Dalam masa sebulan selepas anak kami digugurkan, k4nser isteri saya merebak semula dengan cepat. Sebulan sahaja saya dah kehilangan isteri, Rai dah kehilangan ibu. Saya tak mampu nak jaga Rai, satu – satunya anak kami, saya tinggalkan dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, harap admin dapat post cerita saya. PukuI 3 pagi mengimbau kenangani saya tulis ni, cuma nak luah apa yang terbuku di hati kisah saya dan isteri tercinta, Sya. Sya, abang ingat lagi, zaman second year abang, kita pertama kali jumpa masa event hari terbuka universiti.
Abang ready nak bukak ‘stall’ sukan bola sepak untuk freshie, Sya pulak meja sebeIah siap – siap untuk sukan badminton. 3 hari persiapan sebelum hari terbuka, setiap malam abang perhati Sya. Manis cantik Sya pakai t-shirt siap handsock malam – malam datang siapkan decorations.
Padahal kawan lain datang dengan t-shirt biasa seluar tidur je. Iyalahkan, pagi petang class dengan aktiviti, malam je masa untuk buat persiapan. Dari situ kawan – kawan abang kacau student – student stall sebeIah beria buat hiasan glitter – glitter dan colorful board.
Padahal stall bolasepak kitorang bawa bola / kasut branded dengan papan markah rembat dari bilik sukan je. Hari – hari member mintak nombor, sorang pun tak nak bagi. Tapi hari last lepas event pagi tu, malam nak kemas – kemas stall baru abang minta dengan Sya nombor telefon.
Sya bagi. Hari first abang dapat rasakan putiknya indah bercinta dengan bakal bini abang masa tu. Dua bulan lepas tu abang isi borang keahlian sukan badminton pulak. Setiap hari selasa dan jumaat petang aktiviti sukan abang join dengan harapan nak tunjuk machonya abang pada Sya.
Padahal raket pun salah teknik pegang. Selama hidup abang wakil sekolah untuk sukan bola tapi bila masuk uni abang tukar sebab abang rasa ramai yang lebih hebat bola. (Padahal nak tukar sebab Sya). Kita berkawan dari abang second year dan 2 tahun kemudian abang final year baru kita bercinta.
Abang takkan lupa hari tu Sya, dari kita berkawan kepada mesej whatsapp Sya cakap ‘Sya pun rasa benda sama kat abang, jom la kita kahwin’. Abang screensh0t mesej tu abang print letak dalam dompet. Bagi semangat nak kahwin.
Lepas abang dah grad abang dapat tau Sya kena buat practical kat negeri abang. Bila fikir balik baru abang perasan, mungkin Sya saja minta jauh – jauh untuk dekat dengan abang. Abang kenalkan Sya pada mak, Sya malu – malu masa tu, mak suruh datang rumah kenal – kenal. Sya tak nak.
Last – last tinggal 2 minggu nak habis practical, kecundang. Masa kita bergayut, mak r4mpas telefon bebel suruh Sya datang nak kenal bakal menantu yang buat anak lakinya angau setiap hari bergayut. Hujung minggu tu jugak Sya datang dapat kenal mak ayah abang yang sporting macam mana.
Mak bagitau Sya makanan favourite abang, mak ajak masak sama – sama. Malam tu kita makan sama – sama. Mak beri hint bila boleh jumpa ibu ayah Sya. Dah balik pun masih nak bergayut, Sya terk3jut mak ayah abang macam ni, sebab keluarga Sya tegas. Ayah Sya garang.
Seriau d4rah abang fikir takut nak hadap nanti nak minta izin kahwin. Tapi betul – betul hari sebelum grad, abang beranikan diri call ayah Sya minta nak jumpa esok lepas habis grad ceremony. Esok tengah hari, berkenalan dengan ibu ayah Sya, bawa sejambak bunga.
Mak abang teman siap bawa bakul picnic dengan makanan cukup 5 orang. Masa bergambar dengan jubah grad mak yang beria peIuk – peIuk Sya, peIuk ibu Sya. Abang yang segan, abang kentalkan diri man-to-man talk dengan ayah Sya. Belajar apa, kerja apa, plan masa depan apa semua.
Hari tu jugak abang cakap, nak kahwin dalam tempoh setahun. Ntah mampu atau tidak bergajikan RM1900 masa tu, Sya pulak baru nak start kerja. Tapi kita usaha sama – sama. Alhamdulilah pertolongan Allah itu pasti. Kita usaha menghalalkan jodoh, Allah bantu.
Memang cukup untuk buat kenduri dua pihak seperti mak ayah abang dan ibu ayah Sya minta. Satu di negeri Sya satu negeri abang. Sabtu, 27 ogos hari perkahwinan tak akan abang lupa 11 tahun lepas. Terus cuti panjang 31 ogos beIah abang, hari Rabu
Setahun usia perkahwinan kita, direzekikan anak sulung yang kita namakan Raisya, sebab Sya nak samakan bunyi -sya di belakang. Hidup kita bahagia Sya. Mak ayah okay, duit cukup, anak sihat, kerja tenang. Tapi takda rumah tangga yang tak diuji.
Sya menyusu Rai 2 bulan je sebab Sya susah br3astfeed. Abang tak ada masalah belikan susu mahal demi Rai. Tidak abang sangka langsung kalau kurang susu itu tanda hormon Sya kurang stabil. Mungkin ada silap abang tak terfikir sedangkan Islam ajar menyusu itu baik sehingga anak usia 2 tahun.
Cukup Rai usia setahun tahu – tahu Sya s4kit di br3ast dan rasa ketumbuhan. Silap abang mungkin tak perasan dari awal. Masa check Sya dah stage 2 br3ast c4ncer. Ujian yang cukup berat untuk kita, Rai anak kita tak faham apa – apa masa tu.
Sya dapat rawatan c4ncer hampir 7 bulan. Kita bertahan bersama, em0si, mentaI dan juga nafsu fizikaI. Bila next mamogram tau – tau Sya dah bebas c4ncer, abang sujud syukur di bilik doktor situ jugak. Abang tak nak kehilangan Sya.
Masuk anniversary ke-3 kita dah lalui macam – macam bersama. Kita celebrate Sya dah c4ncer free pergi honeymoon lagi. Rai duduk di rumah ibu Sya. Tau – tau Sya pregnant lagi kali ni anak boy, doktor Dr OB cakap anak kita sihat tapi masih perIukan follow up Dr oncology untuk monitor c4ncer Sya.
Tapi kita abaikan sebab Sya yakin Sya dah c4ncer free. Abang juga percaya Sya sihat sepenuhnya. Abang tak nak hadap lagi keperitan ujian c4ncer Sya. Tapi setiap kali check buku pink baby boy kita doktor tegas mintak check dengan onco.
Baby dah 5 bulan masa tu baru check. Dr oncology marah Sya sebab pregnant lagi. Doktor warning macam – macam takutkan Sya semua risik0 pregnant sebelum tempoh 2 tahun c4ncer free. Suruhnya Sya gugurkan baby boy kita.
Sya tak nak tapi doktor dah order katil wad untuk Sya. Abang dilemma. Tak boleh ke pantau aja atau lepaskan patient kalau patient tak setuju. Tapi doktor ugvt kalau tak consent silakan balik dan buat pemantauan sendiri.
Abang usaha cari balik doktor OB yang jaga pregnancy Sya untuk tengok boleh ke pantau kalau Dr OB yang jaga, Dr tak bagi. Yang berkaitan dengan c4ncer hanya Dr onco yang boleh jaga. Bertambah dilemma abang. Tau – tau wad dah dapat untuk Sya esoknya juga mereka gugurkan baby boy kita, kita namakan Aidil sebab nak samakan depan Ai-, macam nama abang, Aiman.
Selesai pengebvmian rasa terlalu cepat. Sampai sekarang juga bagi abang terasa macam mimpi. Sya balik berpantang tangan kosong. Dua bulan lepas tu Sya ada tum0r balik. Sya sedih, Sya str3ss, tapi abang tak tahu nak buat apa.
Mimpi ngeri kita datang balik. Sya m4kin diam, Sya tak selera makan, Sya rindu Aidil. Abang juga rindu Sya, Rai pun kadang – kadang main teddy bear namakan bear tu Aidil. Sya sedih buat abang r4mpas bear tu dari Rai dan baling jauh – jauh jangan sebut nama Aidil lagi.
Sebulan sahaja c4ncer Sya merebak. Rai kehilangan ibu tercinta, dan abang kehilangan satu – satunya isteri tersayang. Semuanya berlaku terlalu cepat. Sampaikan abang tak boleh terima ketiadaan Sya, abang tinggalkan Rai pada mak abang, dan kadang – kadang kepada ibu Sya, sementara abang menghilangkan diri cuba terima dan tenangkan diri.
Bukan sekejap. Hampir setiap minggu Sya, abang lepaskan tanggungjawab anak kita kepada mak dan ibu, 3 tahun abang macam tu. Ibu dan mak banyak tolong besarkan Rai sampai urusan tadika semua abang hanya hulurkan duit sahaja.
Masuk hutan, pergi laut, duduk masjid negeri lain – lain sampai 2 – 3 pagi. Cuba redha. Menangis nak Sya ada balik hadap dunia ni. Abang tak kuat takda Sya. Iman abang hilang abang hampir tak percayakan Tuhan, abang tak solat abang terasa dunia ni k3jam sek3jam – k3jamnya kewujudan.
Benda paling sensitif bila member kerja lelaki main – main suruh move on kawin lain katanya perempuan semua sama, where there is a hole there is a goal. Tapi abang tak nak perempuan lain. Bagi abang lebih baik layan seorang sebab bagi abang Sya yang pertama dan terakhir.
Sampailah anak sulung kita Rai dah mula sekolah rendah. Masa tu baru start PKP. Nak tak nak abang terp4ksa m4kin rapat dengan Rai. Kebetulan member yang buat lawak tak sensitif tu kena kat batang hidung dia sendiri.
Bini dia c4ncer dan pregnant anak first dalam masa sama. Tapi jenis member ni kuat melenting mulut agak pu4ka. Bila doktor suruh gugur juga dia cakap bini tak nak jangan p4ksa. Allah yang sembuhkan bukan doktor. Hujung tahun lahirnya baby mereka.
Alhamdulillah syukur dia tak perlu hadap benda sama kita hadap. Sampai hari ni bini dia masih dalam chem0 dah 3 tahun sampai skrang. Hidup bertahan lagi. Abang kadang – kadang terasa tak adil tapi Allah maha besar, borak dengan member.
Mulut pu4ka macam mana pun dia juga yang sentapkan abang benda betul. Dia suruh abang baca pasal microchimerism dan fetomaternal transfer dan kaitannya dengan c4ncer. Katanya bila sel badan damage, baby dalam perut akan hantarkan sel sihat kepada ibu mengandung supaya boleh bantu ibu sihat semula.
Em0si orang s4kit juga banyak main peranan dalam menentukan kesihatan, nak surv1ve atau nak give up. B0dohnya abang terasa bila abang terlalu ikut percaya cakap doktor yang melenting. Cakap macam – macam konon dorang je yang boleh bantu.
Sampai kita gugurkan Aidil padahal Sya tak setuju. Abang terasa tak puas hati sangat tapi abang tak boleh buat apa. Benda dah lepas. Abang minta maaf Sya abang tak tahu langsung apa – apa pasal s4kit Sya. Abang tak ambil hirau em0si Sya bila Sya cakap Sya nak teruskan jaga baby Aidil.
Tapi abang suruh ikut cakap doktor. Abang minta maaf Sya, abang tak boleh nak jaga Rai yang m4kin membesar m4kin nampak macam Sya. Abang tak kuat. Tengok Rai pun abang rindu Sya. Sampaikan bila terperuk di rumah sebab PKP, abang tengok Rai m4kin besar macam anak d4ra, abang terp4ksa keluar rumah sebab bayangkan Rai sebiji muka Sya yang abang rindu.
Hari ni abang tulis confession hari ni sebab abang setuju dengan mak untuk suruh abang kawin dengan pilihan baru mak. Mak siap uruskan call ibu Sya untuk beritahu sebab m4kin hari m4kin giIa abang jadi bila keseorangan.
Ayah Sya setuju, sebab nampak abang seolah – olah lepas tangan tentang Rai. Abang minta maaf Sya abang dah diaturkan untuk kahwin lagi. Padahal abang tak boleh nak cakap abang betul – betul nak atau tidak. Tapi Rai takda mak, ayahnya pula tak mahu bercakap melainkan sepatah – sepatah.
Maafkan abang Sya, abang rasa abang gagal, abang gagal sebagai suami, abang gagal sebagai ayah. Anakku Rai, ayah juga minta maaf, tapi ayah kahwin baru dengan harapan Rai dapat kasih sayang yang selama ni ayah gagal beri.
Sya, abang tak tahu apa nak buat sya. Cuma abang boleh khabarkan ialah bakal isteri abang adalah balu kem4tian suami sebab eksiden. Dia pun tak minta kehilangan suami. Nampak usaha mak nak pilih jodoh yang dapat memahami.
Abang faham niat baik mak, tapi abang belum ready nak hadap. Sya. Abang hari – hari berdoa dapat bertemu sekejap untuk jumpa biarpun dalam mimpi supaya abang dapat minta maaf betul – betul dengan sya. Tapi lepas berjumpa dengan bakal isteri baru abang baik orangnya, dia beritahu pada abang Sya tengah happy dengan anak kita Aidil di syurga.
Baru abang terasa happy sikit untuk move on. Abang harap abang tak silap langkah. Abang kalau boleh nak ikut Sya di mana Sya ada sekarang. Tapi agama melarang. Harap – harap masa depan lebih baik. untuk abang dan bakal isteri abang. Dan yang penting untuk Rai. – Aiman (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Niesa Zolkifli : Nak dengar kisah kawan saya dan kawan suami? Kawan suami saya juga kehilangan isteri. Kami dah lama berkawan. Sejak kawen dengan suami, saya kenal kawan suami dengan isteri dia. Kami rapat dan kami mngandung sama – sama.
Dia bersalinkan anak sulung selang sebulan lepas saya bersalinkan anak kedua. Tangan sebeIah kiri kawan suami tak dapat bergerak sebab putvs saraf. Dan dia oku, tiap malam kami keluar makan sama – sama. Smpailah satu saat tiba – tiba isteri dia tak sihat batuk – batuk dan isteri dia msuk wad dan ditidurkan.
Tapi takdir Allah. Lepas ditidurkan arw4h pergi selama – lamanya. Jangkitan kuman dekat paru – paru jantung dah membengk4k. Kitorang terk3jut sangat. Waktu suami call kawan dia bagitahu wife dia dah mninggaI, aku meraung macam orang giIa.
Dia tinggalkan anak dia masa tu umur setahun lebih. Dah 3 tahun arw4h pergi, suami dia pon masih lagi tak kawen. Pedihnya kehilangan tu. Malam arw4h takde suami dia tido rumah kitorang. Kitorang temankan. Dia sangat rindukan arw4h isteri dia sampai dia naik moto tanpa hala tujuan menangis dalam hujan sorang – sorang. Dah 3 tahun arw4h pergi. Tak mampu lagi dah nak menaip.
Fara Liyana : Sebak sangat baca especially part sya terp4ksa gugurkan kandungan, part Rai kehilangan ibu tapi at the same time dia juga boleh dik4takan “kehilangan ayah”. Kesian dekat Rai, please la encik sebelum encik mulakan hidup baru dengan isteri baru, saya mohon encik kembali la dekat Rai, jadi la “ibu dan ayah” pada Rai.
Spend time dengan Rai, layan dia sebagaimana encik layan sebelum sya tiada. Saya yakin Sya pun tak nak encik abaikan Rai, mesti Sya nak encik beri perhatian,kasih sayang seorang ayah pada Rai. Saya doakan encik sentiasa kuat dan tabah, nak atau tak encik kena move on, kena jadi kuat demi Rai, kena hidup bahagia especially dengan Rai, satu – satunya zuriat encik dengan sya.
Kalau lepas tu encik dah rasa boleh terima orang lain, encik dah yakin isteri baru boleh jaga dan beri kasih sayang seorang ibu pada Rai, then baru encik kahwin BUKAN kahwin baru sebab terp4ksa dan kahwin baru semata – mata nak gantikan tempat encik.
Sebenarnya orang yang Rai amat perIukan adalah encik bukan ibu baru buat masa sekarang ni. Encik yang kena kembali dekat dia, jaga puteri encik sebaik mungkin then bila dah betul – betul move on baru la fikir soal ibu baru untuk Rai jika Rai sendiri pun setuju.
Ini pendapat saya la, mungkin lain orang lain pendapat tapi saya rasa tak adil untuk Rai, encik tak kembali dalam hidup dia tapi encik carikan ibu baru sebagai ganti je. Tak adil jugak untuk bakal isteri baru nanti, hanya kawin semata – mata untuk jaga anak encik.
Alya Adora : Saya rasa encik kene berubat dulu sebelum kahwin. Ni seolah dah lemah semangat. Baik betulkan diri tu dulu sbelum kahwin. Bukan senang nak terima kenyataan yang isteri kesayangan tu pergi tak kembali. Sebab ada kenalan saya yang cerita dia hampir merempat di jalanan sebab rindukan anak dia yang dah meninggaI dunia.
Kawan bawa jumpa ustaz untuk berubat barulah dia seolah tersedar dari kesedihan yang meIampau tu. Kesian Raisya.. harap Encik besarkan dia seolah itulah hadiah yang arw4h isteri Encik bagi untuk teman Encik manakala dia teman Aidil. Semoga Allah permudahkan urusan hidup Encik sekeluarga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.