Setiap malam, ibu aku akan tertidur pada jam 10 malam. Bapa pula akan masuk tidur di biliknya. Namun, setiap malam, saat aku boleh dik4takan terjaga setiap jam bermula 1-5 pagi, aku lihat ibu asyik dengan telefonnya. Bila ibu perasan aku terjaga, dia akan pura – pura tidur. Pernah aku cuba intai dan segala terbongkar..
#Foto sekadar hiasan. Aku warga kota yang pulang ke desa diberi cuti tanpa gaji untuk merawat peny4kit aku. Aku mempunyai seorang adik lelaki bernama Kimi (berusia 19 tahun) dan seorang adik perempuan bernama Shasha (berusia 11 tahun).
Orang luar mengagumi keluarga kami yang sentiasa bahagia. Ada yang mengagumi dan menginginkan seperti keluarga kami yang sakinah, mawaddah warahmah katanya. Bapa aku seorang petani yang selalu ke masjid (digelar warak), manakala ibu aku seorang surirumah yang rajin dan taat sekali.
Ibu aku memang “supermom” yang dikagumi. Dia bukan sahaja menguruskan rumah (basuh baju, pandai masak, kemas rumah, urus persekolahan adik, dan lain – lain) dan pandai melayan bapaku umpama raja malah merupakan anak dan menantu yang penyayang kerana bijak dan sabar mengurus nenek sebeIah bapa (Nek Mah) dan nenek sebeIah ibu (Nek Ros) yang tinggal bersama kami.
Nek Mah terlantar s4kit akibat str0k sejak 10 tahun lalu, manakala Nek Ros pula masih boleh berjalan cuma nyanyuk. Sesiapa yang menguruskan mereka pasti perlu memiliki kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Begitulah hebatnya ibu aku.
Bapa aku pula memang dikagumi kerana bijak memberi pendapat dan mudah memberi pertolongan saat diperIukan saud4ra mara dan orang – orang kampung. Mereka amat menghorm4ti bapa aku. Sejak kecil, keluarga kami sangat bahagia dan kami dibesarkan dengan didikan agama dan mementingkan pendidikan untuk masa hadapan.
Namun, segalanya berubah sejak kami meningkat dewasa dan segalanya terbongkar aku pulang ke kampung untuk kembali tinggal bersama mereka. Aku melihat bapa aku runsing memikirkan Kimi yang masih berd4rah muda.
Dia gemar keluar malam. Solatnya tidak terjaga dan pergaulannya tanpa batas dengan teman wanitanya. Sudah banyak kali dinasihatkan tetapi Kimi tetap dengan cara hidupnya yang mementingkan keduniaan dan kawan – kawannya berbanding keluarga sendiri.
Dia tak lekat di rumah, pulang sesudah azan Subuh dan keluar ke tempat kerja jam 10 pagi saban hari. Itu pun, ibu aku yang selalu meng3jutkannya yang liat bangun pagi. Bapa aku risau andai Kimi merosakkan anak d4ra orang.
Namun, tindak tanduknya tidak mampu lagi dikawal. Dia tetap degil. Shasha pula yang baru darjah 5 tetapi asyik bermain telefon. Pada mulanya telefon diberi untuk kelas PDPR semasa PKP, namun telah disalah guna. Bapa aku terjumpa mesej – mesej Shasha dengan lelaki yang berbaur mesra dan Iucah.
Shasha juga seorang pemalas. Malas belajar, malas solat, malas segalanya. Biliknya juga bersepah dan kotor dengan baju tak basuh dan tak dilipat bercampur semuanya. Jika bukan ibu aku yang menguruskan, memang terbiar sahaja.
Apabila disuruh kemas, solat dan belajar, dia buat tak tahu. Sedang satu demi satu ujian dengan sikap anak – anak timbul, sedang bapa aku cuba menyelesaikan segalanya sebaik mungkin, timbul ujian terbesar dalam hidup kami, di mana kesetiaan ibu aku diuji.
Ya, kalian tak salah baca. Ibu aku curang dengan bapa aku. Kadang kala, aku fikir yang kehadiran aku punca segalanya. Keadaan kesihatan aku menyebabkan bapa menyuruh ibu tidur bersebeIahan aku untuk menemani aku setiap malam.
Sesungguhnya, aku tidak selesa begitu. Bagi aku, aku lebih suka ibu dan bapa tidur di bilik mereka. Sekiranya aku memerIukan mereka, aku boleh panggil atau menelefon mereka. Namun, bapa berkeras untuk ibu menemani aku.
Ibu hanya menurut sahaja. Setiap malam, ibu akan tertidur pada jam 10 malam. Bapa akan masuk tidur di biliknya. Namun, setiap malam, saat aku boleh dik4takan terjaga setiap jam bermula 1 – 5 pagi, aku lihat ibu asyik dengan telefonnya.
Bila ibu perasan aku terjaga, ibu akan pura – pura tidur. Pernah aku cuba intai ibu, dan segala terbongkar. Bagi aku, ibu seolah terkena k3jutan budaya. Yelah, orang tua yang dibelikan telefon sejak usia 45 tahun dan kini usianya 55 tahun.
Bermula dengan aplikasi whatsapp, facebook, instagram lalu telegram. Bagi aku, perkara biasa jika ibu dan bapa aku gemar skroll facebook untuk melihat video – video resepi masakan, ceramah agama, dan lain – lain yang bermanfaat.
Namun, apa yang aku jumpa dalam telefon ibu begitu meng3jutkan aku. Aku melihat ibu rancak berbual Iucah di telegram, saling berkongsi gambar dan emoji Iucah. Siap join group lagi. Bukan 1, tapi banyak. Dan, jantung aku umpama mahu terhenti saat aku melihat video ibu aku sendiri di bilik air rumah kami yang dikongsi bersama lebih 10 kenalan di telegram.
Aku rasa random chat. Pada mulanya aku berdiam diri. Aku asyik pujuk ibu untuk tidur dengan bapa di bilik. Namun, ibu lebih memilih untuk tidur dengan aku agar boleh menggunakan kesempatan yang ada melayan perbualan Iucah tersebut.
Aku juga pernah menegur ibu, dan ibu seakan marah – marah kepada aku. Ibu juga mengugut aku sekiranya aku memberitahu bapa, pasti bapa menceraikannya dan pasti adik aku hidup terbiar kerana “br0ken family”.
Pada mulanya, aku termakan kata – kata ibu. Aku kasihankan adik aku. Namun, disebabkan ibu tidak berubah dan masih ket4gih p0rno, aku lantas membuka mulut kepada bapa aku. Aku meminta bapa menyiasat sendiri dan menasihati ibu.
Akhirnya, temberang ibu aku diketahui bapa. Cuma, bapa ingat ibu hanya berbual Iucah, bapa tidak tahu yang ibu turut berkongsi gambar dan video dirinya. Aku pun tidak menceritakannya secara terperinci kerana bimbang bapa aku bertambah kecewa.
Terlihat riak kecewa di wajah bapa, namun tidak sesekali dia meng4muk atau menceraikan ibu. Bapa hanya menyuruh aku membawa ibu pulang ke kota, ingin berjauhan buat seketika. Aku turutkan sahaja, kebetulan aku sudah m4kin sihat.
Keluarga lain pun tidak bertanya apa – apa, kerana bapa memberi alasan bahawa aku perlu kerja dan bapa menyuruh ibu menemani aku di kota kerana merisaukan aku. Hampir 2 minggu kami di kota, aku lihat tiap hari ibu menelefon bapa aku.
Dan akhirnya, bapa aku menerima ibu untuk kembali ke kampung. Mungkin dah hilang kemarahan dan kekecewaannya. Aku tak tahu apa yang berlaku antara mereka, namun saat pulang ke rumah, segalanya baik – baik sahaja seperti tiada apa yang berlaku.
Selepas itu, bapa berpesan kepada aku agar tidak mengungkit kisah tersebut hingga meny4kiti hati ibu. Bapa menyuruh aku tutup cerita dan kami mulakan hidup baru. Syukur. Allah masih menyatukan keluarga kami saat ujian getir melanda.
Aku tak sekuat bapa. Jika aku, pastinya sudah lama bercerai. Pastinya aku tak boleh memaafkan kecurangan pasangan aku. Namun, mulianya hati bapa. Dia menerima dan memperbaiki keluarga kecil kami dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Bapa akan menyeru kami untuk solat jemaah bersama, ajak ke majlis ilmu dan kulihat bapa bertambah menghargai dan romantik terhadap ibu. Mungkin apa yang jadi ada hikmahnya untuk memperbaiki kesilapan lalu.
Sebenarnya aku pendekkan cerita, bab telegram tu adalah kali ke-3 kecurangan terjadi. Kali pertama dan kedua sekadar perbualan biasa di facebook, saling tegur menegur , bertanya khabar dan bergurau senda. Kata ibu, sekadar mengisi kebosanan dan tak da niat apa – apa.
Cuma, bagi aku tetap salah kerana ibu isteri orang dan kena jaga maru4h dan batas pergaulan. Kali pertama dan kedua itu berlaku selang setahun yang lalu. Pada waktu itu, bapa sekadar menasihatkannya yang dia tersalah langkah.
Kali ketiga yang telegram ini yang paling teruk dan mengecewakan. Bagi aku, ibu licik. Kelemahannya hingga terkant0i kesalahan kali pertama hingga ketiga ini membuatkannya lebih berwaspada dalam mengatur langkah.
Ya, dia buat hal lagi setelah 8 bulan berlalu. Cuma kali ini, dia lebih berjaga – jaga hingga susah untuk menjejak bukti perbualan. Segalanya dipadam. Dan kata laluan telefonnya juga tiada siapa yang ketahui. Susah untuk menyiasat pada kali ini.
Tapi, aku tahu dia buat hal lagi kerana saat aku terjaga dari tidur, aku mendengar suara ibu sambil telefon ditelinganya. Jam 5.45pagi. Senang cakap, dia sedang buat perkara terkutuk tu saat bapa ke masjid untuk solat subuh.
Sesungguhnya, aku malu. Malu nak tegur. Malu nak marah. Malu nak sebut. Malu. Marah. Sedih. Kecewa. Tak tergambar. Rupa – rupanya ibu hanya berpura – pura insaf di hadapan kami semua terutamanya dengan bapa aku.
Dia masih ket4gih p0rno. Dan dia masih tidak menjaga maru4hnya sebagai seorang isteri. Pernah aku minta bapa melayan nafsu ibu agar dia tidak curang lagi dan bapa berkata akan memperbaiki kesilapan sekiranya berpunca daripada dirinya.
Mungkin ibu yang terlampau kuat nafsu hingga tidak puas dengan bapa. Rasa pelikkan dengan pernyataan ini? Aku malu nak tulis. Tapi, itulah yang aku fikirkan. Disebabkan tak puas, ibu aku cari yang h4ram. Namun, ada 1 punca lagi yang bermain di fikiran aku.
Mungkin, ibuku terlalu menjadi “supermom” yang taat pada suami, penyayang pada suami, anak – anak, ibu dan ibu mentua. Sebenarnya dia letih, terlalu letih dan ingin dibelai dan dimanja. Mungkin bapa tak cukup membelai dan memanjakannya sebab dia layan bapa aku macam raja.
Jadi, di sebalik keikhlasan dan kesebaran ibu, mungkin dia rasa terbeban tapi tak meluahkan lalu diluahkan pada orang yang salah. Entahlah. Aku pun tak dapat baca fikiran ibu aku. Tapi, 2 punca itu yang aku rasakan.
Sekarang, kecurangan kali ke-4 oleh ibu aku yang kini berusia 55 tahun ini sukar untuk aku ungkapkan pada bapa aku kerana tiada bukti dan ibu juga tidak menyedari yang aku melihat perlakuan tidak senonohnya. Bagaimana cara terbaik untuk aku nak beritahu bapa agar tidak remuk berkecai lagi hatinya?
Dengan masalah anak – anak, kini masalah isteri pula. Di usia senja mencecah 60 tahun, dia menghadapnya sendiri saat orang lain begitu mengagumi keluarga kami. Malunya kalau ada orang tahu. Kalau bercerai pun malu, akan jadi buah mulut orang.
Ibu aku mengambil kesempatan seolah yakin bapa aku tidak akan menceraikannya kerana menjaga maru4h keluarga. Bukan penceraian yang aku inginkan. Cuma aku tak tahu macam mana lagi nak sedarkan ibu. Kali ini aku lepaskan kerana sepandai – pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Harap bapa aku tahu sendiri nanti. Aku masih dilema. Andai lebih teruk perlakuan ibu aku, apa jalan terbaik yang harus aku lakukan? – Ruby (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Firas : Betul gamaknya apa yang awak jangkakan punca ibu awak jadi macam tu. Teringat kisah kawan saya yang hampir umur 50 curang dengan suami dia. Sama anak sulong dia dapat tahu tapi macam tu la juga tak berubah.
Yang sedih dia cikgu skandal dengan ustaz sampai tahap check in. Bukanlah pengaruh media sosiaI pun. Tu la ujian barangkali. Kawan saya kata sebab suami dia pernah skandal dulu so lepas 8 tahun macam tu baru dia pula buat hal skandal macam ni.
Perempuan bukan mudah nak melupakan. 1 tahap dia pun buat apa yg suami dia pernah buat kat dia cuma cara tu salah. Kawan saya cakap diorang still dalam ik4tan perkahwinan tapi hati dah kosong cinta dah takde yang ada hanya tanggungjawab dan tak nak cerai sebab anak – anak dah besar.
So masih berterusan skandal. Sebab tu perempuan senang masuk syurga tapi senang juga masuk api ner4ka. Moga kita dikuatkan iman tak diuji macam ni sampai akhir hayat kita. Sebenarnya bila kita tengok rumahtangga orang bahagia sebenarnya tak pun, apa yang dipaparkan kat media sosiaI tak sama pun realitinya masing – masing ada ujian dalam rumahtangga. Apa yang berlaku kat sekeliling kita jadikan pengajaran. Moga kita semua dikuatkan iman tak kira lelaki atau perempuan.
KakLong CikkTuan : Mungkin juga, ibu awak kena jaga 2 warga emas yang s4kit, adik – adik yang degil perlu diurus macam budak kecik. Nenek – nenek awak tu mungkin boleh bincang dengan adik beradik mak ayah awak yang lain untuk buat sistem giliran jaga dan minta ayah awak bawak mak awak bercuti jauh dari kampung, kalau boleh luar negeri yang awak tinggal sekarang. Masa tu boleh lah ayah awak bercakap dari hati ke hati dengan ibu awak dan semoga dengan jalan ini ada jalan penyelesaian terbaik untuk kedua ibu bapa awak.
Fisah Nodin : Bila peringkat umur 60-an ni biasakan diri untuk mengingat m4ti. Dengan mengingat m4ti, boleh mencegah diri kita daripada melakukan maksi4t, perbuatan berd0sa, serta dapat menghindarkan perasan cinta terhadap kesenangan dunia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.