Kak ipar saya tak kerja tapi boleh dik4takan 90% kerja rumah, ibu saya yang laksanakan. Si menantu hanya sendukkan nasi ke pinggan suami je, itupun pinggan belum tentu dibasuh sendiri. Ni saya baru balik dari rumah ibu, mengucap panjang saya tengok keadaan rumah. Ibu saya senyum sambil geleng kepala..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Tujuan saya tulis dekat sini sebab saya nak minta pendapat dan mungkin cara yang sepatutnya untuk masalah yang akan saya kongsikan ni. Ibu saya berumur 60-an , saya merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik.
Abang sulung saya sudah berkahwin dan kini bekerja sambil menyambung pelajaran di luar negara. Abang kedua telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Manakala saya yang bongsu belum berkahwin. Saya bekerja agak jauh dan hanya akan pulang ke rumah ibu saya 3 ke 4 kali sebulan.
Ibu saya masih lagi kuat untuk membuat kerja rumah seadanya. Ibu sekarang tinggal di rumah peninggaIan arw4h ayah bersama abang kedua saya dan isterinya. Jadi dalam rumah tu ada ibu, abang, isteri dan 2 anak yang berusia 4 dan 6 tahun.
Masalah di sini ialah, menantu malas atau boleh dik4tegorikan sebagai tidak membantu ibu saya di rumah. Mainan anak yang bersepah dibiarkan, makanan anak yang tumpah juga dibiarkan. Belum lagi cerita bab singki penuh dengan pinggan mangkuk.
Saya balik ke rumah ibu, tengok ibu sentiasa penat kesana sini menjaga cucu. Menantu buat apa? Ada, tengah main telefon sambil tengok tv. Untuk pengetahuan semua, kak ipar saya tidak bekerja tapi boleh dik4takan 90% kerja rumah, ibu saya yang laksanakan.
Si menantu hanya menyenduk nasi ke pinggan suami sahaja, itupun pinggan belum tentu dibasuh sendiri. Ibu saya bukan jenis suka mengarah sebab dia rasa sebagai orang yang jauh lebih muda, menantu yang menumpang, seharusnya tahu tanggungjawab kerja rumah.
Ibu selalu cakap kat saya, “kalau kau dah mampu fikir nak kahwin, beranak pinak, selayaknya kau mampu fikir apa tugas kau sebagai isteri dan menantu.” Saya pegang kata – kata tu. Dan sebagai seorang yang normal serta berfikiran w4ras, benda – benda tu semua bukanlah satu hal yang perlu kita pergi kursus dan sebagainya. Semua tu common sense.
Anak pula diajar tidur dengan nenek, konon nak biar nenek tidur berteman. Tapi anaknya jam 2-3 pagi merengek, nak susu, nak ke tandas. Siapa yang uruskan? Ibu saya lah! Ibu budak tu tidur dengan aman damai tanpa gangguan.
Cukuplah dengan siang hari ibu bekejar sana sini mengawal cucu. Risau cucu jatuh, risau itu ini semua. Maklumlah orang tua kan. Tapi si menantu tu saya tak tahu apa perasaan dia tengok mertua buat semua kerja. Seronok ke?
Sedangkan dia pun ada mak. Suka eh kalau mak dia jadi h4mba? Saya baru balik rumah tadi, empat beranak tu keluar membeli peralatan sekolah anak, tinggalah ibu saya sendirian. Saya masuk sahaja rumah dah terpijak mainan.
Terus saya istighfar dalam hati, tak nak rosakkan mood nak jumpa ibu dan habiskan cuti tahunan kat rumah ibu. Ibu sentiasa menyambut saya dengan senyuman tetapi kelihatan penat di wajahnya. Ruang tamu dah tak nampak sofa, penuh dengan mainan, baju budak – budak tu semua, dinding berconteng m4kin banyak.
Allah.. saya mengeluh panjang, saya terus ambil bakul, masukkan mainan, masukkan pakaian, letak di tepi. Laluan ke dapur pula betompok – tompok air milo anak buah, langsung tidak dilap, ditinggal bersemut. Ibu hanya mampu menggeleng kepala sambil mencuci pinggan mangkuk di sinki.
Sisa yang anak menantu makan sebelum keluar tadi. Saya tak tahu macam mana nak tegur. Ikutkan hati , saya nak bawak ibu keluar dari rumah ini untuk tinggal bersama saya, tak perlu lagi jadi kuIi. Tapi saya risau, jika ibu tinggalkan rumah ni, apa akan jadi dengan rumah ni?
Saya lebih suka jika empat beranak ni balik ke kampung belah isteri, memang bersih satu rumah. Tenang je rasa. Maaf jika ayat berterabur, saya nak dapatkan penyelesaian untuk masalah ni. Ni pun saya taip hantar pada kawan dan minta kawan send pada page ni. Jadi apa cara yang sewajarnya untuk bagi kesed4ran kepada menantu yang macam ni?
Komen Warganet :
Noriyah Nories : Pandangan saya baik sis bawa mak tinggal dengan sis. Kesian kat mak tu. Memang penat nak buat segala kerja kat umah dengan cucu – cucu yan mungkin tengah lasak. Ada mak hargailah. Jangan nanti sis menyesal dan kalau boleh bincanglah dengan abang tu elok – elok. Tak kesian ke kat mak yang sepatutnya sekarang time dia berehat. Time dia beramal ibadah.
Fatimahtul Azzahra : Direct je face to face depan abang dan kakak ipar tu. Berani bersuara demi ibu bukan orang lain. Dan bukan juga tanda biadap. Tapi kena faham energy orang tua dan muda tak sama. Berterus terang lagi cepat dari biarkan takkn membantu apa – apa.
Kalau tak suruh je family abang kamu stay luar berdikari dan sediakan pembantu sorang untuk temani ibu kamu. Kamu berpelajaran rasa lagi tau apa yang harus buat untuk next step.. Good luck.
Ahmad Muhammad : Kita anak bongsu ni kadang – kadang abang susah nak terima nasihat, minta tolong abang sulung atau sed4ra mara yang dipercayai bagi nasihat pedas – pedas kat abang no 2 ni, sanggup buat mak macam tu, ni nak jadi calon anak derh4ka akhir zaman ni, yang bini dia pulak kalau betul sayangkan suami dia takkan biarkan dia takkan buat mertua camtu, sedih baca kisah ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.