Suatu hari mak ayah aku p4ksa aku bawa mereka ke rumah kakak aku dekat bandar, rindu sangat pada cucu. Tanpa bagitahu kakak aku, aku dan mak ayah terus gerak ke bandar. Sampai je dekat pintu rumah dah dengar suara budak menangis. Luluh hati mak ayah aku nampak depan mata..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum terima kasih admin. Aku menulis dekat sini untuk meluahkan kes4kitan hati aku. Aku ada 4 orang adik beradik, tapi dekat sini aku nak fokus pada seorang kakak aku. Bukan nak fokus pada dia sangat pun tapi pada anak – anak dia.
Kakak aku berkahwin 8 tahun lepas. Setahun lepas kahwin, dia dikurniakan cahaya mata sepasang kembar merangkap anak buah aku. Aku namakan mereka Anif dan Anaf. Masa kakak aku tengah berpantang, abang ipar aku diberhentikan kerja.
Mereka struggIe dengan masalah kewangan dan buat keputvsan untuk tinggalkan Anif dan Anaf dekat kampung. Dalam adik beradik, aku seorang je yang belum berkahwin, jadi lepas aku habis belajar, waktu tu Anif dan Anaf berusia 2 bulan, aku cari kerja biasa saja berdekatan rumah untuk bantu mak ayah aku menjaga kembar tu.
Abang ipar aku dapat kerja baru tapi mereka tak ambil Anif dan Anaf, aku okay je sebab aku dah sayang sangat dekat kembar ni. Mak ayah aku sangat manjakan Anif dan Anaf. Kakak dan abang ipar aku balik cuma sebulan sekali lebih tepat sebulan 2 hari sahaja dan kalau balik pon mereka tak 100% jaga anak mereka.
Perbelanjaan anak pun banyak ditanggung mak ayah aku. Aku sangat sayangkan anak buah aku sampaikan aku tak kisah pun pasal kahwin. Aku jalani hari – hari yang happy dengan telatah dan celotah kembar tu. Tembam, putih, gemuk, comel.
Bila hari cuti aku, mak ayah aku bawak kembar berjalan – jalan. Aku rasa macam perfect sangat hidup aku masa tu. Tapi semua jadi terbalik, kakak aku dan abang ipar tuntut anak mereka waktu dah berumur 6 tahun. Kami tak ada hak nak halang.
S4kit sangat, mak ayah aku menangis setiap hari. Aku? 24 jam menangis, kerja pun tak fokus. 2 bulan kakak aku tak balik kampung, alasan supaya kembar terbiasa tanpa atok dan nenek. Waktu kakak aku balik, aku tengok kembar dah kurus dan nampak lemah.
Kakak aku cakap sebab demam. Aku menangis jaga budak – budak tu. Lemah, senyap, tak bertenaga. Budak tu cakap nak tinggal kampung, tapi kakak aku cakap tu tanggungjawab dia. Suatu hari mak ayah aku p4ksa aku bawa mereka ke rumah kakak aku dekat bandar, rindu sangat pada cucu.
Tanpa bagitahu kakak aku, aku dan mak ayah terus gerak ke bandar. Sampai je dekat pintu rumah dah dengar suara budak menangis. Ye abang ipar aku tengah ‘ajar’ anak – anak buah aku guna penyangkut baju. Luluh hati mak ayah aku nampak perkara tu depan mata.
Alasan kakak dan abang ipar aku ialah sebab budak – budak tu degil. Aku tengok Anif dengan Anaf macam budak ketakutan dengan mak ayah dia sendiri. Mereka peIuk atok nenek mereka seeratnya. Kurus dengan badan berbir4t berbekas penyangkut baju.
Mak ayah aku bawa budak berdua tu balik kampung. Menangis – nangis mak ayah aku tengok cucu macam tu. Apa yang aku boleh simpulkan ialah, kakak dan abang ipar aku tak jaga anak dengan kasih sayang. Ye mungkin sebab tak jaga dari kecil.
Bila budak tak dengar cakap terus guna kekerasan. Aku kenal anak buah aku macam mana, mereka bukan budak nakal, budak degil. Tak sampai seminggu, kakak dan abang ipar aku tuntut anak mereka semula. Budak – budak tu menangis, mak ayah aku tak nak lepaskan tapi kakak aku ambil juga.
Aku dah cuba cakap secara baik tapi kakak aku cakap “itu anak aku!” Kakak aku terangkan bahawa kejadian abang ipar naik tangan pada kembar tu yang kami nampak hanyalah sekali, dia cakap dia tak akan ced3rakan anak sendiri.
Tapi hati aku macam tak sedap. Aku bukan nak tuduh kakak aku sendiri tapi aku risau. Aku jaga dari kecil, nyamuk pun aku tak bagi hinggap dekat budak tu. Aku tak senang duduk fikirkan Anif dan Anaf, lagi – lagi bila dengar berita budak did3ra hingga nyawa menjadi galang ganti.
Aku mampu doa je dari jauh supaya Anif dan Anaf baik baik sahaja. Aku tengok mak ayah aku dah tak ceria macam selalu. Bukan mereka je, aku pun sama. 6 tahun jaga budak – budak tu. Dah sayang sangat, rindu sangat. Tapi apa boleh buat.
Kak, tolong jaga Anif dan Anaf baik – baik. Memang bukan anak kandung aku, tapi kalau apa – apa jadi, kau tunggu kak.. kau tunggu. – Yasmin
Komen Warganet :
Muhaizam Lee : Saya pon dijaga oleh atok nenek + mak cu. Ayah ibu keje kl. So dari kecik sampai sekolah rendah dok kampung la. Time cuti sekolah baru balik kl stay dengan ayah ibu. Memang lain rasanya. Ibu garang. Nenek takde pon marah saya.
Tapi saya seronok je stay Kat kl Waktu cuti dengan ayah ibu coz ada adik beradik lain. Bila da habis cuti dok kampung semula dengan mak cu. Bila masuk sekolah menengah, saya dok hostel sampai habis universiti. Da keje baru stay dengan ayah ibu yang duduk jaga atok nenek yang uzur.
So far, Saya sayang kedua – dua atok nenek serta ayah ibu. Memang berbeza cara keempat – empat orang tua saya jaga saya dan adik beradik. Mak cu kata, dia menangis kalau ayah ibu marah saya. Dan, mak cu juga merupakan salah satu daripada 5 orang tua yang saya sayangi dan tak pernah lepas daripada doa saya setiap kali solat. Pendek kata, pandai – pandaila ibu bapa nak didik anak, mereka lebih tahu akan keperluannya.
Hâññáh Prïñçêss : Sabarlah cik confessor. Macam mana kita sayang pun mereka tetap anak – anak kakak awak dan kakak awak boleh amik bila – bila masa je dia nak. Kita ni walaupun ahli keluarga nak jaga sampai bila – bila tu susah la sebab biasanya bila anak da nak sekolah baru mak ayah kandung dorang nak amik.
Sayang memang la da sayang sangat tapi nak wat macam mane kan. Kalau nak betul – betul puas hati kita je la mengandung, beranak anak sendiri baru takde orang nak berebut dengan kita. Tapi yang bab pukuI tu taktau nak kata ape la sebab kita orang luar taktau hari – hari ke dorang kene.
Atau kebetulan hari cik dan keluarga datang. Andai kata kalau ada tanda – tanda pend3raan kene laporkan kalau takde tu mean maybe dorang nak mendidik anak – anak.
Effa Tiara : Kakak confessor tak rasa malu ke? Dah lepas tangan kat anak – anak, mak ayah tanggung 6 tahun. Dorang tak ambik tahu. Dorang tak malu ke? Macam mane boleh jadi parents ni. My mom tinggalkan i dengan adik beradik dekat kampung.
Tak pernah sekalipun dia tinggalkan tanggungjawab dia jenguk kami. Walaupun tanggungjawab tu dia pikul sorang tanpa insan yang bernama suami. My mom tak pernah nak tuntut kami kat kampung sebab dia tahu arw4h nenek sayangkan kami. Bila arw4h dah tak de, baru kami stay dengan mak sendiri. Ur sister tak malu ke? I beruntung dapat mak macam mak i. Iloveu mom.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.