Masa mengandung aku kena buasir, suami kata aku ngade2 tak boleh dukung anak kena suruh dia tolong

Aku minta tolong suami angkat anak untuk basuh tangan. Sekali dia ungkit aku ni sikit – sikit tak boleh dukung anak. Cakap sebab buasir. Orang lain pun mengandung dengan beranak juga elok je takde buasir. Ayat dia tu macam takde nilai. Anak umur 3 tahun datang bawa tisu dan lap air mata aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku seorang isteri dan ibu. Menginjak tahun keempat perkahwinan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Sekarang viral kisah penceraian Noh dan Mizz Nina. Ramai yang cakap nampak bahagia je kenapa bercerai.

Aku umpamakan perkahwinan kami. Aku rajin share gambar percutian dan aktiviti harian di Instagram. Sebab memori bahagia macam tu umpama diari. Bila rasa sedih boleh tengok semula momen bahagia. Benda yang sama aku paparkan.

Saat – saat indah, bahagia, gembira. Kalau orang luar tengok mesti tak sangka aku ni isteri yang tidak bahagia. Aku bekerja dalam bidang profesional. Selepas kahwin je terus mengandung. Tak pernah berhenti kerja. Kerja agak str3ss.

Banyak c4baran masa pregnant, melahirkan dan juga tempoh conf1nement leave. Antara sebab kenapa aku tak ready nak tambah anak walaupun anak pertama kami dah 3 tahun sebab pengalaman pregnancy dulu tak indah.

Suami aku panas baran. Dia pula cakap aku eg0. Dia suka tegur sesuatu dengan cara dia, bila aku tak terima teguran tu dia cakap aku eg0. Betul aku tak nafikan aku eg0. Manakala dia pula tak boleh ditegur nanti dia akan melenting.

Kebanyakan perkara kalau aku nak tegur, aku fikir sampai 2 – 3 hari kadang – kadang aku m4tikan niat nak tegur. Sebab setiap teguran akan berakhir dengan perg4duhan besar. Perkara ni dah lama. Sejak awal kahwin. Dulu aku masih boleh bersabar tapi lama kelamaan perasaan sayangkan rumahtangga tu dah hilang.

Penat nak hidup macam ni. Aku bertahan sampai sekarang pun sebab anak. Baru – baru ni, suami aku cakap sesuatu yang betul – betul buatkan aku rasa tak dihargai sebagai seorang ibu yang telah susah payah mengandung dan melahirkan anak dia. Aku ni ada buasir.

Start jadi awal tahun ni. Puncanya dulu mengandung ada buasir ringan. Pastu bersalin normal. Dalam pantang pula sembelit teruk sampai naj1s berd4rah. Kat situ dah bermula risik0 buasir teruk. Pastu aku selalu dukung anak daripada dia kecil sampai 13.5kg.

Hasilnya, aku mengalami buasir yang sangat teruk awal tahun ni. Betul – betul terkeluar, s4kit sangat. Kerja aku pula susah nak cuti. Dalam keadaan s4kit tu aku tetap pergi kerja macam biasa. Nasib baik kerja banyak duduk.

Sesekali pergi tandas sebab nak masukkan semula buasir ke dalam dubur. Tr4uma buasir teruk sebab ambil masa 2 minggu untuk sembuh sampai sekarang aku tak berani nak dukung anak aku. Dia pula manja kadang – kadang minta aku dukung.

Suami aku panas baran jadi anak lebih rapat dengan aku. Hari tu aku cakap kat suami aku, kalau nak suruh aku rehat sepatutnya dia lah yang tolong basuhkan tangan anak lepas makan. Anak pandai basuh tangan sendiri tapi perlu bantuan sebab sinki tinggi.

Ada kerusi tapi kena pantau lah sebab budak tu baru 3 tahun. Dia marah betul masa tu. Pastu dia ungkit aku ni sikit – sikit tak boleh dukung anak. Cakap sebab buasir. Orang lain pun mengandung dengan beranak juga elok je takde buasir.

Lepas je dia cakap camtu, aku rasa hati aku remuk seremuknya. Umpama peng0rbanan aku mengandung dan melahirkan anak dia takde sikit pun rasa keinsafan kat hati dia untuk jaga tutur kata dengan isteri. Banyak ayat dia sebelum ni yang menggur1s hati aku tapi ayat yang ni betul – betul jadikan hati aku ters4kiti.

Aku nangis. Sikit pun dia tak kesal dengan apa yang dia cakap. Anak aku pujuk “dah – dah jangan nangis”. Dia pr0vok aku haa suka kan cakap nak cerai. Minta lah cerai. Pastu aku terus kurung diri dalam bilik dengan anak.

Sikit pun tiada kekesalan dalam diri suami aku pada ketika itu. Malam tu pula, tiba – tiba dia cakap tak nak pergi bercuti hujung bulan ni. Sedangkan aku dah merancang percutian tu sejak 3 bulan lepas. Tiket flight aku dah beli, hotel aku dah book, itinerari aku dah susun, kereta sewa pun dah bayar depo.

Semua pakai duit aku sendiri. Pastu dia cakap macam tu sedangkan aku berdiam diri je daripada siang tadi. Takde pun nak pr0vok dia pasal tak jadi pergi bercuti ke apa. Sekarang hati aku betul – betul tawar untuk dia. Sayang tu dah lama takde sebab dia pernah halau aku dari rumah dulu. Aku bertahan untuk anak je.

Esoknya aku bagitau dia aku dah buat keputvsan nak mohon cerai. Sebab aku dah tak boleh hidup dengan dia lagi. Ayat dia berkenaan orang lain pun mengandung dan melahirkan takde pun buasir membuatkan aku rasa aku takde nilai kat mata suami aku.

Suami aku tinggikan suara masa tu. Anak aku cakap “tak nak tak nak”. Bermaksud tak nak tengok ayah tengking ibu. Aku nangis juga masa tu. Anak aku pujuk lagi “dah – dah jangan nangis”. Pastu anak aku yang 3 tahun tu ambilkan tisu dan lap airmata aku.

Aku terharu sebab ayah dia pun tak pernah buat camtu walaupun ayah dia selalu buat aku nangis selama 4 tahun perkahwinan. Modal suami aku setiap kali g4duh adalah bukan senang nak berpisah sebab ada anak. Memang tu jelah modal dia selama ni.

Dan sememangnya aku bertahan sebab anak. Anak aku tak bersalah. Kesian dia selalu jadi saksi ayah dia tinggikan suara kat ibu. Aku nak dia membesar dengan sempurna ada ibu ayah tapi dalam masa yang sama aku penat hidup dengan lelaki yang panas baran dan tak hargai peng0rbanan isteri.

Jujur ayat dia kali ni betul – betul buat aku fikir takde guna aku teruskan perkahwinan kami. Selama ni pun aku sara hidup sendiri. Perbelanjaan anak kami kongsi sama – sama. Barang rumah aku beli sendiri. Takde masalah kewangan pun kalau kami berpisah. Tapi aku fikirkan anak.

Buat sesiapa yang pernah ada pengalaman sama, mohon kongsikan. Dan mohon titipkan doa moga aku diberi kekuatan. Adakah lebih baik aku bertahan dengan perkahwinan yang tak bahagia demi anak? – Melur (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Siti Khuzaimah Yahya : Jawapan dah ada kat puan. Berundurlah semasa masih muda. Rawat peny4kit buasir tu sampai sembuh. Mungkin akan ada bahagia selepas ini. Jaga diri. Jika kita s4kit tiada yang suka.

Siti Soliha : Berpisahlah kalau tu lebih aman. Dan pergiIah dapatkan rawatan untuk buasir. Saya sudah berumur 31 tahun, dan sepanjang saya membesar, saya sendiri melihat ibu saya ditengking, dit4mpar oleh bapa saya sendiri.

Dah bercerai 2 kali tapi rujuk balik konon demi anak. Tapi rupanya ibu saya diperh4mbakan. S4kit sangat melihat semua ni. Tr4uma tak kesudahan. Saya tak dapat nak lupakan segalanya. Sayang dan hormat pada bapa saya hilang walaupun saya maafkan beliau atas segala kesalahan beliau menjadi bapa dan suami yang memberikan tr4uma pada anak – anak dan berbuat zaIim pada isterinya.

Nur Adilah Abdul Nasir : Puan, anak tak rapat pun dengan bapak dia sebab bapak tu asyik la nak membaran. I dont know somehow elok jugak kalau anak tu dibesarkan jauh dari unsur – unsur baran. Risau anak tu besar akan jadi manusia yang tak berkeyakinan diri dan lebih parah ada tekanan mentaI, atau anak tu sendiri bila dah dewasa copy per4ngai baran bapak dia sebab itulah contoh yang hari – hari disogok depan mata dia.

Puan pert4hankan kerja sedia ada, pr0tect diri dari mengandung lagi. Saya tahu puan bijak cuma terper4ngkap dalam em0si. You deserve to be treated as human, therefore you must respect yourself first then only orang lain akan belajar set limit untuk layan puan dengan baik.

Semoga ada jalan keluar yang baik kepada masalah puan. Saya tak sesekali suggest puan bercerai tapi saya berharap ada sesuatu berlaku sehingga suami pun rasa ‘terajar’ untuk menghargai anak isteri sebelum semuanya terlambat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.