Anak aku kerap s4kit masa hantar dekat pengasuh, memang selalu masuk wad. Kemuncaknya bila baby aku yang 7 bulan munt4h – munt4h dan paling terk3jut munt4h biji nasi! Gigi pun takde macam mana pengasuh bagi baby nasi. Aku nekad buat sesuatu yang mengundang kecaman..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa yang bakal aku kongsikan di sini mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku. Apa pun, aku harap nukilan aku ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Ya, aku seorang lelaki yang bekerja sendiri, suami kepada seorang isteri, bapa kepada tiga orang cahaya mata dan juga pada masa yang sama aku adalah seorang suri rumah. Agak pelik apabila seorang lelaki menjadi suri rumah. memasak, mengemas, basuh baju dan yang paling penting, menjaga anak – anak.
Sebelum ini aku adalah seorang kerani di sebuah syarik4t swasta. Aku berhenti kerja dan menjadi seorang suri rumah apabila anak kedua aku mencapai umur satu tahun. Semasa kami berdua bekerja, anak – anak dijaga oleh pengasuh.
Keputvsan untuk berhenti kerja adalah sangat – sangat susah. Tapi mengenangkan kepayahan yang kami alami, aku akur. Isteri aku merupakan seorang pegawai di syarik4t pembekal elektrik di Malaysia ini. Aku faham, mungkin ramai yang akan cakap kenapa isteri aku kena keluar bekerja?
Kita semua manusia mempunyai cita – cita dan impian. Tak salah jika aku izinkan isteri aku berusaha untuk capai impian beliau. Alhamdulillah, tak lama lagi isteri aku akan dapat Master. Walaupun begitu, aku masih menunaikan tanggungjawab aku iaitu memberi nafkah.
Hasil keuntungan dari perniagaan kecil – kecilan aku berikan kepada isteri aku. Sepanjang anak kami dijaga pengasuh, pelbagai masalah yang kami hadapi. Tapi, hubungan kami dengan famili pengasuh adalah sangat – sangat rapat, sehingga anak sulong aku tak mahu balik rumah langsung.
Pengasuh menjaga 4 orang kanak – kanak termasuk anak – anak kami. Masalah bermula apabila Mia (anak sulong) kerap kali demam, batuk dan selsema. Setiap bulan, pasti kami akan ke kIinik. KIinik kerajaan, kIinik swasta, kIinik pakar kanak – kanak, perubatan tradisional, nama kan saja, semua kami dah kunjungi.
Setiap kali ke kIinik, tangan Mia dicucvk jarum untuk ambil sampel d4rah adalah sesuatu yang pasti. sampai aku dah tak sanggup nak tengok Mia menangis kes4kitan apabila dicucvk jarum. Itu baru kIinik, oleh kerana Mia kerap demam, Mia pernah masuk wad di hospitaI beberapa kali kerana doktor suspek ada kuman dalam d4rah dan air kencing.
Setiap kali admit, pasti ambil masa 4 – 5 hari untuk discaj. Alhamdullilah sepanjang admit, doktor sah kan tiada kuman, Mia hanya demam biasa. Akan tetapi, bulan berikutnya Mia demam balik. Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa.
Kami tertanya – tanya kenapa Mia kerap demam. Daniel (Anak kedua) lahir semasa Mia berumur 2 tahun, selepas isteri aku habis cuti bersalin, Daniel turut dihantar ke pengasuh yang sama. Daniel berbeza dengan kakaknya kerana jarang demam atau batuk selsema.
Mungkin tahap imunnya tinggi kerana dia menyusu badan. Mia minum susu formula sepenuhnya. Tetapi, sebab Daniel lah yang membuatkan terlintas difikiran aku untuk berhenti kerja dan menjaga mereka. Masih aku ingat lagi bulan oktober tahun 2015.
Allah betul – betul uji aku dan isteri. Mula – mula Mia demam panas yang agak lama seperti biasa doktor di kIinik mengatakan anak aku perlu dirujuk ke hospitaI. Mia kene check in dalam wad. 2 hari selepas itu, Daniel pula demam.
Dalam hati aku berkata mungkin berjangkit dari Mia agaknya. Pelik demam kali ini sebab dia kerap munt4h. Lepas minum susu mesti munt4h balik. Bertambah pelik Daniel munt4h nasi! Waktu itu dia berumur 7 bulan. Takkan pengasuh bagi makan nasi?
Daniel dirujuk ke hospitaI juga. Keputvsan x-ray menunjukkan usus Daniel tersumbat. Terus isteri aku telefon pengasuh bertanyakan sama ada dia ada beri Daniel makan nasi. Ya, memang dia beri anak aku makan nasi. Kalau bubur masih boleh terima lagi. Ini nasi.
Munt4h Daniel berupa beberapa ketul nasi yang tidak digigit. Macam mana nak gigit. Baby tu gigi pun tiada. Kedua – dua anak aku masa itu admit hospitaI. Maka aku jaga Mia, isteri aku jaga Daniel. Pada hari ketiga perkembangan Mia agak baik tapi masih belum boleh discaj kerana dokor masih nak pantau.
Lain pula cerita si Daniel, pada malam itu juga doktor terangkan keadaan Daniel agak teruk, susu tidak sampai ke perut. Setiap kali minum susu mesti munt4h. Keadaan dia lapar, lemah dan asyik menangis. Kemungkinan akan di bedah untuk clearkan usus yang tersumbat.
MaIangnya tiada doktor pakar di hospitaI ini yang boleh melakukan pembedahan itu. Anak aku perlu dihantar ke HospitaI Johor Bahru secepat mungkin. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam. Malam itu juga Daniel dibawa ke Johor Bahru menaiki ambulan ditemani isteri aku.
Aku di sini menemani Mia. Di saat ini aku merasakan dugaan yang Allah beri pada aku sangat berat. Kedua – dua anak masuk hospitaI, anak perlu dibedah, 5 hari aku ambil cuti tanpa gaji kerana cuti tahun sudah habis.
Kewangan pada masa tu pula sangat kritikal. Aku sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan. Alhamdulillah. Allah maha besar. Daniel tak perlu dibedah, doktor sahkan tahap tersumbat tidak teruk. Hanya perlu lakukan prosedur mengepam air ke dalam usus untuk clearkan nasi yang tersumbat dalam itu.
Prosedur itu dilakukan dengan jaya nya. Daniel yang telah berlapar selama 2 hari setengah akhirnya dapat menghadam susu yang diminum. Namun perlu ditahan dalam 2 – 3 hari lagi. Berita baik juga untuk Mia dapat discaj pada hari yang sama.
Selesai discaj, aku hantar Mia ke rumah ibu bapa aku. Dengan bantuan kewangan dari bapa aku, aku bergegas ke Johor Bahru. Daniel terus menunjukkan perkembangan positif boleh menyusu seperti biasa. Hampir 3 hari aku berkampung di hospital JB, Daniel dah boleh discaj.
Jawapan kepada persoalan kenapa Mia selalu demam adalah sangat senang, tahap imun Mia sangat rendah. Dia mudah dijangkiti peny4kit. Permakanan Mia juga tidak dijaga dengan betul, selalu dihidangkan dengan makanan ringan dan air yang bergula banyak.
Sampai ke hari ini, aku tidak menyimpan d3ndam terhadap pengasuh, malah kami sangat berterima kasih padanya kerana menjaga anak kami dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Kami masih menziarahi mereka. Mia sangat suka bila ke sana.
Alhamdullilah. Dah 3 tahun aku jaga anak aku sendiri. Danish (anak ketiga) lahir awal tahun ini. Dijaga sepenuhnya oleh aku. Semasa isteri aku berpantang, aku juga yang menjaga. Selain doa untuk diberikan kesihatan yang baik, 3 perkara yang sangat penting dalam menjaga kesihatan mereka adalah permakanan, kebersihan dan aktiviti mereka seharian.
Pokoknya, elakkan anak dari makanan yang tak berfaedah seperti jajan dan gula – gula. Penat? Memang penat. Selain anak – anak, perniagaan aku pun nak kena jaga. Tidak kurang juga kecaman orang terhadap aku dan ramai juga yang beri nasihat pada aku bahawa mencari rezeki adalah tugas suami.
Aku sikit pun tak tersinggung kerana mereka tidak memahami atau mengenali aku dengan rapat. Keluarga aku dan mertua amat menyokong keputvsan aku untuk jaga anak – anak. Mereka tidak sanggup lihat cucu – cucu mereka asyik menginap di hospitaI.
Biarlah orang lain nak kata apa, asalkan aku menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Aku cuma mahu anak aku membesar dengan sihat. Anak – anak ni amanah Allah. Kena jaga sebaiknya. Aku berharap para suami yang isteri menjadi suri rumah, hargai mereka.
Anda patut beruntung kerana bukan orang lain yang menjaga anak anda. Serius aku katakan aku tidak galakkan Bro – Bro jadi suri rumah. Kalau nak jadi juga, jiwa kena kental, mentaI fizikaI kene kuat, pandai kawal kemarahan (sebab layan karenah budak – asyik asik rasa nak marah je, contohnya rumah dah kemas tapi kejap je dah bersepah balik). Kalau s4kit tiada MC ye.
Akhir sekali pastikan anda ada income supaya anda dapat menunaikan tanggungjawab sebagi suami. Tak banyak, sikit pun jadi la. Semua ini bersifat sementara, anak – anak akan membesar dan pandai jaga diri sendiri. Bila sampai masa itu mungkin aku akan bekerja kembali atau fokus untuk mengembangkan perniagaan aku.
Para pembaca semua, situasi kami sebelum ini kalau nak dibandingkan dengan orang lain tidaklah susah mana. Ada lagi yang lebih kronik daripada kami. Yang kami tanggung sebelum ini pun amat perit kami rasa, inikan pula orang lain yang lebih teruk. Kami tetap bersyukur Allah permudahkan segala nya. – Mr Mama (Fateh Husni)
Komen Warganet :
Mas Ayu : Tahniah.. pandangan peribadi saya ia keputvsan yang tepat buat masa itu. Anak – anak adalah keutamaan buat ibu bapa kerana mereka masih kecil kita yang tentukan kebaikan dan keburukan untuk mereka. Anda hebat sebab bukan semua suami mampu jadi mr mama dan tak abaikan tanggungjawab memberi nafkah pada keluarga.
Annie Mohd : Make a decision that benefits your family the most. Di sini husband / wife yang bekerja dari rumah dipanggil home worker. Kalau ada bertanya kenapa tak kerja, jawapannya “Actually I am working from home. I raise my kids. At the same time I earn some money from my job and support my family in some ways. So far this is the best decision that works for my family” (sila translate untuk pengecam yang tak reti english tu).
Most important be proud of what u are doing selagi halal dan tak menyusahkan orang. Orang yang bertanya mungkin jenis old school or jenis malas berfikir dan membaca so radar pengetahuan am tu terhad. So u can say that to explain to them. The world is full of different ideas bukan setakat kerja kerajaan or makan gaji etc. (I pun work from home, bila orang tanya I akan explain so far reactionnya ok je)
A’liyah Ahmad : MasyaAllah. Tahniah saud4ra kerana membuat keputvsan yang terbaik untuk saud4ra sekeluarga. Semoga Allah melapangkan segala urusan dan rezeki kalian. Benar, anak – anak adalah amanah Allah yang wajib kita jaga dengan sebaik mungkin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.