Suami bawa aku pergi pejabat agama minta izin nak poIigami tapi tak lulus sebab dia anggota. 11 tahun aku dimadukan dan mend3rita, akhirnya berkat kesabaran aku rumah, kereta, duit pencen aku dapat semua.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, cuma nak meluahkan perasaan sahaja tentang aku, masa arw4h suami hidup aku dimadukan dan madu aku tu orang seberang. Bayangkan 11 tahun aku dan anak – anak hidup mend3rita, 11 tahun jugak cinta aku dikhi4nati.
Setahun hanya 2 kali sahaja arw4h ziarah kami anak beranak tiap bulan, RM200 SAHAJA nafkah dia berikan pada aku dengan anak – anak. Suami aku seorang angg0ta tapi aku dengan anak bongsu pergi cari botol jual besi buruk berpanas berhujan kami cari duit poket.
Bila aku bekerja pandai plak suami datang mintak duit, “ma ada RM50 tak? papa ta ade duit,” nak tak nak bagi jelah. Yang paling menyedihkan di pagi raya orang lain makan rendang ketupat tapi aku dengan anak hanya makan bubur sahaja.
Anak aku 8 tahun dia menangis bukan sebab makanan di pagi raya hanya bubur tapi menangis papanya tak ada di pagi raya. Pernah arw4h suami bawak balik bayi lelaki mula – mula dia cakap tu anak kawan dia tapi lama lama dia jujur tu anak dia dengan perempuan tu.
Oleh sebab kesian aku jaga jugak. Banyak peng0rbanan aku tapi tak dihargai pun, sampai satu masa dia balik rumah aku cakap, “macam ni lah papa kita berpisah sahaja lah, janganlah buat mama tak bertaIi. Papa tak balik rumah kadang – kadang setahun tak balik nafkah tak bagi, nak call pun susah sampai nak kena mintak dengan pegawai atasan nombor papa. Kita berpisah cara baik jelah.”
Air mata dah tak ada lagi nak menangis waktu aku cakap macam tu jawapan yang arw4h bagi, “PAPA TAK KAN LEPAS KAN MAMA WALAU MACAM MANE PUN.” Dia pernah bawak aku pergi ke pejabat agama nak mintak kebenaran berpoIigami tapi Allah tu maha mengetahui pihak agama tidak luluskan pernikahan dia dengan perempuan tu sebab dia anggota tu sebab dia kahwin dekat seberang.
Aku redha jela dengan apa terjadi sampai satu tahap lantak kau lah nak kahwin ke apa hati dah tawar habis. Anak aku nak mintak duit dengan bapak dia macam mengemis, mintak RM10 je untuk top up tu pun susah.
Tapi masa akhir umur, dia nak meningg4I, dia balik rumah kami. Bila tanya mana bini baru, dia cakap dah balik seberang. Aku pun, oh yelaaa. Dia cakap, “aku kalau pergi biar la aku pergi sendiri tak ada orang dekat sisi pun tak apa.”.
Ye betul dia meningg4I s4kit jantung dekat rumah dia, rumah dia dengan perempuan tu selepas 3 hari meningg4I baru orang jumpa. Sempat dia balik tengok kami anak beranak. Walaupun buruk mana dia tetap bapak kepada anak anak aku.
Wahai per4mpas suami orang pikirlah panjang untuk hidup bermadu jangan kau bahagia atas pend3ritaan orang lain. Kau tengok kewangan dia, kau tengok dia mampu tak berlaku adil.
Alhamdulilah berkat aku bersabar selama ni, rumah, kereta, duit pencen aku dapat semua. Syukur itu la baIasan berkat aku bersabar.
Komen Warganet :
Vee Silalahi : Saya tak berani nak komen sebab beliau dah pun arw4h. Tapi saya nak share bahawa kami orang seberang takde nak control – control, suami bebas buat apa sahaja yang dia nak.
Cuma bezanya kami lebih sedikit berdikari sebab kami faham kami tak boleh nak harap suami untuk support kami sepenuhnya. Kami kene bekerja walau tak dapat banyak mane asal ada untuk anak – anak dan tak hidup susah.
Rosalinda Maslinda : Dia dah pergi menghadap penciptanya yang penting awak maafksn segala kesalahannya dan redha atas takdir Allah percaya lah hati awak akan rasa sangat tenang dan damai. Semoga arw4h tenang di sana dan awak bahagia selamanya terus kuat ye dik demi anak dan diri sendiri.
Pn Miela Ahmad : Alhamdulillah. Suami dah meningg4I. Maka pend3ritaan awak pon dah berakhir. Kalau suami tu memang dah pencen, semua dapat kat awak. Mujur tak jadi cerai masa tu. Kesabaran awak membuahkan hasil.
Tapi dah alang – alang suami dah meningg4I maafkan jelah dia. Redha dan doakan semoga Allah ampunkan d0sa – dosa ayah kepada anak – anak awk.
Normalahibrahim Normalahibrahim : Saya mengalami nya arw4h baba saya nikah dengan orang seberang tapi alhamdulilah duit tak pernah tak kasi mewah saya adik beradik cuma kasih sayang aje tak dapat.
Kesian kat mak tapi alhamdulilah mak bahagia bersama anak – anak sampai sekarang kalau sesiapa kahwin dengan orang seberang memang kena control tapi apa pun arw4h baba seorang yang sangat baik al fatihah untuk arw4h baba saya.
Untuk adik terus kan idup bahagia bersama anak – anak ln sya Allah dugaan dari Allah semua akan jadi lebih kuat cari kebahagian bersama anak – anak.
Nona Danial : Komen yang positif. Kita tak rase yang dia rase susah senang nak membesarkan anak – anak. Doakan Allah bagi dia kekuatan hati untu teruskan kehidupan. Untuk suaminya biar Allah yang tentukan di alam barzakh sehingga di akhir4t.
Tak perlu kate puan nie tak bijak ke ape. Sebagai yang ade akal, kite bagiIah semangat bukannya kata yang negatif. Andai kita pulak ditakdirkan jadi macam tu, sama jugaklah kita dapat h1naan, ajaI, rezeki dan lain – lain bukan pada takdir kite. Ingat?! Nia semua Allah yang aturkan. Kisah puan ni jadikan satu pengalaman untuk kita muhasabahkan diri sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.