Pada hari itu, hari bersejarah buat aku, aku dapat tahu yang dia sebenarnya tidak pernah pun menceraikan wanita itu. Maka, dengan itu autom4tiknya, takliq yang telah disebut sebelum ini, telah jatuh. Apa status anak yang sedang aku kandung ni?
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, terima kasih kerana sudi memaparkan kisah aku. Aku telah berkahwin dengan seorang lelaki lebih dari 10 tahun. Dalam masa 10 tahun ini, kami telah dikurniakan 3 orang anak.
Alhamdulillah, anak – anak aku sangat sayangkan aku. Tapi, dalam masa 10 tahun ini, aku hanya berendam air mata. Suami aku sangat garang. Nafkah aku tidak pernah bagi. Tak apa lah, aku pun bekerja. Baju raya, makan raya dan sebagainya tidak pernah.
Dia cuma beri beberapa ratus untuk 3 orang anak yang sedang membesar. Sukan, hari report kad, peperiksaan , semua dia tidak ambil tahu, katanya sibuk kerja. Aku redha pada waktu itu. Alhamdulillah. Dalam masa 10 tahun ini aku lah yang keluarkan duit untuk bayar makan minum anak, baju, buku anak, kereta dan sebagainya.
Tapi, alhamdulillah, duit rumah dibayarnya, walaupun selalu lambat. Tapi itu aku masih boleh terima. Aku tidak mengharapkan kemewahan. Suami aku seorang yang baran. Kata – kata yang dikeluarkan selalunya sangat pedih.
Anak – anak cukup takut dengan dia. Tapi, ini masalahnya. Apabila dia menyesal, dia boleh menjadi suami yang paling romantik. Aku lah wanita paling bahagia waktu itu. Aku memang merasa dia sayang aku pada waktu itu.
Tapi, di dalam lubuk sanubari aku, aku memang merasakan dia bukan suami yang aku mahu. Dia amat biadap dengan ibu dia, tidak baik dengan adik beradik, dan apabila dia marahkan anak, dipukuInya. Pernah di depan orang lain dan sampai berd4rah pun pernah.
Bila aku cuba untuk menghalang, dimarahnya aku, katanya derh4ka dengan dia. Tiap – tiap hari waktu solat, aku minta petunjuk Allah. Sampai bila hendak hidup macam ini. Sampai patah tangan anak – anak aku? Sampai pecah kepala?
Dan ini lah masalahnya, bila dia menyesal, dia akan ambil hati kami semula. Kami umpama berada di dalam satu keluarga yang sangat t0ksik. Apabila anak aku yang ketiga dilahirkan, suami aku sudah jarang sentuh aku, bertahun – tahun..
Hati aku tertanya – tanya samada dia mempunyai masalah kesihatan. Tapi aku tidak bertanya, aku cuma menyalahkan diri kerana telah naik badan setelah beranak tiga kali. Aku kemurungan. Kadang – kadang aku pun marah anak – anak aku sebab aku sendiri tidak gembira.
Aku pernah bertanya kenapa dia tidak mau sentuh aku? Dia suruh aku tidur dengan lelaki lain.. Ya Allah.. jatuh jantung aku rasanya. Aku hanya mampu menangis. Suami aku memang jarang berada di rumah. Dia selalu kerja di luar negara, pangkat dia besar.
Sedihkan sebab dengan kami, dia kedekut. Apabila dia selalu tidak ada di rumah.. anak – anak aku amat gembira. Sedih aku dengan keadaan ini. Beberapa tahun lalu, pada bulan puasa, dia memberi satu k3jutan untuk aku dan anak – anak.
Katanya, dia telah berkahwin dengan seorang wanita di Selatan Thailand. Aku tak marah, aku cuma menangis dan sekali lagi menyalahkan diri. Aku bertanya adakan sebab aku sudah tidak cantik. Dia menjawap, itu hak dia.
Aku bertanya kembali, hak aku macamana? Hak aku telah ditidakkan selama beberapa tahun. Aku balik ke rumah keluarga aku malam itu. Dia keluar rumah kerana aku ingin tenangkan fikiran. Aku pergi ke Pejabat Agama dan mereka telah memberi tahu aku layak untuk meminta fasakh kerana memang dia tidak memberi nafkah kepada aku.
Suami aku meminta agar dia diberi waktu sebulan. Katanya, dia mahu meninggaIkan perempuan itu, kerana perempuan itu telah mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Aku tidak pernah meminta dia menceraikan perempuan itu kerana pada pendapat aku, kalau orang sudah tidak sayangkan kita, jangan p4ksa.
Akhirnya aku setuju dan dalam masa sebulan, banyak aku habiskan masa mendekati diri dengan Allah. Setelah puasa berakhir, dia pulang ke rumah dengan mengatakan, dia telah menceraikan perempuan itu dan ingin tinggal bersama aku.
Dia bersump4h dengan Quran yang dia telah menceraikan perempuan itu. Dia telah melafazkan taklik, jika dia kembali ke perempuan itu, aku tidak perlu minta fasakh dan taIak akan jatuh sendiri kepada aku. Aku terima taklik itu sebagai ‘akujanji’.
Dan, atas nasihat keluarga, aku terima dia kembali, dengan syarat, dia berubah. Selama masa itu, banyak perubahan aku nampak pada dia. Dia lebih lembut. Dengan anak – anak dia berlembut. Dia belanja aku baju, dan gelang.
Duit baju raya anak – anak pun dia telah bagi buat pertama kalinya. Dan dia telah sentuh aku kembali. Nikmat Allah, setelah 7 tahun, aku mengandung kembali. Akan tetapi, per4ngai baiknya, hanya sekejap. Setelah beberapa bulan, dia jadi garang kembali.
Selalu keluar tinggalkan aku dan anak – anak. Hati aku seperti dir0bek – r0bek. Dalam hati, aku syak ada sesuatu yang tidak kena. Kami sering berg4duh, aku amat sedih waktu itu. Di malam raya, dia keluar rumah katanya kerja di ofis, balik sampai pukuI dua pagi.
Aku bertanya kenapa dia balik lambat. aku dimarahnya, dan digelar isteri tak guna, hendak mengawal dia sahaja. Kami berg4duh, macam – macam dia tuduh aku, katanya aku lebihkan ibu aku. Sejujurnya, aku tidak pernah cerita pun masalah aku yang bertahun – tahun lama ini dengan ibu aku.
Kawan – kawan aku semua tidak tau, kerana aku hendak menjaga maru4h dia sebagai suami aku. Malam itu, aku menangis sampai satu malam, aku tengah mengandung 4 bulan waktu itu. Keesokan harinya, aku curi ipod dia dan telah call seorang rakan dia.
Selama mana aku berkahwin dengan dia, tidak pernah aku sentuh telefon dia. Tidak sekali pun. Aku amat percaya yang dia akan setia walaupun per4ngai dia tak elok. Aku yang b0doh sebenarnya. Pada hari itu, hari bersejarah buat aku, aku dapat tahu yang dia sebenarnya tidak pernah pun menceraikan wanita itu.
Maka, dengan itu autom4tiknya, takliq yang telah disebut sebelum ini, telah jatuh. Aku telah diceraikan beberapa lama, sebelum aku mengandung lagi sebenarnya. Allah maha Besar, terbukalah hijab.. wayang yang telah dilakonkan kepada aku.
Perempuan itu telah lama dengan suami aku, bercinta. Telah berjalan ke luar negara berkali – kali, bersuka – suka, sementara aku di rumah umpama orang gaji, membela anak – anak tanpa pembantu. Aku tidak pernah dibawa ke luar negara, apatah lagi anak – anak aku.
Aku merujuk kes aku ke mahkamah dan mahkamah mendapati, memang telah jatuh taIak ke atas aku. Tetapi, disebabkan sebenarnya aku tidak tau apa – apa, aku ditipu bulat – bulat, dan aku mengandung, mahkamah telah membuat rujook untuk mengesahkan bayi dalam kandungan aku, supaya tidak berbintikan Abdullah.
Pada waktu itu, aku mendapat kesed4ran. Seorang ayah jenis apa yang mampu melakukan sebegini kepada keluarganya. Kepada anak – anak? Seorang suami yang sanggup menipu sepanjang perkahwinan kepada isteri ? Mana pergi belas kasihan seorang suami melihat isteri dia ke hulu ke hilir bawa anak pergi kIinik tengah malam.
Segala s4kit, demam batuk, sendiri bawa kereta ke hospitaI. Sehari selepas aku melahirkan anak ketiga, dia pergi ke luar negara, kononnya kerja. Aku dapat tau, dia pergi dengan perempuan itu. Bayi dalam kandungan hampir menjadi anak h4ram kerana penipuan dia. Aku nekad.
Cukup di sini kisah kami, aku perlu keluar dari perkahwinan ini. Tiada rahmah, tiada mawaddah, tiada kasih, cuma wayang. Suami aku keluar rumah pada waktu itu kerana aku kurang pasti apa status aku. Tapi semenjak dari itu, dia pun tiada kata ingin kembali.
Akan tetapi, aku dig4ntung tidak bertali. Dibiarkan sahaja selama dua tahun. Walaupun begitu, dia masih memberi wang untuk anak – anak dan aku bersyukur. Aku mengandung sendiri, pening munt4h sendiri. Sendirilah bawa kereta ke hospitaI, sendiri jumpa doktor, sendiri jaga anak, sendiri hantar anak – anak ke sekolah, tuisyen, mengaji.
Aku menangis sendiri di dalam bilik air hampir tiap – tiap malam mengenangkan, betapa b0dohnya aku. Semuanya sendiri. Sebenarnya tak banyak beza dari dulu. Aku melahirkan anak aku tanpa suami di sisi. Anak – anak aku yang lain pun dia tidak ada kerana semua dibedah. Aku redha. Bukan rezeki aku.
Beberapa bulan lepas, aku membuat pemohonan di mahkamah, setelah dua tahun ditinggalkan. Alasan untuk bercerai, aku letak, CURANG. Apabila hakam bertanya, betul ke? Setuju? Selamba aje dia jawab.. SETUJU. (aku sedar di sini bahawa dia adalah seorang narc1ssistic – sila google )
Sekarang aku dalam IDDAH. Aku masih belum membuat tuntutan hadanah, nafkah, duit eddah dan mutaah. Rasa letih. Tapi untuk anak aku yang telah aku lahirkan ini, aku perlu. Panjang cerita aku kan.
Ini yang aku boleh rumuskan, jika cerita aku ini hendak diberi teladan :
1. Suami aku tau, hidup aku hanya untuk Allah dan keluarga. Aku tidak keluar bersosiaI. Masa aku hanya untuk kerja dan keluarga. Jadi, jika dia keluar ke mana – mana, aku memang takkan tau.
2. Suami aku tau, aku memang akan maafkan dia. Aku tidak kata aku seorang yang tidak berd0sa. Banyak d0sa aku dengan dia sebab aku marah dan sedih bila kami dilakukan sebegitu. Tapi, satulah pasal aku. Bila dipujuk, aku akan terima.
3. Ayah aku melakukan benda yang sama kepada mak aku, jadi dia tau, aku tidak mau anak – anak aku menerima nasib yang sama macam aku. Jadi dia tau, aku takut bercerai.
4. Aku memang seorang yang setia dan senang percaya dia.
5. Dan aku tidak akan bercerita dengan orang lain. Ibu aku sendiri pun aku tidak pernah cerita.. Begitu terk3jutnya dia apabila akhirnya, aku menceritakan semua ini.
Atas sebab – sebab di atas, dia telah mengambil kesempatan ke atas aku. Aku ingin berkongsi kisah aku untuk pengajaran yang boleh diambil dari cerita aku. Bercerai tidak salah. Hadith yang mengatakan cerai adalah yang dibenci Allah, itu adalah hadith palsu. Cuba sedaya mungkin untuk menyelamatkan keluarga kita. Tapi apabila sampai waktu di mana:
a. Hilang kepercayaan
b. Hilang rasa hormat
c. Hilang rasa sayang, kesian dan compassion
d. Selalu berg4duh
e. Anak – anak sering dimarah dengan teruk.
Fikir balik, adakah ini yang dijanjikan oleh Allah di dalam sebuah perkahwinan?
Jadi, wanita – wanita di luar sana, pertama sekali, jangan sekali – kali mengh4ncurkan hidup wanita lain. Allahuakbar, doa orang yang terani4ya, tiada hisab. Jika nak sangat berpoIigami, lakukan cara yang baik. Bukan buat maksi4t dan kahwin lari ke Thailand.
Kedua, berdiri atas kaki sendiri, jangan berg4ntung pada orang lain. Ketiga, jangan risau orang akan berkata pasal kita bercerai. Bila mereka mengumpat kita, pahala mereka, kita dapat. Allah dah janji itu. Keempat, hidup ini bukan untuk merendam air mata.
Kita ada objektif yang lebih besar dalam hidup, yakni, untuk kembali kepadaNya. Mampukan kita buat itu kalau kita asyik berg4duh. A happy mother, raises happy children. Macamana aku hendak bimbing anak – anak aku ke jalan Allah jika aku sendiri kemurungan.
Aku sudah habiskan 2 tahun hidup aku menangis. Sekarang masa untuk aku bangun. Anak – anak m4kin gembira dan tidak kisah pun ayah mereka jarang tengok diorang. Aku memang suruh mereka jumpa ayah mereka kerana tidak mau mereka berd0sa, tapi mereka tidak mau.
Takpe.. Pelan – pelan aku pujuk. Aku bersyukur pada Allah yang Dia telah memberi aku ujian ini kerana tanpa ujian ini, aku tidak akan dapat anak aku yang ke empat ini. Dan aku sedar, Allah hanya akan uji mereka yang dia sayang.
Di sini, aku ingin mengatakan, aku bukanlah tiada d0sa, aku seperti wanita lain, terIampau em0si. Tapi, aku sangat berdedikasi dengan keluarga aku, anak – anak aku. Aku tidak keluar bersama rakan selalu, hanya bertanya khabar melalui telefon.
Aku berk0rban segalanya untuk keluarga aku. Tiada apa pun yang suami suruh buat, aku tak buat. semua arahan dia, aku patuhi, kecuali jika dia berg4duh dengan ibu dia dan bila dia baran dengan anak. Aku sendiri tak tau apa salah aku, aku tertanya – tanya..
Akhirnya, adik dia sendiri mengatakan bahawa, dia dari mula – mula kahwin pun, tidak pernah setia. Selalu dia jumpa dengan perempuan lain. Aku hanyalah sebagai pelakon dalam wayangnya. AKU telah menghabiskan lebih dari 10 tahun perkahwinan, di dalam satu wayang gambar
Orang nampak seperti keluarga kami bahagia, memang narc1ssist begitu tapi di belakang tabir, hanya aku dan anak – anak sahaja yang tahu. Dia tidak sayang aku, aku terima itu. Aku memohon d0sa – d0sa aku yang lepas, dih4puskan dengan ujian ini. Inshaa Allah.
Aku harap bekas suami aku itu berbahagia dengan apa yang telah dia lakukan dan mencapai apa yang dia inginkan selama ini. Jika perempuan itu, mampu membuat dia bahagia, alhamdulillah, setidak – tidaknya s4kit aku atas menindasan ini, berbaloi baginya. Terima Kasih , Assalamualaikum. – Farah
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.