Atas belas ihsan sebagai seorang adik, ibu membawa mereka sekeluarga tinggal bersama kami.. Segala makan pakai mereka ibu dan ayah aku yang tanggung. Tapi sejak ibu ‘bela’ mereka, aku perasan perniagaan ibu m4kin teruk, ibu m4kin kurus. Pakcik pula kuat meminjam..
#Foto sekadar hiasan. Salam. Maaf jika aku gunakan medium ini untuk meluah. Situasi aku hampir sama dengan cerita Ibu Mertua dan Adik beradik ipar melampau. Terdetik hati aku untuk berkongsi kisah yang terjadi tahun lepas.
Keluarga aku tinggal di bandar. Kami pulang ke kampung untuk ziarah nenek. Ibu aku mempunyai seorang abang iaitu pakcik aku. Pakcik aku mempunyai isteri dan anak yang ramai termasuk tiga cucu di bawah jagaannya.
Mereka sekeluarga tinggal di dalam rumah kecil yang tidak ubah seperti stor. Di situlah dapur di situlah ruang tamu. Sempit dan bagi aku tidak sesuai untuk anak – anak saud4ra aku yang masih kecil. Atas belas ihsan sebagai seorang adik, ibu bercadang untuk membawa mereka sekeluarga tinggal bersama ibu.
Segala makan pakai mereka ibu dan ayah aku yang tanggung. Terdetik di hati aku kenapa tidak ada langsung orang yang mahu menolong mereka terutama sekali adik beradik ibu. Sepupu aku menceritakan pada aku betapa k3jamnya ibu – ibu saud4ra aku yang langsung tidak pedulikan mereka.
Melihat akan kesusahan mereka dan kemewahan hidup ibu – ibu saud4ra aku, aku percaya cakap mereka bulat – bulat. Alhamdulillah ibu dapat buka sebuah restoran makan. Lalu, ibu bawa keluarga pakcik aku untuk bekerja dengan ibu dan rumah kedai tingkat atas restoran ibu beri kepada mereka dan sewa ditanggung sepenuhnya oleh ibu.
Sepupu aku dibenarkan menjual kuih dalam restoran tanpa dikenakan caj sekalipun. Tapi, hari demi hari aku lihat kehidupan keluarga kami jadi sem4kin susah. Ibu pula sem4kin kurus. Hasil jualan restoran sem4kin susut.
Ibu anggap itu ujian dari Allah. Pakcik pula selalu meminjam dari ibu aku, untuk perbelanjaan anak – anaknya. Atas rasa simpati, ibu beri walaupun masa itu ibu sangat kesempitan wang. Ayah hanya diamkan diri kerana tidak mahu ikut campur urusan keluarga ibu namun ada juga ayah menasihati ibu untuk tidak terlalu memanjakan mereka kerana hutang keluarga aku sem4kin bertimbun dengan bebanan yang terlalu banyak.
Sepupu – sepupu yang kerja bersama ibu pun kerja acuh tak acuh. Lebih banyak berehat dari bekerja. Abang sepupu aku bekerja dengan gaji jauh lebih tinggi dari aku setelah tamat pengajian tapi aku hairan mana perginya duit gaji sehingga tidak mampu tolong keluarga sendiri.
Itupun, perbelanjaan pengajian abang sepupu sepenuhnya ditanggung oleh ibu. Malah, ada suatu hari aku dihasut oleh sepupu bahawa kawan rapat ibu ada skandal dengan ayah aku. H4ncur luluh hati aku mengenangkan perbuatan ayah.
Namun, entah kenapa naluri aku mengatakan ayah tak mungkin berlaku curang kerana siang malam ayah sentiasa ada bersama ibu bekerja. Cuma, ayah selalu menegur perbuatan sepupu aku yang selalu keluar malam dan malas bekerja.
Konflik bermula, apabila sepupu aku meminta ayah aku menguruskan urusan lesen keretanya dengan memberi sejumlah wang. Ayah terlalu sibuk sehingga lupa uruskan lesen tersebut. Sepupu aku mula menuduh ayah makan duitnya dan meminta semula duit tersebut.
Ayah terus bagi balik duit dia dan berlaku pertelingkahan. Ayah diamkan hal ini dari kami. Sepupu aku yang aku anggap seperti adik sendiri mula menghasut aku dengan merungut, “lesen ke mana duit aku ke mana. Aku malas nak bising la kakak.”
Bercambah rasa salah sangka aku pada ayah, kenapa ayah sanggup ambil kesempatan atas orang susah? Hari demi hari berlalu, ibu mula berhutang untuk menyelamatkan restoran dari lingkup. Aku pula mendapat pekerjaan di salah sebuah syarik4t swasta.
Aku beritahu ibu untuk melepaskan restoran dan meniaga dari rumah kerana aku mampu untuk tanggung keluarga. Ibu akur terp4ksa lepaskan restoran dan keluarga pakcik hilang punca pencarian rezeki. Ibu beritahu keluarga pakcik, bahawa dia tidak mampu lagi tanggung sewa mereka dan nasihatkan sepupu – sepupu aku untuk bekerja sama – sama bantu keluarga.
Pada mulanya mereka setuju tapi malam itu, keluarga pakcik datang ke rumah kami menagih duit yang dik4takan diambil oleh ayah dari akaun bank sepupu aku. Sepupu aku seolah – olah hilang hormat ke atas ayah dan menunding jari kepada ayah dan meninggikan suara.
Aku hilang sabar dan memberi duit yang ditagih oleh mereka. Namun, belum cukup dengan duit, ibu aku pula dik4takan bawa mulut mengumpat keluarga mereka di sana sini. Ibu naik angin. Adik aku menangis ketakutan.
Aku hilang sabar lalu menghalau mereka keluar dan mengugvt untuk melaporkan mereka pada polis kerana mencer0boh rumah aku dan mencetuskan perg4duhan. Mereka keluar namun sepupu masih lagi menengking ibu.
Pelbagai m4ki hamun dilemparkan oleh sepupu aku pada kami sekeluarga di laman sosiaI. Namun, ayah nasihatkan kami untuk berdiam diri dan enggan perg4duhan sem4kin teruk. Sejak itu, satu demi satu perbuatan khi4nat mereka terbongkar.
Bukan sahaja ibu, malah ahli keluarga ibu juga pernah dikhi4nati namun mereka enggan melarang kerana ibu berdegil mahu membantu. Tanah pus4ka nenek habis dijual oleh pakcik. Ibu sedih dan rasa dikhi4nati oleh abang sendiri.
Kerana simpati, ibu dikhi4nati. Mereka tidak suka pada ayah kerana suka menegur perbuatan mereka lalu mereka reka cerita kononnya ayah curang. Kini, aku dengar kehidupan keluarga mereka sem4kin tidak terurus. Di sana sini orang menjaja cerita mereka penipu dan suka ambil kesempatan.
Alhamdulillah, kini keluarga aku mula stabil. Aku bekerja keras untuk membantu ibu dan ayah. Aku bertegas dengan ibu untuk berhenti menolong orang sehingga diri sendiri susah. Mungkin ada yang katakan aku k3jam tapi aku tak rela melihat ibu sedih. aku mahu ibu hidup senang. – Anonymous
Komen Warganet :
Nur Afizah : Love your spirit. Pertahankan selagi mampu. Kalau aku dah campak bagasi dorang keluar dan jangan pernah izinkan masuk dalam life or rumah lagi. Dah khi4nat, tak payah bagi muka sangat. Hmm
Eidda Hisham : Ni macam cerita lembu lepaskan buaya yang tersepit dek ditindih kayu balak tu.. Akhirnya buaya plak yang gigit kaki lembu. Jahat betul – betul. Orang macam ni memang tak layak dibantu. Cukup la sekali terkena.
Dania Dashrin : Tindakan awak tu betul.jangan terlalu baik dengan orang yang dah khi4nat kita lagi – lagi yang khi4nat kita tu keluarga sendiri. Saya pernah rasa dan s4kitnya sampai sekarang tak hilang – hilang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.