Hari kedua anak aku dah menangis tak nak pergi taska. Tapi bila dengan penjaga dia ok siap senyum – senyum. Seminggu hantar, setiap hari ada Iebam. Aku minta tengok CCTV, takde yang pelik. Satu hari aku secara spontan tanya anak. Sekali anak bagitahu siapa pelaku. Aku tak sangka, menggigil aku dengar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi kisah aku hantar anak dekat taska. Kisah ni bukan nak cerita pasal anak aku ataupun kehidupan aku, tapi kisah anak aku dibuat orang, orang yang aku sendiri tak sangka.
Serius cakap benda ni buat aku jadi depr3ss. Anak aku memang lasak, dakat rumah dia berlari, melompat memanjat tak henti – henti. Tapi berbeza kalau dia dengan orang yang dia tak kenal. Dia jadi pasif, tambah – tambah pula bila mamanya takde dekat sisi dia.
Hari pertama dekat taska, dia memang semangat nak pergi. Anak aku dah besar, 3 tahun, baru hantar sebab aku baru dapat kerja balik. Rezeki anakkan. Elok je dia bangun awal, pakai baju semua tak payah nak kena p4ksa.
Ok, balik dari taska, bila mandikan dia, aku perasan, ade Iebam kat belakang badan dia. Bila aku tanya kenapa, dia tak nak bagitahu. Ok la positif, dia ade jatuh kat mana – mana kot. Hari ke-2, nak pergi taksa, dia dah start member0ntak, tak nak bangun, tak nak pakai baju, sampai semua kena p4ksa, pergi sekolah pun meng4muk.
Masa tu memang aku naik angin jugak, sebab aku dah nak pergi kerja lagi, dia buat per4ngai. Tapi takde la sampai aku naik tangan dekat dia, hanya marah je la. Ok sampai taska, dia buat per4ngai tak nak masuk bila dia tengok ade tukang masak kat taska tu.
Tapi bila jumpa dengan penjaga yang jaga dia, dia ok, siap senyum dan salam semua. Masa tu aku ade rasa pelik, tapi aku biarkan je. Bila balik rumah, aku mandikan dia ade lagi kesan Iebam. Aku pelik sebab kesan Iebam tu nak cakap terhantuk, tempat kene tu kat pinggang, peha, maksudnya tempat banyak isi yang kalau terhantuk pun mungkin takde kesan.
Benda ni berlarutan sampai seminggu tau. Dan anak aku pun dalam seminggu tu memang meragam je pagi – pagi masa nak hantar ke taska. Minggu berikutnya, aku bagitahu penjaga yang jaga dia, cakap tiap kali balik anak mesti ade Iebam – Iebam.
Penjaga dia pelik, setahunya tak ada budak – budak yang pukuI anak aku. Mungkin terlepas pandang kot, dia soal semua budak – budak dekat situ, ade yang 4 tahun pun ade, semua takde nampak siapa – siapa pukuI. Ok la lega sikit aku dah bagitahu dengan penjaga, tengok anak aku pun ok dengan penjaga takde takut – takut, jadi aku tak syak la.
Tiba – tiba satu malam, aku salin pampers anak aku, aku tanya, “baby, sapa buat baby sampai Iebam – Iebam ni?” Spontan anak aku cakap makcik dapur buat. Aku tanya dia, bila makcik buat, dia cakap makcik buat masa dia tengah makan.
Dia tunjuk macam dia tengah suap makanan, mak cik tu cubit dia. Ok, masa tu aku dah menggigil, tapi lepas aku mengadu kat penjaga anak aku pasal Iebam – Iebam tu, balik rumah dah takde kesan tu kat anak aku tapi gambar ade la aku ambil.
Aku jadi tertekan bila fikir, kebetulan aku ade kenal seorang yang berpangkat. Maksudnya pegawai kebajikan, aku mengadu kat dia dan dia nasihatkan aku buat laporan tapi aku cakap, takpe la. Aku ingat nak buat aduan dulu, sekadar amaran je la sebab aku masih lagi bersangka baik, mungkin anak aku lasak sangat sampai tak terkawalkan.
Ok la, aku tak buat aduan lagi, sekadar pertimbangan. Aku tengah fikir mana yang baik, mana yang buruk. Esoknya aku ke taska sempat lagi berbual dengan penjaga anak aku. Tanya – tanya keadaan anak aku kat taska, ape yang pelik, penjaga tu cakap anak aku ok, tak lasak, dengar cakap.
Waktu kena belajar, dorang belajar, masa main dorang main, takde la berlari sana sini. Esoknya pula aku sempat berbual dengan tukang masak. Dia cakap anak lasak ya ampun, tak dengar cakap, m4kin larang m4kin buat.
Masa tu memang aku syak sesuatu yang tak kena. Aku buat aduan dan aduan tu sampai dekat bos tempat tu. Dan korang nak tau tak? Lepas je sampai pasal aduan tu, aku dapat call dari makcik dapur tu tak berhenti – henti marah, m4ki aku.
Apa yang aku terkesan dia jaja pasal aku dekat mak bapak budak – budak lain. Dia cakap aku yang cubit anak aku pastu nak salahkan dia. Kalau korang apa korang rase? Aku tertekan giIa – giIa. Kerja semua aku tak pergi, dah la baru kerja, dan akhirnya aku kena buang kerja.
Aku jadi murung sebab fikir kerana aku nak kerja aku hantar anak aku kat taska, bila anak aku jadi macam ni, aku salahkan diri aku. Aku tengok muka anak aku, aku menangis, kerja aku tunggang terbalik sampai kene buang dan pastu aku ambil keputvsan jaga anak aku kat rumah.
Tapi kisah pasal aku dah tersebar, seluruh kawasan perumahan aku tu. Dengan orang h1na aku, orang mengata pasal aku. Aku sebenarnya nak diamkan je benda ni, aku malas nak aibkan mak cik tu, kalau ikut aku nak viral aku boleh je viralkan, sebab aku pun kiranya ade pengaruh jugak dekat facebook tapi aku tak nak buat macam tu.
Cara aku, biar orang buat aku, dia nak mengelak macam mane pun Allah ade, Allah Maha Melihat, Dia tahu setiap apa yang jadi. Apa aku buat aku bangun malam – malam sembahyang tahajjud, aku mintak kekuatan. Aku baca yassin setiap pagi, aku baca part kun fa yaa kun, lepas tu doa sungguh.
Alhamdulillah sekarang hati aku ade la tenang sedikit, tapi bila aku ingat balik, aku menangis sendiri, benda ni macam mengh4ntui aku. Aku rasa aku kene jumpa psiki4tris kot, sebab bila aku ingat balik bende tu aku jadi naik angin.
Sesiapa yang tegur aku masa aku ingat bende tu semua aku marah, sampai sekarang padahal peristiwa ni jadi tahun lepas, tapi kesan dia sampai sekarang aku rase. Tolong siapa – siapa boleh bagi aku kata – kata semangat, kadang – kadang aku rasa aku bersalah pergi buat aduan tu, macam ani4ya orang tapi kadang – kadang aku rase aku betul. Aku keliru. Tolong aku. – Puan bunga
Komen Warganet :
Puteri Queen : Puan buat DASS test. Cari dekat Google je pon takpe. Puan nilai tahap tekanan puan. Saya risau bila puan asyik pendam akan mendatangkan depr3ssed pada puan. Kalau tahap puan sampai kepada murung saya sarankan puan jumpa dengan doc. Mungkin doc akan bagi kaunseling atau ape – ape yang boleh membantu puan.
Opahji Wancik : Ini c4baran untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Setiap tindakan ada impak. Perlu tanam keberanian mengadap impak. Ini permulaan dalam hidup. Banyak lagi ketidakadilan yang akan kita hadapi dalam hidup.
Kita kena kuat dari step yang pertama. Walau kita rasa resah yang amat sebab tak biasa. Kota akan biasa. Apa yang anda rasa akan hilang di bawa waktu. Percaya pada diri yang anda dipihak yang.benar. Siapa pun akan bertindak sebegini. Mereka gagal menakutkan anda untuk menegak kebenaran. Yang benar akan nyata juga akhirnya..
Diana Safura Danish : Hai salam. Sebenarnya, anak ni memang tak pandai menipu pun. Sebenarnya memang ada cara yang betul kalau kita nak korek rahsia dari anak kita dan buat anak kita bercerita. Anak saya tak pernah la kena d3ra kat taska, cuma pernah dengar cerita dari kawan – kawan.
Dan apa yang saya buat. Saya rajin tanya anak saya dan buat dia bercerita dengan betul. Lepas tu cuba berkawan dengan parents yang hantar anak di situ. Share cerita.. ye memang betul, kadang – kadang guru taska memang dah ok, mesti ada yang buatkn anak kita takut nak datang sekolah.
Budak kalau happy pergi sekolah dia takkan nangis bila masuk minggu kedua sekolah. Jangan risau sis. Doa orang terani4ya ni makbul. Tukang masak tu pukuI anak awak. One day, orang pukuI anak dia. Hidup kifarah. Kita berdoa je.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.