Lepas setahun papa mama bercerai, aku masuk bilik mama. Bilik mama penuh dengan set kuruskan badan

Aku baru umur 17 tahun, tahun ni aku SPM. Adik baru 7 tahun. Lepas mama papa bercerai, aku buat breakfast. breakfast simple je, roti dengan teh. Adik pun suka. Mama terus pergi kerja. Kalau malam tu kami tak makan pun, memang sekarang sibuk pergi hiking..

#Foto sekadar hiasan. Hari ni aku ditinggalkan lagi berdua bersama adik di rumah. Lepas balik dari sekolah, Kak Lin (pemandu van) bagitahu aku mama tinggalkan pesanan kepadanya bahawa mama pergi hiking. Kunci rumah kat tempat biasa.

Aku dah biasa dah dengan semua ni. Dulu masa papa belum lagi bercerai dengan mama, mama sangat prihatin jaga kami. Makan minum cukup. Dulu walaupun mama kerja, dia sanggup bangun awal pagi siapkan breakfast untuk kami semua.

Tapi semua dah berubah. Lepas mama balik kerja, dia mesti keluar pergi hiking. Kadang – kadang tak balik, aku tak tahu mama tidur mana. “mama, mama tak balik ke? mama tidur mana?” pernah aku tanya.

“mama balik esok,” tu je mama baIas. Aku baru umur 17 tahun, ya nak SPM. Adik aku 7 tahun. Jiwa aku kacau lepas mama berubah. Kadang – kadang tu aku mengadu kat papa pasal mama tapi papa langsung tak ambil endah.

Nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu. Adik? Adik tak tahu apa. Yang dia tahu, mama kerja. Sampai kalau mama nak pergi kerja pun, adik tak pernah merengek. Kalau aku yang hilang, adik meraung – raung menangis.

Pagi aku yang buatkan breakfast. Alah, breakfast simple je, roti dengan teh. Adik pun suka. Mama pulak siap – siap terus pergi kerja. Macam kerja tu lagi penting dari hadap anak – anak dia. Kalau malam tu kadang – kadang kami adik beradik tak makan pun.

Kalau mama balik awal, dia beli lah jugak makanan kat luar. Obses mama terhadap hiking tu, sampai setiap kali aku bukak facebook je, mesti nampak mama pos gambar – gambar dia pergi hiking. S4kit tu memang s4kit bila tengok, tapi apakan daya kalau tak ada mama, mesti aku merempat dengan adik.

Lepas setahun papa tinggalkan mama, aku jarang sekali nak luangkan masa berborak dengan mama berbanding dulu. Tu yang buat aku sedih sangat. Tambah lagi, mama banyak beli barang set hiking. Kalau murah tak apa, tapi semua nak branded.

Tahan lama katanya. Walhal kami asyik pakai recycle punya baju. Nasib badan aku tak berubah. Satu hari tu aku intai la bilik mama. Aku masuk terus. Dah lama aku tak masuk bilik mama. Kalau dulu aku selalu nak menempel dengan mama tapi sekarang tak.

Aku perhati sekeliling bilik mama. Memang ada aura orang yang gigih nak bersukan haha. Aku perasan banyak barang set – set nak kuruskan badan. Baju slimming fit, alat senam dan lain. Ya, dulu mama badan berisi sebelum bercerai dengan papa.

Sekarang, kurus lidi sangat. Aku nak mama yang dulu. Tak kisah pun pasal semua ni. Tapi sekarang banyak berubah. Ada satu malam aku tanya mama, kenapa mama gigih nak pergi hiking semua ni? Kenapa nak sangat kurus?

“Dengan hiking la mama nak hilangkan rasa s4kit. Dengan hiking la mama tak nak suami mama pandang rendah kat mama. S4kit tau wawa. Ingat mama tak boleh kurus ke? Tengok mama dah kurus,” Tapi mama abaikan kami. Kami s4kit mama. Aku rindu mama yang dulu :'( – Wawa

Komen Warganet :

Tracey Ajm : Dik. Mak awak just had a br0ken heart. She need to fix that. Talk to her slowly, kadang – kadang kita rasa benda tu tak baik untuk kita, tapi Allah kata itu baik. Kadang kala kita rasa benda tu baik untuk kita, tapi Allah kata tak.

Balik la kepada Allah dan mengadu la kepada Allah. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang ada dalam isi hati emak awak dan hanya awak yang tahu apa yang awak nak Allah bagi kat hati mak awak. Stay strong kid.

Fatim Azmi : Wawa pasni ko tanya mama minggu depan nak hiking mana, ko dengan adik nak ikut, pegi la bukit – bukit yang senang. Cakap la bosan dan sunyi, macam best je tengok mama hiking sampai tak nak balik umah.
Mula – mula ni join dia sebulan sekali je cukup, mudah – mudahan dia tersedar yang korang pun penting gak, bukan baIas d3ndam kat bekas suami je semata – mata.

Hazirah Hj Hamzah : Sabarlah. Adik jangan nampak mama yang salah. Sebenarnya ayah adik lah yang paling besar kesalahannya. Mama taknak nanges depan adik, sebab tu mama pergi hiking. Mama juga sedih dan terabai. Mama s4kit tapi diam – diam je. Kasihan mama. Akhirnya mama juga yang salah. Papa tak pernah salah. Nanti adik dah m4kin dewasa, adik akan faham semua tu.

Natashaa Shaa : Sebenarnya mak dia tu lari dari rasa s4kit dia. S4kit sehingga dia tak perasan dia s4kitkan anak dia sendiri. Sympt0m depr3ssion tapi deny dengan cara s4kitkan diri pada kes4kitan fizikaI. Nampak ok tapi tidak. Sebab apa?

Tiada sensitiviti pada em0si sendiri dan orang lain terutama anak. Confessor kena confess benda ni kat mak dia. Try berkawan semula dengan mak. Lepas tu cuba explain yang korang beradik rasa terabai. Buat ayat sedih sikit, bagi dia touching. Only need one step to touch other’s heart. Confessor keep strong.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.