Saya nekad berhenti belajar konon nak berniaga. Saya jumpa seseorang minta pinjam RM50. Dengan RM50 saya fotostat 300 risalah untuk jual tanah. Dengan harapan saya dapat sikit komisyen bila tolong jual tanah. Tak sampai 3 jam, saya dapat pulangan RM2000!
#Foto sekadar hiasan. Segalanya bermula pada bulan Ramadhan 2010. Masa itu saya benar – benar berada digaris mula membuuru impian ini. Saya benar – benar bermula dari kosong. Saya dari keluarga susah. Malah pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut.
Saya masih ingat lagi saat melihat ibu saya menangis. Ibu menangis kerana sedih melihat ulat di kocek baju saya. Pada masa itu saya bekerja sebagai budak pengangkut sampah. Saya katakan kepada ibu agar jangan sedih dan mohon terus doakan kejayaan saya.
Saya yakin akan kasih sayang Allah kepada h4mba-Nya. Sebelum kita diberi nikmat kita tentu diuji dulu. Begitulah lazimnya. Itulah juga yang berlaku kepada saya. Semasa bergelar pelajar lagi, saya sudah mula berusaha mencari duit sendiri untuk bantu keluarga.
Malah saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran KIST (Kolej Islam Sains dan Teknologi ) cawangan Bachok. Kebun seluas itu juga saya kerjakan bersendirian. Saya masih boleh dilihat mencangkul di kebun jagung walaupun 30 minit lagi peperiksaan akan bermula. Kalau ingat balik rasa kelakar pun ada.
Kebun jagung yang sudah hampir membuahkan hasil itu menjadi sand4ran saya kerana itu saya nekad dengan keputvsan untuk berhenti belajar. Kononnya untuk memberi tumpuan kepada bisnes kebun jagung saya. Namun, takdir Allah mengubah segala – galanya.
Ribut kuat yang jarang – jarang berlaku telah melanda kawasan Besut pada tahun itu. Seterusnya memusn4hkan segala impian saya. Ia berlaku pada masa tongkol – tongkol jagung sudah mula menguning. Saya terduduk.
Segalanya musnah dalam sekelip mata. Bukan sahaja harapan meraih untung h4ncur berkecai malah saya terp4ksa pula menjual satu – satunya motosikal buruk yang satu – satunya saya ada demi melunaskan sewa tanah kepada orang kampung. Selepas itu saya hanya berjalan kaki untuk ke mana – mana.
Sudahlah begitu, saya terp4ksa juga berdepan dengan pilihan yang berat. Iaitu pilihan di antara mahu meneruskan kuliah saya di KIST atau sebaliknya. Minat saya yang membuak – buak terhadap bisnes mem4ksa saya membuat pilihan ke-2.
Hasilnya saya dicemuh oleh hampir semua orang yang saya kenal. Masa depan saya gelap kata mereka! Pada masa itu saya merasakan sedang berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan ini. Saya kehilangan kebun dan saya telah ‘kehilangan’ kuliah dan tiada kerja. Sudah tentu saya tiada wang. Saya tidak punya apa – apa lagi.
Pada masa itu saya cuma ada Allah. Itulah satu – satunya harapan saya. Saya memujuk hati untuk mempercayai bahawa takdir Allah semuanya baik. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, pasti ada pelangi lepas hujan.
Seterusnya pada hari bersejarah itu, saya bertemu seseorang dan mohon dipinjamkan wang sebanyak RM50 bagi memulakan hidup baru. Modal itu sebahagiannya saya gunakan untuk fotostat sebanyak 300 keping risalah dengan maksud mahu menjual tanah bagi pihaknya.
Dengan harapan bolehlah mendapat sedikit komisyen jika ada orang yang mahu membeli. Pada ketika itu saya memang tidak tahu apa – apa tentang urusan jual – beli tanah. Apa yang saya tahu cuma mahu mengedarkan risalah.
Dan memang hanya itu saja peluang yang saya ada. Rasa terp4ksa dan malu usah cakap. Saya tidak mampu untuk memikir selainnya, saya takde pilihan lain. Benarlah sesungguhnya Rezeki hanyalah dari Allah. Sesingkat 3 jam saya berhasil mendapat RM2000 dari usaha itu.
Seterusnya meningkat menjadi berpuluh dan beratus ribu ringgit dan dalam tempoh beberapa bulan sahaja seorang yang asalnya ‘zero’ tiba – tiba menjadi ‘hero’. Ya, saya benar – benar menjadi hero sehingga saya Iemas dan leka dalam limpahan rezeki yang tidak disangka – sangka itu.
Tapi saya sangat bersyukur kepada Allah yang segera memimpin saya agar segera kembali ke pangkal jalan. Saya segera sedar bahawa rezeki itu sesungguhnya kurniaan Allah dan bukan kerana hebatnya usaha dan kepintaran saya.
Jadi saya nak cerita macam mana saya boleh jadi ‘hero’ sedangkan saya pun tak sangka. Tapi mungkin amalan ni yang membawa saya menjadi hero. Contohnya, saya tidak akan memulakan kerja selagi belum bersedekah. Begitulah yang saya lakukan setiap hari.
Alhamdulillah rezeki terus datang mencurah – curah sehingga sejuta yang pertama dapat saya raih dalam tempoh setahun. Tepatnya pada bulan ramadan tahun berikutnya. Iaitu pada bulan ramadan tahun 2011. Ada suatu hari saya mendapat panggiIan telefon dari seseorang yang mahu menjual tanah.
Tanah seluas 5 ekar itu terletak di Kampung Raja, Besut. Tuan tanah dengan senang hati mahu menjualnya kepada saya. Malah beliau mahu menjualnya dengan harga RM428,000. Ternyata harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah dari harga pasaran ketika itu.
Kemudian saya pecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Keseluruhan tanah – tanah lot itu dapat dijual dalam tempoh setahun. Urus niaga itu berjumlah RM1.5 juta. Allahuakhbar.. Akhirnya seorang budak miskin berjaya menjadi jutawan.
Hari ini apabila direnung kembali skrip kehidupan lalu, saya segera insaf. Rezeki besar yang Allah beri sesungguhnya bukan sekadar untuk memenuhi keperluan saya semata – mata. Bukan milik saya sepenuhnya. Rezeki yang melimpah ruah itu rupa – rupanya untuk dikongsi dengan ramai orang lain yang lebih memerIukan.
Alhamdulillah dengan izin-Nya saya berusaha menjaga kebajikan sekitar 70 orang anak – anak yatim dan miskin. Mereka berada di Besut, Pakistan, Kemboja dan Indonesia. Saya percaya jumlah mereka ini akan bertambah lagi.
Namun, saya tidak pernah bimbang tentang rezeki. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui keperluan saya. Saya sekadar melakukan kerja – kerja yang saya mampu, selebihnya biarlah Allah melakukan kerja-Nya.
Akhirnya saya sampai ke titik keyakinan bahawa menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari – cari rezeki. Yakni mengutamakan Allah dalam setiap masa dan keadaan.
Komen Warganet :
Fatin Rasol : Kisah yang betul – betul memberi inspirasi dan memang betul rezeki tu Allah yang bagi dan tak salah alamat. Yang penting ada usaha, Dia nampak usaha tuan. Semoga kisah ini dapat dijadikan motivasi kepada ramai orang ‘susah’ di luar sana. Bila susah, miskin kena usaha. Bukan hanya meratap, salahkan orang lain atas kemiskinan yang dihadapi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.