Makcik aku mengajar budak – budak baca Quran, yuran RM20 je itu pun mak bapak susah nak bayar. Selalu orang kata, mengajar Al-Quran kerana Allah tak payah harapkan bayaran. Hantar anak pegi tuisyen mampu bayar tapi bayar anak mengaji tak boleh bayar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Harap semua pembaca sihat dan dimudahkan semua urusan. Sebelum tu terima kasih admin kalau siarkan confession kali ni. Aku cuma nak tanya semua pembaca perlu atau tidak guru yang mengajar membaca al quran dan iqra’ ni mengenakan bayaran bulanan pada orang yang belajar mengaji?
Cerita yang sebenarnya macam ni aku ada makcik yang mengajar mengaji. Kebanyakan budak – budak sekolah yang datang mengaji. Kiranya makcik aku ni menyara hidup dia dengan mengajar budak – budak mengaji al quran dan iqra’.
Bayaran yuran mengaji yang makcik aku letak ialah RM10 hingga RM20 untuk iqra’ dan Al-quran. Pada pendapat pembaca semua mahal atau murah? Bagi aku tersangat la murah sebab kat KL. Lagipun dah masuk tahun 2022 kan.
Tapi masih ibu bapa yang hantar anak mengaji tu susah sangat nak bayar yuran bulanan mengaji. Contoh la kan yang bulan januari patut bayar masa hujung bulan tapi tak berbayar lagi sampai dah lagi seminggu nak masuk hujung bulan february baru bayar.
Bila minta bayaran untuk bulan february pulak budak – budak ni cakap, “mak cakap dah bayar dah hari tu”. Macam dah burn la 1 bulan. Kadang – kadang kesian jugak makcik aku ni bila dia minta duit mengaji esoknya budak tu terus tak datang mengaji dah.
Lepas 2 – 3 bulan baru datang mengaji balik. Tapi tetap tak bayar jugak sebab katanya dah 3 bulan tak datang jadi kenapa kena bayar. Tapi alhamdulillah masih ada jugak ibu bapa yang rajin sedekah. Contoh anak dia 2 orang mengaji iqra’ jadi patutnya bayar RM20 la setiap bulan.
Tapi bayar lebih kat makcik aku dalam RM40. Ada yang RM50. Alhamdulillah semoga murah rezeki diorang. Tapi yang aku perasan la kan ibu bapa yang bayar on time yuran, sedekah selalu ni kebanyakan anak diorang jenis terang hati.
Ajar sikit quran terus faham dan senang dapat ilmu. Mungkin berkat dari sedekah ibu bapa tu menyebabkan anak dia mudah dapat ilmu. Yang minta beratus kali duit yuran tapi mengelak bayar tu kebanyakan anak diorang bila mengaji tu jenis yang macam susah nak faham.
Ajar bacaan panjang pendek pun masih bermasalah. Macam ilmu tu susah nak lekat sangat. Kadang – kadang takut orang fikir, ‘Alah ajar orang baca al-quran pun tak ikhlas. Mengajar kerana Allah ke kerana duit?’. Aduhai….
Mentality ni tak betul. Ingat orang ajar mengaji ni tak guna duit dalam kehidupan seharian ke. Hantar anak pegi tuisyen mampu bayar tapi bayar anak mengaji tak boleh bayar sedangkan tau membaca al-quran tu lebih penting.
Sebagai mak ayah tak kan la tak rasa gembira tengok anak dah boleh mengaji al-quran kan? Pengajaran dia ialah bila kau hantar anak kau mengaji kau kene bayar la bayaran bulanan yang kau dah setuju. Ini aku tengok selagi tak boleh kau cuba tak nak bayar je.
Jangan ani4ya orang lain. Kalau ada masalah duit tak mampu bayar boleh bagitau dulu kan. Kesian la jugak kat orang yang menyampai ilmu ni. Diorang pun nak guna duit jugak untuk kehidupan. Semoga Allah murah kan rezeki diaorang supaya boleh bayar yuran mengaji dan semoga yang kerap bersedakah pada makcik aku tu dimudahkan semua urusan dalam kehidupan diorang. Aamiin.. – Jee (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Umi MuIs Sesuci : Komen ikhlas dari saya sebagai guru al quran kampung. Memang betul yang yuran asyik nak mintak – mintak tu memang macam susah sikit nak dapat. Pada mula – mula kelas di buka dulu saya kenakan rm20 1 kepala tak kira quran or iqra’, bila 2 orang anak mesti rm40.
Tapi rasa macam kesian plak dengan parents, so saya kurangkan untuk yang punya anak 2 orang saya kurangkan pada rm30 dan rm50 untuk 3 orang anak. Pada pendapat saya, rm20 tu pada yang mampu memang murah, pada yang tak mampu memang agak beban.
Sebab tu saya seikhlas hati murah or mahal saya kurangkn bayaran. Semoga anak – anak saya soleh dunia dan akhir4t dan berhati cerah dalam apa jua bidang. Alhamdulillah Allah sudah makbulkan permintaan kami.. Syukur.
Nor Hasnizah Zainal Abidin : Belikan makcik awak kad untuk bayaran bulanan. Dalam kad tu dah ada jadual untuk 12 bulan. Kat bahagian alat tulis biasa ada kad ni. Macam kad bayar transport bulan – bulan anak sekolah tu.
Lepas tu bayaran mintak minggu pertama tiap – tiap bulan untuk bulan tersebut. Tapi makcik kena ada rekod sendiri jugak kat dalam buku lain untuk kec3masan. Mana tau nanti kad tu dihilangkan ke rosak ke. Makcik kena bercakap dengan tegas masa bagitau makpak yang liat nak bayar pasal hal ni.. baru diorang segan skit.
Suzzie Nass : Rm10 – 20 kira murah sangat untuk zaman sekarang. Selalunya RM25/Hour.. tapi tak kisah la berapa bayaran. Sebab tenaga pengajar pun terp4ksa luangkan masa untuk ajar kita. Kene bayar bil juga macam orang biasa. Kalau kita boleh beli baju mahal – mahal, handphone mahal – mahal kenapa tak boleh bayar yuran pengajian Al-quran? Al-Quran yang akan memberi syafaat pada kita nanti. Tak rugi pun.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.