Mulut anak penuh kulat susu, pengasuh cakap dia dah tolong cucikan, bilas dgn air k3ncing! Ikut petua org dulu

Kami suami isteri kerja syif jadi adakalanya terp4ksa biarkan anak tidur di rumah pengasuh. Bila hantar malam, esok pagi anak akan berbau ubat nyamuk. Kali ni berbau kuat sangat. Dari kepala sampai ke kaki bau. 360 darjah bau ubat nyamuk. Kenapa boleh jadi macam ni? Kalau bau masam, tak kisahlah tapi ni bau racun.

#Foto sekadar hiasan. Masuk hari ini dah sebulan lebih saya dan isteri hantar anak kami ke seorang kak pengasuh yang dikenali sebagai Kak Nani di Balik Pulau. Oleh kerana kami bukannya orang tempatan, saya kenal Kak Nani daripada kawan sekerja yang mencadangkan Kak Nani untuk jaga Rizqi.

Sebenarnya, kami langsung tak mengenali Kak Nani dan sebetulnya beliau bukan pilihan kami. Kerana terp4ksa disebabkan gagal mendapatkan pengasuh saat akhir, mahu tak mahu terp4ksa kami hantar jugak! Tidak ada pilihan lain.

Sekarang ni, bukan mudah untuk mencari pengasuh yang mahu jaga anak kita, ikut dan setuju dengan jadual kerja kami. Kerja di sektor swasta, shif siang dan malam memang ramai pengasuh tak nak terima sebab tak mahu jaga malam. Susah katanya.

Kebetulan Kak Nani kata tak ada masalah dan boleh jaga seadanya. Kami berbincang di Whatsapp dan keesokkan harinya terus berjumpa dan berbincang. Lusa dah nak kerja. Jarak rumah saya dan rumah Kak Nani agak jauh, tapi tak kisah sebab satu arah ke tempat kerja.

Saya lega sebab tak perlu nak travel jauh. Mudah. Kami tak tahu di mana rumah Kak Nani. Tapi tak ada masalah sebab Kak Nani tunggu di tepi jalan. Kali pertama nampak Kak Nani dekat tepi jalan, dalam hati aku terdetik; “Wah, ranggi betul kak ni” sambil senyum kat isteri.

Tak apa, mungkin tu gaya dia. Bila sampai je di rumah Kak Nani, kami melangkah masuk dan bersembang. Dalam masa yang sama, mak Kak Nani pun ada juga. Nampak gaya macam dah berumur. Lebih 70 tahun rasanya. Kami berbual.

Segala topik kami sembang dan bualkan. Mesra betul Kak N. Bila masuk bab mengasuh Rizqi, saya pun terus cakap pasal jadual kerja, masa hantar dan ambil serta upah mengasuh. Selang beberapa minit, kami setuju dengan bayaran upah mengasuh.

Kak Nani pun sama. Dalam masa yang sama, Kak Nani sering bercakap pasal “tak kisah tentang bayaran”‚ “tak berkira”, “tak mahu letak harga upah mahal – mahal” dan “masing – masing tolong menolong.” Kami bbersyukur sebab Kak Nani nyatakan kesudian dan komitmen untuk jaga anak kami untuk tempoh 5 hari.

Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan Ahad kami akan bayar asing ikut harga OT (overtime) ikut syif isteri saya; 3-4-4-3. Kesimpulannya, dalam sebulan hanya hantar anak selama 14 hari, 2 minggu pagi dan 2 minggu syif malam.

Kalau OT, mungkin maksimum 5 hari dan jumlah hari yang kami hantar dalam 19 hari. Dalam masa yang sama, Kak Nani ada mengasuh seorang budak perempuan berumur 1 tahun. Tak ada masalah katanya untuk jaga Rizqi sebab mak Kak Nani ada untuk tolong tengokkan Rizqi bila Kak Nani nak masak atau buat kerja rumah.

Saya pun lega sebab ada mak Kak Nani untuk tolong jagakan. Lagi senang hati kami bila ada orang tua yang boleh tolong Kak Nani. Saya sebenarnya susah nak percayakan orang tapi bila fikirkan kesudian orang nak jaga anak kita, saya pun terus bersikap positif kat Kak Nani.

Dengan keadaan Kak Nani yang nampak ranggi, tak kisah rasanya sebab dia pun ada anak dan sebelum ni dah pernah mengasuh ramai budak. Tampak gaya Kak Nani macam hujung 30an. Takpalah. Tak la rasa risau sangat walaupun tak begitu kenal peribadi dan latarbelakang Kak Nani.

Hari berganti hari, masa ambik Rizqi kami ada berbual – bual dengan Kak Nani. Kak Nani banyak mulut. Tak habis – habis cerita pengalaman dia mengasuh. Orang itu, orang ini, budak itu dan budak ini. Apa yang pelik, berdasarkan gaya Kak Nani cerita dia kerap tukar – tukar anak mengasuh. Tak tahu kenapa.

Dalam masa yang sama, Kak Nani turut cerita pasal ibu bapa anak asuhan dia, pengalaman kena tipu dengan ibu bapa yang tak bayar upah mengasuh, bayar lambat, ambil anak lambat, dan macam – macam lagi cerita. Saya dok terfikir, kenapa Kak Nani dok cerita buruk pasal yang lepas – lepas kat kami yang dia baru kenal tak sampai beberapa hari. Kak Nani nak cakap dia tu betul dan bagus ke?

Saya masih lagi tak nak fikir bukan – bukan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Oleh kerana masa kami hantar Rizqi tu baru 2 bulan, tak banyak benda yang kami dapat tengok. Tak ada perubahan ketara kat tubuh badan Rizqi yang merunsingkan kami.

Semua macam biasa, cuma bila malam balik rumah je Rizqi tak nak tidur. Mungkin sebab terlalu banyak tidur siang di rumah Kak Nani, dalam masa yang sama Rizqi tak tahu lagi beza siang dan malam. Bila tanya je pasal Rizqi kat Kak Nani, dia cakap Rizqi budak baik.

Tak ada masalah pun bila menyusu, tidur dan mandi. Kami pun lega. Kami agak lega bila Kak Nani cakap Rizqi okay sebab kami kan pertama kali jadi ibubapa. Yela, kami mana ada pengalaman macam Kak Nani yang dah berumur, lagipun dah banyak mengasuh anak orang. Jadi kami anggap semuanya okay.

Bila isteri kerja malam dan kami hantar Rizqi ke Kak Nani, saya mula risau kalau Rizqi tak boleh tidur dan ganggu. Saya kuatkan hati, isteri pun. Rindu pada anak. Tapi, apa boleh buat, saya masih lagi tak ada keberanian untuk jaga anak yang kecil.

Mungkin, bila Rizqi dah besar saya boleh jaga dan tak perlu lagi nak hantar waktu isteri kerja malam. Keesokkan harinya, Kak Nani bagitahu sepertimana yang saya fikirkan. Rizqi tak tidur dan hanya tidur jam 3 pagi.

Terhoyong – hayang Kak Nani nak mengasuh anak seorang lagi. Katanya, suami dia tak berapa gembira dengan keadaan Rizqi yang menangis malam. Nak buat macam mana, dah ambil upah mengasuh, kena jaga lah.

Masuk seminggu Kak Nani mengasuh, kami perasan n4jis Rizqi bertukar warna. Oleh kerana kami ibu bapa Gen Y, kami Google apa yang patut untuk tahun perubahan dekat anak kami. Kak Nani pun perasan dan kata ia mungkin disebabkan ‘terk3jut’ sebab duduk rumah baru. Kami senyum je.

Lepas je kejadian tu, balik je ambik Rizqi, mak Kak Nani cakap dan ulas sebab Rizqi terk3jut dan macam – macam lagi. Ikut petua orang tua – tua, nak pulihkan balik n4jis Rizqi macam asal kena mandi dengan air daun dukung anak. So, takpalah. Kami tak kata apa.

Beberapa hari lepas tu, Kak Nani bagitahu kami tentang ada tompok putih dekat lidah Rizqi. Sebelum dia bagitahu tu kami dah awal – awal lagi Google dan buat apa yang patut untuk elakkan daripada jangkitan kuman. Katanya putih kat lidah tu disebabkan susu yang takut nanti jadi kulat dan lain – lain .

Tapi, apa yang meng3jutkan kami, Kak Nani maklumkan kepada kami suruh jangan risau sebab dia dah cuci lidah Rizqi dengan air k3ncing Rizqi. Bak kata orang tua tua, kena guna air k3ncing budak tu sendiri untuk pastikan tak s4kit dalam bahagian mulut.

Saya tercengang. Isteri pun terk3jut. Petua apa ni? Tahu tak yang air k3ncing tu kotor dan ada bakteria! Budak Rizqi tu baru umur 2 bulan, sistem imuniasasi badan dia baru nak berkembang, buat apa guna air kotor kononnya untuk elak s4kit di mulut?

Kami tak banyak cakap. Lepas ucap terima kasih, terus masuk dalam kereta dan balik rumah. Kami suami isteri dua – dua senyap tak kata apa. Malam tu, saya ada telefon mak dan tanya pasal petua orang tua ni. Mak maklumkan memang ada petua ni, tapi zaman sekarang ni orang dah guna air suam untuk cuci lidah bayi.

Saya tepuk dahi. Dalam hati dah mendidih. Kenapa buat benda yang pelik – pelik pada anak saya tanpa izin saya. Kalau s4kit ke apa, siapa yang akan susah dan bertanggungjawab kalau bukan saya? Insiden cuci lidah Rizqi dengan air k3ncing masih mengh4ntui kami walaupun dah lama berlalu.

Rutin kami setiap hari berlalu seperti biasa. Kalau isteri tak kerja, kami tak hantar anak untuk mengasuh. Buat apa nak hantar, kami nak juga masa bersama – sama. Kak Nani telefon, tanya khabar Rizqi. Dah lama tak jumpa dan rindu katanya.

“Oh, takpalah. Nanti bila isteri saya kerja, kami akan hantar Rizqi kat kak” baIas saya. Masuk 3 minggu, kami perasan bila bawa balik Rizqi, keadaan Rizqi tak memuaskan. Bau masam. Tak wangi macam kami hantar. Katanya dah mandi sejam dua sebelum kami ambil.

Dalam hati masih berdoa insya allah tak ada apa – apa. BagiIah peluang kepada Kak Nani. Bila hantar malam, esok pagi Rizqi berbau ubat nyamuk. Kali ni berbau kuat sangat. Dari kepala sampai ke kaki bau. 360 darjah bau ubat nyamuk.

Kenapa boleh jadi macam ni? Kalau bau masam, tak kisahlah tapi ni bau r4cun. Saya dah tak sedap hati. Tapi nak buat macam mana keadaan rumah Kak Nani yang terletak di kampung. Pasang ubat nyamuk, Rizqi tak kena gigit dengan nyamuk.

Selang berapa hari pula, tak bau ubat nyamuk tapi anak kena gigit dengan nyamuk. 3-4 kesan gigitan nyamuk. Haih, buat hati saya mendidih. Selang beberapa hari lepas tu, Rizqi kena selsema. Tak tahu kenapa. Bila masuk dalam kereta, selsema m4kin menjadi – jadi.

Bila malam je Rizqi meragam dan tak mahu tidur. Tak selesa. Esok pagi kami tak hantar dia ke Kak Nani sebab nak jaga Rizqi yang tak sihat. Rupanya, anak Kak Nani tak sihat dan berjangkit dekat Rizqi. Tapi, Kak Nani m4ti – m4ti nafikan yang Rizqi berjangkit dari anaknya. Takpalah kak, nak buat macam mana.

Selain dari tu, Kak Nani selalu tanya pada Isteri esok kerja atau tidak. Dia selalu kira berapa hari dah isteri saya kerja. Maklumlahkan, dia pernah kerja kilang dan tahu corak kerja syif macam mana. Saya ingatkan dia yang esok kami akan hantar Rizqi sebab isteri saya OT.

Saya rasa, saya tak ada masalah pun dengan Kak Nani. Kami mesra, cakap dan buat perkara rutin setiap hari. Setiap kali saya pesan pada Kak Nani, kalau ada apa – apa yang tak kena dan tak cukup tolong bagitahu. Kami takut kami tak bekalkan segala benda untuk Rizqi dan menyusahkan Kak Nani.

Kak Nani dengan gembira cakap tak ada benda pun yang dia nak. Semuanya cukup dan elok. Tak ada masalah. Cukup bulan, kami buat pengiraan upah untuk Kak Nani. Esoknya, hari ‘gaji’ Kak Nani. Tapi, maIangnya esok pagi kami terlupa nak bawa sampul yang berisi wang upah Kak Nani sebab kalut sikit bersiap sebab Rizqi buat hal masa nak keluar rumah.

Balik dari ambik Rizqi, malam tu dia Whatsapp saya tanya bila nak bagi duit upah mengasuh. Fuh! Tak dan – dan, kami bukannya sengaja tak nak bayar. Kami hanya terlupa nak bawa dan baIas mesej Whatsapp Kak Nani dengan baik.

Siap minta maaf lagi. Macam biasa, Kak Nani tak kesah. Tiga hari kemudian, dalam jam 10 malam Kak Nani mesej. Dia s4kit kaki, demam dan tak sihat dan tak dapat nak jaga Rizqi esok hari. Saya terk3jut. Kenapa tengah malam baru nak bagitau semua ni.

Esok nak kena kerja dan tak ada siapa nak ganti. Mau tak mau, esok kena juga hantar Rizqi pada Kak Nani. Dengan berat hati, gaya Kak Nani baIas mesej setuju untuk jaga Rizqi esok walaupun dia tak sihat. Sorry. Kak Nani tiba – tiba mesej saya dan tanya lagi tentang corak kerja isteri saya.

Dia tanya berapa hari lagi isteri saya akan kerja dan dia kira esok hari sepatutnya isteri saya tak kerja. Saya dengan tenang baIas mesej Kak N, jelaskan kenapa ada persoalan tentang hari kerja isteri saya sedangkan perjanjian untuk jaga anak adalah 5 hari seminggu, isnin sampai jumaat. Sabtu dan ahad akan kira OT untuk Kak Nani dan kami bayar extra.

Saya dah mula rasa sangsi. Isteri lagi la sebab dia tak puas hati kenapa asyik terus menerus mempersoalkan sama ada esok dia kerja atau tidak. Kak Nani tak sepatutnya ambil tahu pasal hari kerja isteri saya sedangkan semuanya straight forward.

Botol susu yang digunakan oleh pengasuh untuk bagi minum pada anak saya sangat jijik. Apa pendapat hampa bila tengok botol susu yang pada keadaan asal adalah baru bertukar menjadi busuk, hitam, dan sangat kotor!

Bila isteri saya kerja syif malam dan kami hantar Rizqi pada Kak Nani, Kak Nani mula mengelat. Hujung bulan lepas, isteri saya tak hantar Rizqi untuk beberapa hari, tapi bila mula kerja syif malam dia mempersoalkan itu dan ini. Saya mula hilang hormat pada Kak Nani.

Keesokkan hari, Kak Nani minta maaf tak boleh jaga Rizqi sebab nak ke hospitaI untuk check d4rah tinggi. Kenapa tiba – tiba boleh ada d4rah tinggi sedangkan masa bincang dulu dia cakap dia sihat walafiat. Wah, cepat betul dapat d4rah tinggi.

Balik je ambil Rizqi, keadaan Rizqi masih lagi berbau ubat nyamuk. Kami tak boleh bertolak ansur. Isteri saya terus tegur Kak Nani dengan perli bila civm bau Rizqi. Dalam masa yang sama, kami bagi kelambu nyamuk dekat Kak Nani untuk elak digigit nyamuk.

Esok hari, Kak Nani mesej kami dan bagi tahu kalau malam ni isteri saya OT, dia tak mahu jaga sebab suami dia tak izin. Aik, kenapa tiba – tiba tak izin pula sedangkan selama ni ok je jaga? Kenapa perlu sebut OT atau kerja biasa?

Kami hilang pertimbangan dan terus kata kami dah tak mahu hantar anak kami pada Kak Nani. Kak Nani setuju. Hari yang sama, saya ke rumah Kak Nani untuk ambil barang – barang Rizqi dan bagi upah untuk beberapa hari yang lepas.

Dalam masa yang sama, Kak Nani terus menerus kata dia terasa pada isteri saya sebab terlalu banyak komplen dan cerewet. Dalam hati saya dah sangat mendidih dan macam nak cakap macam – macam tapi saya kawal. Dia masih lagi mengungkit pada kami dan merungut Rizqi banyak kena gigit nyamuk dan tanya pada saya betul ke kena gigit – tapi saya langsung cakap Ya.

Sebagai kesimpulan, saya nak simpulkan yang Kak Nani memang sengaja cari pasal untuk buat kami tak mau hantar anak pada dia. Kedua, dia terang – terang mengani4ya anak saya. Dia guna ayat isteri saya cerewet dan dia terasa teguran kami tentang bau ubat nyamuk dan kesan gigitan nyamuk.

Awat, sebagai ibu bapa kami tak boleh tegur pengasuh ke? Kami bayar upah mengasuh tau, bukan hantar anak dekat dia free! Bayangkan budak kecil yang berumur hanya beberapa bulan dilayan dengan teruk, bagi susu dengan botol yang busuk dan kotor, dan banyak lagi perkara yang saya tak nak tulis di sini.

Dia dah la tak boleh bergerak, jalan dan bercakap. Apa lagi yang bayi 3 bulan boleh buat? Sampai hati Kak Nani. Saya harap penduduk Balik Pulau jangan hantar anak ke Kak Nani.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.