksud saya, bukannya nak putuskan hubungan dengan keluarga; BUKAN ya.

Cuma cari tempat yang boleh membawa ketenangan. Kalau sudah ditegur pun mereka tak nak berubah, nak buat macam mana lagi. Tapi, ini sekadar pendapat saya je la, ya. Maaf jika ada mana-mana perkataan yang menyinggung hati yang membaca.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.