Mak mengadu dekat pejabat agama abah kahwin tak minta izin. Sekali mak kena halau, awal-awal lagi abah dah sogok

Mak akan masak sebab abah akan balik rumah untuk makan saja. Setiap hari abah akan balik rumah, bawak bini muda dan makan bersuap dengan isteri muda sambil meriba. Sedangkan mak duduk cuci pinggan dan periuk yang guna untuk masak tadi. Macam bibik bukan?

#Foto sekadar hiasan. Salam dan hello semua. Aku bukan ada masalah rumahtangga tapi dibesarkan dalam keluarga yang berpecah beIah, bermasalah. Mak dan abah kahwin muda. Awal perkahwinan, mak yang bekerja. Abah duduk di rumah jaga anak – anak sampailah usia perkahwinan masuk tahun yang ke-12, business abah berjaya, stabil dan abah mintak mak berhenti dari kerja, mak kerja kerajaan.

Semasa mak mengandung abang aku 7 bulan, teruk mak kena dengan abah sebab kant0i ada penyondol. Mak jumpa bra dan panties si penyondol di kondo mak abah. Mak dibeIasah, mak contraction dan bawa kereta ke hospitaI sorang diri dan bersalin.

Abah tak jenguk mak, abang abah (abang ipar mak) yang pergi azankan abang saya. Kemudian masa keluar wad pun mak masih bawa kereta sendiri balik ke rumah. Abah tak balik beberapa hari selepas tu. Setahun lepas tu abah kahwin dengan penyondol.

Penyondol masih bini orang masa kant0i di kondo, cerai khuluk dengan bekas suami dia. Abah aku bayar berpuluh ribu untuk suami si penyondol. Mak pergi ke Pejabat Agama setelah dapat tahu abah kahwin secara sah di Malaysia tapi tanpa persetujuan mak.

Pegawai pejabat agama halau mak saya. Kemudian mak jumpa details pegawai pejabat agama tu disogok oleh abah. May he burn in heII. Dan setahun lepas tu penyondol pun mengandung. Kemudian, mak mengandung lagi, kat aku.

Sebabkan mak str3ss, mak makan pil untuk gugur, makan nenas, minum Coke. Tapi kuasa Allah Alhamdulillah aku sihat sampai sekarang. Semasa aku kecik, hidup aku sangat – sangat tak best. Semasa aku umur 5 tahun, pernah aku jumpa anak patung dalam kereta abah, tapi abah marah aku cakap tu doll anak – anak mak muda punya.

Di kampung, cikgu – cikgu memang kenal abah dan mak aku. Tapi tiap kali saya nak bantuan buku teks, cikgu – cikgu akan cakap “anak orang kaya pun nak pinjam buku?”. Kawan – kawan pulak, “mak aku cakap mak dia tak pandai jaga laki sebab tu abah dia kahwin dengan artis”

Aku pergi sekolah comot. Abah memang tak bagi duit kat mak. Apa kami buat? Kami jual buah, nasi lemak, aku beli barang – barang kat town dan jual kat kawan – kawan sekolah kat kampung. Cara tu baru dapat benda yang aku nak.

Baju raya? Lagi takda. Anak mak muda? Baju Rocky One, Kili Lala (siapa yang hidup zaman tu akan tau kan brand ni) Sedangkan aku? Selipar jamban dan baju hands me down. Kalau kakak abang ada duit, diorang akan beli baju baru untuk aku tapi setahun sekali gitu lah.

Masa aku kecik pun diorang masih remaja tak banyak duit sangat. Abah jarang balik rumah sebab tinggal di KL bersama isteri muda. Kemudian semasa masih di sekolah rendah, abah suarakan nak pindah ke negeri yang kami menetap.

Abah juga bercakap kat pakcik, “aku nak tengok anak N (mak aku) atau anak L (mak tiri) yang berjaya dan jadi orang.” Semasa aku kecik, mak akan masak sebab abah akan balik rumah untuk makan saja. Boleh kata setiap hari abah akan balik rumah, bawak bini muda dan makan bersuap dengan isteri muda sambil meriba.

Sedangkan mak duduk cuci pinggan dan periuk yang guna untuk masak tadi. Macam bibik bukan? Pernah aku nampak menitis air mata mak, bila saya tanya mak cakap termasuk air sabun. Tapi aku tak b0doh. Lepas makan abah akan balik ke rumah bini muda dia untuk bersenang lenang dan bersuka ria.

Kadang – kadang abah tinggal anak – anak kecik dia kat rumah mak untuk mak jaga. Mak? Dia jaga budak – budak tu. Bagi makan, mandi, basuh ber4k. Pernah mak tolak tapi abah meng4muk m4ki mak dengan perkataan kesat, h1na. Semoga syurga jannatul firdaus untuk mak.

Pernah aku mintak untuk naik van ke sekolah sebab letih jalan kaki 1 km ke sekolah. Aku mintak pun lepas dapat tahu 2 beradik sana naik van sedangkan rumah mereka dekat dengan sekolah. Tapi dim4kinya aku cakap anak tak bersyukur.

Dim4kinya mak cakap ajar anak – anak mintak bukan – bukan. Lepas dari tu aku dah faham, aku tak akan mintak apa – apa dari sesiapa dah. Kalau tak boleh berg4ntung harap dari seorang abah, apatah lagi orang lain? Semasa aku darjah 4, mak tiri aku tiba – tiba jadi sasau.

Pernah aku nampak dia h4ntuk kepala dia ke dinding. Masa tu aku ke rumah dia untuk buat homework dengan anak dia. Kebetulan kami sekelas. Rupa – rupanya kant0i abah kawin sorang lagi. Dia cuba nak buat benda b0doh, tarik nyawa sendiri. Sampai abah terp4ksa ceraikan yang no 3 tu.

Sekelas dengan anak mak muda lagi tersiksa. Sebabnya, tiap hari isnin dia akan bercerita berjalan ke sana sini dengan abah. Kemudian bila habis cuti panjang dia akan cerita pergi holiday ke sana sini dengan abah. Beli macam macam benda yang cantik – cantik. Aku?

Sekali pun seumur hidup tak pernah shopping dengan abah apatah lagi nak mintak apa – apa. Aku serik!! Pernah masa kecik aku tanya mak kenapa tak bercerai? Mak cakap takpela, anak mak ramai. Aku dapat tau dari kakak – kakak, abah pernah ugvt mak kalau mak mintak cerai, dia akan ambik segala rumah dan kereta yang ada, dan suruh kami 9 beranak merempat cari mana – mana tempat tinggal. K3jam kan?

Mak takda pengetahuan pasal harta sepencarian dan sebagainya. Dan mungkin mak masih lagi teringat disergah dan dihalau dari pejabat agama. Jadi mak biarkan je. Masa aku tingkatan 1 memang aku lari pergi tinggal kat hostel.

Sampai ke kolej. Per4ngai aku lagi teruk. Tapi Alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan lelaki yang bertanggungjawab. 100% berbeza dari per4ngai abah. Kadang – kadang terdetik rasa cemburu bila suami aku layan anak anak aku dengan baik.

Tapi lebih kepada rasa bersyukur anak – anak aku tak perlu hadap tr4uma macam yang aku hadapi. Mesti semua orang ingat hidup mak dan kami dah best kan? Jawapannya tak. Abah masih puja mak tiri dan anak – anak beIah sana.

Birthday abah tak pernah kami sambut sekali sejak 1986. Pernah tak kami prepare untuk sambut? Banyak kali dah kami cuba walaupun kami tak dilayan, tak diberi duit dan kasih sayang semasa kecil. Kami tetap layan abah dengan hormat.

Abah akan cancel last minutes kalau kami nak celebrate birthday. Kami mampu tengok story ig dan fb anak sana lah upload abah dengan bahagianya celebrate dengan diorang. Dan abah jugak suka p4ksa kami adik beradik untuk pergi ke rumah mak tiri.

Pernah kami beli handbag LV, Dior kat mak, tapi abah marah sebab tak beli untuk isteri muda dia sekali. Baru – baru ni pernah tanya mak kenapa tak mintak cerai? Mak jawab, “I’m too old for that. Nak naik turun court mak dah tak larat, mak tunggu kat sana (akhir4t) je.”

Sampai sekarang mak masih pujuk kami anak – anak supaya memaafkan abah dan lupakan semuanya. My heart was terribly br0ke. Sampai sekarang aku ada ada masalah nak percaya dekat orang. To the women out there, love yourself. Jangan makan hati macam mak aku. Sayangi diri anda.

Fikirkan apa yang terbaik untuk diri sendiri. Untuk lelaki budiman, fikir fikirkan lah. Poligami memang sunnah tapi apa akan jadi pada isteri dan anak – anak anda kalau anda tak berlaku seadilnya. – Badt (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nu Ha : Sedihnya hidup confessor dan maknya. Semoga dikurnia jannatul firdaus. Semoga Allah balas perbuatan abahnya dan mak tiri. Orang bukan tak sokong poligami. Tapi berapa banyak poligami yang adil? Cara berkahwin dengan bini muda pun tak islamik.

Maksiiat dengan bini orang sampai bercerai. Kat mane ikut syarak nya? Suka jual nama agama untuk halalkan nafsu serakah. Kalo tak berd0sa, aku rasa ramai perempuan jadi ‘L0rena b0bbit’.

Ai Shah : Patutnya kisah macam ni yang para ustaz patut ‘bincangkan’. Asyik bawa pasal isteri sebar aib, tanggungjawab lelaki takda pula nk dijadikan topik. Saya tak support bab sebar aib tu tapi bagi saya, ramai yang tak nampak the bigger picture.

The core problem comes from whom actually? Nak treat symptoms, tapi butakan mata pada penyebab yang sebenarnya. Poligamy is not the issue, its the way men think that its their right but they are not prepared for it.

The end of the day, they deeply hurt the ones they were supposed to love and protect in the first place. That hurt is not being acknowledged. GASLIGHTING everybody by saying its sunnah and allowed by Allah. Phisshhh is my opinion.

Wanie Talib : Buat penulis, awak adik beradik ramai, dari duk tengok abah awak bergembira dengan keluarga sana. Baik awak adik beradik bersatu bahagiakan mak awak. Beri dia rasa hasil peng0rbanan dia. Bahagiakan ibu you. Jalan – jalan ke sana sini, walaupun tempat dekat.

Belikan je barang – barang yang mak berkenan. Kalau abah you marah, buat pekak, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Oleh sebab mak u dah berusia, maybe boleh kot buka ceramah agama pasal poligami bagi dia celik mata.

Walaupun tak bercerai, at least dia boleh pertahankan diri dia bila kena marah dekat orang tua tu. Your mom deserve to be happy. Tapi yang pasal ceramah poligami tu kena buat, biar dia celik mata. Hidup ni, kena berusaha dulu, tawakkal. Bukan terus redha. Please, awak dan adik beradik pun sama.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.