Macam – macam dorang tanya sebab aku pernah jadi cikgu taska dekat tempat lain. Hari pertama masuk kerja semuanya ok. Tapi aku nak bagi peringatan dekat ibubapa, jangn terlalu cerewet, jangan selalu sangat komplen sebab anda tak tahu, apa yang pengasuh akan lakukan kepada anak anda nanti..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sudi siarkan confession ni. Hi semua pembaca. Nama aku Lala, berumur 25 tahun dan bekerja sebagai pengasuh di sebuah taska. Aku mula menjadi pengasuh sejak awal tahun lalu di sebuah taska di bandar, tapi berhenti kerja pada awal tahun ni kerana nak kerja kat tempat yang lebih dekat dengan family.
Sebelum tu aku nak bagitahu dulu, mungkin tulisan ni agak panjang dan h4mbar, tapi tak apa lah, niat aku cuma nak berkongsi saja terutama buat ibubapa yang ada hantar anak – anak di taska atau tadika. Dua bulan lebih juga aku usahakan untuk cari kerja, pergi banyak interview dan sebagainya tapi tak dapat – dapat.
Akhirnya pada satu hari, kawan aku yang kebetulan kerja taska call dan dia rekomen taska tempat dia kerja tu, sebab ada beberapa orang yang dah berhenti. Aku happy giIa sebab akhirnya dapat juga cari kerja di daerah sendiri, walaupun kerja yang masih sama, iaitu sebagai ‘penjaga’ budak – budak.
Sebelum mula kerja, aku telah di interview oleh 2 orang bos atau pemilik kepada taska tu. Dia ada 2 cawangan tapi aku di tempatkan di cawangan pertama, dan taska ni dimiliki oleh orang muslim dan 90% kanak – kanak di sini juga ialah muslim.
Berbeza dengan taska tempat aku kerja dulu, pemiliknya orang cina dan kebanyakkan ibubapa dan kanak – kanak pun non muslim. Ada beberapa saja yang muslim. Jadi masa interview tu, bos – bos tu semua puji aku cantik dan awet muda, kata mereka, mungkin aku banyak habiskan masa dengan budak – budak, jadi aura tu berpindah kepada aku. haha..
Okay, selepas aku di tanya itu ini dan macam – macam lagi, aku diminta untuk berkongsi pengalaman semasa bekerja di taska yang sebelum ni. Jadi aku pun kongsi sedikit tentang cara kerja, gaji, management dan sebagainya di tempat lama tu.
Aku suka cara mereka jalankan interview, rasa santai dan simple. Hari pertama aku kerja, semuanya okay. Di sini kanak – kanak diasingkan pada 3 bahagian iaitu baby, toddlers dan playschool. aku di bahagian baby umur 3 bulan sampai setahun.
Aku seronok sangat sebab di sini cuma ada 7 baby yang perlu dijaga, berbanding di bahagian toddler and playschool, mereka ada ramai dan sukar di kawal. Dekat sini aku akan kongsikan bagaimana kanak – kanak ini dijaga. Aku bagi point ya.
1. Semua kanak – kanak diberi makan 3 kali sehari, minum susu pula ikut keperluan mereka. Untung jika mereka makan tanpa banyak soal, jika tidak makanan akan dibuang saja.
2. Mandi 2 kali sehari, sekali pagi dan sekali pada sebeIah petang. Itu pun kalau pengasuh rajin, kalau tak, petang tu pengasuh tu tak mandikan, cuma tuang bedak 1 lori.
3. Toddlers (2-3 tahun) akan di masukan ke dalam baby coat sehingga mereka pulang. Kalau dapat pengasuh yang rajin dan baik hati, mereka akan di berikan barang permainan dan bermain di luar dari cage (baby coat) tu.
4. Kanak – kanak playschool (4-5 tahun) pula ada jadual yang hampir sama dengan yang di prasekolah, mereka ada masa untuk belajar, bermain, menonton dan buat aktiviti santai.
Aku tak mahu complaint atau kondem apa – apa sebab bagi aku, kerja di mana – mana pun semuanya ada c4baran yang berbeza. Jadi aku akan kongsikan sedikit tips juga untuk ibubapa yang menggunakan khidmat pengasuh taska. Point saja ya.
1. Jangan terlalu cerewet dan jangan selalu sangat komplen sebab anda tak tahu, apa yang pengasuh akan lakukan kepada anak anda nanti.. (Ini kes pengasuh berd3ndam.)
2. Sesekali cubalah call taska semasa anda berada di office untuk memastikan keadaan anak anda.
3. Jangan terlalu percaya kepada pengasuh, walaupun dari luaran mereka nampak baik, lemah lembut tapi kita tak tahu apa sebenarnya sifat sebenar yang sedang berselindung. Aku cakap sebab aku pernah nampak, staff yang baik lemah gemalai tu memperlakukan bayi dengan sangat kasar. Mungkin sebab kesabaran sudah sampai limit.
4. Bina hubungan yang baik dengan pengasuh dan juga owner taska dan selalulah berdoa, moga tuhan meIindungi anak anda.
5. Berurusan dengan pihak taska mengikut masa kerja 7 am hingga 7 pm sahaja, supaya anda tidak dikecam dalam diam dan untuk mengelakkan anak anda sentiasa di layan dengan baik.
6. Sentiasa pantau badan anak, dan perlu alert perubahan tingkah laku anak, jika mereka takut untuk di hantar ke taska, mungkin ada sesuatu yang tak kena.
Aku juga ada sedikit sharing tentang apa yang mungkin berlaku ketika anak anda berada di taska..
1. Salah satu sebab anak anda terkena peny4kit kaki, tangan dan mulut (HFMD) adalah kerana towel dan barang – barang anak anda telah diguna oleh pengasuh untuk kanak – kanak lain.
2. Ketika menyuap makanan, pengasuh menggunakan cuma 1 sudu yang sama untuk mereka semua, jadi anak anda mungkin akan dijangkiti flu, cough dan lain – lain dari mereka yang sudah pun terkena virus tersebut.
3. Anak anda yang terlalu aktif, akan di beri ubat batuk dengan dos tinggi yang sudah dibancuh bersama susu.
4. Ketika mandi, sabun di badan anak anda tidak begitu bersih, dan mungkin menyebabkan ruam. Taska mempunyai ramai kanak – kanak untuk diuruskan, pengasuh cuba save masa, membuatkan kerja yang dilakukan ala kadar.
5. Pampers anak selalu lambat di tukar, bahagian sulit mereka mungkin akan terdedah kepada banyak kuman, sila lah check selalu untuk pastikan bahagian tersebut sentiasa bersih.
6. Anak anda menangis seharian dan dibiarkan tertidur kepenatan.
7. Anak anda mungkin akan sentiasa kelaparan kerana bukan semua pengasuh baik hati untuk memujuk mereka untuk makan, menyusu, minum air dan sebagainya. Selesai sahaja ‘masa makan’ semuanya akan dikemaskan tanpa peduli anak makan atau tidak.
Rasanya ini saja yang aku boleh ringkaskan tentang apa yang aku perhatikan selama bekerja di taska dan semua yang aku tulis ni bukan untuk takutkan parents, tapi aku cuma mahu anda semua sedar, anak adalah harta yang paling berharga, berilah perhatian dan kasih sayang yang sempurna kepada mereka.
Anda tak tahu, apa yang telah mereka lalui seharian di taska atau rumah pengasuh atau di mana – mana pun tempat yang anda beri hak untuk menjaga mereka. Aku cuma ada sedikit pengalaman untuk dikongsi walaupun pengalaman tu ada yang buat aku tr4uma sebab aku dah nampak macam – macam jenis pengasuh tapi aku harap ibubapa akan lebih berhati – hati.
Dan kepada semua pengasuh di luar sana, jika anda terbaca tulisan ni, aku minta agar anda amanah dalam bekerja. Bayangkan anak atau saud4ra terdekat anda sendiri yang berada di tempat mereka, jika anda boleh senyum dan berpuas hati, teruskan. Jika tidak, aku mohon tolonglah berubah. – lala@laura
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.