Dia tinggalkan saya dengan alasan nak kembali dengan bekas isteri. Tapi sebelum ni dia ada buat pinjaman atas nama saya dan dia janji nak bayar semula..
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Na. Kisah yang saya hendak kongsikan di sini sering kita dengar. Namun saya sungguh tidak menyangka bahawa akan berlaku pada diri saya. Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berstatus duda anak tiga.
Perwatakan yang baik dan agak warak membuatkan saya tertarik untuk menjadi teman wanitanya. Dia berjanji akan meminang saya sebaik dia mendapat penempatan sebagai pendidik. Namun janji tinggal janji.
Saya ditinggalkan dengan alasan dia telah kembali kepada bekas isterinya. Saya redha dengan ketentuan Ilahi bahawasanya kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukannya.
Apa yang membuatkan saya kecewa adalah dia tinggalkan saya dengan beban hutang yang perlu saya jelaskan berseorangan kerana menggunakan nama saya. Saya membuat pinjaman peribadi atas des4kan dia dan dia berjanji akan memulangkan kemudian.
Ini adalah satu kesilapan besar yang telah saya lakukan kerana sayang dan janji – janji manisnya. Saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan semula wang tersebut. Disebabkan hal ini telah lama berlaku saya sukar untuk membuat tuntutan secara legal kerana telah kehilangan dokumen berkaitan.
Saya berharap kisah saya dapat beri teladan kepada wanita – wanita di luar sana agar lebih berhati – hati dan tidak jadi seperti saya. Saya berharap sekiranya dia ada membaca kisah ini agar dapat mengembalikan semula hak milik orang yang telah dia ambil.
Semoga Allah ampunkan segala d0sa – d0sa saya dan semua orang di dunia ini. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah ini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.