Dah lama tak mengandung, mak mula rasa s4kit badan ketika kandungan masuk 7 bulan. Bidan yang selalu mak panggil tu plak takde, terp4ksa cari bidan lain. Awal masuk rumah dia, mak ayah aku rasa lain macam. Mak tak jadi nak teruskan urut, bidan tu kejar mak ayah aku sampai ke luar. Dia ugvt yang mak ayah aku akan menyesal!
#Foto sekadar hiasan. Kali ni aku nak kongsi kisah yang dialami oleh keluarga aku selepas tersalah jumpa bidan. Waktu tu aku baru berusia 13 Tahun (anak tunggal) dan baru nak dapat adik kedua. Bila mak aku dah lama tak mengandung, tuptup mengandung, dia rasa macam sengal – sengal badan dan rasa nak berurut.
Kami duduk area Puchong. Bidan yang kami kenal kebetulan balik kampung selama 3 bulan, jadi terp4ksa la cari bidan lain kat area situ. Waktu kandungan lebih kurang 7 bulan, ayah aku carilah sorang bidan dekat kawasan Puchong Kg Seri Aman kalau tak silap dan akhirnya dapat.
Keesokannya ayah pun bawa lah mak tu pegi rumah bidan tu. Waktu mak aku berdiri depan pintu tu, bidan tu beria – ia gosok perut mak aku dan suruh mak aku masuk rumah dia dan baring. Suasana dalam rumah dia macam kelam, macam berasap dan semacam (macam gua).
Mulanya bidan tu tak bagi ayah aku tengok dia urut mak tu, tapi ayah berkeras nak teman mak sampai bidan tu marah – marah. Dia cakap degil lah ape lah. Akhirnya, waktu bidan tu nak ambik minyak kat dapur, mak aku rasa tak sedap hati dan terus ajak ayah balik.
Dorang bagi macam – macam alasan tapi bidan tu tak bagi balik sampai dia kejar mak ayah aku sampai ke tanah depan rumah dia sambil cakap, “awak semua jangan menyesal!”. Bila mak ayah aku keluar je dari kawasan rumah, ada sorang pakcik tu tegur, “Kenapalah pergi berurut dekat dia, dia tu membela!” Allahu, mana la mak ayah aku nak tahu kan. Dah nama pun terdesak.
KEJADIAN SEBELUM BERSALIN
Jadinye, bermula dari hari tu, macam – macam yang berlaku dekat rumah kami termasuk mak aku dan kandungannya. Seminggu lepas tu, mak aku pergi check up dan doktor cakap baby songsang dan perlu buat sesuatu untuk elakkan dari kena czer atau apa – apa risiko lain.
Puas la tunggu bidan yang kami betul – betul kenal tu balik Puchong untuk betulkan balik kedudukan baby. Sewaktu di rumah pula, macam biasa mak akan duduk sorang sebab aku pergi sekolah dan ayah keje shift (security).
Nak dijadikan cerita satu hari ni, dalam tengah sorang – sorang duk rumah tu, tiba – tiba ayah aku balik dari kerja awal dan duduk diam tak bertegur depan ruang tamu. Mak aku tanya langsung berjawab. Elok sebelum aku nak balik dari sekolah, ayah tu keluar dari rumah tu tanpa kata sepatah pun dekat mak aku.
Mak aku pelik, call la handphone ayah aku sebab anak tanye pergi mane kan. Ye la, dah la balik awal tiba – tiba, pastu keluar tak bagitau apa – apa. Rupanye orang yang balik tadi tu bukan ayah aku sebab ayah aku tengah busy training kat tempat kerja dia.
Jadi, siapa la yang balik tadi kan? Dalam masa yang sama, dalam rumah kami, mak aku selalu jumpa belalang hinggap sebeIah mak aku dan mak aku selalu mimpi ada orang datang dekat dia lalu ambil baby tu. Kitorang ni bukannye tahu sangat belalang ke pelesit ke. Dah memang tak tahu.
Bila waktu malam pulak, aku selalu tidur dengan mak aku, dia selalu mengadu katil yang kitorang tidur tu bergerak macam ada orang tarik. Tapi aku takde rase pulak camtu. Maybe sebab tidur m**i. Yang aku selalu dengar kat kaki katil tu selalu ada bunyi macam orang ketuk – ketuk.
Tapi takde la takut sngat sebab tidur dengan mak kan. Macam – macam cara dah mak ayah aku buat nak bagi kedudukan baby tu normal tapi maIangnya takde perubahan walaupun bidan yang kitorang kenal tu tolong betulkan. Sehingga la pada tarikh due bersalin, mak aku takde rase nak bersalin walaupun da lebih hari. Akhirnya doktor suruh czer sebab takut baby makan n4jis.
KEJADIAN SELEPAS BERSALIN
Alhamdulillah selamat bersalin baby girl. Pada hari ketiga, mak dan baby dah boleh discharge. Sampai je rumah, ayah letak baby dekat atas katil, tiba – tiba baby tu menangis macam tercekik. Bayangkan kalau budak tercekik makan sesuatu, macam mane suara dia. Macam tu la baby tu menangis.
Bila ayah solat sebeIah dia, mengaji, baru dia senyap dan tidur lena. Elok ayah aku habis mengaji dia akan bangun balik. Lepas tu, baby tu macam berinteraksi dengan sesuatu tau kat bucu ceiling rumah. Selalu kalau baby baru lahir kan tidur je, mane reti nak berinteraksi.
Senyum pun tak reti lagi. Tapi adik aku ni lain, dia sampai berinteraksi (macam “eh eh” dalam keadaan tutup mulut), sampai ayah tutup mata baby dengan tangan dia. Esoknya hari keempat, masih benda yang sama jadi. Tapi kali ni mak aku berdua dengan baby.
Yang kesian mak aku la, dah la czer bukan boleh gerak banyak, tambah adik aku meragam macam tu. Aku sekolah, ayah pergi kerja. Maghrib tu, ayah aku jemput la orang surau untuk buat bacaan yassin sebab gangguan adik aku tu.
Alhamdulillah elok je baby tu tidur. Tapi, bila dah habis je bacaan yassin dan semua orang balik, semuanya berubah. Bila adik tu dah lena, ayah pun baringkan adik kat sebeIah mak sebab ayah nak ke dapur. Elok ayah datang ke depan, betapa terk3jutnya bila mak aku jerit panggil ayah aku suruh tengok adik aku.
Tahu tak, muke dia jadi biru pucat macam ada benda sedut d***h dia. Nampak mata hitam dia ke atas. Ibu aku kaku sebab dia rasa macam ada yang tahan dia dari bergerak. Cepat – cepat ayah aku bawak pegi hospitaI tapi maIangnya baby meninggaI waktu dalam perjalanan ke sana.
Doktor pun tak dapat jelaskan penyebab kem4tian adik aku. Cerita pun dorang macam tak percaya. Esoknya bila jen4zah dibawa balik ke rumah untuk urusan pengebvmian, setelah selesai semuanya, ada ustaz yang datang melawat.
Waktu tu jugak ustaz tu cakap kalau boleh dia nak kami pindah dari rumah tu sebab dia sendiri pun tak sanggup nak masuk dalam rumah kami. Ayah terk3jut dengan apa yang ustaz tu cakap. Ustaz tu cakap, “gayanya ada orang marah sangat dengan kamu dan isteri sebab halang dia dapatkan kandungan tu. Macam – macam dia hantar, dekat katil ada sekor, dekat dapur ada sekor, dekat tandas ada, dekat ceiling ada. Saya tak sanggup nak pandang.”
Tapi tu la, nak pindah pun bukan time tu boleh dapat rumah. Kami duduk jugak dalam seminggu dua kat rumah tu. Bila dah tahu rumah tu berpenghuni, waktu tidur memang tak tenteram. Kadang – kadang bunyi budak menangis, aku nampak orang baju hitam lalu lalang kat ruang tamu.
Alhamdulillah seminggu lepas tu kami pindah dari rumah tu. Sebelum masuk rumah baru tu, ayah bawak mak pegi berubat sebab tak nak benda mengikut sekali. Tapi tak lame lepas tu, ada orang lain menyewa rumah sewa lama kami tu, dan meninggaI selepas beberapa hari duduk situ. Aku tahu pun sebab jiran lama bagitahu. Itulah kisah aku dan sampai sekarang aku lah satu – satunya anak tunggal mak ayah..
Komen Warganet :
Purnama Merindu : Aku kalau tau seseorang tu membela h4ntu memang malas la nak berkawan. Bukan apa, takut ada silap sikit tak pasal – pasal h4ntu dia datang kacau kita. Selalunya yang dia orang bela ni h4ntu raya dan t0yol.
Aku ramai kenal yang membela h4ntu ni sebab tu malas pijak rumah dia orang lagi 1 kalau seseorang tu bela h4ntu tak payah kawanlah dan jangan tunjuk – tunjuk yang kau bahagia dan kaya takut dia dengki. Aku memang takut h4ntu tapi yang paling aku takut h4ntu peliharaan orang (sebab boleh di suruh membvnvh)
Rimuru Tempe ST : Ya allah. ZaIimnya manusia macam ni. Memang ajaI m4ut tu di tangan tuhan, tapi kerana perbuatan jahat kau yang tak bersalah menjadi m4ngsa. Jawab la dekat akhir4t sana.
Nur Hufaidah AnorBacha : Macam cita di tempat saya tapi babynya tak m4ti tapi sengs4ranya pada ibunya yang kuaq nifas. Azab tesilap pilih bidan. Carilah bidan yang kenal.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.