Duit belanja aku habis guna untuk kahwin, tapi skrg isteri nak bersalin dekat hospital swasta

Aku tak tahan, dalam hati aku mula timbul sedikit sesal berkahwin dengan dia. Aku tak tahulah dia baca ke tak confession aku ni, aku harap dia baca. Supaya dia boleh fikir.

#Foto sekadar hiasan. Aku berasal dari Melaka. Aku dah kahwin lebih kurang setahun. Isteri aku dulu belajar sama – sama dengan aku di universiti. Kami kahwin suka sama suka. Aku memang betul – betul sayangkan dia dan aku yakin dia pun sayangkan aku.

Kami pun merancang untuk meniti bahtera perkahwinan. Kerja aku biasa. Aku tak ada income yang besar. Tapi aku mampu dan pandai menyimpan, merancang untuk kehidupan selepas perkahwinan.

Apabila kami merancang untuk berkahwin, kami mula uruskan satu persatu. Beli barang – barang untuk hantaran. Isteri aku ini memang minat barang – barang yang berjenama. Aku faham, aku layankan sebab aku nak dia happy selagimana bajet aku mampu.

Aku yakin dia pun faham keadaan aku. Jadi kami pun beli barang hantaran sama – sama dan terus terang, cuma untuk barang hantaran dah mencecah RM3000. Ini tak termasuk cincin nikah, gelang emas yang aku rancang nak belikan untuk dia sebelum berkahwin.

Bila kami keluar sama – sama untuk beli cincin, aku pun beritahu dia bajet aku untuk cincin dan gelang emas. Dia mula ‘argue’ yang aku letak bajet terlalu rendah. Tak boleh dapat yang bagus dengan bajet sebegitu.

Aku pun terp4ksa naikkan bajet aku semula dan belanja lebih RM3000 juga untuk dua – dua barang kemas tersebut. Aku agak tertekan sebenarnya. Aku dah cuba jelaskan. Dia yang tak faham dan tak cuba memahami.

Tapi, bila kau dah sayang, bukan senang kau nak tolak. Perkahwinan menjelang tiba. Semua duit simpanan aku lebih kurang RM20k habis untuk bayaran wang hantaran dan barang – barang hantaran.

Aku cuba minta untuk dikurangkan sedikit wang hantaran sebab aku fikir kehidupan lepas kahwin. Tapi macam biasalah, adat melebihi keperluan. Aku pun bayarlah RM15,000 wang hantaran.

Untuk majlis sebeIah aku, bapa aku taja seluruh majlis kecuali benda – benda macam pakaian dan lain – lain. Aku terp4ksa pinjam kakak aku RM3000 untuk urusan – urusan walimah sebeIah aku. Sekarang aku dah kahwin dan dengan izin Allah aku akan menimang cahaya mata dalam sebulan lagi.

Aku nak beri isteri aku yang terbaik. Dia suka hospitaI swasta daripada kerajaan. Tapi aku tak mampu dah. Duit aku habis. Lepas kahwin berapa banyak belanja lagi. Aku susah nak menyimpan. Lagi – lagi dengan keadaan hari ini yang tak menentu.

Aku sangat tertekan. Aku tak boleh nak balance antara sayang dengan keperluan. Yang aku tak tahan, dalam hati aku mula timbul sedikit sesal berkahwin dengan dia. Aku tak suka perasaan macam ini, tapi benda tu dah mula datang.

Aku tak tahulah dia baca ke tak confession aku ni, aku harap dia baca. Supaya dia boleh fikir. Aku nak nasihat pada semua pemuda, gadis yang nak berkahwin. Fikirlah masak – masak. Jangan kau orang enj0y sehari tu, tapi kau menyesal nanti.

Tak kiralah lelaki atau perempuan. Memanglah orang akan puji hebatnya majlis kau, cantiknya barang hantaran kau. Tapi pujian tu tak cukup untuk tanggung kehidupan kau. Sayang kau dekat dia tu tak boleh tanggung kehidupan kau. Berhemahlah.

Sebahagian akan cakap jangan l0kek dengan isteri ataupun kahwin memang macam tu. Hanya sebab semua orang buat macam tu tak menjadikan benda tu baik. Aku tak pernah l0kek, aku cuma boleh beri ikut kemampuan aku.

Semua bakal pengantin, pasangan kekasih atau sesiapa pun, fikirlah benda ni masak – masak. Jangan menyesal kemudian hari. – Lelaki Yang Menyimpan Rasa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Adlin Farahin : Kalau isteri confessor baca, akak cuma nak pesan, kalau awak dapat suami yang reti menyimpan, ingat hari kemudian, ketahuilah yang awak sangat beruntung. Tak ramai lelaki yang akak kenal, ada per4ngai macam ni.

Kalau awak TAK HARGAI suami awak, akak harap awak tak menyesal dikemudian hari. Bersalin swasta memang dengar gah, tapi kalau berlaku sebarang kompIikasi yang berisik0, mereka akan tolak awak kat hospitaI kerajaan jugak.

Percayalah dik. Lepas ada anak nanti, awak kena fikir insurans, pampers, makanan berkhasiat, keperluan menyusu, duit kec3masan kalau anak s4kit. Sudah – sudahlah berkiblatkan kata – kata pujian orang.. sudahlah. Haaa kan dah ter-membebeI.. biasaaaaaa dia nihhh!

Intan Shafariza : Masa bercinta dulu takkan tak perasan dia jenis camne. Nampak materiaIistik betul ni. Tapi nak buat camne, dah selamat kahwin dah. Awak kena bertegas dengan isteri. Jangan ikut sangat cakap dia. Sebab dia ingat awak mampu. Awk sepatutnya berterus terang tahap kemampuan awak tu.

Daneesa Sabrina Nazaruddin : Tolong la suruh bini kau kerja kalau dia tak kerja. Ajar dia kalau kehendak dia melebihi keperluan, suruh dia beli pakai duit sendiri. Kau sediakan keperluan je, then baru dia tau kemampuan dia sampai tahap mana.

Ada perempuan sekali dia beli satu bag dah rm3k tapi peduli apa sebab dia mampu. Ada perempuan masa hantaran tu dia baru belanja rm3k. You should only marry a wife you can keep.

Norzanariah Ismail : Ukur baju di badan sendiri lah. Sanggup ik4t perut ke demi nak nampak mewah di mata orang? Sanggup susahkan pasangan sendiri demi nak puaskan kehendak di luar kemampuan?

Untuk confessor, suatu hari nanti bila kau tak mampu nak sediakan semua kehendak isteri, adakah dia akan bersama kau lagi. Dari sekarang kau kena didik dia supaya ukur baju di badan sendiri.

Jangan terlalu bermewah jika sekadar cukup – cukup untuk makan sahaja. Kau ketua keluarga, jadi nasihatkan isteri kau secara berhemah.

Al Nazifah : Harap isteri cik baca la, sedih rasa baca bab sesal tu. Semoga dapat menyedarkan dia, hidup ni kena ukur baju di badan sendiri. Kalau tak yang mer4nanya diri kita juga. Bab barang kemas tu, kalau lah keluarkan duit sendiri beli sendiri akan sedar betapa mahalnya, dapat beli yang 1g tu bersyukur sangat dah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.