Balik rumah suami marah – marah. Bila ditanya katanya jandanya minta tambah nafkah. Minta belikan telefon baru anak sebab yang ada dah rosak dan minta jenis yang terbaru. Depan pegawai mahkamah dia minta tambah duit upah dia jaga anak – anak..
#Foto sekadar hiasan. Saya sokong seratus peratus usaha membela nasib ibu tunggal, terutama yang masih berjuang berm4ti – m4tian untuk mendapatkan nafkah anak – anak. MaIangnya bekas suami tidak pernah ambil tahu kehidupan anak – anak yang ditinggalkan, sebaliknya lebih mementingkan diri sendiri dan keluarga barunya.
Lebih maIang ada isteri baru dan mertua menghalang anak – anak mendapat nafkah, ada juga yang menyorokkan bekas suami supaya tidak beri nafkah. Saya tak kata semua bekas suami lalai tanggungjawab, malah ada yang sangat sayangkan anaknya, sebaliknya dihalang oleh bekas isteri dengan mengenakan pelbagai syarat cekik d4rah mengani4ya suami.
Saya tak tuduh, tetapi bercakap dari pengalaman sendiri. Nama saya Shela. Saya kahwin dengan bapa tunggal dua orang anak. Suami saya setiap bulan tak lupa beri nafkah seperti yang dituntut, tetapi tidak pernah memuaskan hati bekas isterinya.
Sebaliknya menghalang anaknya berjumpa dengan suami saya. Kalau saya tahu dari awal per4ngai bekas isteri suami, Idan, pasti saya tolak lamarannya sebab per4ngai bekas isterinya meny4kitkan hati. Dan suka memburuk – burukkan saya bukan sahaja kepada jiran tetangga, malah kepada saud4ra mara Idan.
Saya bukan goda Idan. Saya kenal Idan ketika dia sudah tiga tahun menduda. Jadi dia tak boleh kata saya kacau suaminya, sebaliknya dia sendiri yang menolak tuah minta cerai dari Idan apabila permintaannya tidak dipenuhi.
Kata Idan, per4ngai jandanya cukup memaIukan. Masa bertunang lagi dia minta hantaran giIa – giIa. Kalau tak ikut, tak payah bertunang. Dia minta cincin berlian mata lima sebesar biji sagu mata ikan. Dan hantaran RM15K, kalau tak mampu tak payah kahwin.
Masalahnya ketika itu Idan baru sahaja bekerja, mana nak cari duit sebanyak itu. Kerana tak dapat cincin berlian idaman, dia ugvt tak payah bertunang. Idan patuh, tetapi selang dua minggu kemudian, setuju pula dan perkahwinan diteruskan. Itu cerita Idan.
Dan per4ngainya terbawa – bawa ketika berkahwin hinggalah membawa pada perceraiannya. Masalahnya ketika kami bertunang pun dia ugvt Idan. Hinggalah saya berkahwin sekarang hinggakan saya merasakan hidup saya sekarang seakan bermadu dengan bekas isteri Idan.
Sebab dia sering ganggu hidup kami, tujuannya supaya rumahtangga kami tidak aman. “Pelik bukan? Mana ada isteri bermadu dengan janda suaminya, tetapi inilah yang saya lalui. Saya bukan sahaja diganggu masa bertunang malah dah beranak sekarang pun dia tetap tak senang hati dengan hidup saya.
Saya tak tahu apa tujuan janda Idan ganggu hidup saya, tetapi yang jelas kadang kala Idan sering marah – marah bila balik rumah. Bila ditanya katanya jandanya minta tambah nafkah. Minta belikan telefon baru anak sebab yang ada dah rosak dan minta jenis yang terbaru.
Mana nak cekau duit. Dia memang ganggu mentaI dan ekonomi kami. Saya banyak mengikuti kisah dalam fb yang mendakwa bekas isteri sering ditindas dan tak dapat nafkah dari bekas suami, tetapi dalam kes kami, suami saya yang sering s4kit jiwa kerana gangguan bekas isterinya, kak Tim.
Untuk mengetahui masalah kami, biar saya cerita dari awal. Saya kahwin dengan Idan tiga tahun selepas dia bercerai. Kata Idan, hayat perkahwinan mereka tak lama. Lepas melahirkan anak kedua, Idan terp4ksa ceraikan kak Tim sebab dia tak mahu balik rumah kerana mendakwa tidak tahan dengan per4ngai dan kehidupan bersama Idan.
Sebenarnya sejak dapat anak pertama lagi, kak Tim minta cerai. Pernah juga kak Tim balik ke rumah emaknya dan enggan pulang ke rumah. Setelah pujuk memujuk barulah kak Tim balik dengan menetapkan pelbagai syarat.
Akhirnya bila anak berusia dua tahun, Idan terp4ksa ceraikan kak Tim. Dan Idan nekad tak mahu rujuk semula. Katanya dia sudah bosan dengan per4ngai kak Tim yang sentiasa berdolak dalik, mengugvt dan menc4bar kesabarannya.
Bukan sahaja selepas bersalin anak kedua, malah ketika bertunang lagi. Hingga membosankan emak Idan. Bila saya bertunang dengan Idan, saya pula jadi sasaran kak Tim. Dia telefon dan ceritakan keburukan per4ngai Idan, tetapi dalam masa yang sama dia telefon Idan ajak belikan kasut dan baju baru untuk anak – anaknya.
Dan syaratnya dia mesti ikut sama, sebab tak mahu orang lain buat pilihan untuk pakaian anaknya. Idan terp4ksa ikut sebab itulah masa dia dapat berbual mesra dengan anak – anaknya. Kalau tidak memang susah nak jumpa sebab kak Tim tak benarkan, bukan sahaja keluar makan makan, nak bawa anak – anak keluar berjalan – jalan tak boleh.
Kalau nak jumpa juga, kak Tim mesti ikut sama. Kalau anak – anak demam, Idan mesti bawa ke kIinik dan kak Tim mesti ikut sama. Demikian juga kalau membeli pakaian baru, apa lagi untuk hari raya. Syaratnya kak Tim mesti ikut.
Sebab dia tak suka orang lain tentukan pakaian anak – anaknya. Pernah berlaku sehari suntuk Idan keluar beli baju raya anak – anak dan berakhir mereka buka puasa bersama. Habis apa hal saya dan anak – anak di rumah? Dia memang meny4kitkan hati saya, cuba control hidup Idan walaupun Idan bukan suaminya lagi. Pelikkan?
Sebagai isteri tentu saya naik angin, akhirnya saya dan Idan bertengkar. Sebenarnya itulah yang kak Tim mahu, supaya kami bertengkar dan berg4duh. Untung mertua saya dapat selamatkan perkahwinan kami. Katanya jangan ‘termakan’ dengan ancaman kak Tim.
Dia memang tak senang hati kalau hidup kami aman damai. Kalau boleh dia mahukan Idan semula, tetapi malu dengan mertua saya. Walaupun saya sudah ada seorang anak, tetapi usaha kak Tim ganggu hidup kami tak pernah padam.
Dia sentiasa tak benarkan anak – anak bercakap dengan Idan melalui telefon. Kalau rindu, bawa anak – anak keluar dia benarkan, tetapi syaratnya dia mesti ikut sama. Dan dia tahu tentu saya tak suka. Inilah peluangnya berbaik – baik semula dengan Idan.
Idan tahu tujuan kak Tim. Dia tak beri nafkah, apa lagi, gempar satu bangunan pejabat kak Tim bawa cerita Idan ayah tak bertanggungjawab tak beri nafkah anak – anak. Walaupun ada yang tak percaya, tetapi bila dengar gaya kak Tim bercakap ‘hakim’ pun boleh percaya bulat – bulat, siap dengan memek muka dan air mata sekali.
Awalnya memang saya tak tahu, tetapi ada kawan Idan yang saya kenal bercerita, pasti saya beritahu Idan. Tetapi Idan buat ‘pekak’, lantak dialah kata Idan. MaIangnya dua bulan kemudian Idan dipanggil untuk runding cara oleh mahkamah Syariah.
Tuduhan kak Tim, sejak kahwin baru Idan lupa nak bagi nafkah anak – anak. Apa lagi meng4muk sakanlah Idan dituduh sedemikian buruk. Sudah pasti saya jadi m4ngsa amukan Idan kerana terlalu s4kit hati dengan kak Tim berb0hong sedemikian rupa.
Kata Idan, sejak bercerai dia memang beri nafkah anak – anak. Cuma setahun lepas dia tak beri nafkah sebab dia tidak dibenarkan berjumpa dengan anak – anak oleh kak Tim. Ketika kak Tim ditanya, dia jawab anak – anaknya bukan barang jualan, bagi duit boleh beli kasih sayang anak – anak.
Bagaimana dengan dia sebagai penjaga tidak dapat duit jaga anak – anak. Dia pun mahu duit sebagai upah. Terlopong mulut pegawai penasihat keluarga ketika mendengar jawapan kak Tim. Idan lagi bertambah meradang dengan jawapan kak Tim yang meny4kitkan hati.
Walau apa pun nasihat diberikan, kak Tim tetap tegas tidak benarkan anaknya jumpa dengan Idan. Dia tetap pertahankan haknya sebagai ibu demi menjaga keselamatan anaknya. Tetapi depan pegawai mahkamah dia berjanji akan benarkan Idan jumpa anak – anak.
Sebenarnya apa yang dilakukannya semata – mata mahu mengganggu hidup dan mentaI Idan, supaya bila balik rumah nanti, Idan akan terus meng4muk. Dan lama kelamaan membuat kehidupan kami suami isteri tidak tenteram dan tidak aman.
Ini yang kak Tim mahu. Katanya kalau dia tak bahagia, orang lain pun tak boleh nak hidup senang dengan duda dia. Sebenarnya kak Tim s4kit hati bila saya kahwin dengan Idan. Mertua saya nasihatkan supaya bersabar, katanya bukan saya saja yang jadi m4ngsa kak Tim, malah dulu beliau juga pernah merasa kejahatan perbuatan kak Tim.
Dia cuba melaga – lagakan Idan dengan ibunya. Pelbagai fitnah dia tabur sebab dia cemburu kerana Idan tetap sayangkan ibunya walaupun telah berkahwin dengan kak Tim. Dia mahu setelah berkahwin, Idan cuma layan dia seorang sahaja, mertua tidak boleh masuk campur.
Perbuatan kak Tim memang meny4kitkan hati, bukan sahaja Idan dimaIukan satu bangunan tempat mereka sama bekerja, malah saya juga difitnah melalui kawan – kawan sepejabat saya. Saya tak tahu macam mana dia tahu tempat kerja saya dan boleh kenal dengan dua orang pekerja wanita yang bekerja satu pejabat dan memang kenal saya.
Pelbagai fitnah dia hamburkan, nasib baik kawan saya kurang meminati cerita beliau, akhirnya cerita beliau m4ti tak sempat hidup lama. Kerana tidak ada orang yang menyokongnya dan mengapi – apikan ceritanya. Benar seperti kata mertua.
Kak Tim tidak mahu terima kenyataan bahawa dia sudah bercerai. Sebab itu dia sorong tarik anak – anak untuk memik4t Idan kembali. Hanya melalui anak – anak hasratnya untuk berkahwin semula dengan Idan akan menjadi kenyataan satu hari nanti.
Kak Tim tidak dapat terima kenyataan dia sudah bercerai. Istilah lebih tepat kak Tim dah giIa taIak. Kalau dulu dia bencikan bekas suaminya Idan. Sekarang dia s4kit hati bila lihat Idan hidup gembira bersama saya, dia tidak dapat terima kenyataan dia sudah bercerai.
Hidup saya seolah – olah bermadu dengan janda suaminya. Inilah yang dik4takan oleh tua – tua “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’’ hasratnya ingin mengejar kebahagiaan dan kemewahan hidup akhirnya diri sendiri yang rugi, hendakkan hidup lebih senang tetapi d3rita yang datang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.