Hanya dengan satu perlian yang aku post dekat fb terus gegar gempita keluarga mertua aku dekat kampung. Dah alang – alang dituduh kurang ajar, biar aku tunjukkan kurang ajar aku ni. Dari sini aku bertekad tak nak pulang tengok muka mak mertua dan ipar duai. Adik ipar aku siap mempertikaikan keturunan anak aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Nama aku Wan (bukan nama sebenar). Confession yang cuba aku tulis ni bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman aku.
Untuk pengetahuan pembaca, aku sudah berkahwin masuk tahun ke-7 november ni. Aku dan isteri aku umur sebaya. Kami kenal semasa kerja part time lepas SPM. Aku bekerja sebagai jururawat lelaki dan isteri aku sebagai akautan.
Sepanjang berkawan aku bukanlah calon kegemaran mak mertua aku. Maka segalanya bermula selepas sahaja aku berkahwin. Aku membawa isteri aku hidup di bandar. Setelah 2 tahun perkahwinan aku dapat tahu isteri aku aku menghidap left end0metri0sis (cyst di saluran fol0pian) dan right fall0pian blockage.
Peluang untuk isteri aku preggy amat rendah tetapi kadar penghasilan ovem baik. Setelah setahun didiagnosis. Isteri aku telah menjalani pembedahan keatas cystnya. Ini disebabkan pertumbuhan cyst terlalu cepat dan menggangu rutin harian.
Menurut doktor, pembedahan yang dijalankan tidak mengganggu kesuburan isteri aku. Setelah itu isteri aku masih belum berhasil untuk preggy. Maka aku dan isteri aku bersetuju untuk mengambil anak angkat. Pada bulan 7 tahun tersebut aku bertemu jodoh dengan anak kesayangan aku ni.
Ada seorang ibu muda memberi anaknya kepada aku disebabkan status luar nikah dan tidak berkemampuan. Aku ambil dari umur 3 hari. Orang tua aku amat lah gembira setelah menerima cucu yang ke 2 (adik aku beranak pada awal tahun).
Reaksi mertua aku pula nampak gembira. Anak aku telah disusukan oleh adik dan adik ipar aku. Disebabkan isteri aku aku tidak berjaya mendapat susu sendiri. Pada 2020 aku dan keluarga mertua telah ke Sabah. Setibanya di kundasang, anak aku mengalami demam panas.
Disebabkan suhu badan anak telah mencapai 39°c. Aku dah isteri aku bergegas ke HospitaI Ranau pada jam 12am. Alangkah terk3jutnya mak mertua tidak mahu temankan kami dan hanya berpesan supaya berhati – hati.
Setelah pulang dari sabah, demam anak aku masih on off. Setelah seminggu, anak aku telah dimasukkan ke hospitaI disebabkan demam mencecah 41°c. Sepanjang di hospitaI mak mertua aku hanya datang melawat sekali sahaja, itu pun tidak sampai 30 minit.
Kejadian seterusnya berlaku pada hujung tahun lepas. isteri aku perlu menjalani pembedahan lagi sekali. Hanya orang tua aku yang bersungguh – sungguh untuk menjaga anak aku sepanjang proses berpantang. Mak mertua aku hanya datang melawat isteri aku setelah lebih seminggu berpantang.
Alangkah terk3jutnya mak mertua aku perli dengan ayat ‘untung la’ disebabkan isteri aku ceritakan yang aku menjaga sepenuhnya sepanjang proses berpantang. Sudah la pembedahan kali pertama cuma datang tengok dekat hospitaI je.
Kali ni pun datang cuma 3/4 jam je. Siap order food panda lagi. Sedangkan aku dah siapkan masak untuk tetamu. Perkara lebih menyayat hati telah berlaku pada awal tahun ini. Di mana isteri aku membawa keluarganya untuk makan steamboat.
Sewaktu makan, aku marah dekat anak aku tu disebabkan sepupunya yang mengajak bermain sehingga tidak mahu makan. Sudah la masih musim pandemik, sepupunya pula asyik main tong gas dapur setamboat. Maknya pula buat tak hirau je anak dia.
Maka terjadi la sedikit pertelingkahan kecil. Sebelum pulang dari makan, aku sempat meminta maaf pada mak mertua aku, walhal aku merasakan yang aku tidak bersalah. Tetapi suatu ayat yang betul – betul buat aku terasa dan marah sehingga kini telah keluar dari mulutnya, ‘kau kena ingat dia bukan anak betul kau’.
Alangkah h4ncurnya hati aku mak mertua aku sanggup bercakap macam tu. Selang beberapa hari adik ipar aku text isteri aku dengan caci m4ki. Tapi isteri aku tidak membaIas. Setelah 3 bulan isteri aku mendiamkan diri, adik ipar aku text lagi dengan caci m4ki dekat isteri aku aku sebab tidak pulang ke kampung.
Siap tuduh yang aku ni kaki pukuI, manduI, kurang hajar dan bermacam – macam lagi. Hanya dengan 1 perlian yang aku post dekat status fb terus gegar gempita keluarga mertua aku dekat kampung. Dah alang – alang dituduh kurang hajar.
Biar aku tunjukan kurang hajar aku ni. Dari sini la aku bertekad lagi tidak mahu pulang tengok muka mak mertua dan ipar duai aku. Adik ipar lelaki aku siap mempertikaikan keturunan dan status anak aku. Selepas raya tahun ini, aku dan isteri aku bertekad untuk melakukan ivf.
Tapi maIangnya tidak berjaya disebabkan ovem isteri aku terlalu lemah setelah 2 kali bedah. Maka h4ngus la 30k yang aku simpan tanpa hasil yang aku bayangkan. Tapi aku tidak menyesal sebab pernah mencuba untuk mendapatkan zuriat sendiri.
Tapi keluarga isteri aku tidak ambil kisah pun sepanjang proses ivf berlangsung. Atas sedikit rezeki yang dikurniakan, aku telah membeli sebiji kereta yang sedikit mewah. Tapi isteri aku diperli sekali lagi sebab tukar kereta.
Senang cerita setiap kali aku tukar kereta ke beli hp ke beli rumah ke, mesti akan diperli oleh mak mertua aku. Sehingga aku sendiri tak faham kenapa? Pernah sekali ayah aku berbunyi sebab keluarga mertua aku selalu mempertikaikan cucu kesayangannya.
‘Sepatutnya aku yang bising sebab anak dia tak bagi cucu dekat aku sampai sekarang,’ Ni lah sekali je ayat yang keluar dari mulut ayah aku disebabkan tidak tahan mendengar cucunya dicemuh. Ayah aku cukup sayangkan isteri aku.
Setiap kali nak masuk bilik bedah ayah mesti akan peIuk isteri aku dan menitik air mata jantannya. Mak aku tak payah cakap la. Apa – apa hal isteri aku dulu dicarinya. Adik – adik aku pun selalu menjadikan isteri aku sebagai rujukan.
Apa – apa pun aku tetap bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang diberi. Walaupun isteri aku masih belum kurniakan aku zuriat, tetapi isteri aku cukup baik dan sabar. Aku tak pernah berniat nak tinggalkan isteri aku.
Pada aku ini lah isteri aku mithali yang diamanahkan untuk aku jaga selagi hayat. Aku sentiasa berpesan pada isteri aku. Apa yang berlaku antara aku dan mak mertua, tu hal aku dan dia. Isteri aku sebagai anak wajib balik ziarah mak, walaupun tanpa aku.
Bawa la sekali anak tu, walaupun diacah – acah sayang, dia tetap nenek pada anak aku. Dan anak aku tetap perlu ziarah ibu susuannya iaitu adik ipar aku. Sebagai pengakhiran aku berharap semua pembaca mendapat sedikit hikmah dan pengajaran dari confession aku ni. Sekian, wassalam.. – Wan (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Amelia Rodzman : PeIuk isteri kuat – kuat tau. Awak suami yang baik. Isteri awak hargai apa yang awak buat. Nasib saya sama dengan isteri awak. Asyik keluar masuk wad kena operate. Perut macam orang mengandung tapi tak de isi.
Biarlah orang nak kata apa pun, awak dengan pasangan je yang rasa. Keep pushing. Saya masih takde peluang nak jaga amanah dan nyawa manusia lain. Tapi saya percaya ada hikmahnya. Mungkin saya belum cukup kuat. Bahagiakan keluarga kecil awak. Those who mind don’t matter. Those who matter don’t mind. So concentrate on those who matter.
Jamilah Ahmad : Cucu saya pon sama macam anak tuan / puan, kami selalu abaikan apa yang lain – lain kata padanya. Pada kami, dialah yang mengajar kami menjadi saorang nenek dan datuk, mengajar anak menantu kami menjadi seorang ayah dan ibu.
Kami menjaganya dari dalam pantang ibunya hingga kini dah 4 tahun. Alhamdulillah, ibu ayahnya baru dikurniakan zuriat setelah 8 tahun berumahtangga. Dia tetap kesayangan kami semua. Kami doakan saud4ra dan isteri Allah kurniakan zuriat satu hari nanti. Insyaallah.. aamiin3 YRA
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.