Pelik suami selalu Ianggar orang, selalu tersep4k barang. Sampailah satu hari suami terIanggar bas. Bas besar takkan tak nampak?

Pada awal perkahwinan, saya perasan suami selalu sep4k barang yang berada di atas lantai. Sama juga dia selalu Ianggar kaki kerusi, kaki meja, Ianggar orang bila di tempat awam. Saya memang ingat dia tidak perasan saja. Sehinggalah suatu hari dia berIanggar dengan bas ketika hendak keluar dari simpang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya dan suami berumur 34 tahun, berkenalan semasa di universiti dan mendirikan rumahtangga hampir 9 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki yang berumur 7 dan 1 tahun.

Selama ini saya merasakan hidup saya cukup lengkap dengan adanya kerjaya yang stabil, keluarga yang bahagia, rumah, kereta dan semua perbelanjaan alhamdulillah sentiasa cukup. Sehinggalah pada Mac 2018, Allah uji kami sekeluarga dengan ujian yang saya tidak pasti mampu hadapi atau tidak.

Suami saya didiagnos menghidap peny4kit Retiniitis Piigment0sa atau disebut RP. RP ni adalah peny4kit genetik, walaupun mak dan ayah suami tiada peny4kit ini. Suami sendiri tidak pasti dia mendapat peny4kit ini daripada siapa.

RP adalah sejenis peny4kit mata yang boleh menyebabkan kebutaan. Dalam retina mata dia, ada pigmen atau tompok – tompok hitam di sekeliling retina menyebabkan medan penglihatan menjadi kecil, sem4kin mengecil setiap hari dan akhirnya menjadi buta.

Suami didiagnos menghidap peny4kit ini pada 2018 setelah pemeriksaan penuh dilakukan sebelum menjalani pembed4han Iasik. Doktor menyatakan bahawa Iasik tidak akan dapat menyelesaikan masalah mata suami kerana RP sememangnya tiada ubat buat masa ini.

Pada awal perkahwinan, saya perasan suami kerap sep4k barang atau apa sahaja benda yang berada di atas lantai di kawasan laluannya. Sama juga dia selalu Ianggar kaki kerusi, kaki meja, Ianggar orang bila di tempat awam dan banyak lagi la.

Suami juga akan menggenggam erat tangan saya atau memeIuk bahu saya sekiranya kami keluar pada waktu malam, katanya kurang nampak. Pernah juga dia jatuh longkang dan jatuh tangga kerana menjangkakan anak tangga telah habis tapi sebenarnya masih ada.

Perkara ni selalu terjadi dan saya cuma ingat dia memang tidak perasan sahaja. Dia juga beberapa kali terIanggar kereta orang ketika keluar parking, keluar dari simpang dan hampir – hampir meIanggar orang yang hendak melintas jalan raya.

Saya memang ingat dia tidak perasan saja. Sehinggalah suatu hari pada tahun 2018 selepas dia berIanggar dengan bas mini ketika hendak keluar dari simpang, Dia nekad untuk melakukan pembed4han Iasik kerana menjangkakan masalah rabun silau yang sem4kin teruk.

Kami pun melakukan temujanji dan pergi berdua melakukan semua ujian yang diminta. Setelah itu, doktor memanggil kami masuk dan menceritakan hal yang sebenar. Gelap seketika dunia saya ketika itu. Kami tidak banyak bercakap, mungkin masing – masing masih belum dapat hadam apa yang doktor sampaikan.

Doktor meminta kami untuk datang melakukan pemeriksaan selanjutkan pada petang hari. Kami pun balik ke hotel tengahari itu, solat jamak dan menangis bersama – sama selepas itu. Kami terlalu sedih dengan berita yang baru kami dengar.

Kami berehat seketika dan kembali ke hospitaI untuk pemeriksaan lanjut. Doktor menjangkakan suami akan kehilangan penglihatan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Medan penglihatan suami pada ketika itu cuma tinggal 10 percent sahaja (Untuk kita yang normal, medan penglihatan kita adalah sebanyak 180 percent).

Bertambah gelita dunia saya rasakan. Suami saya akan buta? Macam mana penerimaan dia? Macam mana dia mahu meneruskan kehidupan? Macam mana dengan kerjaya dia? Macam mana dengan saya? Macam mana dengan anak kami?

Terlalu banyak yang bermain di fikiran saya ketika itu. Doktor menyatakan peratusan untuk peny4kit ini menurun kepada anak kami adalah 50/50. Ujian cuma boleh dibuat setelah dia berumur 7 tahun ke atas (masa ni anak kami baru 5 tahun).

Doktor menyarankan agar suami tidak lagi memandu kereta, mengikuti kursus mobiliti dan memohon kad 0KU. Kini 2 tahun setengah telah berlalu. Bila saya tanyakan suami, macam mana penglihatan abang sekarang?

Katanya, kalau dia tengok muka orang, dia hanya nampak muka sahaja. Yang lain – lain tu cuma nampak kabur. Dia juga tidak memandu lagi sejak didiagnos dan menjadi pengguna grab tegar sehingga kini. Kami menjalani hari – hari seperti biasa.

Cuma saya lebih peka, barang – barang tidak lagi bersepah di lantai atau tengah – tengah rumah. Jarang sangat keluar waktu malam. Kalau dia perlu keluar, dia akan bawa saya sekali. Bermula waktu senja, penglihatan dia memang sangat terhad.

Malah di dalam rumah, di bawah lampu, dia sudah tidak boleh membezakan warna. Dia cuma nampak warna yang gelap dan terang sahaja. Saya sedih bila mengingatkan hal ini. Sem4kin hari, penglihatan dia sem4kin berkurang.

Tapi saya lihat dia sangat tabah. Kalau saya, tidak tahulah macam mana saya boleh hadapi semua itu. Minta maaf agak panjang coretan saya. Saya cuma ingin berkongsi resah hati ini. Doakan saya dan suami diberi kekuatan menghadapi ujian ini.

Doakan juga anak – anak saya tidak mendapat peny4kit ini. Merekalah kekuatan saya sehingga kini. Terima kasih sudi membaca sehingga habis. Semoga semua pembaca sentiasa dalam lindungan dan redha Allah hendaknya. Aamiin… – Saya Isteri Dia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zayati Mokhtar Bazin : Cerita ini meyakinkan kita bahawa kita ni memang takde kuasa atau daya apapun. Semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kalau dapat nak dihadam, walaupun kita celik dan sihat yang ‘menyelamatkan’ kita selama ini hanya Dia.

Puan tak perlu risau tentang rezeki dan hal – hal lain. Sebenarnya semua yang kita buat, dapat dan lalui selama ini adalah dengan bantuan Allah semata. Dan Allah TIDAK ZALIIM. Sebab tu REZEKI, AJAAL, JODOH, SYURGA / NERAAKA di tanganNya.

Puan hanya perlu persiapkan diri untuk jadi h4mbaNya yang benar – benar berserah diri. Nikm4tilah kehidupan baru dengan kaedah baru. Semoga puan dan suami serta keluarga kembali bersatu di syurga meraih bahagia sebenar. Kerana AKHIR4T adalah dunia sebenar kita sedang dunia memang tempat ujian semata. WA.

Shahirah : Semoga puan dan suami puan tabah hadapi dugaan. Moga Allah SWT yang maha kuasa berikan kesembuhan. Saya pernah menghidap uveitis pada tahun 2018 dan kehilangan penglihatan sebeIah mata. Alhamdulillah, berkat doa orang ramai saya telah sembuh sepenuhnya dan dapat lihat seperti sediakala.. Tiada yang must4hil.. Teruskan berdoa dan jangan putvs asa.

Norizan Suhaily : Bertabah yer puan. Teringat teman sebilik saya di mekah / madinah semasa kami mengerjakan haji 2019. Dia mengiringi suaminya buta. Kejadiannya seperti puan.. doktor bagi tempoh 5 tahun dan ia beransur – ansur buta.

Dari orang yang bekerjaya terus menjadi 0ku. Dari cerita isterinya, mereka sekeluarga menerima takdir Allah dengan berpositif bersangka baik dgn perancangan Allah. Semoga puan seperti sahabat saya. Berpimpin tangan bertawaf di kaabah.

Saya kagum semangat mereka dan berbangga dapat sahabat yang begitu setia menjaga suaminya di tanah suci. Semoga puan bersabar menghadapi ujianNya. Hanya insan yang terpilih didugaNya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.