Gaji suami lebih 7k sebulan, tapi kalau pergi mall aku nak ambil coklat pun tak boleh

Aku tak pernah HALALKAN duit yang kawan dia dah tipu tu. Aku harap kawan dia baca ni! Kalau aku tau sapa kawan dia yang dah menyusahkan dia tu, aku nak tumbvk terus. Menyusahkan kami anak beranak.

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Tolong siarkn post ni min. Banyak sangat masalah terkumpul. Tapi cukupla yang ni dulu. Nak tanya kawan – kawan. Suami bab nafkah bagi, tak ada perempuan (rasanya) makan dan minum, rumah dia bayar tapi yang basic ja.

Masih lagi kalau pergi shop mall tu kalau aku nak ambik coklat, masih sukar. Kadang – kadang boleh kadang – kadang tak. Tapi aku ada juga bantu macam beli perabut – perabut, insurans dan kumpul duit anak semua aku.

Dia sesen pun tak ada masuk dalam akaun anak alasan sebab aku tak ada bantu apa – apa jadi aku yang perlu masuk duit ke anak sedangkan aku dah habis nak kat 100k lebih, masa awal perkawinan untuk lengkapkan rumah kami.

Dia kata, dia hanya bayar ansurans rumah. Ok, tak apa, aku tolong. Suami aku gaji besar sebulan 7k cuma setahun lepas dah naik jadi 8k anak kami baru sorang cuma yang menjadi masalah duit nya tak nampak dan kami selalu berg4duh.

Dan benda ni dah banyak kali berlaku. Gaji dia banyak habis kat bisnes bukan – bukan. Dia terlalu banyak percaya pada kawan – kawan dia yang offer macam – macam bisnes. Kawan dia pula, hanya gunakan dia sebagai capital sebab tak cukup duit.

Dan dia kalau buat perkara besar, tak bagitau aku. Aku str3ss sebab kami hidup terlalu berjimat kete pun 3rd hand kalau rumah rosak memang langsung tak dibetulkan dan sekang kami g4duh sebab dia nak labur 5 k dan katanya kawannya tak ada duit untuk order barang banyak – banyak borong dari china!

Kawannya tu nak jual kat online jadi kawannya mnggunakannya sebagai capital sebab income dia besar. Dan beli sikit – sikit dari dia. Tahun sebelum ni punya bisnes pun tersadai barang tak jual. Dah nak buat yang lain.

Macam mana ya nak settIe? Aku sebenyarnya dah menyampah sebab banyak keputvsan besar macam beli kete, buat biz, dll tak bagitau aku. Nampak gaya kalau poIigami pun tak bagitau aku. Aku pun rasa macam dah malas nak bincang dan mnta izin dia atas apa – apa perkara sebab dia tak pernah tanya pendapat aku.

Aku tak pernah HALALKAN duit yang kawan dia dah tipu tu. Aku harap kawan dia baca ni! Kalau aku tau sapa kawan dia yang dah menyusahkan dia tu, aku nak tumbvk terus. Menyusahkan kami anak beranak.

Suami aku kerja 24 jam sibuk, dia pula dah tunggu tepi pintu seolah – olah suami aku bank dia. Kami sendiri yang dah berk0rban masa, tak sempat merasa. Dia kata aku tak bersyukur. Ibarat seekor buaya yang tengah ngappp tunggu duit suami aku. Apa perlu aku buat?

Komen Warganet :

Sulastri Sunardi : Alhamdulillahh.. Laki aku gaji tak sampai 2k pon sebulan. Masih mampu nak bagi aku dengan anak makan je yg ape kami nak. Beli jer yang kami mahu kalau pergi shopping kat mall. Rumah pon ade selesa untuk kami berteduh. Alhamdulillahh.. Semoga dimurahkan rezeki mu selalu.. wahai suamiku.

Kali Pertama : Simple sebenarnya. Duit gaji laki ko tiada keberkatan walaupun besar.. Ada oanrg lain tu gaji suami dia 1k je anak 5 orang tapi anak bini dia selesa dan gembira. Nak tau sebab apa? Sebab dia bersyukur dan berkat gajinya.

Walaupun sikit tapi cukup kerana keberkatan tu ada. Sembang boleh tahan gaji 8k tapi hidup mer4na. Sila tunjuk penyata gaji laki beserta bukti dan resit berserta video sekali. Ntah – ntah gaji laki ko 1.8k je.

Mat Yus : Apa kata ko lantik diri puan sebagai akauntan kepada suami ko. Bincang dulu dengan suami elok – elok. Kawal dan rekod semua duit keluar masuk dan kasi report kat suami. Bagi suami terbukak mata sikit.

Kalau dah gaji 8k tu maksudnya suami tu somebody la kat company tu. Takkan tukang kebun kot yang tak reti urus duit. Something tak kena dengan cerita ni kot. Wallahualam

Riba Hayyamus : Ramai tak caya jenis MaCaM Ni. Aku penah jumpa oanrg MaCaM Ni. Gaji 20k sebulan keja offsh0re. Sekali balik 60k dalam tgn. Tapi tak nampak ape. Pakai keta buruk umah takde. Sebab duit dia guna jvdi online, cIubbing, s4bung ayam. Pastu kahwin harapkan gaji bini beli kereta dan rumah. Nasib bini keja gomen.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.