Depan orang Mila perli aku tak solat sedangkan aku peri0d. Aku pusing belakang, aku perasan ada ‘makhluk’ tepi Mila

Aku perasan Mila tak nak bergaul dengan orang yang tak tutup aur4t dekat pejabat. Dia pernah cakap takut nanti terikut jadi j4hil. Ada satu hari tu dia tepuk meja staff perempuan kuat – kuat. Terk3jut saya yang berada di meja sebeIah. Staff tu tengah bersihkan mekap nak ambil wuduk..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya nak bercerita mengenai pengalaman sahaja, tidak ada niat untuk ‘mengata’ orang bertudung labuh dan berjubah besar kerana saya sendiri memakai itu sebagai pakaian harian. Maaf jika ada yang terasa.

Sewaktu saya bekerja di Bandar Melaka, saya ada seorang kenalan perempuan yang agak alim orangnya. Setiap kali solat waktu, belum habis azan lagi dia sudah ke bilik air untuk wuduk. Saya namakan dia sebagai Mila. Mila ni merupakan pekerja baru di tempat saya kerja dan sangat menjaga aur4t dia. Bertudung labuh dan berjubah besar.

Seminggu Mila bekerja di tempat saya, baru saya perasan yang Mila ni sejenis yang kurang berkawan. Agak memilih orang untuk berkawan. Mila dengan saya tidak ada masalah, tetapi dia dengan pekerja – pekerja wanita lain agak kurang ukhwahnya lebih – lebih lagi yang tidak menutup aur4t.

“Aku makan kat office je. Aku takut terikut sama j4hil..” Tolaknya bila mendapati saya mempelawa salah seorang daripada pekerja makan bersama. Mila lebih rela makan sendirian jika bersama saya ada pekerja perempuan yang agak s3ksi pakaiannya atau tidak menutupi aur4t walaupun mereka bukanlah beragama Islam.

Saya biarkan Mila dengan keputvsannya kerana bagi saya ‘j4hil’ itu bukan kita yang tentukannya. Sikap ‘baik’ Mila sem4kin menjadi – jadi. Mila akan ‘direct sound’ jika ada yang lambat solat. Walaupun ia adalah satu perkara yang baik tetapi menasihati jangan lah sampai menjatuhkan air muka orang lain.

“Woii korang ni nak masuk ner4ka ke? Solat… Solat… Dah time…” Jerit kuat – kuat sampai satu pejabat boleh dengar. Saya akui, pekerja perempuan yang beragama Islam ada yang tidak berhijab tetapi tidak bermakna mereka tidak solat.

Bila nampak saya bangun, mereka juga akan turut serta bersama saya pergi solat. “Apa nak jadi ni, rezeki mintak nak cepat tapi solat lambat!!” Satu hari meja salah seorang pekerja perempuan di tepuk kuat. Terk3jut saya yang berada di meja sebeIah.

Saya pujuk hati, mungkin sikap asal orang Melaka macam tu. Jadi saya abaikan. “Kau ni nama jer Islam, datang kerja tak tutup aur4t, baik kau terIanjang jer… Tak perlu solat tuhan tak terima” Perli Mila kepada salah seorang pekerja perempuan yang sedang membersihkan ‘makeup’ di tandas untuk wuduk.

Kebetulan saya juga ada di situ. Perlahan saya gosok bahu pekerja itu sambil membaca Innalillahiwainnalillahirajiun berkali – kali dan istighfar supaya reda kemarahan pekerja itu. Saya tak suka ada yang bermasam muka dalam pejabat saya.

Satu hari, kebetulan saya uzur. Mila datang ke meja saya “Tu lah Cik…. Berkawan nau dengan orang jahiI, tengok dah melekat pekat kejahiIan tu. Zuhur dah nak habis, Cik….. masih laghaaa lagi hadap komputer… ” Walaupun tak kuat cara Mila bercakap tapi cukup didengari oleh beberapa pekerja di situ.

Saya hanya senyum sambil tunjuk jari kelingking. Bagi kami di situ, jika ada masalah perempuan, kami lebih suka tunjuk jari kelingking sebagai kod… Malu nak cakap kuat – kuat. Mila duduk di mejanya membelakangi saya.

Entah kenapa pada hari itu hijab saya mula terbuka. Ada satu makhluk hitam besar sedang mengusap – usap ubun – ubun Mila. Air liurnya menitis di atas tudung Mila. Saya mendekati Mila untuk tahu keadaan sebenar kenapa makhluk itu duduk di sisi Mila sambil bermain – main dengan ubun – ubun Mila.

Mungkin saya boleh tolong Mila jika dia benar – benar ada masalah dengan makhluk halus. “JahiI… Semua JahiI… Semua ahli ner4ka dalam ni… Patutlah nabi kata ramai betina dalam ner4ka. Sini pun dah macam ner4ka. Panas betul aku dengan orang tak solat… Orang macam aku ni tak patut kerja sini… Esok aku nak hantar surat berenti! JahiI… jahiI…” Rungut Mila perlahan.

Saya tak jadi menghampiri Mila bila terasa ada satu tangan memegang pergelangan tangan saya dengan lembut seperti meminta saya berhenti melangkah. Saya kembali ke kerusi saya. “Ujub… Jauhi sifat ujub dari dalam diri kita. Jika tidak mampu membawa manusia ke ner4ka dengan kejahiIan maka dia (ibIis) akan membawa manusia terjun ke ner4ka dengan kebaikan bila ada sifat ujub dalam diri….”

Bisikan bagai angin yang lalu itu mula menginsaf kan saya. Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat – sifat yang boleh menjurus kepada d0sa – d0sa besar… Aamiin… Bukan makhluk itu penyebab Mila jadi macam tu tapi sikap Mila yang ujub membuatkan makhluk tersebut mendampingi Mila.

Bukan saya tak nak tolong Mila, tapi mahukah Mila mendengar nasihat saya yang jahiI ni? In Sha Allah jika Mila berubah kembali kepada fitrah seorang ‘h4mba’. Makhluk itu sendiri akan pergi. Ada yang tanya, kenapa tak tegur Mila…? Kesian Mila…

Ada jer yang tegur tapi dia tak layan. Dia kata dia tak salah sebab memang Islam galakkan solat pada awal waktu. Kami tegur akhlaknya bukan akidahnya, tapi dia tak mahu terima. Ada yang kata, nasib baik Mila dapat rakan sepejabat yang penyabar.

Tapi sebenarnya tidak, pernah jer ada yang meIawan Mila dan akhirnya belaku pert3ngkaran kecil, cuma saya tak tulis dalam cerita sebab tak nak jadi cerita panjang nanti pembaca bosan. Banyaknya edit dalam kisah saya. Yer sebab nak puaskan hati pembaca.

Satu lagi, supaya pembaca faham apa yang ingin saya sampaikan. Jalan cerita saya tak ubah cuma cara penceritaan dan sedikit info tentang masalah yang berlaku. Paling saya ralat sekali, saya terlalu jujur dalam bercerita.

Sepatunya saya tidak nyatakan segi pemakaian Mila ‘bertudung labuh dan berjubah besar’ kerana ia merupakan perkara yang sangat sensitif. Ini kisah benar dan saya lalui sendiri. Laju jer tangan ini menaip lekok – lekok jalan cerita tanpa memikirkan perasaan sesetengah pembaca saya juga ada yang bertudung labuh, berjubah besar termasuk saya sendiri. Maafkan di atas kekhilafan saya dalam bercerita. Maafkan saya sekali lagi… – Oleh Mayang Sari

Komen Warganet :

Pastel Masitah : Betul ada orang macam ni. Pernah kawan orang tak tutup aur4t. Tak solat tapi bila waktu solat jer cepat – cepat ingatkan kita solat. Jangan judge orang. Kita tak tahu apa masalah diorang. Macamana cara diorang dibesarkan. Doakan semoga mereka sama – sama nak berubah. Walaupun tak tutup aur4t tapi solat. Allahamdulillah… suatu hari nanti InsyaAllah diorang akan tutup aur4t malah lebih sempurna dari kita.

Zul Ziz Az : Sebenarnya, sejujurnya, karangan cerita saudari la yang terbaik sekali. takda kekurangan, gaya penulisan yang menarik. MS tak perlu sangat ambil pusing SEMUA komen dari pembaca, terutama kes seperti di atas.

Mereka – mereka yang tidak dapat terima pasal bertudung labuh berjubah besar ada per4ngai serupa ini tu, kena terima hakikat. ada perangai buruk lagi dpd spt ini pun ada, tp itu bukan isunya. sebab saya setuju spt MS katakan, yang penting ialah mesej yang nak disampaikan.

Orang yang faham, dia akan faham mesej utama nak disampaikan (dan apa isi pengajaran daripadanya). Tapi orang yang BENAK, memang tak kan faham, dia nampak isu – isu remeh saja dalam tulisan.

Barozah Shahzany : Pemakaian tak berlandaskan siapa pemakai. Tapi bagi saya, respect juga yang pakai jubah tudung labuh ni. Mereka nak cuba jaga aur4t dan mengikut tuntutan agama. Bukan semua orang bole buat dengan keadaan fesyen – fesyen terkini sekarang, setidak sikit ada rasa nak pakai juga. Tapi meraka ni menangan nafsu mereka dan memilih tutup aur4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.